Ok, ingat tak dulu saya janji nak buat post tentang sifat-sifat mazmumah? Konon-kononnya next post, tapi dah berpost-post sekarang baru nak tunaikan janji. Maaf kan saya. Im sorry. Asifah jiddan.
Jom sama-sama tengok senarai sifat-sifat mazmumah sambil muhasabah diri. Jangan baca je tau, tengok diri tu ada tak sifat buruk ni. Cheyy, garang la pulak. Maaf. =P
1. Syarrut Ta'am (Banyak makan) - Ha! Sape yang slalu makan banyak? Jengjengjeng.
2. Syarrul Kalam ( Banyak bercakap) - Sape yang banyak cakap? Sayaaaaa. *saya lagi. =.=''* Saya tahu ramai yang suka bercakap. Saya pun. Saya bole bercakap tanpa stop kalau saya nak. Asyik cerita cerita cerita je. Kalau bercakap perkara bermanfaat, takpe jugak kan. Bole menambahkan iman. Tapi kalau tak? Lagha.
Diriwayatkan dari Ibnu Umar ra, Rasulullah bersabda "Janganlah kamu banyak bercakap melainkan berzikir kepada Allah kerana orang yang banyak bercakap selain berzikir kepada Allah akan mennyebabkan hatinya keras dan manusia yang paling jauh daripada Allah adalah mereka yang hatinya keras." (HR Imam Tarmizi)
Orang yang hatinya keras akan jauh daripada Allah. Kita tak nak kan jadi orang yang jauh tu? Mulai dari sekarang, kurangkan bercakap perkara yang tak mendatangkan faedah kepada diri kita dan jugak orang lain. InsyaAllah. Gosip pasal retis tak berfaedah ek, jangan buat. Jangan tengok melodi, jangan tengok propaganza. JANGAN!
3. Ghadhab (Pemarah) - Oh, ini. Sape yang suka marah? Kenapa marah? Apa penyebab kita marah? Saya pun slalu marah, especially masa memandu. I've always got issues with lorry drivers. Memang Allah masih uji saya dengan benda ni. *eh, apasal cerita pasal saya pulak ni* Bukan kita tak boleh marah eh, boleh. Tapi kena bersebab. Dan sebab itu haruslah sebab yang munasabah dan baik. Contohnya kalau seseorang tu melalukan kejahatan, seperti memperlekehkan hukum Allah. Memang reasonable kita marahkan. Sensitivity iman kita terasa di situ. Ye tak? Tapi marah tu pulak bagaimana caranya? Adakah kamu caci cerca orang tu dengan perkataan tak baik? Ini selalu terjadi dalam masyarakat. Tak suka apa yang orang buat kerana bercanggah dengan hukum Islam, tapi apa yang dia buat? Kutuk, maki, caci, guna perkataan yang tak patut. Rasulullah ajar kita marah orang macam tu ke? Sekalipun dia salah, kita jangan keruhkan keadaan. Kalau rasa tak mampu nak cakap guna perkataan berhikmah, apa kata kamu diam sahaja dan berdoa agar dia diberikan kefahaman. Bukankah diam itu lebih baik dari berkata dengan perkataan yang tak baik?
4. Hasad (Dengki) - Ish, tak baik dengki. Orang yang dengki ni nak nikmat yang ada pada orang lain hilang dan berpindah kepadanya. Haish, apa ke perangai macam tu? Biarla orang tu dengan nikmatnya. Kamu nak, mintak dari Allah. Mintak Allah tambahkan nikmat orang tu, mintak Allah beri kamu nikmat yang sama atau lebih baik. Sesungguhnya Allah faham. Kita manusia. Kalau bukan Allah yang beri rasa nak jugak tu kat kita, siapa lagi? Tapi, kita ada akal. Kita boleh memilih untuk terbawa-bawa dengan perasaan tu atau guna untuk kebaikan. Orang yang dengki ni tak pernah rasa happy. Sebab apa? Sebab asyik tak puas hati kat Allah. Tak reti nak bersyukur. Tak mau eh camtu. Tak mau tak mau.
Rasulullah bersabda " Tiga macam sifat yang tidak akan selamat seorang pun darinya iaitu BURUK SANGKA, HASAD DENGKI, dan TAKUT SIAL KERANA SESUATU" Lalu ditanya bagaimana mahu selamat dari ketiga-tiganya. Jawab Rasulullah " Jika kau hasad, maka jangan kau lanjutkan. Dan jika kau menyangka, jangan kau buktikan (tercari-cari kenyataannya) dan jika kau takut akan sesuatu, maka hadapilah (jangan mundur). Yakni jika hasad dalam hatimu, jangan kau lahirkan dalam amal perbuatanmu sebab selagi hasad itu dalam hatimu, Allah maafkan sebelum keluar dari lidah dan perbuatan. Jika su'udzon maka jangan kau buktikan, jangan berusaha menyelidik mencari kenyataannya. Demikian pula jika keluar untuk sesuatu lalu ada bunyi burung atau lain-lain yang menimbulkan was-was, maka teruskan hajatmu dan jangan mundur"
5. Bakhil (Kedekut) - Kedekut means menahan sesuatu yang ada padanya (hak) daripada dibelanjakan atau digunakan pada jalan yang dituntut oleh agama. Allah beri kita nikmat, bersebab. Bukan saja-saja. Nikmat tu dijadikan alat untuk membantu diri dan orang lain. InsyaAllah. Tapi kalau setakat kedekut untuk reason yang munasabah, silakan kedekut. Saya juga kedekut, selagi bole cari yang paling murah tapi kualiti sama, saya cari yang paling murah. Kedekut untuk dunia tapi jangan kedekut akhirat. Nanti menyesal.
Dari Abu Hurairah ra, Aku mendengar Rasulullah bersabda "Jangan kamu tolak orang yang meminta sekalipun dia kafir." Kata seorang sahabat "Ya Rasulullah! Bahawa kami bersedekah sesuatu dari harta kami kepada orang kafir." Jawab Nabi "Bahawa mereka adalah makhluk Allah, sebenarnya sedekah itu jatuh pada tangan kudrat Tuhan yang Rahman"
Malaikat berseru "Hai Tuhanku! Segerakanlah gantikan harta orang yang bersedekah dan segerakanlah bala kepada mereka yang enggan (bakhil) bersedekah hartanya."
Sedekah bersembunyi itu memadamkan kemarahan Tuhan dan sedekah yang berterang-terangan itu pengadang api neraka.
6. Hubbul Jah (Kasihkan kemegahan) - Semua orang suka pangkat, harta, pengaruh. Kan? Tak eh? Tipu la kamu tak suka pengaruh. Kalau tak, kenapa kamu berusaha mempengaruhi orang kearah kebaikan? Haa. Hubbul jah ni bukan bermaksud kamu tak bole mencari pengaruh, tak bole mencari harta, tak bole mencari pangkat. Tapi niatnya mestilah kerana Allah. Bukan untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah-megahan. Bukan dengan cara tak baik tau, nak harta, pangkat, pengaruh kena usaha dengan cara yang betul. Cara yang diredhai Allah, dengan sebab yang diredhai Allah. Sebab apa kena cara dan sebab yang Allah redha? Sebab matlamat kita adalah redha Allah. ;)
7. Hubbud dunya (Kasihkan dunia) - Cintakan dunia bermaksud kita sukaaaaa pada benda dunia yang tak membawa manfaat pun pada akhirat. Contoh, K-pop. Owoww. Maafkan saya kalau terasa. Jangan terlampau suka kat Korea tu eh. Sampai segala benda nak bli, disc la, magazine la, poster la. Tu nanti Allah tanya kat akhirat, kamu nak jawab macam mana? Saya pesan sebab saya sayang awak semua. Jangan sia-siakan wang anda pada perkara yang tak bole diniatkan untuk Allah. Ada orang pernah cakap K-pop itu berhala moden, jadi? Kamu fikir-fikirlah sendiri. Ada jugak yang cintaaa sangat kat dunia sampai takut mati. Ni la yang Rasulullah cakap dulu. Penyakit Wahan.
Daripada Tsauban ra. Rasulullah bersabda "Akan tiba masanya di mana bangsa-bangsa di seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan makanan mereka" Maka salah seorang sahabat bertanya, "Adakah kerana bilangan kami yang sedikit pada hari itu?" Jawab Rasulullah "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, umpama buih di waktu banjir. dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati-hati musuh kamu dan Allah campakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan" Seorang sahabat bertanya, "Apakah itu wahan wahai Rasulullah?" Rasulullah berkata "Cinta pada dunia dan takut pada mati" (HR Abu Daud) *Air mata mengalir laju*
8. Takabbur (Sombong) - Aiyok. Sombong. Orang yang takabbur ni selalu rasa dia lagi hebat dari semua orang. Dia la the best, dia la itu, dia ini, semua la dia.
9. Ujub ( Bangga diri) - Ni dalam bahasa simplenya perasan. Tau apa itu perasan? Bila kamu rasa kamu tu la paling hot, paling top, perasan la tu. Tak la se hot mana pun da perasan. oppss. Tak baik tak baik. Back on track. Apa beza ujub ngan takabbur ni? Bagi saya ujub ni lagi bahaya dari takabbur. Bukan nak cakap takabbur tu tak bahaya. Bahaya, tapi Ujub ni, takde orang tau. Kita tau sorang-sorang je. Mana la tau dalam tak sedar kita memperlekehkan orang lain. Tak kira dari segi perbuatan kita atau sangkaan kita. Nauzubillah. Mintak dijauhkan dari sifat-sifat ni.
10 . Riya' ( Menunjuk-nunjuk) - Bila ada orang, mula la nak solat sunat banyak-banyak. Bila sorang-sorang, yang wajib pun ntah buat ntah tidak. Bila depan orang sedekah bukan main banyak, tapi bila orang tak pandang, satu sen pun kedekut macam bole telan je duit tu. =.='' Jangan beramal sebab nak menunjuk-nunjuk eh. *pesanan untuk diri sendiri* Nanti sia-sia. Takde bekal dah kita kesana. Tabung bekal kita kecurian dengan riya'. Salahkan siapa? RIYAAAAAAA''''''' =.=''
Sekarang, sila muhasabah diri dan berusaha untuk memperbaik diri disisi Nya. Cukup sampai sini bebelan. InsyaAllah berjumpa lagi. ;) Nanti saya bagitau macam mana nak hilangkan sifat-sifat mazmumah ni k? InsyaAllah.
Ya Allah, indahkanlah akhlak ku, peribadiku, penampilanku. Sesunggunya Engkau indah, Islam itu indah maka indahkanlah segalanya tentang diriku. Keluarkan dariku sifat-sifat mazmumah dan hiasilah aku dengan sifat-sifat mahmudah. Amin amin ya rabbal alamin.
No comments:
Post a Comment