Monday 30 July 2012

Ya Allah, ini ujian atau petunjuk?
Keliru.
Aku mohon petunjukMu dalam setiap keputusan, semoga itu benar-benar yang terbaik.
Agar aku tidak silap dalam membuat pilihan. Tidak merasa apa yang tidak sepatutnya dirasakan.

Saturday 28 July 2012

Saya Yang Mengharapkan Bantuan.

Mak : Kak, sampey juz berapa dah ngaji? 12? (Kak, mengaji dah sampai juzuk berapa? 12?)

Saya : Belum. Baruk jak 5. Huhu. (Belum. Baru sampai 5)

*******************

Kawan : Apa ko target Ramadhan ni?

*******************

Saya sememangnya sangat menghargai soalan-soalan begini kerana saya manusia yang sering terleka. Mengaji baru sampai seciput, padahal duduk kat rumah je. Bila kawan cakap target dia, baru tersedar, tak terfikir pun nak hafaz juz amma. Padahal saya banyak masa lapang. Astaghfirullah.

Saya sedar beberapa hari Ramadhan ni saya masih belum produktif. Tapi...

Selalu mengharap ada yang sudi bertanya "Mi, pagi tadi bangun qiamullail?" "Mi, harini baca quran tak?" "Mi, solat awal waktu ke tak?" "Mi, macam mana dengan mutabaah amal? Terjaga?" "Mi, jom qiam!" etc2. Ketahuilah duhai teman, saya perlukan peringatan dari kalian. Dan saya sedar, saya juga bukan teman yang baik, kerana tidak pernah bertanya soalan-soalan sedemikian. Bukan tak mahu, tapi segan. Kerana masih terasa kerdilnya diri. Asifah jiddan. :'(  Bukankah ukhuwah kerana Allah itu membawa ke syurga?

Ya Allah, ku mohon kekuatan. Ku mohon petunjukMu. Tunjukkan ku jalan, tunjukkan ku caranya untuk menjadi hambaMu yang benar-benar hebat. Tolong Ya Allah, pimpin aku dalam mengejar keredhaanMu.

"Dan apabila mata menangis, tapi anggota tetap kaku, apakah sia-sia air mata itu? Kerana kerasnya sekeping hati."

Wednesday 25 July 2012

Mujahadah itu Benar-Benar Pahit.

Ya Allah, jalan ini benar-benar sukar atau aku yang tiada kekuatan?
Kenapa akhawatku mampu, tetapi aku terus kecundang?
Ada sesuatu yang aku wajib tinggalkan, tapi masih aku lakukan.
Berulang-ulang kali.
Dan di setiap pengulangan itu, tiap kali juga aku memohon keampunanMu.
Tapi sampai bila harus berulang?
Sampai bila harus aku menjadi lemah.

Akhawatku terus hebat bermujahadah, mencuba pelbagai cara untuk mempertahankan iman.
Dan aku turut mencuba, tapi tidak sehebat mereka.
Ada kalanya aku tewas.
Ya Allah, aku mahu hebat di sisiMu.
Aku benar-benar mahu.
Dan aku tidak mahu sekadar hebat pada pandangan makhluk-makhlukMu.
Jangan Kau jadikan aku seorang munafik Ya Rabb.
Aku merayu Ya Allah.

Allahu Rabbi.
Bantulah diriku.
Berikan kekuatan kepadaku.
Tunjukkan ku jalan yang benar.
Pimpinku dalam menggapai redhaMu.
Jauhkan aku dari segala dosa, kerana dosa-dosa itu mengundang kemurkaanMu.
Dan kemurkaanMu adalah sesuatu yang tidak pernah aku inginkan, tetapi terus aku lakukan.
Betapa aku kerdil disisiMu.
Berharap untuk mendapat keredhaanMu dengan bantuaanMu.

Ya Allah, akhawatku benar-benar hebat.
Dan aku cemburu.

Tuhanku,
Jadikan Engkau dan RasulMu cinta hatiku melebihi segalanya.
Jadikan dunia itu digenggamanku dan akhirat itu dihatiku.
Jadikan redhaMu matlamatku, memenangkan agamaMu perjuangan sehingga penghujung nafasku.
Jadikan Engkau keutamaanku, ibadah padaMu rutin hidupku, mengingatiMu mainan mindaku.
Dan ku mohon syurga sebagai destinasi terakhirku.

Monday 23 July 2012

Allah Datangkan Ramadhan Lagi. Kenapa?

Alhamdulillah. Kita masih DIPILIH untuk bertemu Ramadhan. Yakinlah bahawa kamu bukan yang 'terpilih' tetapi kamu benar-benar 'dipilih' untuk bertemu Ramadhan. Kamu dipilih untuk menjadi tetamu Ramadhan.

Apa yang kita tau tentang Ramadhan? Antaranya ialah, Ramadhan merupakan bulan dimana dosa dihapuskan *insyaAllah* dan pahala dilipatgandakan. *InsyaAllah*. Dan kenapa kita dipilih menjadi tetamu Ramadhan? Kerana Allah tahu betapa banyakkkkkkkkkk nya dosa kita dan betapa sedikittttttttt pahala kita. Sweet kan Allah? Masih memberikan kita peluang setelah kita melakukan pelbagai jenis kemungkaran. :')

Haritu ada seorang akhawat share satu cerita. Meh saya cerita balik.
Ada dua orang hamba Allah, seorang ni mati shahid, hebattttttt amalan, tapi mati awal. Yang seorang lagi, amalannya biasa-biasa, mati pun biasa-biasa tapi umurnya panjang. Apabila tiba masa untuk masuk ke syurga, yang amalan biasa-biasa, mati biasa-biasa tu masuk syurga lebih awal berbanding yang gugur shahid. Kenapa? Ce teka ce teka. *angkat-angkat kening* Sebab...

Bertemu Ramadhan merupakan satu nikmat. Alhamdulillah. Time Ramadhan ni la kita nak topup amalan-amalan kita, nak kumpul pahala banyak-banyak. Sekiranya kita masih rasa bahawa kita ni dah banyak pahala, maknanya, ada masalah dengan hati dan iman kita. Tak mau la macam tu k. Dan apabila kita masih rasa bahawa kita ni banyak sangat dosa, walau setinggi mana orang memandang kita, orang kata kita hebat, kita ustaz, kita ustazah, kita hebat beri ceramah, kita banyak ilmu, insyaAllah, itu tandanya kita punya hati yang baik. Merasakan kita ni dah banyak buat baik, dah banyak pahala mungkin disebabkan adanya ujub, riak, takkabur dalam hati kita. Mudah-mudahan Allah keluarkan semua penyakit-penyakit hati ini dari dada kita. Aamiin.

Pada bulan Ramadhan kita buat apa? PUASAAAAA!! *yeay btol* Kenapa puasa? Kerana puasa mampu menundukkan nafsu. Bagaimana? Pernah tak dengar cerita tentang nafsu?

Apabila Allah bertanya pada akal, siapa tuhannya, akal menjawab "Allahu Rabbi ; Allah Tuhanku". Baguskan akal. Sekali je da mengaku Allah tuhannya. Dan kemudian Allah bertannya kepada nafsu, siapa tuhannya. Maka jawab nafsu, "Aku tak tahu". Fuh, nafsu kata tak tahu, padahal tahu. Lalu Allah campakkan nafsu ke neraka untuk 70 ribu tahun. Selepas tu, Allah keluarkan nafsu dan tanya lagi skali, siapa tuhannya. Kali ni lagi degil nafsu. "Aku takkkk tahuuuuu". Panjang je jawab tak tahu. Betul-betul degil padahal dah kena seksa beribu-ribu tahun. Lepas 70 ribu tahun kedua, nafsu dikeluarkan semula dan ditanya kembali siapa tuhannya. Dan nafsu masih degil. "Akuuuuu taakkkkkkk TAHU!" Ish, dahsyatkan nafsu? Allah campak lagi dalam neraka. Kali ni nafsu tak diberi makan. Rupa-rupanya dalam neraka pun ada makan minum. So tak pe la eh masuk neraka? Takkk, bukan macam tu. *geleng laju-laju*

Makanan ahli neraka itu terdiri dari buah berduri yang dinamakan buah Zaqum yang mana, buah ini teramatlah pahit. Dan seandainya sedikit dari kepahitan buah ini dicampakkan ke bumi, maka jadi padang jarak padang terkukurlah bumi kita. Bole bayangkan? This is beyond imagination ladies and gentlemen. *Chewah, speaking* Bila dah diseksa tanpa makan ni, barulah nafsu mengaku, "Allahu Rabbi" .

Dan kerana itulah berpuasa dapat menundukkan nafsu. Sejarah penciptaan nafsu juga menunjukkan bahawa nafsu yang diseksa untuk beribu-ribu tahun masih enggan mengaku Allah itu tuhannya. Hanya selepas tidak diberi makan + seksaan baru nafsu mahu mengaku. Jadi, sebenarnya dengan berpuasa dapatlah kita menundukkan nafsu. InsyaAllah. Dah sebelas bulan kita makan segala jenis makanan. Tolak batu kayu, semua telan. Lain la macam saya, tolak batu kayu sayur dan pelbagai jenis makanan tak makan. =P Makan banyak sebenarnya memberi kekuatan kepada nafsu. Kalau nafsu kita tu mudah dijinakkan takpe la jugak. Ni nafsu melampau-lampau, sampai akal diketepikan. Astaghfirullah. >__<

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. Rasulullah bersabda "Puasa itu adalah separuh kesabaran" (HR Ibn Majah)

Sabda Rasulullah, "Puasa itu perisai, maka orang yang berpuasa janganlah bercakap kotor dan melakukan perbuatan orang jahil"

InsyaAllah, setakat ni je. Nanti-nanti saya share lagi. ;)

P/S: Kenapa yang biasa-biasa tu masuk syurga dulu? Sebab....Dia panjang umur dan lebih banyak bertemu Ramadhan. :DDD Semoga kita dipanjangkan umur yang berkat dan dipertemukan dengan banyak Ramadhan. InsyaAllah.


P/SS: Terpilih itu secara tidak sengaja, dan DIPILIH itu sengaja. Dan kita memang sengaja Allah pilih untuk bertemu Ramadhan, jangan sia-siakan. ;)


Alhamdulillah! Aku hambaMu yang dipilih. Terima Kasih Ya Allah.

If I Were To Choose...

I just have one thing to say, 'Im no longer sure if it's you'.
Life needs sacrifices. Those who really work for something will get that something.
Those who show just interest without effort will be left behind and become MEMORY.

'Effort' is not something that you can simply say 'I'm working on it' . It's something that has to be proven that you are working on it. Can you really WALK THE WALK, or you can only TALK THE TALK?

Sunday 22 July 2012

Siapa yang Syirik?

Alhamdulillah. Da puasa 2 hari. Hari pertama puasa berbuka di jalanan, it was awesome btw. Hari ni pun berbuka tanpa nasi, makan apa yang ada sebab tak sempat nak masak dan tak sempat nak beli. Sampai rumah dari KL tinggal lagi berapa minit nak azan Maghrib. Tapi berbuka tak semestinya makan nasi ye tak? *saja nak kecoh kejap*

Jujur, saya sangat sangat sangat dan teramatlah penat. *hiperbola* Lepas Maghrib dah berkira-kira nak tidur terus. Otw balik dari KL tadi pun 3 kali kereta masuk lane sebelah *bolot dua lane* sebab saya terlelap semasa drive. =OOO   Tapi Alhamdulillah, selepas kali ke 3 tersasar, terus jumpa perhentian dan Alhamdulillah dapat jugak mujahadah melawan kantuk tu. Sampai sekarang. *sebab excited nak cerita*

Dan saya bersyukur sebab memilih untuk ke surau over tidur. Kalau saya tak ke surau tadi,banyak benda saya terlepas dan saya tak kan ada benda nak share. Hehe.

Seperti biasa, di surau kawasan rumah saya ni tak buat tadarus Al-Quran selepas tarawih, ada tazkirah. Kalau hari biasa, lepas Maghrib ada tazkirah. Bulan puasa tazkirah lepas tarawih.

Ustaz tadi share banyak, tapi saya nak share sikit je. InsyaAllah.

Selalunya bila non-muslim menggunakan nama Allah, apa reaksi kita? Kadang-kadang kita ada kawan-kawan non-muslim yang menggunakan perkataan 'InsyaAllah' 'MashaAllah' 'Subhanallah' dan 'Allah' sendiri. Kita biarkan atau kita tegur? Kenapa pulak non-muslim tak bole guna? Lebih terkilan bila ada di antara kita yang lantang menyuarakan "Kau tak bole sebut macam tu, Allah tu tuhan kami, tuhan korang berhala". Sedangkan setiap hari, dan berkali-kali kita berikrar "Alhamdulillah hirabbil a'lamin" ; Segala puji bagi Allah, TUHAN SEKALIAN ALAM. Kita mengaku Allah tuhan sekalian alam, tapi kenapa ada di antara kita yang cakap Allah tu tuhan kita, tuhan orang lain berhala? Ada ke tuhan selain Allah? Apa jadi dengan syahadah kita? Sekarang siapa yang syirik? *Ke tak faham apa yang dibaca? Al-fatihah sekadar Al-fatihah*

Saya tak cakap sapa-sapa, tapi bila ustaz cerita pasal tu tadi, rasa tersentap sikit. Alhamdulillah sekarang setelah faham sedikit sebanyak, saya tak pernah cakap macam tu. Tapi siapa tahu, kalau dulu semasa jahil saya juga pernah mengeluarkan kata-kata begitu kepada kawan-kawan. Dulu kecik-kecik duduk dalam komuniti yang banyak non-Muslim. Hmm.

Apapun, dalam berjela-jela cerita ni, saya punya main point cuma seciput tu je. Mintak maaf ye. Allah Tuhan Sekalian Alam, bukan Tuhan Orang Islam sahaja. Kita yang dah Islam, seharusnya bersyukur dan cuba menarik mereka-mereka yang jauh itu untuk memahami dan merasai keindahan Islam, bukan menjauhkan lagi mereka dari cahaya. InsyAllah.

P/S : Ustaz tu takde la cakap kasar macam saya tulis kat atas tu. ;D


"Siapa yang syirik?"

Thursday 19 July 2012

Jom Buat Kira-Kira!

I promise you, this is gonna be short. =D *kononnya*

Rasa-rasanya kita ni hidup sampai umur berapa? 60, 70, 80, 90, tak pasti?

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda "Umur umatku di antara 60 ke 70 tahun, dan tidak ramai yang melebihi daripada itu." (HR Tirmizi)

Ok, let say kita hidup sampai umur 65 tahun *tu pun kalau sampai la kan*. Kita baligh umur 15 tahun *ni contoh sahaja*.

65 - 15 = 50 tahun

Dalam 50 tahun tu, berapa jam kita pergi sekolah/kerja/main/jalan-jalan/lepak dengan kawan-kawan dan etc2?

Mesti susahkan nak kira? Takpe, jom kira yang lebih sikit.

Sehari solat wajib berapa kali? 5 kaliiiiiii Pandai-pandai. Jangan kurang pulak eh. ;)

Kira-kira berapa minit kita ambik untuk solat tu? 10 minit satu waktu? Kalau lima waktu baru 50 minit. Bundarkan jadi 60 minit = 1 jam.

Sehari satu jam je kita solat. 23 jam tu buat apa? Tidur lagi lama ye tak? *terasa*

50 tahun x 365 hari = 18250 hari
Sehari solat 1 jam, 18250 hari = 18250 jam
18250 jam / 24 jam = 760.42 hari
760.42 hari / 365 hari = 2 tahun

Pernah tak sedar fakta tu? Sepanjang-panjang usia yang Allah bagi, hanya 2 tahun je kita solat. Dari 2 tahun tu pulak, berapa kali yang kita betul-betul khusyuk? Ce fikir ce fikir. *angkat-angkat kening*


Apa yang kamu rasa sekarang? Ke tak rasa apa? Tu pun kamu yakin ke bole hidup sampai 65 tahun? Wallahualam. Saya tak pasti.

Berapa ramai antara kita yang sanggup korbankan masa tidur untuk bangun bersujud padaNya? Untuk tambah masa yang hanya sejam sehari menghadap Pencipta kita. Ni pun kalau jenis yang solat lambat, kalau yang solat ekspres tu? Berapa minit je luang masa untuk sujud pada yang beri kita 24 jam ni?

Kita kata kita cintakan akhirat, kita takutkan neraka, tapi hakikatnya usaha kita lebih untuk dunia. Tanpa kita sedar.

Kita bole anggap yang kita solat full 5 waktu, kita jalankan kerja-kerja dakwah semua tu cukup.Tapi kalau kita buat kerja-kerja dakwah, study, kerja, sampai tak larat nak bangun qiam, solat pun tak berapa nak khusyuk, rasanya? Kita bole la perasan yang kita hebat, orang dengar apa kita cakap, hakikatnya kita sibuk mendidik insan lain, kita sibuk nak berjaya, tapi diri kita? Hak diri kita terabai. *sedih sendiri*

Sedangkan solat tu amalan pertama yang akan dihisab. Sikitnya bekal yang kita nak bawak nanti. 2 taun je dari bertahun-tahun yang Allah bagi. Itu pun kalau hidup sampai 65 tahun. *ulang skali lagi*

P/S : Kita masuk syurga bukan dengan amalan kita. Sebab amalan kita memang tak cukup pun nak bawak ke syurga, tapi redha Allah yang kita kejar. Kira-kira kat atas tu pun dah cukup jadi bukti betapa sikitnya amalan kita kalau dikira.


P/SS : Sapa yang tengok tanyalah ustaz pagi tadi tau kot pasal kira-kira ni. ;)


P/SSS:  Dalam seruan untuk solat tu sendiri dah cakap "Marilah menuju kejayaan". Menuju kejayaan bagaimana? Dengan solat. Tapi kalau kita pandang remeh pada solat, macam mana nak berjaya? *peringatan buat diri*

Untitled

It's not easy to say NO.
And you'll never understand.
Should i feel sorry for myself or for you?
Because sometimes you don't know what to say and what's not.

I wish i could say everything out loud.
Telling you all that i kept in the bottom of my heart for so long.
It's not easy though.
As hard as saying NO.

Telling He who listens is more than enough.
And if one day i have to confront this one thing that im scared of,
I hope i have the gut to say NO,
Or i'd simply say YES,
The decision cannot yet be made.

If only you knew,
It will not be easy for me to say NO.

Wednesday 18 July 2012

Alaa, Nak Macam Dia Jugak! =(

"Eee, tengok tu, bestnya kalau bole bli Porsche jugak"


"Kalau la aku pandai/cantik/hensem/kaya/hebat macam dia"


"Malu la orang tengok aku cam gini."


"Ish! KENAPA HUJAN?????"


"Panas giler harini!"


"Tak sedap la makanan ni. Tak nak datang dah kedai ni"


"Segan la nak kawan ngan diorang, aku tak kaya macam tu"

Dan macam-macam lagi yang kita pernah cakap or dengar orang lain cakap. Kenapa agak-agaknya jadi macam ni?

Sebenarnya, ramai hamba Allah yang tak bersyukur. Sedar, tanpa sedar, sengaja, tak sengaja. Agak-agak kita pernah buat tak?

Bercakap tentang pernah buat tak, teringat awal-awal dulu masa baru pindah Perak.

"Ayah, takde rumah lagi besar ke? Rumah ni lagi kecik dari dapur kita kat Sarawak"

Masa tu ayah sewa rumah yang sangat kecik, *sejujurnya itu yang saya rasa masa tu* bilik kecik, bilik air kecik, dapur kecik, kalau situ tempat makan, situ la tempat nonton TV, situ la tempat guling-guling ngan family. Ayah cakap apa?

"Apa yang kurang rumah ni? Atap ada, dinding ada, pintu tingkap semua ada. Ok la"

Dush! Tersentap. Bila difikirkan, betul jugak. Sepatutnya tiada kata-kata mengatakan rumah tu kecik terjadi. Tapi apa saya buat? Hmm.

Tapi bila perabot semua sampai dari Sarawak, kena jugak pindah rumah yang lebih besar sebab bila masuk semua perabot, memang takde space nak bergerak, makan pun dalam bilik tidur. Hehe. Tula keadaan mula-mula dulu. Alhamdulillah sekarang dah ada ruang nak lari-lari setempat. ;D

Cerita saya sampai di situ. Tak menarik pun. Saja nak cerita. Sebab nak tunjukkan saya ni tak perfect. Masih ada kekurangan. In fact, masih terlalu banyak kekurangan. :'(

Kali ni nak kongsi cerita yang pernah saya dengar suatu masa dulu *chewah*. Mak yang cerita kat saya, mak dengar dalam TV. Jom jom, saya nak bagi kamu berfikir sikit.

Bila kita naik Kancil, kita tengok orang yang naik Mercedes, lepas tu cakap "Ee, bestnya dia ada Mercedes. Bila la aku bole beli kereta macam tu"


Kenapa tak tengok orang yang naik motosikal je? Dan bersyukur sebab kita ada kereta Kancil. Tak payah la berhujan-hujan kan?


Yang bawak motosikal, tengok yang dalam kereta. "Ish, aku naik moto je, orang tu ada kereta."


Kenapa banding dengan yang berkereta. Cuba kamu banding dengan orang yang kayuh basikal. Lagi kesian. Penat kayuh. Kamu moto jalan sendiri.


Yang mengayuh basikal tengok orang bawak moto. "Kalau la aku ada moto. Tak payah penat-penat kayuh basikal"


Kayuh basikal ok apa. Bole exercise. =P Kenapa compare dengan yang ada moto? Cuba kamu tengok orang yang nak beli basikal pun tak mampu. Bejalan je. Guna kudrat sendiri. Lagi penat.


Yang tak mampu beli kereta, moto, basikal, terpaksa berjalan kaki. "Apa la aku ni miskin sangat. Nak beli basikal pun tak mampu"


 Tak payah bandingkan dengan orag yang mampu, cuba tengok orang yang takde kaki, lumpuh ke. Tak mampu nak berjalan dengan kaki sendiri. Kamu masih mampu berlari.


Yang takde kaki atau yang tak mampu berjalan tengok orang yang bole berjalan, "Kan best kalau aku ada kaki"


Cuba tengok orang yang dah mati, dah tak boleh buat apa-apa. Takde kaki pun masih bole tengok dunia. Bole buat macam-macam. Kalau dah mati?


Ok, this is one of my favourite stories. Kalau ada rasa nak merungut sikit, saya fikir balik tentang cerita tu.

Sekarang, apa yang kamu dapat dari cerita tu? Apa ibrah yang bole kamu ambil?

Tak tau? *facepalm* Sila fikir sendiri ye. =D

Sebagai manusia, kita selalu bandingkan diri kita dengan yang lebih hebat, lebih baik. Sampai kadang-kadang ada rasa rendah diri, malu, sedih, dan sebagainya. Memang tak salah kalau kita nak jadi lebih bersemangat dengan membandingkan yang lebih baik, tapi kalau itu menjadikan kita tidak bersyukur bagaimana?

Orang yang bersyukur tak kan pernah merungut atau malu dengan keadaan dirinya. Dalam apa jua keadaan, dia sentiasa bersyukur. Naik kereta cantik bersyukur, kereta buruk bersyukur, ada makanan sedap bersyukur, takde makanan pun bersyukur, apa sekali pun keadaan, dia pasti bersyukur.

Kita bagaimana? Adakah sentiasa bersyukur atau masih mengeluarkan kata-kata yang menggambarkan betapa tidak bersyukurnya kita, sedar atau tanpa sedar?

Rasulullah cakap apa kat kita?

Abdullah bin Abbas dan Anas bin Malik berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda ' Andainya seorang anak adam (manusia) mempunyai satu lembah emas, pasti dia ingin mempunyai dua lembah. Tiada yang dapat menutup mulutnya (menghentikan kerakusannya di dunia) melainkan tanah (maut). dan Allah berkenan memberikan taubat kepada sesiapa yang bertaubat.' (HR Bukhari & Muslim)

Terasa? Manusia tak pernah rasa cukup. Betulkan? Kalau tak betul, Alhamdulillah. Saya pun tabik spring kat kamu. Kagum. Tapi kalau masih ada rasa tak cukup tu, doa-doa agar Allah keluarkan perasaan tu dari dada kita. InsyaAllah.

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan, serta hati (akal fikiran), AGAR KAMU BERSYUKUR. " (An-Nahl :78)

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan kepada kamu) nescaya kamu tidak dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (An- Nahl : 18)

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan" (Ar-Rahmaan) *berulang berkali-kali*

"Dan ingatlah ketika Tuhanmu memberitahu, Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya akan Aku tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azabKu amatlah keras" (Ibrahim :7)

Kita selalu tak bersyukur, sebab tu Allah tak tambah nikmat. Makin kita merungut kan? Cuba kalau kita sentiasa bersyukur, Allah dah janji terang-terang "Aku tambahi nikmatKu kepada kamu". Kamu ingat Allah main-main?

Salah guna nikmat juga tanda-tanda kita tidak bersyukur. Hati-hati ya.

Cukup setakat ni. InsyaAllah. Mari kita sama-sama jadi orang yang bersyukur dalam apa jua keadaan sesungguhnya janji Allah itu benar.

P/S : Dah nak masuk Ramadhan ni, jangan rambang mata bila pergi bazar nanti. Tak pasal-pasal membazir. Kita buang makanan, lupa ada saudara kita yang tak sahur, tak berbuka sebab takde makanan langsung.

P/SS : Hati-hati bila berkata-kata, takut-takut nanti jadi tidak bersyukur lebih takut jika kufur tanpa kita sedari. Nauzubillah.


P/SSS : Cerita ni pernah di postkan di blog lama, sapa-sapa yang pernah baca, ni sekadar untuk mengrefresh kembali kalau kamu terlupa. =P
Alaaaaaa, nak yang dia punya jugak!!!! *penat bebel, tak terkesan kat dia ni, kamu bagaimana?*






Sunday 15 July 2012

Hey Kamu! Kamu yang Menjejakkan Kaki ke Surau.

KringKringgg!!

"HELLO! Aku kat surau ni!" *cakap macam nak bagitau semua orang*

"Apa?! kau nak bom J****? Takpe-takpe, bom je"

Ok, yang second tu tipu.

Ye cik kak, saya tau awak kat surau. In fact, kita semua sedang berada di dalam bilik kecil yang diberi nama  SURAU WANITA. Harap maklum.

Bukan sekali, bukan dua kali tapi berkali-kali dah pergi ke surau kat shopping mall, dan keadaannya tetap sama. Bising, hingar bingar, riuh rendah, hiruk pikuk, betapa nak gambarkan yang surau dah tak macam surau. Especially during weekends.

Kita selalu nampak sign "Dilarang makan/minum di dalam surau" atau "Dilarang meninggalkan beg di dalam surau" atau "Sila matikan/senyapkan telefon bimbit anda" atau kat certain masjid/surau ada sign "Dilarang tidur".

Saya menggunakan hak kebebasan bersuara dengan ini mencadangkan sign "Dilarang bercakap dengan volume maximum/separa maximum di dalam surau. Denda RM5000 akan dikenakan".  RM5000? Melampau. *orang Malaysia, selagi saman tu kecik je, tak bagi efek pun kat dia.Ini hakikat.* Fine. Apa yang melampau? Kalau kita parking merata, kereta kena kompaun, kalau drive over limit, kena saman, kalau tak letak kupon, dapat ticket (saman), kenapa kalau mengganggu kekhusyukan saudara yang tengah dating tak bole denda? Tak tahu ke solat tu masa kita nak berdialog dengan Yang Maha Mendengar?

Apa kamu ingat saya nak sangat tahu kamu tengah cakap dengan siapa dalam fon tu? Kamu ingat geng kamu tu menarik sangat sampai semua orang nak dengar perbualan kamu dalam surau ni? Kamu ingat hidup kamu sorang je menarik sampai kamu bercakap bagai nak buat pengumuman satu emporium? Kamu ingat surau tu tempat kamu story-story lepas tu gelak sakan macam nak runtuh surau tu dek gegaran suara? Kamu lupa apa tujuan utama kamu ke surau? Sekadar nak lepas penat sebab kerusi kat luar surau tu penuh? Macam tu ke?

Saya sangat tak suka dengan cik kak cik kak yang bersembang sakan dalam surau or masjid ni. Tak puas-puas ke bersembang kat luar tu? Masa kamu shopping kamu tak berbual ke dengan kawan kamu? Kamu tak belajar erti hormat menghormati ke? Kalau kamu nak orang hormat kamu semasa kamu solat, jadi kamu harus hormat orang semasa orang solat. Khusyuk tu tak mudah bagi manusia zaman kita. Tolong la jangan menambahkan lagi kurangnya khusyuk bagi orang lain. Mungkin bagi kamu sesi berdialog dengan Allah tu tak penting, tapi tidak bagi orang lain. Itulah satu-satunya masa dia nak luah setiap satu rahsia yang dia sembunyikan dari dunia. Dunia yang sentiasa menipu dan meletihkan dia. Kenapa kamu sewenang-wenang nak buat kecoh masa tu jugak?

Bagi yang suka buat bising dalam surau, saya tak kata yang banyak cakap tu salah. Saya ni pun bayak bercakap, tapi saya tahu bila dan dimana, InsyaAllah. Yang gelak terbahak-bahak tu, saya tak cakap pun salah, tapi salah bila HAHAHA! tu dalam surau. Saya pun ada ketika gelak HAHAHA! macam kamu, tapi bukan dalam surau. Bagi yang suka bercerita tak habis-habis tu, kamu tahu kan kamu suka bercerita, apa kata kamu bercerita kat Allah pulak macam tu. Tak henti-henti, bole? *komfem la tak bole, nanti mesti bagi alasan macam-macam.heh*

Bercakap tak salah, bergurau senda tak salah, nak bersembang tak salah. Yang salahnya kamu bercakap, bergurau tak betul tempat.

Sampai sekarang saya masih pelik, kenapa isu buat KECOH dalam surau ni masih bukan isu sensitif, masih lagi dipandang remeh. Kenapa. Kenapa Kenapa.

Saya pun tak tau nak bebel apa dah. Cukup-cukup la tu.

**Hari ni pergi surau Jusco, dan memang ramai sebab hujung minggu. Masuk sama-sama dengan satu kumpulan budak-budak pompuan ni. Saya bukan nak kutuk, tapi sangat bising. Bersembang, gelak. Alahai, padahal kamu-kamu tu berpakaian Muslimah. Kamu nak tunjuk yang akhlak seorang muslimah macam tu ke? Kumpulan yang membawa imej Islam perangai macam tu ke? Kalau saya bukan orang yang mengikuti DnT, kamu secara tidak langsung boleh menolak saya lebih jauh. Sebab kamu mungkin mengaku faham, tapi kamu pandang remeh tentang solat. Kamu senyap semasa kamu solat, dan kamu bising semasa orang lain solat, akhlak apakah yang kamu cuba pamerkan?

P/s : Sapa-sapa yang nak jawab kol dalam surau tu, tolong la perlahankan sikit suara. Kalau kamu tengah solat, tiba-tiba ada orang cakap kuat-kuat kat belakang kamu, kamu rasa apa? Untuk pengetahuan, TAK SEMUA ORANG PEKAK! *ini bukan penghinaan*

P/ss: Ini mungkin bukan isu penting bagi kamu, tapi amat penting bagi saya. Sila hormati orang lain.


P/sss: Kamu tak malu ke datang rumah orang, lepas tu bising-bising? Masa tuan rumah tengah bercanda kasih dengan tetamu yang datang melepas rindu pulak tu.


P/ssss : Ini khas untuk kaum hawa, kerana saya tak pernah menjenguk Surau Lelaki, so tak tau keadaannya sama atau sebaliknya.


P/sssss : *banyak la pulak kan* Maaf kalau bahasa agak kasar. Tapi ini bukan main-main. Harap maklum.

Mungkin bagi kamu khusyuk itu mudah. Tapi hormatlah orang yang sedang berusaha sehabis daya untuk benar-benar khusyuk ketika menghadap Penciptanya.

Saturday 14 July 2012

Are You Readyyyyy?

Ni apa ke hal pulak tiba-tiba Are You Readyyyy *baca ala-ala rock star* ? Ehem! Saya nak tanya, dah sedia ke nak bertemu Ramadhan? *soalan untuk diri sendiri*

Oh, Ramadhan. Tak lama lagi raya. *yeayyeay raya raya* Dush!

As we all know, Ramadhan is the ninth month of the lunar Islamic calendar, which lasts for 29 or 30 days according to the visual sightings of the crescent moon  blablabla. *xtau nak cakap apa dah*

Tu je ke yang kita tau pasal Ramadhan? Lepas Ramadhan Syawal. Seronok Ramadhan tiba sebab lepas tu Syawal. Ke?

Kita bole lihat sekarang, semua orang sibuk share pasal Ramadhan. Ahlan wa sahlan ya Ramadhan, Ramadhan countdown, Ramadhan yang dirindui dan macam-macam lagi. Post tu saja-saja post ke sebab orang lain post nak post jugak ke sebab memang betul-betul datang dari hati? Saya bukan nak kutuk ke apa, cuma saya nak kita semua *yang sedang baca ni* renung balik diri kita. Betul ke kita meraikan Ramadhan tu? Betul-betul ke kita rindu Ramadhan. Rindu kat Ramadhan lebih ke rindu girlfriend/boyfriend/suami/isteri/mak/ayah/kawan lebih? Jangan tunding-tunding jari kat orang, jangan nilai-nilai orang lain. Sila buat penilaian untuk diri sendiri. Hati kita hanya Allah dan kita sendiri yang tahu hakikatnya.

Berbicara tentang Ramadhan, pelbagai persiapan dilakukan. Alhamdulillah. Tapi persoalan saya, kenapa bila Ramadhan tiba baru nak sibuk habiskan Quran? Sibuk plan cene nak khatam Quran dalam bulan Ramadhan? Bulan Muharam, Safar sume tu tak nak khatam Quran? Kenapa bila Ramadhan je baru nak jejak kaki ke masjid ke surau? Kenapa bila Ramadhan baru nak bangun malam, tahajjud segala? *tu pun kalau buat* Kenapa bila nak sedekah kena tunggu Ramadhan? Kenapa bila nak buat benda baik je, kena tunggu Ramadhan. Belum cakap pasal Syawal lagi. Satu fenomena pelik yang berlaku dalam masyarakat melayu, bila raya baru nak mintak maaf, asal mintak maaf tau dah lah tu hari raya. Macam tu ke sepatutnya? Tak kira lagi yang bergaduh sebab nak tapak beniaga masa bulan puasa. Ada yang berniaga sampai solat pun ntah ke mana. *oooppppss*. Tapi itu la hakikatnya. Pahit dan harus ditelan.

Saya nak tegaskan di sini, kita Hamba Tuhan bukan hamba bulan. Jadi kenapa kalau nak buat yang Allah suka, yang Rasulullah ajar kena tunggu bulan-bulan tertentu? Kenapa? Why? Kyon? Apesallll? *sedang tembak diri sendiri*

Ok, cukup dengan persoalan-persoalan saya. Mesti korang dah rasa lain macam kan? Sepatutnya cakap pasal Ramadhan kena la memotivate orang, bukan kerja demotivating macam yang saya buat kat atas. Bukan apa, cuma nak bukak sikit minda tu.

Sebenarnya, saya pun sangat la happy menunggu Ramadhan ni. Ya Allah, harap-harap di panjangkan usia dapat bertemu Ramadhan. Bagus kalau kita buat persiapan menjelang Ramadhan, meraikan bulan yang penuh dengan keberkatan. Bukan sebab suka ada bazar Ramadhan ek. Tu nafsu semua, nafsu! =P

Kedatangan Ramadhan sememangnya amat dinantikan, dirindui dan ditangisi apabila ia berlalu. Kenapa?

Kerana Ramadhan bulan penuh keberkatan.

Rasulullah bersabda; ketika datangnya Ramadhan. Sungguh telah datang bulan yang penuh berkat, diwajibkan atas kamu berpuasa, dalam bulan ini, pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup dan syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini ada satu malam yang nilainya meyamai seribu bulan, maka barang siapa yang diharamkan kebaikannya (tidak beramal baik di dalamnya) sungguh telah diharamkan (tidak mendapat kebaikan di bulan lain yang menyerupai kebaikan bulan ini). (HR Ahmad, Nasaie, Baihaqy)

Pabila tibanya Ramadhan syurga mengucapkan selamat datang.

Di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut ar-Rayyan. Akan masuk padanya pada Hari Kiamat orang-orang yang berpuasa dan tidak ada seorang lain pun akan memasukinya. (HR Bukhari)

Neraka melabuhkan tirainya.

Apabila tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan diikat syaitan-syaintan (HR Bukhari & Muslim)

Pahala kita dilipatgandakan.

Pahala anak adam digandakan 700 kali ganda. Allah berfirman, '...kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu milikKu,dan Aku memberikan ganjarannya kerana dia meninggalkan shahwat dan makan minum keranaKu' (HR Muslim)

Dosa lalu di ampunkan

Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan di ampunkan dosa-dosa yang lalu. (HR an-Nasaie)


Diriwayatkan dari Abu Hurairah, Sesungguhnya Rasulullah bersabda 'Solat 5 waktu, solat Jumaat sehingga Jumaat berikutnya, puasa Ramadhan sehingga Ramadhan berikutnya adalah penutup dosa-dosa (kecil) selagi mana dosa-dosa (besar) tidak dilakukan. (HR Muslim)

Memperoleh dua kegembiraan

...dan bagi orang yang berpuasa baginya dua kegembiraan. iaitu apabila berbuka dia gembira dengan berbukanya dan dia gembira apabila bertemu Tuhannya. (HR Bukhari & Muslim)

Doa-doa diperkenankan

Tiga doa yang amat mustajab, doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang bermusafir. (HR Bukhari, Ahmad & Tarmizi).


Oh seronoknya Ramadhan. =DDDD *cair* Bagi yang telah buat persiapan, sila KAW kan persiapan anda. Bagi yang belum buat apa-apa, sila buat persediaan. Macam-macam Allah nak bagi tu, tak nak ke? Rugilaaaaa.


Apapun, just a short reminder to end this longggggg post, kita hamba Allah, bukan hamba bulan. Anda bijak, anda haruslah faham. ;)


Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. =D *wish siap-siap, nanti malam puasa tu nak pegi terawih, takde masa nak wish bagai*


Sape nak belanja saya buffet bukak puasa bole tinggalkan komen, nanti saya PM no henfon. =P


P/s : Harap-harap istiqamah la ye pada bulan-bulan lain dengan setiap amalan yang kita tungkus lumus buat time Ramadhan. Sebab kita ni hamba Allah, bukan hamba Ramadhan.

Friday 13 July 2012

Kasih yang Terabai.

Sape sayang ayah dia angkat tangannn!!! *sayaaaaa* Kan cakap angkat tangan je, tak suruh jawab pun. =P
Nape tiba-tiba tanya sapa sayang ayah dia pulak ni? Ada sebabnya.

Sebenarnya, tanpa sedar, ayah selalu diabaikan. Ye tak? *Takkkkkk* Tipu! Saya berani kata yang kamu tipu. Memang betul, kamu sayang ayah kamu, saya tak nafikan, tapi betul ke ayah kamu tak terabai?
Lupakan dulu tentang ibu, sebab ibu memang sering kali mendapat perhatian lebih. Tanpa kita sedar. Tak percaya?

Cuba kamu ambik masa dan perhatikan sekeliling setiap kali kamu keluar ke mana sekali pun. Ke kalau pergi jalan-jalan tu sekadar jalan-jalan? Shopping sekadar shopping? Tak pernah nak mengambil ibrah dari setiap yang dilihat. Ingat, tarbiyyah itu ada di mana-mana. Cuma terpulang kepada kita untuk melihat dengan mata kasar atau menilai setiap yang dilihat dengan mata hati, kaca mata dakwah, pandangan iman. Nilai diri kita, apa kaca mata kita?

Cukup bebelan di situ. *penat*

Kalau kita lihat, selalunya di pasaraya, ayahkan yang dukung anak-anak kecik? Ibu pulak sibuk dengan barang shopping. Di klinik-klinik dan hospital pulak, selalu kelihatan ibu-ibu tua datang berteman, ayah-ayah pula seorang diri. Apabila telefon, cari ibu. Jarang sekali nak sembang dengan ayah. Bila mengadu, mengadu pada ibu. Bila sedih, pergi kat ibu, bila bercerita, cerita pada ibu. Bila nak duit, mintak dari ibu, ibu mintak dari ayah. Bila nak kahwin, tanya ibu, ibu tanya kat ayah. Bila ada apa-apa, semua nak ibu ibu ibu. Di mana ayah di hati kita?

Apabila di soal begitu, ramai yang memberi alasan, ibu lebih senang di ajak berbincang, ibu lebih memerlukan  teman ayah bole jalan sorang-sorang, ibu lagi senang nak bermanja. Tapi pernah ke kita cuba selami apa yang ada di dasar hati seorang ayah? Pernah ke kita tahu betapa ayah juga mahu perhatian seperti ibu? Mungkin ayah tak pernah suarakan, tapi kenapa kita tak pernah cuba faham?

Siapa pernah dengar iklan KARISMA (Kebajikan Rakyat 1 Malaysia)? Yang dia cakap ayah dia takde karisma tu. Saya teramat tak setuju dengan iklan tersebut. Maafkan saya, tapi SAYA TETAP TAK SETUJU! titik. Kenapa? Mungkin iklan tersebut sekadar nak cakap tentang bantuan tu and janji ditepati. Tapi tak bole buat iklan yang lebih baik ke? Mungkin kamu tak terfikir, dan saya terfikir. Sebab saya ni suka mengkritik kot. Apa yang saya tak setuju? Ok, saya nak ajukan beberapa soalan.

1. Patut ke seorang anak tu cakap ayah dia takde karisma? *ni cam saje nak cari gaduh. haha*


2. Kenapa anak dia tak buatkan cermin mata untuk ayah dia?


3. Kenapa nak suruh ayah pergi mintak duit bantuan untuk buat cermin mata?


4. Kalau ayah dia tak layak dapat duit tu, takkan ada cermin mata la eh?


5. Kalau dia kecik-kecik dulu rabun, dan ayah dia suruh tunggu duit bantuan baru buat cermin mata, rasanya bole lulus periksa ke? Ntah2 huruf pun tak kenal sampai sekarang.


6. Da tu bole pulak cakap kat ayah suruh ajar anak-anak membaca. Janji konon. Da tau ayah janji, bagi la duit untuk ayah buat cermin mata.


7. Dah la suruh ayah mintak duit bantuan untuk cermin mata, suruh ayah ajar cucu-cucu membaca pulak tu. Dari kecik sampai besar keja ayah nak ajar orang lain ke?


8. Tak cukup ke pengorbanan ayah sejak kita kecil sampai nak kena suruh ayah guna duit bantuan untuk keperluan yang memang ayah perlukan?

Mungkin soalan dan pemikiran saya irrelevant. Mungkin mesej yang sampai kat saya berdasarkan iklan tersebut berbeza. Tapi, hanya sebab kerajaan bagi bantuan, tak bermaksud kita tak bole nak bagi duit kat ayah. Kalau kita kecik-kecik sampai besar nak menyusahkan ayah, anak apa kita ni? Kalau dulu ayah sanggup sekat keinginan sendiri demi keperluan kita, kenapa tidak kita? Berapa ratus je la cermin mata tu. HAISH. *Iklan pun bole jadi isu*

Bukan setakat iklan ni, tapi berapa ramai yang bila dah dewasa ni still jalan-jalan ngan mak ayah? Still lepak-lepak sembang gelak-gelak ngan mak ayah? Cium ayah hari-hari. Telefon ayah bukan setakat telefon ibu je (yela, sekarang zaman moden, mak ayah dua-dua ada telefon).

Kalau yang sibuk berdakwah, sibuk ke sana ke mari boleh, tapi tak kan nak luang masa untuk mak ayah sekejap tak mampu? Kalau mampu duduk berbulatan gembira dengan akhawat atau ikhwan, kenapa tidak di ambil masa untuk ayah sebentar? Jangan guna alasan 'sekarang dah takde masa nak rileks'. Sepak karang. Redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa kita, kalau kita sibuk dengan dakwah sampai nak luangkan masa dengan mak ayah *especially ayah* pun takde, tak guna jugak.

Apa kata, mulai dari harini, kita buat perubahan kecil dengan kasih sayang yang besar dalam hati kita. Kalau yang tak pernah cium ayah tu, cuba cium, tengok muka ayah lepas tu, komfem berseri-seri. Before ayah pergi kerja/kita pergi kerja, salam ayah, cium pipi dia, kalau jenis yang suka mengada macam saya, bole la buat muka comel kat ayah. Petang-petang before ayah balik buat minum petang ke, kalau malas pergi la beli. Bukan susah sangat pun. Kalau jauh, cuba kol ayah, sembang ngan ayah jangan sembang ngan mak je. Kalau ayah nak pergi klinik, teman la dia. Lagi-lagi ayah yang dah tua. Kesian dia. Dulu kamu kecik-kecik pergi klinik, ayah sanggup ambik cuti teman kamu. Kamu tak mampu buat camtu ke? Sama jugak kerja. Tak gitu? Dan cuba la fikir sendiri apa yang bole diubah bagi ayah kamu rasa yang kamu betul-betul sayang kat ayah. Love is meant to be felt, need to be proven, have to be shown, tak cukup sekadar cakap 'saya sayang ayah. i love you daddy' or whatsoever. Bagi duit tiap-tiap bulan tu tak cukup tau, tu pun kalau ingat nak bagi. =.=''

Maaflah, banyak membebel pulak kali ni. Bebelan yang macam tak tentu arah pun ada. Maafkan saya. Mungkin penulisan ni tak berkesan, tak bermanfaat, tak de apa-apa, sekadar bebelan, tapi saya nak cakap lagi skali, AYAH, KASIH YANG SELALU TERABAI TANPA SEDAR. *sekarang dah sedar, jangan la abaikan lagi*

P/S: Kalau tak nak anak-anak abaikan kamu, jangan abaikan orang tua kamu, walau seremeh-remeh perlakuan. Nanti Allah bayar CASH!


P/SS: Ayah mungkin tak reti nak tunjuk kasih sayang macam ibu, tapi itu bukan bermaksud kamu pun kena tak reti tunjuk kasih sayang kat ayah.


P/SSS : Kali ni takde hadis atau ayat Quran.. Maaf.




Wednesday 11 July 2012

Saya Melihat dan Saya Bertanya

"Em, kenapa dia pakai seluar tu pergi jalan-jalan? Saya pakai untuk tidur je"


"Kenapa kasar sangat bahasa yang dia pakai? Kalau cakap elok-elok kan lagi baik"


"Macam mana la anak-anak bole biar mak ayah yang dah tua tu tak terurus macam tu?"


"Alamak. Kenapa cium dia tu? Dia bukan suami kamu. >___<" *takboleblahbtol*


"Bole eh pakai baju tu pegi pasar?"


"Kenapa seksi-seksi ni, tak segan ke eh?"


"Kenapa pakai tudung tapi baju lengan pendek?"


"Kenapa sekejap pakai tudung kejap dah tak pakai lagi?"


"Macam mana dia bole peluk orang suka hati macam tu?"


"Kenapa tak risau dengan solat yang asyik tertinggal eh?"


"Kenapa suka sangat tengok rancangan yang tak bermanfaat tu?"


"Kenapa nak sangat bazirkan beratus-ratus pergi concert plek gitu?"


"Bole eh contact-contact camtu je? Tak bercinta pun"


"Nape orang tu bole je buat camtu ngn tunang dia? Dia pun pakai tudung besar?"


"Kenapa tak nak pergi usrah?"


"Kenapa tak nak baca Quran hari-hari?"


"Kenapa mencipta alasan bila diajak ke arah kebaikan?"


"Kenapa sibuk kejar cinta manusia sedangkan cinta Allah memang dah lama menunggu kita menyambutnya?"


"Kenapa susah sangat nak faham yang jalan dakwah dan tarbiyyah ni sangat AWESOME?!!!?" *tone bengang*

*****************************************

Sebenarnya banyak lagi persoalan yang kadang-kala bermain-main dalam fikiran. Dan hampir di setiap kadang-kadang tu saya lemas dalam mencari jawapan. Terlalu banyak bisikan yang datang, membenarkan sesuatu yang salah, dan menyalahkan sesuatu yang benar. Kenapa? Kerana kebenaran itu selalunya lebih pahit dari apa yang kita sangkakan.

Akhirnya saya temui satu jawapan yang merungkai segala persoalan "Kerana mereka belum faham". Dan dari jawapan ini timbulnya satu persoalan, "Sampai bila harus aku biarkan mereka tidak faham?"

Mereka belum faham membuktikan bahawa jalan ini masih teramatlah panjang. Penghujungnya masih belum kelihatan. Cuma cahaya yang mengiringi, menyuluh setiap kegelapan yang bakal ditempuhi. Mengharap dengan bekalan cahaya ini, mampu memberi sedikit cahaya untuk menyuluh jalan mereka-mereka yang masih belum faham. Mereka belum faham, salah mereka atau salah kita yang telah faham tapi tidak mengambil tindakan? Sengaja membutakan mata dan memekakkan telinga dengan harapan tidak akan disoal pada hari pembalasan. Mana mungkin.

Sedangkan yang mengaku faham dan mengaku mengikut tarbiyyah masih tidak mampu melepaskan diri dari melakukan kesilapan. Sedangkan yang hebat pun ada kecundang di tengah jalan. *mengenang diri yang masih bertatih dan kerap kali kecundang* sigh.

Jalan ini benar-benar masih panjang juga bagai lautan yang tak bertepian.

Wahai orang yang berselimut!
Bangunlah, lalu berilah PERINGATAN!
dan agungkanlah Tuhanmu,
dan bersihkanlah pakaianmu,
dan tinggalkanlah segala perbuatan yang keji
dan janganlah engkau memberi dengan maksud memperoleh balasan yang banyak
dan kerana Tuhanmu, bersabarlah.

(Al-Muddassir : 1-7)

Jika kamu masih mampu melihat mentari hari ini, itu tandanya Dia masih memberikan kamu peluang untuk memperbaik tiap kekurangan semalam. ;)

Monday 9 July 2012

Life As I See It #5 ; Sesuatu Yang Sering Dilupakan


Ehem! *nak jugak letak gamba ni besar-besar.* Kali ni sekadar nak buat pesanan ringkas buat diri sendiri dan pembaca-pembaca budiman. Maafkan saya andai ada yang terasa kerana tujuan menulis memang nak bagi diri sendiri and orang sekeliling terasa. Huu~

Zaman sekarang memang HOT isu kahwin muda atau kahwin tak kira muda ke tua, kahwin sentiasa akan jadi isu. Isu yang sedikit sebanyak mempengaruhi saya. Tetttt.

Pesanan ini bukan sempena Ramadhan yang dah dekat, tapi sekadar peringatan buat diri yang sering terlupa. Post sempena Ramadhan akan menyusul kemudian, InsyaAllah.  ;D

"Sebelum sibuk nak bercinta dengan makhluk, ajukan soalan buat diri sendiri, di manakah status cinta kita buat Pencipta? 


1. HANGAT
2. Suam
3. Sejuk
4. Beku


Kenapa sibuk mahu membahagikan cinta sedangkan belum puas bercinta dengan yang Selayaknya?"

Terasa? Tak? Takpe, mungkin saya je yang terasa kot bila kena tadi. Tu yang tiba-tiba tulis ni. Hee.

Tidak mungkin ada dua cinta dalam satu hati. . . .

Dan hati saya, masih belum sedia untuk yang kedua, kerana yang Utama masih punya kekosongan yang belum mampu saya isi. Astaghfirullah.

P/s : Kepada kawan-kawan, mungkin kadang-kadang saya mencetus PROPAganda mahu berkahwin awal, tapi hakikatnya, hati saya benar-benar belum bersedia. Maaf, memang suka buat kecoh tak tentu pasal. =.='' Itu sekadar gurauan dari saya yang bosan di rumah.


P/s : Bak kata Irma Hasmi "Bukan saya yang pilih (jodoh), ni Allah bagi". Buat kita-kita yang Allah belum bagi, jangan sibuk-sibuk sangat cari. Apa yang patut didahulukan, dahulukan. Sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik. ;)

Saturday 7 July 2012

I'm Working On Something

I went silent for a while. Not because i don't have things to say, i'm just running out of words. I'm not really good at this *read as writing* =P . In fact, i've got 5 posts which i successfully saved to draft. That makes them drafts, not posts actually. Whatever.

I'm working on something. What something. Hmm, just something. Better not to tell what it is exactly. It's not necessary. And i don't know why i end up writing this blabber here. *hakikatnya tengah tunggu mask sejuk dalam peti ais*

This story of mine might end the way i want it to end, but not exactly the way i ever wanted it to happen. Got what i mean? Or my English is just too hard to understand? *English tak hebat tapi gedik nak tulis in English. Sorry*

God willing, it will eventually happen. No matter how long it takes or how hard I have to try. I'm trying to make my dream come true. It's my dream, so why on earth am i hoping you to work on it too? I guess i have to make it clear, this is my dream not our dream. And i should not expect you to work hard on it too. *i wish, i actually HOPE you are trying too, very hard, as hard as i am, or maybe a bit harder. ok, just ignore me*

Dear self, nothing will ever happen the way you want it to happen. Everything happens the way Allah makes it happen. You want something, you find a way to make Allah makes it happen. Only if it's good for you. Try, you will not lose anything because you risk nothing. Everything is worth trying. It might hurt you if it ended not exactly how you ever wanted, but that's life. You don't usually share dream with others. Your love story might not be as sweet as you ever imagined. That's fine, it will only hurt for a little while. In the end, it's not how you begin that matters, it's how you end.

I don't know.

And i'm casting a love spell on you. Haha. I'm kidding.

Will be writing something beneficial next time, InsyaAllah. Till then, i guess this is farewell. ;)

Tuesday 3 July 2012

Cantik Tanpa Make Up. Bagaimana?

Amboi, bagi tips pulak dah kan? Hee. Saya berkongsi tips ni bukan la sebab saya ni cantik ke comel ke. Tak comel pun, cantik tu jauh sekali. Tapi saya bersyukur. Dan ilmu bukan untuk diamalkan sorang-sorang. Kena la share kan? Siapa tahu seremeh-remeh perkongsian besar nilai disisi Tuhan? Betul tak? *angkat-angkat kening*

InsyaAllah, hari ni nak cerita sikit macam mana nak cantik tanpa make up. Sebab apa perlu nampak cantik? Sebab Islam itu indah, Islam cantik, Allah itu indah dan suka akan keindahan. Jadi, kita pun kena la sentiasa cantik, inside out. Betul tak akhawat-akhawat sekalian? (BM tahap fail. dah jamak, djamakkn lagi. sekalian pulak) *BETULLLLLL*

Saya bukan jenis yang gemar sangat makeup tebai ni. Mungkin ada yang rajin, makeup sampai seinci. Saya, nak reapply compact powder pun malas. So kena la cari cara untuk bagi muka tak berminyak. Nanti tak pasal-pasal nampak pengotor. Bak kata orang Sarawak, ceridak mek/ mehe. Erk.

Moving on to my main points, *banyak pulak bebel*

1. Bangun pagi, ucap Alhamdulillah sambil senyum. Pergi kat cermin tu senyum la kat diri sendiri. It helps to increase your confidence level. Maybe korang rasa cam hodoh je bila bangun tido, takpe, senyum je lebar-lebar. Lepas tu komfem perasan cantik. =P

2. Bangun-bangun je, sila minum air kosong. Kalau jenis yang malas nak ke dapur, bawak botol air dalam bilik. *macam saya* Ni sunah nabi ek. Minum air masa bangun tu. Before gosok gigi. Ni baik untuk kesihatan jugak. Sape-sape yang geli ngan air liur basi tu, tak tau la den macam mana nak menolongnya.

3. Baca selawat nabi 3x dan tiup pada tapak tangan, lepas tu sapu kat muka. Niat dalam hati agar wajah diindahkan seindah wajah Nabi Yusuf as. InsyaAllah.

4. Baca ayat ke-4 surah Al-Insyirah 7 kali, tiup ke tapak tangan dan sapu pada wajah. 

5. Tengok cermin tu, baca la doa. "Ya Allah, sebagaimana Kau indahkan wajahku, indahkanlah pula akhlakku." Lepas tu kalau rajin, buat la yang no 3 and no 4 tu jugak. *saya rajin, so buat tiap kali tengok cermin.hee.* Saya ni suka tengok cermin, kat mana-mana pun nak jugak tengok self reflection. Cermin dalam bilik, masuk bilik mak tengok cermin mak, masuk bilik adik tengok cermin adik, dalam kereta guna cermin dalam kereta. Anywhere i go, cermin adalah benda first nak tengok. *Maafkan saya, perangai hodoh sikit*

6. Wudhuk. Kalau bole, slalu-slalu la ambik wudhu. InsyaAllah nanti berseri-seri. Hee.

7. Tahajjud. Banyak-banyakkan la tahajjud. Nanti InsyaAllah muka akan berseri-seri dengan sendirinya. Sendiri tu maksudnya Allah bagi muka naturally berseri. Tapi jangan pulak tahajjud semata-mata sebab nak muka berseri. NOOO NO NO. Niat kena betul, muka berseri tak, tu Allah bagi atau tak, kemudian cerita. Tapi ingat, janji Allah itu kan benar, so... Faham-faham je la eh. 

8. Sekali sekala tu bole la keluarkan duit untuk beli mask ke, apa ke yang bole bagi supplement kat muka korang. Tak salah kan? Lagi-lagi yang dah bersuami tu. Kalau dulu nak keluar dating bukan main lagi cantik, makeup berinci-inci. Lepas kawen, dah beranak. Subhanaallah, macam dah tak mandi sebulan gayanya. Ish. Kesian suami. Harap-harap dapat isteri cantik, rupa-rupanya cantik kejap je. Kalau dia tau, tak kawen kot sampai sekarang. eh. Lain la macam saya, takde boyfriend, tak yah penat-penat makeup. hihi.

9. Perfume. Ok, yang ni penting. Tak mau busuk-busuk eh. Tapi jangan la pakai sampai sebotol tu sekali. Buruk perangai. Bukan tak bole pakai perfume ye kaum hawa, tak bole pakai berlebih-lebihan atau niat tu sebab nak menggoda atau nak orang lain bau. Ni bukan saya cakap, Dato Hassan Din yang cakap. Bole pakai, dengan niat yang betul. Malaikat suka yang wangi-wangi ni dan syaitan dan jin suka benda yang busuk. Yang dah bersuami, PERFUME ADALAH PENTING UNTUK KAMU! Tak mau la suami balik rumah, kamu bau cam lauk. Allah hai, TAKKKK MAU macam tu. Burukkkkk perangaiiiiii!!! Kena wangi-wangi. Jangan nak keluar jalan-jalan baru nak cantik-cantik, nak tunjuk kat sape je?

10. Bersyukur. Kalau kamu bersyukur, semuanya akan baik-baik aja deh. Tak payah la sampai nak surgery segala tu. Cukup dengan apa yang Allah bagi, tak perlu nak pandai-pandai tambah atau kurangkan sendiri. Tapi bersyukur bukan bermaksud tak payah jaga kecantikan diri. Kena jaga sebagai bukti kamu itu bersyukur. Jaga sebaik mungkin. Tak bersyukur yang saya maksudkan di sini is bila kamu rasa orang lain lebih cantik dari kamu, dan kamu persoalkan ciptaan Allah, "kenapa dia cantik aku tak?" or apa-apa yang menyebabkan kamu rendah diri dengan rupa paras kamu. Jangan sekali-kali kamu hilang self confidence semata-mata kerana kamu rasa kamu tak cantik. Tak baik macam tu.

11. Last but not least, SENYUM. Senyum penting tau. Sebab apa? Sebab senyum ni bukan setakat bole maniskan raut wajah, tapi sedekah yang free. Rugi kalau tak buat. Jangan sesekali meremehkan walau sekecil-kecil perlakuan. Ok? Cantik cene pun or perasan cantik macam mana pun kamu, kalau muka macam  menanggung hutang beribu, nampak erk jugak. Tak manis di pandang mata.

InsyaAllah, Alhamdulillah, ni je tips yang mampu saya kongsikan buat akhawat-akhawat sekalian. Harap-harap bermanfaat. Kalau ikhwan-ikhwan pun rasa nak try, sila kan.

P/s : Jangan kejar sangat kecantikan paras rupa, Allah tak pandang rupa paras, tapi Allah pandang hati kita. Kesempurnaan iman kita juga digambarkan dengan penampilan, jadi, kita kena jaga penampilan. Dan, bagi kita-kita yang berpenampilan Muslimah, maksud saya yang bertudung separa superman *macam saya* atau yang memang superman betul tu *yang saya teringin nak jadi*, jaga imej dan penampilan kerana kita membawa imej Islam. Jangan kerana kita selekeh, orang memandang serong pada Islam. InsyaAllah, semoga Allah redha.

**Superman = tudung labuh - ni saya punya term. Bukan satu penghinaan.

saya tak reti benda-benda camni. So bole bagi tips cantik tak pakai make up je. Nak pakai make up, sila cari kat youtube. Banyak tutorial. =P

Sunday 1 July 2012

Muhasabah Diri #5 : Hoh, Akhlak Hodoh!

Sobahul khair semua!! =D Saya suka sangat dengan kata-kata ni, "Setiap hari umpama helaian kertas baru dari Allah dan Dia membisikkan 'Tulislah sebaiknya' " Jadi, hari ni saya dapat lembaran baru dari Allah, so masalah semalam, lupakan. Alhamdulillah. Terima kasih kepada kawan-kawan yang mendoakan, hanya Allah dapat membalas kebaikan kalian. ;) Sekali lagi, jazakumullahu khairan kathira. May Allah rewards you with kebaikan yang banyak banyak banyak banyak. Heee~ *Nape bahasa saya macam ni. Maafkan saya cikgu*

Ok, ingat tak dulu saya janji nak buat post tentang sifat-sifat mazmumah? Konon-kononnya next post, tapi dah berpost-post sekarang baru nak tunaikan janji. Maaf kan saya. Im sorry. Asifah jiddan.

Jom sama-sama tengok senarai sifat-sifat mazmumah sambil muhasabah diri. Jangan baca je tau, tengok diri tu ada tak sifat buruk ni. Cheyy, garang la pulak. Maaf. =P

1. Syarrut Ta'am (Banyak makan) - Ha! Sape yang slalu makan banyak? Jengjengjeng. Saya tak *geleng laju-laju* Banyak makan ni salah satu sifat mazmumah tahu. Kenapa? Kerana banyak makan membuka jalan kepada syaitan untuk lebih senang cucuk-cucuk kita. Kenapa bila kenyang kita buka pintu kepada syaitan? Sebab, keadaan ini meningkatkan shahwat dan melemahkan diri dari beribadah kepada Allah. Biasa bila kenyang kita cakap apa? "Alhamdulillah. Kenyang. Rasa cam tak larat bangun" Tengok, sape yang tak pernah cakap macam tu? Tak kisah la tak larat bangun ke, tak larat nak berjalan ke, rasa nak temuntah ke, sama je maksudnya. Makan sampai tak ingat akhirat. Tak baik macam tu. So sekarang kita cuba ikut cara nabi, makan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang. InsyaAllah. Lagipun Rasulullah tak pernah kenyang lebih dari sekali tau sehari. Kita je yang lebih-lebih sekarang. Makan sampai 6 kali. Ishishish.

2. Syarrul Kalam ( Banyak bercakap) - Sape yang banyak cakap? Sayaaaaa. *saya lagi. =.=''* Saya tahu ramai yang suka bercakap. Saya pun. Saya bole bercakap tanpa stop kalau saya nak. Asyik cerita cerita cerita je. Kalau bercakap perkara bermanfaat, takpe jugak kan. Bole menambahkan iman. Tapi kalau tak? Lagha.

Diriwayatkan dari Ibnu Umar ra, Rasulullah bersabda "Janganlah kamu banyak bercakap melainkan berzikir kepada Allah kerana orang yang banyak bercakap selain berzikir kepada Allah akan mennyebabkan hatinya keras dan manusia yang paling jauh daripada Allah adalah mereka yang hatinya keras." (HR Imam Tarmizi)

Orang yang hatinya keras akan jauh daripada Allah. Kita tak nak kan jadi orang yang jauh tu? Mulai dari sekarang, kurangkan bercakap perkara yang tak mendatangkan faedah kepada diri kita dan jugak orang lain. InsyaAllah. Gosip pasal retis tak berfaedah ek, jangan buat. Jangan tengok melodi, jangan tengok propaganza. JANGAN!

3. Ghadhab (Pemarah) - Oh, ini. Sape yang suka marah? Kenapa marah? Apa penyebab kita marah? Saya pun slalu marah, especially masa memandu. I've always got issues with lorry drivers. Memang Allah masih uji  saya dengan benda ni. *eh, apasal cerita pasal saya pulak ni* Bukan kita tak boleh marah eh, boleh. Tapi kena bersebab. Dan sebab itu haruslah sebab yang munasabah dan baik. Contohnya kalau seseorang tu melalukan kejahatan, seperti memperlekehkan hukum Allah. Memang reasonable kita marahkan. Sensitivity iman kita terasa di situ. Ye tak? Tapi marah tu pulak bagaimana caranya? Adakah kamu caci cerca orang tu dengan perkataan tak baik? Ini selalu terjadi dalam masyarakat. Tak suka apa yang orang buat kerana bercanggah dengan hukum Islam, tapi apa yang dia buat? Kutuk, maki, caci, guna perkataan yang tak patut. Rasulullah ajar kita marah orang macam tu ke? Sekalipun dia salah, kita jangan keruhkan keadaan. Kalau rasa tak mampu nak cakap guna perkataan berhikmah, apa kata kamu diam sahaja dan berdoa agar dia diberikan kefahaman. Bukankah diam itu lebih baik dari berkata dengan perkataan yang tak baik?

4. Hasad (Dengki) - Ish, tak baik dengki. Orang yang dengki ni nak nikmat yang ada pada orang lain hilang dan berpindah kepadanya. Haish, apa ke perangai macam tu? Biarla orang tu dengan nikmatnya. Kamu nak, mintak dari Allah. Mintak Allah tambahkan nikmat orang tu, mintak Allah beri kamu nikmat yang sama atau lebih baik. Sesungguhnya Allah faham. Kita manusia. Kalau bukan Allah yang beri rasa nak jugak tu kat kita, siapa lagi? Tapi, kita ada akal. Kita boleh memilih untuk terbawa-bawa dengan perasaan tu atau guna untuk kebaikan. Orang yang dengki ni tak pernah rasa happy. Sebab apa? Sebab asyik tak puas hati kat Allah. Tak reti nak bersyukur. Tak mau eh camtu. Tak mau tak mau.

Rasulullah bersabda " Tiga macam sifat yang tidak akan selamat seorang pun darinya iaitu BURUK SANGKA, HASAD DENGKI, dan TAKUT SIAL KERANA SESUATU" Lalu ditanya bagaimana mahu selamat dari ketiga-tiganya. Jawab Rasulullah " Jika kau hasad, maka jangan kau lanjutkan. Dan jika kau menyangka, jangan kau buktikan (tercari-cari kenyataannya) dan jika kau takut akan sesuatu, maka hadapilah (jangan mundur). Yakni jika hasad dalam hatimu, jangan kau lahirkan dalam amal perbuatanmu sebab selagi hasad itu dalam hatimu, Allah maafkan sebelum keluar dari lidah dan perbuatan. Jika su'udzon maka jangan kau buktikan, jangan berusaha menyelidik mencari kenyataannya. Demikian pula jika keluar untuk sesuatu lalu ada bunyi burung atau lain-lain yang menimbulkan was-was, maka teruskan hajatmu dan jangan mundur"

5. Bakhil (Kedekut) - Kedekut means menahan sesuatu yang ada padanya (hak) daripada dibelanjakan atau digunakan pada jalan yang dituntut oleh agama. Allah beri kita nikmat, bersebab. Bukan saja-saja. Nikmat tu dijadikan alat untuk membantu diri dan orang lain. InsyaAllah. Tapi kalau setakat kedekut untuk reason yang munasabah, silakan kedekut. Saya juga kedekut, selagi bole cari yang paling murah tapi kualiti sama, saya cari yang paling murah. Kedekut untuk dunia tapi jangan kedekut akhirat. Nanti menyesal.

Dari Abu Hurairah ra, Aku mendengar Rasulullah bersabda "Jangan kamu tolak orang yang meminta sekalipun dia kafir." Kata seorang sahabat "Ya Rasulullah! Bahawa kami bersedekah sesuatu dari harta kami  kepada orang kafir." Jawab Nabi "Bahawa mereka adalah makhluk Allah, sebenarnya sedekah itu jatuh pada tangan kudrat Tuhan yang Rahman"

Malaikat berseru "Hai Tuhanku! Segerakanlah gantikan harta orang yang bersedekah dan segerakanlah bala kepada mereka yang enggan (bakhil) bersedekah hartanya."

Sedekah bersembunyi itu memadamkan kemarahan Tuhan dan sedekah yang berterang-terangan itu pengadang api neraka.

6. Hubbul Jah (Kasihkan kemegahan) - Semua orang suka pangkat, harta, pengaruh. Kan? Tak eh? Tipu la kamu tak suka pengaruh. Kalau tak, kenapa kamu berusaha mempengaruhi orang kearah kebaikan? Haa. Hubbul jah ni bukan bermaksud kamu tak bole mencari pengaruh, tak bole mencari harta, tak bole mencari pangkat. Tapi niatnya mestilah kerana Allah. Bukan untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah-megahan. Bukan dengan cara tak baik tau, nak harta, pangkat, pengaruh kena usaha dengan cara yang betul. Cara yang diredhai Allah, dengan sebab yang diredhai Allah. Sebab apa kena cara dan sebab yang Allah redha? Sebab matlamat kita adalah redha Allah. ;)

7. Hubbud dunya (Kasihkan dunia) - Cintakan dunia bermaksud kita sukaaaaa pada benda dunia yang tak membawa manfaat pun pada akhirat. Contoh, K-pop. Owoww. Maafkan saya kalau terasa. Jangan terlampau suka kat Korea tu eh. Sampai segala benda nak bli, disc la, magazine la, poster la. Tu nanti Allah tanya kat akhirat, kamu nak jawab macam mana? Saya pesan sebab saya sayang awak semua. Jangan sia-siakan wang anda pada perkara yang tak bole diniatkan untuk Allah. Ada orang pernah cakap K-pop itu berhala moden, jadi? Kamu fikir-fikirlah sendiri. Ada jugak yang cintaaa sangat kat dunia sampai takut mati. Ni la yang Rasulullah cakap dulu. Penyakit Wahan.

Daripada Tsauban ra. Rasulullah bersabda "Akan tiba masanya di mana bangsa-bangsa di seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan makanan mereka" Maka salah seorang sahabat bertanya, "Adakah kerana bilangan kami yang sedikit pada hari itu?" Jawab Rasulullah "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, umpama buih di waktu banjir. dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati-hati musuh kamu dan Allah campakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan" Seorang sahabat bertanya, "Apakah itu wahan wahai Rasulullah?" Rasulullah berkata "Cinta pada dunia dan takut pada mati" (HR Abu Daud)    *Air mata mengalir laju*


8. Takabbur (Sombong) - Aiyok. Sombong. Orang yang takabbur ni selalu rasa dia lagi hebat dari semua orang. Dia la the best, dia la itu, dia ini, semua la dia. *heh, hambek kau hambek. nak sangat* Belagak dengan orang lain. Memandang rendah pada orang lain. Layakkah kita untuk sombong? Mengaku kita hebat sedangkan Allah lah yang selayaknya bersifat sombong. Bukan kita. Sekali lagi diingatkan, kita ni hamba. Hamba tak layak nak sombong-sombong. Lagipun Rasulullah cakap, tak kan masuk syurga seseorang itu jika ada rasa sombong dalam hatinya. Sombong ni ada banyak. Nak tau cari sendiri. =P Post lama saya pun ada cerita pasal sombong ni. Sila klik disini

9. Ujub ( Bangga diri) - Ni dalam bahasa simplenya perasan. Tau apa itu perasan? Bila kamu rasa kamu tu la paling hot, paling top, perasan la tu. Tak la se hot mana pun da perasan. oppss. Tak baik tak baik. Back on track. Apa beza ujub ngan takabbur ni? Bagi saya ujub ni lagi bahaya dari takabbur. Bukan nak cakap takabbur tu tak bahaya. Bahaya, tapi Ujub ni, takde orang tau. Kita tau sorang-sorang je. Mana la tau dalam tak sedar kita memperlekehkan orang lain. Tak kira dari segi perbuatan kita atau sangkaan kita. Nauzubillah. Mintak dijauhkan dari sifat-sifat ni.

10 . Riya' ( Menunjuk-nunjuk) - Bila ada orang, mula la nak solat sunat banyak-banyak. Bila sorang-sorang, yang wajib pun ntah buat ntah tidak. Bila depan orang sedekah bukan main banyak, tapi bila orang tak pandang, satu sen pun kedekut macam bole telan je duit tu. =.='' Jangan beramal sebab nak menunjuk-nunjuk eh. *pesanan untuk diri sendiri* Nanti sia-sia. Takde bekal dah kita kesana. Tabung bekal kita kecurian dengan riya'. Salahkan siapa? RIYAAAAAAA''''''' =.=''

Sekarang, sila muhasabah diri dan berusaha untuk memperbaik diri disisi Nya. Cukup sampai sini bebelan. InsyaAllah berjumpa lagi. ;) Nanti saya bagitau macam mana nak hilangkan sifat-sifat mazmumah ni k? InsyaAllah.

Ya Allah, indahkanlah akhlak ku, peribadiku, penampilanku. Sesunggunya Engkau indah, Islam itu indah maka indahkanlah segalanya tentang diriku. Keluarkan dariku sifat-sifat mazmumah dan hiasilah aku dengan sifat-sifat mahmudah. Amin amin ya rabbal alamin.