Wednesday 23 May 2012

Muhasabah Diri #4; Kita yang Lalai.

Ini adalah saya. Sebab itu lama tak menulis di sini. =P

Saya tahu saya tak seharusnya berehat terlampau lama, kerana pekerjaan sebagai Hamba Allah, Abid dan Khalifah ni bukanlah kerja part-time tapi a FULL-TIME job. Saya ambik cuti sendiri tiba-tiba. Astaghfirullah. *air mata mencurah-curah sambil tunduk tak nak angkat kepala lagi*

Saya tahu saya masih hutang para pembaca tentang sifat-sifat Mazmumah. InsyaAllah next post saya buat k. *kenyit mata sambil buat aksi comel*

Semalam lepas baca Al-Sajdah dan Al-Mulk, Allah gerakkan hati saya untuk belek surah At-Takathur. Selama ni hafal tanpa menghafal maksud sekali *tunduk malu* dan semalam, rasa sangat terpukul. *DUSHDUSH!* Allah benar-benar punya pelbagai cara untuk sedarkan hambaNya yang terleka. Alhamdulillah.

(1) Kamu telah dilalaikan (dari mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak pinak, pangkat dan pengaruh).

(2) Sehingga kamu masuk kubur.

(3) Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk ketika hendak mati)!

(4) Sekali lagi (diingatkan) : Jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!

(5) Demi sesungguhnya, Kalau kamu mengetahui; (apa yang akan kamu hadapi) dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat)

(6) (Ingatlah) demi sesungguhnya! Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.

(7) Selepas itu ; demi sesungguhnya! Kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin, (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!

(8) Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang telah kamu nikmatinya)!

Ok, saya nak tanya, kamu tak rasa apa-apa ke dengan ayat-ayat ni? Sikit pun tak rasa takut ke? Fuh, jiwa kental tuuuu. Dari ayat pertama lagi, sehingga ayat terakhir, memang sangat menyentap hati.

"Kamu telah dilalaikan...Sehingga kamu masuk kubur" - Seriously, rata-rata kita sangat-sangat lalai sekarang. Exam susah sikit lalai, kerja banyak sikit lalai, assignment berlambak lalai, nak dapat income lebih sikit lalai, banyak masa lapang lalai. Kita kejar apa sebenarnya? Penting sangat ke semua tu? *soalan buat diri sendiri* Saya akui, saya hamba yang lalai. Ampunkan aku Ya Rabb. 

"Jangan sekali-kali bersikap demikian! ..." - Bukankah Allah sangat sweet? Dia ingatkan kita hambaNya supaya jangan bersikap demikian, tapi kita masih lagi terleka. Allah memang Maha Mengetahui. Awal-awal lagi Allah dah tahu kita akan lalai, sebab tu Allah bagi warning siap-siap. Terima kasih Allah.

"...kamu akan melihat neraka yang marak menjulang" - Janji Allah itu benar, syurga itu benar, neraka itu betul ada. Sedangkan api dunia pun kita tak sanggup nak rasa, melecur sikit dah kecoh macam hilang jari je, sanggup ke kita nak ke neraka yang apinya menjulang-julang? Sanggup ke kita? Mampu ke kita? Semua akan cakap 'tak sanggup, tak nak' tapi hakikatnya, berapa ramai je yang betul-betul berusaha untuk tidak ke neraka? *tunduk malu lagi, air mata, hingus semua leleh2*

"...kamu melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)" - Bukankah telah terlambat untuk meratap, merayu pada ketika itu? Kamu DILEMPARKAN ke dalamnya. Kita di lempar, bukan diletak. Dah la masuk neraka, dilempar pulak tu. Cuba kalau ada orang lempar kita, belum lempar lagi pun kita dah jerit-jerit. Sekurang-kurangnya, kat dunia kita mampu suruh orang stop and tak jadi lempar, tapi kat sana nanti? Kita ada hak ke nak jerit-jerit cakap jangan lempar kita ke dalam neraka?

"... ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang telah kamu nikmatinya)!" - Terlalu banyak nikmat Allah yang kita nikmati, kita tak mampu menghitungnya. Tapi benarkah kita bersyukur atas tiap sesuatu? Mulut mungkin mengucapkan syukur, tapi hati? Ayat ni benar-benar buat saya berfikir. Saya ni bersyukur ke dengan setiap nikmat? Ya Allah... Apa yang mampu saya katakan kelak? Hanya bisu kerana sememangnya sentiasa lalai dan tak pernah bersyukur? Nauzubillah. (>_<)

Saya tengok ramai yang tweet tentang Debat PTPTN - saya memang tak tahu sangat isu semasa *which is not so good* so saya hanya mampu melihat tweet orang, dan tidak menonton pun debat tersebut. =.='' Disebabkan Debat ni la saya teringat lagi surah At-Takathur, lalai. Sekarang HOT bebeno ye isu politik. Sampai agama pun dipersoalkan, dipergunakan.<---ni xde kena mengena dengan debat PTPTN tu ek. Cuma teringat isu-isu lain. Hmm, tapi saya tak nak cerita pasal politik ke apa. Cuma nak share surah At-Takathur je. Hehe. 

Semoga bermanfaat. Ingat, Allah dah pesan, "JANGAN BERSIKAP DEMIKIAN (LALAI)!" - InsyaAllah saya akan berusaha untuk jadi tidak lalai. Dunia bukan segalanya. Akhirat itu kekal selamanya. ;)

P/S: Jangan fikir sekadar apa yang saya perkatakan, jangan sekadar menyoal diri dengan soalan yang saya kemukakan, sila refleks diri sendiri dengan soalan-soalan sepatutnya kerana saya menulis juga untuk bertanya kepada diri sendiri. Saya tidak sempurna.

P/S2: Saya tahu cara saya agak pelik, tapi saya just nak cakap, sapa-sapa yang ada nak share, tambah, tegur, perbaiki, silakan. Jangan rasa terbeban ye. Ilmu Allah kena kongsi-kongsi, siapa tahu mendatangkan manfaat. InsyaAllah. =P

Monday 14 May 2012

Dear Self...I Have Something For You.

Life is not as easy as i wished and growing up is not as fun as i thought. Sometimes life gives me a thousand reasons to cry, so I have to show life I've got millions reasons to smile.

The feelings of being rejected, hurt, broken down, helpless, lonely, frustrated, angry, impatience, they are signs of low iman. Forgive me Dear Lord. I've got those feelings and I should learn how to let go. Let go and be a better person than who i was yesterday. InsyaAllah.

Don't be sad. Allah is with us






      

Dear Allah, I thank You for every chances You've given me and for everything i have. There's no words to express how thankful I'm. You gave me everything i need, though not everything i asked for.

Dear me, please don't be sad. Not everyone could be who you wanted them to be nor everything will happen the way you wanted them to happen. Just stop being sad. Forget everything that ever hurts you, put all your trust in Allah, have faith and never stop praying. 
People hurt you so that you can learn not to hurt others. People told you lies to teach you to speak nothing but the truth. People cheated on you and ignored how you felt, just to ensure you trust no one but Allah. People broke their promises, so that you know how it hurts to be forgotten and never let others feel the same way too. Sometimes you felt so alone, because Allah wanted you to tell Him everything, so that you know no one will be able to listen to all your words except Allah. Allah and Allah alone.

Grief doesn't change you. It only reveals your weaknesses. Anything you lose will come back in another form. Only better, I can assure you that. ;)

Be strong and courageous for your Lord, Allah is always with you no matter where you go, no matter what you do. 

May Allah keep my heart strong and firm on the Deen. I'll try all i can to be a better person, a better Muslim, a better daughter to my parents, a better friend to everyone, last but not least, a better slave of Yours Allah. I'll try. I promise. Please help me to keep my promise. I'm nothing, absolutely nothing without You. Please don't let others hurt me, please don't make this Dunya my biggest concern. Please don't push me away from You. I need You. Guide me to the right path, give me strength to show life I've got no problems cause i've got You.

Don't tell me you can't. YOU CAN!!!

Sunday 6 May 2012

Sedar Tak Yang ...

"Takpe, gagal tu kan ujian dari Allah. Tanda dia sayang"
"Sabar eh, ada hikmah disebalik musibah ni"
"Rilek la bro, Allah sayang kau, sebab tu dia bagi ujian ni"

Ini antara dialog yang sering kita dengar. Yang lulus periksa bagitau kat yang gagal tu ujian dari Allah. Yang tak tertimpa bencana suruh yang ditimpa bencana tu fikirkan hikmah disebalik kejadian. Bukan maksud saya nak kata tak baik cakap macam tu, tak. Baik. Tapi sedar tak kita yang ....

> Gagal dalam peperiksaan itu satu ujian. Lulus itu jugak satu ujian.
- Bila gagal, orang nampak itu satu ujian dari Allah. Tapi kenapa bila lulus, kita tak ingatkan diri kita bahawa itu jugak satu ujian. Menguji sejauh mana kita mampu bersyukur tanpa ada perasaan-perasaan kurang enak (sombong, riak, takbur, ujub) di dalam hati. Bila gagal kita cakap "Ni mesti sebab aku kurang usaha" Bila lulus plak cakap "Aku memang patut dapat ni, aku usaha tunggang tebalik kot" Eh, kejap. Bukan hasil tu Allah yang bagi ke? Kenapa bole lupa diri?

> Ditimpa musibah itu ujian. Diberikan kesejahteraan berterusan juga satu bentuk ujian.
- Apabila mendapat musibah, kita lebih senang mengingati Allah, tapi ketika senang, berapa kali kita mengucapkan syukur?

> Miskin itu ujian. Kaya itu ujian yang lebih berat.
- Yang miskin kadangkala merungut miskin. Salahkan Allah kerana membiarkan mereka terus miskin. Yang kaya kadangkala sombong. Lupa itu sekadar pinjaman. Bukankah kedua-duanya ujian yang berat? Tapi pastinya kaya lebih berat kerana yang miskin akan ke syurga lebih dahulu dari yang kaya. Sedangkan Abdul Rahman Auf takut apabila diberitakan bahawa dia akan masuk syurga dengan mengengsot lalu di infaknya 700 ekor unta beserta muatannya dengan harapan dia boleh masuk syurga berlari. Kenapa kita pula menganggap harta itu nikmat semata?

> Rupa paras yang tak berapa cantik ujian. Rupa yang menawan juga ujian.
- Bila hodoh merasa rendah diri. Bila cantik rasa bangga pulak. Bukankah kedua-duanya cara Allah menguji kita? Hodoh di dunia, tidak perlu rasa terhina. Yang perlu rasa terhina apabila kita hodoh dimata Pencipta. Allah tidak kata yang hodoh itu bukan bidadari syurga, bukan bidadari dunia. Bidadari syurga juga tidak cemburu pada manusia yang hanya cantik pada rupa. Seindah-indah perhiasan itu adalah wanita solehah. Jadi wanita solehah itu cantik disisi Allah. Mahu cantik di mata manusia atau cantik di mata Pencipta?

> Tak hebat di jalan dakwah satu ujian. Bila dah hebat pun satu ujian.
- Berjuang di jalan DnT ni memang tak senang tau. Macam-macam kita cuba tapi tak dapat sambutan. Kita sedih, down, tak semangat dah, rasa nak stop. "Aku malas dah la ajak-ajak orang ni, bukan nya nak ikut pun" Putus asa la pulak. Dah hebat nanti lain plak ceritanya. Bagi talk sampai satu dewan full, ada blog, ribuan followers. Ni pun satu ujian yang berat. Jangan sampai kita rasa kita hebat bila ramai orang ikut kita. Allah lah yang memberi hidayah dan membuka hati mereka. Bukan kita. Yang takde orang sudi ikut pun, Allah pandang usaha kamu. Jika kamu ikhlas, orang kutuk pun kamu sudi buat. Kutuk, caci maki, tu sume tak terkesan pun kat hati. Buat sesuatu kena ikhlas. Bukan untuk menunjuk-nunjuk tau. Bukan sekadar nak hebat kat dunia je, yang penting kat sana nanti.

> Ada family kurang bahagia satu ujian. Family bahagia terlampau juga satu ujian.
- Siapa yang tak mahu keluarga yang bahagiakan? Tapi apabila Allah uji dengan masalah kekeluargaan, sejauh mana kita mampu bersabar tanpa membandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang lain? Apabila bahagia pulak, adakah kita sentiasa bersyukur dan ingat pada Allah atau kita hanya bahagia dari sudut keduniaan sahaja? Jangan compare-compare, tu yang rasa hidup kita ni tak seronok. Bersyukur seadanya. Berdoa agar Allah beri kefahaman tentang agamaNya kepada kita dan ahli-ahli keluarga kita. Kerana keluarga yang bahagia itu adalah keluarga yang Allah beri kefahaman tentang agamaNya. Kalau hati keras, mana nak rasa bahagia. Kan kan?

***********************************
Rasanya cukup ni je contoh yang nak bagi. Yang lain, fikir-fikir sendiri dan kalau sudi share, bole la share. ;)
Perkara ni dianggap ujian sebab kita manusia. Kita akan sentiasa di uji. Bukankah ujian itu tanda Allah sayang? Kalau kita kata hanya musibah itu ujian, habis yang tak tertimpa musibah Allah tak sayang ke? Yang gagal je kononnya di uji. Yang lulus tu bukan ujian, Allah tak sayang ke? Allah kan Maha Adil, Maha Pengasih, Maha Penyayang. Kasih sayang Allah tak bertepi. Cuma kita perlu bijak dalam merebut kasih sayang dan keredhaan Allah.

"Allah tidak memberati seseorang melainkan dengan kemampuannya. mereka mendapat pahala kebaikan yang dilakukannya, dan mereka juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya. ..." (Al-Baqarah :286)

"Dan kami menguji kamu dengan KESUSAHAN dan KESENANGAN sebagai dugaan. Dan kepada Kamilah kamu semua dikembalikan." (Al-Anbiyaa : 35)

Di dalam ujian itu ada nikmat, dan di dalam nikmat itu ada ujian. Bersangka baiklah kepada Allah kerana Allah itu berada di dalam sangkaan kita.

Rasulullah bersabda, 'Allah berfirman "Aku berada di dalam sangkaan hambaKu kepada diriKu. Aku menyertainya ketika dia menyebutKu. Kalau dia menyebutKu kepada dirinya, maka Aku menyebut dirinya kepada diriKu, kalau dia menyebutKu dihadapan orang ramai, akan Ku sebut dia dihadapan mereka yang lebih baik daripadanya." (HR Bukhari dan Muslim)

Didik hati supaya sentiasa bersyukur dan redha dengan setiap kejadian yang telah ditetapkan. Jadi orang yang bahagia dengan sentiasa mengingatiNya. InsyaAllah.

Im never alone. ;)


Thursday 3 May 2012

Nama-nama 'Mereka.'

Banyak sangat bersantai boleh buat seseorang tu tak produktif. Tak kira la tak produktif dari segi duniawi atau ukhrawi. *Saya la tu. =.=''* Btw, ni cuma something yang termasuk kedalam fikiran masa makan tadi. *Boleh plak fikir nama-nama nak bagi kat anak nanti kan. (^_^) hee~*

Saja nak share. Ni fikir sorang-sorang senang, setuju je. Kalau ada teman nanti gaduh nak suggest nama.  Mana la tau terlupa ke nanti, bole tengok balik kat sini. *hehe*. Kalau pasangan hidup saya (insyaAllah) tak setuju pun, sekurang-kurangnya saya dah pahat nama-nama ni kat sini. Bole la buat modal cerita kat tentera-tentera Islam saya yang comel-comel belaka kelak. InsyaAllah.

1. Muhammad Al-Faqih
2. Muhammad Khalid
3. Ahmad Mus'ab
4. Ahmad Mujahid
5. Ahmad Zubbair
6. Muhammad Hudhayfa

1. Rabiatul Adawiyah
2. Zinnirah Assyifa'
3. Khaulah Mersiha
4. Asiah Humaira
5. Khadijah Yusra
6. Fatimah Eiliyah

Harapan saya semoga zuriat-zuriat saya kelak jadi hamba yang hebat disisi Allah, jadi pejuang-pejuang yang hebat di jalan dakwah dan tarbiyyah, jadi anak-anak yang soleh dan solehah yang menjadi kebanggaan saya dan zauj saya di dunia dan kebahgiaan kami di akhirat. InsyaAllah. 

P/s: Maafkan saya kerana berkongsi ketidak produktifan saya di sini.
p/s: Sebenarnya teringin sangat nak anak-anak panggil saya Ummi. Tapi apa bole buat, nama saya memang sejak lahir Ummi. *saya tak salahkan mak ayah saya*. Sume orang panggil saya mak. :O

~Saya yang kuat berangan~ 

Tuesday 1 May 2012

Bicara Hari Cuti; Apa Plan Kamu?

May datang lagi. =D Sudahkah kamu mengucapkan syukur? Alhamdulillah. Allah masih panjangkan usia kita. 1 May 2011 hingga 1 May 2012, setahun tu. Rasa sekejap je kan? Saya pun rasa sekejap sangat. Tahun lepas masa ni saya kat KTT. Buat A-level which i didn't pass the cut off points. For that reason, saya ada masa yang sangat panjang di rumah sebelum fly ke Indonesia. Weeee~ *muka bahagia* Tak lepas cut off points is not the end of the world tau. It's a beginning of a brand new journey I supposed. Betul, kalau dulu otak saya fikir saya bakal ke India je. Saya buat mental preparation yang mantap. *cheyy* Saya bagitau diri saya, saya bakal ke India, India, India. India je memanjang.

Tak salah merancang, kerana rancangan manusia itulah usaha. Tapi perancangan Allah adalah takdir dan sesungguhnya Allah lah sebaik-baik perancang. Tanpa disangka-sangka, bukan takdir saya ke India. *penat je kan prepare otak. India la sangat* InsyaAllah saya bakal ke Indonesia. Which i feel very happy about it. Tak tipu, seriously saya happy yang teramat. Sebab kat Indonesia boleh shopping. *Haha.* Tak, tipu je. Saya happy dan rasa bahagia sebab saya belajar banyak perkara dari kegagalan saya. Hidup tak selalunya diuji dengan kejayaan. Kalau berjaya memanjang, kita hanya akan kenal erti syukur, tapi bukan redha. Dari kegagalan saya belajar erti redha pada setiap ketetapan yang Allah tentukan. Dan, tarbiyah di Indonesia khabarnya sangat hebat *sila cemburu dengan saya*.

Pengalaman saya tak menarik, saya bukan student hebat pun. So tak nak cerita lebih-lebih. *sengih cam kerang busuk* Tapi, sekali lagi saya nak ulang. Rancangan manusia adalah usaha dan perancangan Allah adalah takdir. So, apa yang dah korang plan untuk hari ni? Hari ni kan cuti. Mesti dari minggu lepas lagi dah plan macam-macam.


Antara yang berkemungkinan masuk dalam perancangan;

1. Bangun lewat. Kalau bole tak nak bangun sampai esok sebab pagi tadi tengok bola. Ek?
2. Dating ngan boyfriend/girlfriend
3. Lepak ngan kawan-kawan
4. Pergi tengok movie.
5. Balik kampung jumpa mak ayah
6. Pergi jalan-jalan ngan family
7. Menonton tv sampai tv tu pun rasa nak tutup diri sendiri, bosan tengok kamu. ye tak?
8. Online sepanjang hari.
9. Cuba resepi baru *saya paling suka aktiviti ni*
10. Shopping. *nak ikut!!!*

Ok, tak nak senarai banyak sangat. Sebab saya tak tahu plan orang. Lagipun, saya tak tahu harini cuti. Maklumla dah lama cuti kat rumah, cuti tak cuti, sama je. Bila ayah tak pergi kerja baru tau ni 1 May. =O

Kalau hanya itu plan kita, sila malu pada diri sendiri. Sila malu pada Allah. Allah tidak cipta kita manusia untuk bersuka ria. Bukan untuk bercuti. Ni cuti kerajaan bagi. Jadi hamba Allah tak pernah ada cuti tau? Sampai kamu tinggalkan dunia ni. Masa tu bolehlah cuti puas-puas.

Saya tak berniat nak menjatuhkan sapa-sapa or mengatakan rancangan mana-mana pihak tak bermanfaat. Tapi saya rasa, balik kampung jumpa mak ayah tu sangat sikit bilangan pelakunya. Yang lain tu wallahu'alam. Tapi nak kata jugak, GERENTI BANYAK YANG KELUAR DATING!!! *stress+emosi* 

Cuba tanya diri kita, kenapa rancangan kita sedakar duniawi? Ke mana kita campakkan akhirat? Kenapa harus akhirat di kemudiankan? Hanya kerana akhirat itu datangnya selepas kematian?

Ambillah dunia untuk akhirat bukannya bazirkan akhirat demi dunia. Kita harus bijak memilih. Kita juga perlu pandai merancang. Bukankah merancang itu usaha? Dan bukankah Allah melihat pada usaha kita. Jika usaha kita hanya untuk dunia, apa yang mampu kita persembahkan pada Pencipta kita kelak? *iskiskisk sambil lap hingus*

Apa kata kita ubah sikit plan kita jadi lebih kurang cam gini ;

1. Qiamullail. Daripada bangun tengok bola, baik bangun dating dengan Allah. Takde alasan 'takleh qiam, nnti pergi kerja mengantuk' sebab harini cuti.


2. 'Dating' atau 'lepak' dengan mad'u/naqibah/akhwat/ikhwan/murabbi


3. Pergi rumah-rumah kebajikan. Lawat mereka-mereka yang kurang bernasib baik. Bukankan syukur pada yang lebih rendah itu dengan bermurah hati pada mereka?


4. Balik jumpa mak ayah ni buat la kalau sempat dan mampu. Sian diaorang, lagi2 yang dah tua. Rindu kat anak and cucu. Korang je tak rindu mak ayah. Tak gitu. Rindu buah hati je kerjanya.


5. Rehlah bersama keluarga. =D *sama la kiranya ngan jalan jalan tu. saja je* Tapi ingat, tempatnya kena pilih baik-baik ye kawan-kawan.


6. Tengok tv, tengok rancangan islamic. Tak pun, bagi yang rajin download ceramah-ceramah kat youtube, tengok la harini. Selalu busy kan, tak sempat tengok. Hari ni tengok 10 terus. *menonton tv boleh, tapi jangan biar hati seronok pada perkara yang sia-sia. bahaya untuk iman*


7. Online boleh, shopping pun boleh tapi niat kena betulkan. Fikir balik, kalau tak mampu fikirkan niat nak online or shopping tu kerana Allah, sila batalkan rancangan anda dan fikir perkara lain yang insyaAllah diredhai.

Cukuplah ni. Tapi ingat, saya tak paksa buat sume ni tau. Saya cuma bagi cadangan. Untuk memperbaiki dan mengingati diri sendiri dan kamu-kamu yang saya sayang. =D

Kalau kamu rasa tak seronok hidup berlandaskan Islam, Islam ni menyekat setiap apa yang kamu nak buat, kamu rasa terasing bila ikut semua peraturan Islam, sila ingat bahawa Islam itu datang dari sesuatu yang asing dan akan kembali asing seperti permulaannya. Jadikan diri kita ni dalam golongan ghuraba' (asing) agar kita orang yang beruntung. Indah dunia ni sementara, so bila rasa macam berat hati nak tinggalkan keseronokan dunia, pujuk hati kita dengan mengatakan, "Takpe-takpe. Tak boleh buat sekarang sebab Allah tak redha. Syurga ada, kena kejar redha Allah kalau nak dapat syurga" *well, it works on me.hmm*

Syaitan akan sentiasa berusaha menggoda kita untuk lupakan Allah dalam setiap perancangan kita. Jadi jangan biarkan syaitan menang. Kerana tempatnya di neraka. Kita tak mau kan, jadi teman seangkatan syaitan?

Mungkin hari ni dah hampir tiba ke penghujungnya. So, yang dah terlepas tu jadikan pengajaran. Dan ini sekadar peringatan di dalam perkongsian. Sila cari redha Allah dalam setiap perancangan kita. Sedangkan niat yang baik itu sendiri sudah dikira sebagai satu kebajikan apatah lagi jika disertai dengan kelakuan. Jadi, lepas ni, rancang cuti anda sebaik-baiknya ok? *wink*



AMARAN 

 Dunia bukan untuk bercuti-cuti. Dunia bukan untuk berehat. Dunia bukan tempat bersenang lenang. Kalau dunia tempat bersenang lenang, baik panggil syurga ye tak?