InsyaAllah, hari ni nak cerita sikit macam mana nak cantik tanpa make up. Sebab apa perlu nampak cantik? Sebab Islam itu indah, Islam cantik, Allah itu indah dan suka akan keindahan. Jadi, kita pun kena la sentiasa cantik, inside out. Betul tak akhawat-akhawat sekalian? (BM tahap fail. dah jamak, djamakkn lagi. sekalian pulak) *BETULLLLLL*
Saya bukan jenis yang gemar sangat makeup tebai ni. Mungkin ada yang rajin, makeup sampai seinci. Saya, nak reapply compact powder pun malas. So kena la cari cara untuk bagi muka tak berminyak. Nanti tak pasal-pasal nampak pengotor. Bak kata orang Sarawak, ceridak mek/ mehe. Erk.
Moving on to my main points, *banyak pulak bebel*
1. Bangun pagi, ucap Alhamdulillah sambil senyum. Pergi kat cermin tu senyum la kat diri sendiri. It helps to increase your confidence level. Maybe korang rasa cam hodoh je bila bangun tido, takpe, senyum je lebar-lebar. Lepas tu komfem perasan cantik. =P
2. Bangun-bangun je, sila minum air kosong. Kalau jenis yang malas nak ke dapur, bawak botol air dalam bilik. *macam saya* Ni sunah nabi ek. Minum air masa bangun tu. Before gosok gigi. Ni baik untuk kesihatan jugak. Sape-sape yang geli ngan air liur basi tu, tak tau la den macam mana nak menolongnya.
3. Baca selawat nabi 3x dan tiup pada tapak tangan, lepas tu sapu kat muka. Niat dalam hati agar wajah diindahkan seindah wajah Nabi Yusuf as. InsyaAllah.
4. Baca ayat ke-4 surah Al-Insyirah 7 kali, tiup ke tapak tangan dan sapu pada wajah.
5. Tengok cermin tu, baca la doa. "Ya Allah, sebagaimana Kau indahkan wajahku, indahkanlah pula akhlakku." Lepas tu kalau rajin, buat la yang no 3 and no 4 tu jugak. *saya rajin, so buat tiap kali tengok cermin.hee.* Saya ni suka tengok cermin, kat mana-mana pun nak jugak tengok self reflection. Cermin dalam bilik, masuk bilik mak tengok cermin mak, masuk bilik adik tengok cermin adik, dalam kereta guna cermin dalam kereta. Anywhere i go, cermin adalah benda first nak tengok. *Maafkan saya, perangai hodoh sikit*
6. Wudhuk. Kalau bole, slalu-slalu la ambik wudhu. InsyaAllah nanti berseri-seri. Hee.
7. Tahajjud. Banyak-banyakkan la tahajjud. Nanti InsyaAllah muka akan berseri-seri dengan sendirinya. Sendiri tu maksudnya Allah bagi muka naturally berseri. Tapi jangan pulak tahajjud semata-mata sebab nak muka berseri. NOOO NO NO. Niat kena betul, muka berseri tak, tu Allah bagi atau tak, kemudian cerita. Tapi ingat, janji Allah itu kan benar, so... Faham-faham je la eh.
8. Sekali sekala tu bole la keluarkan duit untuk beli mask ke, apa ke yang bole bagi supplement kat muka korang. Tak salah kan? Lagi-lagi yang dah bersuami tu. Kalau dulu nak keluar dating bukan main lagi cantik, makeup berinci-inci. Lepas kawen, dah beranak. Subhanaallah, macam dah tak mandi sebulan gayanya. Ish. Kesian suami. Harap-harap dapat isteri cantik, rupa-rupanya cantik kejap je. Kalau dia tau, tak kawen kot sampai sekarang. eh. Lain la macam saya, takde boyfriend, tak yah penat-penat makeup. hihi.
9. Perfume. Ok, yang ni penting. Tak mau busuk-busuk eh. Tapi jangan la pakai sampai sebotol tu sekali. Buruk perangai. Bukan tak bole pakai perfume ye kaum hawa, tak bole pakai berlebih-lebihan atau niat tu sebab nak menggoda atau nak orang lain bau. Ni bukan saya cakap, Dato Hassan Din yang cakap. Bole pakai, dengan niat yang betul. Malaikat suka yang wangi-wangi ni dan syaitan dan jin suka benda yang busuk. Yang dah bersuami, PERFUME ADALAH PENTING UNTUK KAMU! Tak mau la suami balik rumah, kamu bau cam lauk. Allah hai, TAKKKK MAU macam tu. Burukkkkk perangaiiiiii!!! Kena wangi-wangi. Jangan nak keluar jalan-jalan baru nak cantik-cantik, nak tunjuk kat sape je?
10. Bersyukur. Kalau kamu bersyukur, semuanya akan baik-baik aja deh. Tak payah la sampai nak surgery segala tu. Cukup dengan apa yang Allah bagi, tak perlu nak pandai-pandai tambah atau kurangkan sendiri. Tapi bersyukur bukan bermaksud tak payah jaga kecantikan diri. Kena jaga sebagai bukti kamu itu bersyukur. Jaga sebaik mungkin. Tak bersyukur yang saya maksudkan di sini is bila kamu rasa orang lain lebih cantik dari kamu, dan kamu persoalkan ciptaan Allah, "kenapa dia cantik aku tak?" or apa-apa yang menyebabkan kamu rendah diri dengan rupa paras kamu. Jangan sekali-kali kamu hilang self confidence semata-mata kerana kamu rasa kamu tak cantik. Tak baik macam tu.
11. Last but not least, SENYUM. Senyum penting tau. Sebab apa? Sebab senyum ni bukan setakat bole maniskan raut wajah, tapi sedekah yang free. Rugi kalau tak buat. Jangan sesekali meremehkan walau sekecil-kecil perlakuan. Ok? Cantik cene pun or perasan cantik macam mana pun kamu, kalau muka macam menanggung hutang beribu, nampak erk jugak. Tak manis di pandang mata.
InsyaAllah, Alhamdulillah, ni je tips yang mampu saya kongsikan buat akhawat-akhawat sekalian. Harap-harap bermanfaat. Kalau ikhwan-ikhwan pun rasa nak try, sila kan.
P/s : Jangan kejar sangat kecantikan paras rupa, Allah tak pandang rupa paras, tapi Allah pandang hati kita. Kesempurnaan iman kita juga digambarkan dengan penampilan, jadi, kita kena jaga penampilan. Dan, bagi kita-kita yang berpenampilan Muslimah, maksud saya yang bertudung separa superman *macam saya* atau yang memang superman betul tu *yang saya teringin nak jadi*, jaga imej dan penampilan kerana kita membawa imej Islam. Jangan kerana kita selekeh, orang memandang serong pada Islam. InsyaAllah, semoga Allah redha.
**Superman = tudung labuh - ni saya punya term. Bukan satu penghinaan.
saya tak reti benda-benda camni. So bole bagi tips cantik tak pakai make up je. Nak pakai make up, sila cari kat youtube. Banyak tutorial. =P
No comments:
Post a Comment