Saturday, 14 July 2012

Are You Readyyyyy?

Ni apa ke hal pulak tiba-tiba Are You Readyyyy *baca ala-ala rock star* ? Ehem! Saya nak tanya, dah sedia ke nak bertemu Ramadhan? *soalan untuk diri sendiri*

Oh, Ramadhan. Tak lama lagi raya. *yeayyeay raya raya* Dush!

As we all know, Ramadhan is the ninth month of the lunar Islamic calendar, which lasts for 29 or 30 days according to the visual sightings of the crescent moon  blablabla. *xtau nak cakap apa dah*

Tu je ke yang kita tau pasal Ramadhan? Lepas Ramadhan Syawal. Seronok Ramadhan tiba sebab lepas tu Syawal. Ke?

Kita bole lihat sekarang, semua orang sibuk share pasal Ramadhan. Ahlan wa sahlan ya Ramadhan, Ramadhan countdown, Ramadhan yang dirindui dan macam-macam lagi. Post tu saja-saja post ke sebab orang lain post nak post jugak ke sebab memang betul-betul datang dari hati? Saya bukan nak kutuk ke apa, cuma saya nak kita semua *yang sedang baca ni* renung balik diri kita. Betul ke kita meraikan Ramadhan tu? Betul-betul ke kita rindu Ramadhan. Rindu kat Ramadhan lebih ke rindu girlfriend/boyfriend/suami/isteri/mak/ayah/kawan lebih? Jangan tunding-tunding jari kat orang, jangan nilai-nilai orang lain. Sila buat penilaian untuk diri sendiri. Hati kita hanya Allah dan kita sendiri yang tahu hakikatnya.

Berbicara tentang Ramadhan, pelbagai persiapan dilakukan. Alhamdulillah. Tapi persoalan saya, kenapa bila Ramadhan tiba baru nak sibuk habiskan Quran? Sibuk plan cene nak khatam Quran dalam bulan Ramadhan? Bulan Muharam, Safar sume tu tak nak khatam Quran? Kenapa bila Ramadhan je baru nak jejak kaki ke masjid ke surau? Kenapa bila Ramadhan baru nak bangun malam, tahajjud segala? *tu pun kalau buat* Kenapa bila nak sedekah kena tunggu Ramadhan? Kenapa bila nak buat benda baik je, kena tunggu Ramadhan. Belum cakap pasal Syawal lagi. Satu fenomena pelik yang berlaku dalam masyarakat melayu, bila raya baru nak mintak maaf, asal mintak maaf tau dah lah tu hari raya. Macam tu ke sepatutnya? Tak kira lagi yang bergaduh sebab nak tapak beniaga masa bulan puasa. Ada yang berniaga sampai solat pun ntah ke mana. *oooppppss*. Tapi itu la hakikatnya. Pahit dan harus ditelan.

Saya nak tegaskan di sini, kita Hamba Tuhan bukan hamba bulan. Jadi kenapa kalau nak buat yang Allah suka, yang Rasulullah ajar kena tunggu bulan-bulan tertentu? Kenapa? Why? Kyon? Apesallll? *sedang tembak diri sendiri*

Ok, cukup dengan persoalan-persoalan saya. Mesti korang dah rasa lain macam kan? Sepatutnya cakap pasal Ramadhan kena la memotivate orang, bukan kerja demotivating macam yang saya buat kat atas. Bukan apa, cuma nak bukak sikit minda tu.

Sebenarnya, saya pun sangat la happy menunggu Ramadhan ni. Ya Allah, harap-harap di panjangkan usia dapat bertemu Ramadhan. Bagus kalau kita buat persiapan menjelang Ramadhan, meraikan bulan yang penuh dengan keberkatan. Bukan sebab suka ada bazar Ramadhan ek. Tu nafsu semua, nafsu! =P

Kedatangan Ramadhan sememangnya amat dinantikan, dirindui dan ditangisi apabila ia berlalu. Kenapa?

Kerana Ramadhan bulan penuh keberkatan.

Rasulullah bersabda; ketika datangnya Ramadhan. Sungguh telah datang bulan yang penuh berkat, diwajibkan atas kamu berpuasa, dalam bulan ini, pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup dan syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini ada satu malam yang nilainya meyamai seribu bulan, maka barang siapa yang diharamkan kebaikannya (tidak beramal baik di dalamnya) sungguh telah diharamkan (tidak mendapat kebaikan di bulan lain yang menyerupai kebaikan bulan ini). (HR Ahmad, Nasaie, Baihaqy)

Pabila tibanya Ramadhan syurga mengucapkan selamat datang.

Di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut ar-Rayyan. Akan masuk padanya pada Hari Kiamat orang-orang yang berpuasa dan tidak ada seorang lain pun akan memasukinya. (HR Bukhari)

Neraka melabuhkan tirainya.

Apabila tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan diikat syaitan-syaintan (HR Bukhari & Muslim)

Pahala kita dilipatgandakan.

Pahala anak adam digandakan 700 kali ganda. Allah berfirman, '...kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu milikKu,dan Aku memberikan ganjarannya kerana dia meninggalkan shahwat dan makan minum keranaKu' (HR Muslim)

Dosa lalu di ampunkan

Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan di ampunkan dosa-dosa yang lalu. (HR an-Nasaie)


Diriwayatkan dari Abu Hurairah, Sesungguhnya Rasulullah bersabda 'Solat 5 waktu, solat Jumaat sehingga Jumaat berikutnya, puasa Ramadhan sehingga Ramadhan berikutnya adalah penutup dosa-dosa (kecil) selagi mana dosa-dosa (besar) tidak dilakukan. (HR Muslim)

Memperoleh dua kegembiraan

...dan bagi orang yang berpuasa baginya dua kegembiraan. iaitu apabila berbuka dia gembira dengan berbukanya dan dia gembira apabila bertemu Tuhannya. (HR Bukhari & Muslim)

Doa-doa diperkenankan

Tiga doa yang amat mustajab, doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang bermusafir. (HR Bukhari, Ahmad & Tarmizi).


Oh seronoknya Ramadhan. =DDDD *cair* Bagi yang telah buat persiapan, sila KAW kan persiapan anda. Bagi yang belum buat apa-apa, sila buat persediaan. Macam-macam Allah nak bagi tu, tak nak ke? Rugilaaaaa.


Apapun, just a short reminder to end this longggggg post, kita hamba Allah, bukan hamba bulan. Anda bijak, anda haruslah faham. ;)


Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. =D *wish siap-siap, nanti malam puasa tu nak pegi terawih, takde masa nak wish bagai*


Sape nak belanja saya buffet bukak puasa bole tinggalkan komen, nanti saya PM no henfon. =P


P/s : Harap-harap istiqamah la ye pada bulan-bulan lain dengan setiap amalan yang kita tungkus lumus buat time Ramadhan. Sebab kita ni hamba Allah, bukan hamba Ramadhan.

No comments:

Post a Comment