"HELLO! Aku kat surau ni!" *cakap macam nak bagitau semua orang*
"Apa?! kau nak bom J****? Takpe-takpe, bom je"
Ok, yang second tu tipu.
Ye cik kak, saya tau awak kat surau. In fact, kita semua sedang berada di dalam bilik kecil yang diberi nama SURAU WANITA. Harap maklum.
Bukan sekali, bukan dua kali tapi berkali-kali dah pergi ke surau kat shopping mall, dan keadaannya tetap sama. Bising, hingar bingar, riuh rendah, hiruk pikuk, betapa nak gambarkan yang surau dah tak macam surau. Especially during weekends.
Kita selalu nampak sign "Dilarang makan/minum di dalam surau" atau "Dilarang meninggalkan beg di dalam surau" atau "Sila matikan/senyapkan telefon bimbit anda" atau kat certain masjid/surau ada sign "Dilarang tidur".
Saya menggunakan hak kebebasan bersuara dengan ini mencadangkan sign "Dilarang bercakap dengan volume maximum/separa maximum di dalam surau. Denda RM5000 akan dikenakan". RM5000? Melampau. *orang Malaysia, selagi saman tu kecik je, tak bagi efek pun kat dia.Ini hakikat.* Fine. Apa yang melampau? Kalau kita parking merata, kereta kena kompaun, kalau drive over limit, kena saman, kalau tak letak kupon, dapat ticket (saman), kenapa kalau mengganggu kekhusyukan saudara yang tengah dating tak bole denda? Tak tahu ke solat tu masa kita nak berdialog dengan Yang Maha Mendengar?
Apa kamu ingat saya nak sangat tahu kamu tengah cakap dengan siapa dalam fon tu? Kamu ingat geng kamu tu menarik sangat sampai semua orang nak dengar perbualan kamu dalam surau ni? Kamu ingat hidup kamu sorang je menarik sampai kamu bercakap bagai nak buat pengumuman satu emporium? Kamu ingat surau tu tempat kamu story-story lepas tu gelak sakan macam nak runtuh surau tu dek gegaran suara? Kamu lupa apa tujuan utama kamu ke surau? Sekadar nak lepas penat sebab kerusi kat luar surau tu penuh? Macam tu ke?
Saya sangat tak suka dengan cik kak cik kak yang bersembang sakan dalam surau or masjid ni. Tak puas-puas ke bersembang kat luar tu? Masa kamu shopping kamu tak berbual ke dengan kawan kamu? Kamu tak belajar erti hormat menghormati ke? Kalau kamu nak orang hormat kamu semasa kamu solat, jadi kamu harus hormat orang semasa orang solat. Khusyuk tu tak mudah bagi manusia zaman kita. Tolong la jangan menambahkan lagi kurangnya khusyuk bagi orang lain. Mungkin bagi kamu sesi berdialog dengan Allah tu tak penting, tapi tidak bagi orang lain. Itulah satu-satunya masa dia nak luah setiap satu rahsia yang dia sembunyikan dari dunia. Dunia yang sentiasa menipu dan meletihkan dia. Kenapa kamu sewenang-wenang nak buat kecoh masa tu jugak?
Bagi yang suka buat bising dalam surau, saya tak kata yang banyak cakap tu salah. Saya ni pun bayak bercakap, tapi saya tahu bila dan dimana, InsyaAllah. Yang gelak terbahak-bahak tu, saya tak cakap pun salah, tapi salah bila HAHAHA! tu dalam surau. Saya pun ada ketika gelak HAHAHA! macam kamu, tapi bukan dalam surau. Bagi yang suka bercerita tak habis-habis tu, kamu tahu kan kamu suka bercerita, apa kata kamu bercerita kat Allah pulak macam tu. Tak henti-henti, bole? *komfem la tak bole, nanti mesti bagi alasan macam-macam.heh*
Bercakap tak salah, bergurau senda tak salah, nak bersembang tak salah. Yang salahnya kamu bercakap, bergurau tak betul tempat.
Sampai sekarang saya masih pelik, kenapa isu buat KECOH dalam surau ni masih bukan isu sensitif, masih lagi dipandang remeh. Kenapa. Kenapa Kenapa.
Saya pun tak tau nak bebel apa dah. Cukup-cukup la tu.
**Hari ni pergi surau Jusco, dan memang ramai sebab hujung minggu. Masuk sama-sama dengan satu kumpulan budak-budak pompuan ni. Saya bukan nak kutuk, tapi sangat bising. Bersembang, gelak. Alahai, padahal kamu-kamu tu berpakaian Muslimah. Kamu nak tunjuk yang akhlak seorang muslimah macam tu ke? Kumpulan yang membawa imej Islam perangai macam tu ke? Kalau saya bukan orang yang mengikuti DnT, kamu secara tidak langsung boleh menolak saya lebih jauh. Sebab kamu mungkin mengaku faham, tapi kamu pandang remeh tentang solat. Kamu senyap semasa kamu solat, dan kamu bising semasa orang lain solat, akhlak apakah yang kamu cuba pamerkan?
P/s : Sapa-sapa yang nak jawab kol dalam surau tu, tolong la perlahankan sikit suara. Kalau kamu tengah solat, tiba-tiba ada orang cakap kuat-kuat kat belakang kamu, kamu rasa apa? Untuk pengetahuan, TAK SEMUA ORANG PEKAK! *ini bukan penghinaan*
P/ss: Ini mungkin bukan isu penting bagi kamu, tapi amat penting bagi saya. Sila hormati orang lain.
P/sss: Kamu tak malu ke datang rumah orang, lepas tu bising-bising? Masa tuan rumah tengah bercanda kasih dengan tetamu yang datang melepas rindu pulak tu.
P/ssss : Ini khas untuk kaum hawa, kerana saya tak pernah menjenguk Surau Lelaki, so tak tau keadaannya sama atau sebaliknya.
P/sssss : *banyak la pulak kan* Maaf kalau bahasa agak kasar. Tapi ini bukan main-main. Harap maklum.
Mungkin bagi kamu khusyuk itu mudah. Tapi hormatlah orang yang sedang berusaha sehabis daya untuk benar-benar khusyuk ketika menghadap Penciptanya.
No comments:
Post a Comment