Saturday, 30 June 2012

Letih Yang Teramat.

Bila sedih, mengadu pada Allah.
Bila rasa tak sedap hati, mengadu pada Allah.
Bila kecewa, mengadu pada Allah.
Bila orang sakitkan hati, mengadu pada Allah.
Bila ada benda buat rasa tak selesa, mengadu pada Allah.
Bila rasa cemburu, mengadu pada Allah.
Bila rasa rendah diri, mengadu pada Allah.
Bila nak sesuatu, sungguh sungguh mintak dari Allah.
Bila tak dapat apa yang dihajatkan, mengadu lagi pada Allah.
Bila rasa 'lost' mengadu pada Allah.
Bila rasa benda tu susah, mengadu pada Allah.
Bila rasa nak buat baik tu susah, mengadu pada Allah.
Bila susah nak bangun awal pagi, mengadu kat Allah.
Bila susah nak menangis, mengadu kat Allah.
Bila lapar, mengadu kat Allah.
Bila kecik hati, mengadu kat Allah.
Bila orang kacau, mengadu kat Allah.
Bila tak suka kat orang, tanya kat Allah kenapa diri ni jahat sangat.
Bila nak pegi mana-mana pun tak sudah-sudah berdoa mohon pelindungan Allah.
Bila nak cari parking, mintak kat Allah jugak.
Bila computer lagging, mengadu kat Allah jugak.

Saya ni takde kerja lain ke? Nak mengadu kat Allah je. Hmm, itu la saya. Semua benda saya mengadu mengadu mengadu. Bukan setakat yang ada kat atas tu je. Banyakkkkkk lagi. Sebab saya takde tempat lain nak betul-betul mengadu. Ada Allah je. Allah je yang dengar saya cakap apa tiap-tiap masa. Kadang-kadang saya cerita jugak kat kawan-kawan, kat mak ayah, kat adik saya. Tapi tak sama. Depan kawan-kawan saya tak nangis, depan mak ayah, adik, lagi la tak nangis. Jiwa kental kononnya. Tapi bila masuk je bilik, bila duduk je kat sejadah, mula la menangis mengalahkan budak kecik lapar. =.=''

Dan sekarang, temasuk hari ni, dah tujuh hari berturut-turut nangis je keja. Sebab perkara dunia. Saya rasa ujian ni lagi berat dari tak lepas A2 dulu sebab tak lepas A2 saya cool je. Bole senyum lagi. Bila Allah uji dengan benda yang satu ni, saya selalu tewas. Ya Allah, kenapa? Benda ni betul-betul menghanyutkan. Rasa hampir lemas dan letih nak timbulkan diri.  Dan dalam diam mengharap ada yang sudi datang hulurkan bantuan untuk kembali berpijak di bumi nyata. Kembali berjuang dengan matlamat yang sama. Tapi... Saya tak salahkan sesape. Ada jugak kawan-kawan yang buat saya tersenyum, saya lupa sebentar masalah. Macam-macam jugak yang saya buat nak larikan diri dari benda ni, tapi masih jugak terfikir. Dah penat dah. Hmm. Rasa letih yang teramat sampai rasa tak nak bangun pun dari katil. Itu internal, physicalnya, saya masih mampu berlari, alhamdulillah.

Saya sangat tak stabil sekarang, tu yang tulis ni sebab saya nak mintak tolong sikit kat orang yang baca. Sikit je, tak banyak. Tolong doakan saya, doakan iman saya tak runtuh hanya sebab benda dunia, tolong ye. hee. Jazakumullahu khairan kathira. ;)

P/S : macam mana ada orang bole rasa happy bila ada lebih dari sorang yang suka dia? Rasa cam lagi berat je ujian ni dari tak lulus exam. Because in the end, you HAVE to choose, you NEED to, you MUST. Saya lemah ke sebab ada kehendak yang tak kesampaian. Hmm. Ok, "p/s" ni mengarut, sila abaikan.

Berperang dengan kehendak diri sangat susah. Nak give up pun tak tau macam mana nak give up.


2 comments:

  1. Assalamualaikum.
    Bismillah .

    Ujian itu tandanya Dia menyayangi hambaNya. Jangan mudah berputus asa. Bangkit, walau berkali-kali jatuh. Bangkitlah mara ke hadapan. Mungkin Dia ada sesuatu yg lebih baik. Kuatkan semangat, cekalkan hati. Kalu kita mengeluh, astagfirullah. Nampak sgt kita tak bersyukur.

    Saya doakan ukht selalu. InshaAllah.
    Dia mengetahui segala isi hati hambaNya .
    Umat Islam sentiasa Boleh !

    Ingatlah, Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.

    *ian*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukran atas doa anda.
      Jazakallah khayr.
      InsyaAllah, ujian yang datang ada hikmah disebaliknya. ;D
      Akan terus bangkit berjuang, insyaAllah.

      Delete