Wednesday, 25 July 2012

Mujahadah itu Benar-Benar Pahit.

Ya Allah, jalan ini benar-benar sukar atau aku yang tiada kekuatan?
Kenapa akhawatku mampu, tetapi aku terus kecundang?
Ada sesuatu yang aku wajib tinggalkan, tapi masih aku lakukan.
Berulang-ulang kali.
Dan di setiap pengulangan itu, tiap kali juga aku memohon keampunanMu.
Tapi sampai bila harus berulang?
Sampai bila harus aku menjadi lemah.

Akhawatku terus hebat bermujahadah, mencuba pelbagai cara untuk mempertahankan iman.
Dan aku turut mencuba, tapi tidak sehebat mereka.
Ada kalanya aku tewas.
Ya Allah, aku mahu hebat di sisiMu.
Aku benar-benar mahu.
Dan aku tidak mahu sekadar hebat pada pandangan makhluk-makhlukMu.
Jangan Kau jadikan aku seorang munafik Ya Rabb.
Aku merayu Ya Allah.

Allahu Rabbi.
Bantulah diriku.
Berikan kekuatan kepadaku.
Tunjukkan ku jalan yang benar.
Pimpinku dalam menggapai redhaMu.
Jauhkan aku dari segala dosa, kerana dosa-dosa itu mengundang kemurkaanMu.
Dan kemurkaanMu adalah sesuatu yang tidak pernah aku inginkan, tetapi terus aku lakukan.
Betapa aku kerdil disisiMu.
Berharap untuk mendapat keredhaanMu dengan bantuaanMu.

Ya Allah, akhawatku benar-benar hebat.
Dan aku cemburu.

Tuhanku,
Jadikan Engkau dan RasulMu cinta hatiku melebihi segalanya.
Jadikan dunia itu digenggamanku dan akhirat itu dihatiku.
Jadikan redhaMu matlamatku, memenangkan agamaMu perjuangan sehingga penghujung nafasku.
Jadikan Engkau keutamaanku, ibadah padaMu rutin hidupku, mengingatiMu mainan mindaku.
Dan ku mohon syurga sebagai destinasi terakhirku.

No comments:

Post a Comment