Ehem! *nak jugak letak gamba ni besar-besar.* Kali ni sekadar nak buat pesanan ringkas buat diri sendiri dan pembaca-pembaca budiman. Maafkan saya andai ada yang terasa kerana tujuan menulis memang nak bagi diri sendiri and orang sekeliling terasa. Huu~
Zaman sekarang memang HOT isu kahwin muda atau kahwin tak kira muda ke tua, kahwin sentiasa akan jadi isu.
Pesanan ini bukan sempena Ramadhan yang dah dekat, tapi sekadar peringatan buat diri yang sering terlupa. Post sempena Ramadhan akan menyusul kemudian, InsyaAllah. ;D
"Sebelum sibuk nak bercinta dengan makhluk, ajukan soalan buat diri sendiri, di manakah status cinta kita buat Pencipta?
1. HANGAT
2. Suam
3. Sejuk
4. Beku
Kenapa sibuk mahu membahagikan cinta sedangkan belum puas bercinta dengan yang Selayaknya?"
Terasa? Tak? Takpe, mungkin saya je yang terasa kot bila kena tadi. Tu yang tiba-tiba tulis ni. Hee.
Tidak mungkin ada dua cinta dalam satu hati. . . .
Dan hati saya, masih belum sedia untuk yang kedua, kerana yang Utama masih punya kekosongan yang belum mampu saya isi. Astaghfirullah.
P/s : Kepada kawan-kawan, mungkin kadang-kadang saya mencetus PROPAganda mahu berkahwin awal, tapi hakikatnya, hati saya benar-benar belum bersedia. Maaf, memang suka buat kecoh tak tentu pasal. =.='' Itu sekadar gurauan dari saya yang bosan di rumah.
P/s : Bak kata Irma Hasmi "Bukan saya yang pilih (jodoh), ni Allah bagi". Buat kita-kita yang Allah belum bagi, jangan sibuk-sibuk sangat cari. Apa yang patut didahulukan, dahulukan. Sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik. ;)
No comments:
Post a Comment