Saya tahu, before ni blog post berkenaan Bali, agak 'stress' untuk dibaca. Asifah jiddan. Kali ni insyaAllah tak. Sebab emosi dah stabil. Alhamdulillah.
Tak dinafikan, minggu pertama dan kedua memang mengalami tekanan perasaan yang menghampiri tahap kritikal. Huahuahua *sila larikan diri sekarang* Tapi sampai bila nak tertekan kan. kan kan kan. And untuk pengetahuan, saya memang pengguna tegar perkataan 'stress' walaupun hakikatnya tak stress pun. *suka menimbulkan propaganda*
Ehem! Beralih kepada tujuan sebenar menulis. Apa agaknya? Sementara mood elok ni kan. Nak la jugak share. Ingat tak kat post Bali part 2 saya pernah menstatedkan soalan-soalan yang bermain di kepala. Nih nih, kat sini. Tolonglaa klik. Ada 2 soalan, tapi yang nak cerita kali ni tentang soalan no 2. InsyaAllah, dah jumpa jawapan. Harapnya la kan. Sigh.
Untuk kebaikan atau sebaliknya? InsyaAllah untuk kebaikan. Kenapa Allah campakkan ke sini? Dan persoalan tu bukan untuk saya seorang, tapi untuk semua. Kenapa Allah hantar kamu ke tempat yang kamu berada sekarang. Cuba tanya kat diri sendiri. Kenapa? *kalau kat toilet tu pun tanya lah diri, kenapa kat situ dan trimas sebab sanggup baca blog post beta dalam toilet, teharu*
Pada mulanya, memang terkilan, sedih, kecewa, dan segala perasaan yang berpotensi meruntuhkan iman berlegar-legar dengan jayanya dalam diri. Sedikit sebanyak menunjukkan bahawa saya belum benar-benar redha dengan takdirNya. *air mata mencurah-curah*
Redha yang sebenar-benar redha itu bagaimana? Ok, bagi contoh la ye. Senang sikit kot korang nak faham.
Seorang ibu kematian anak. Pada saat kematian anak tersebut, beliau menangis dan berasa sedih. Mungkin juga terdetik di hati beliau, 'kenapa macam tu?' atau 'sepatutnya mak yang pergi dulu' lalu setelah beberapa hari, beliau berkata 'takpe, aku redha'. Dan seorang lagi ibu, kematian anak tetapi langsung tak menangis dan berkata 'takpe, dia hanya pinjaman dari Allah'. Nampak tak beza?
Tak? Heh. Ok, satu lagi contoh, kalau apa-apa jadi kat kita, contohnya doktor salah injection dan mengakibatkan kecacatan seumur hidup, tanpa fikir panjang, kita cakap 'AKU NAK SAMAN DOKTOR TU! SEBAB DIA LA AKU CACAT!'. Lepas selesai saman menyaman, baru nak cakap 'aku redha'. Padahal dah saman. Dan keluar statement 'sebab diala aku cacat'. Hebat giler doktor tu sampai boleh cacatkan orang. Memang terbaik. Siapalah doktor tu, dan apa la yang mampu dia buat kalau Allah tak izinkan jadi camtu? Di situ Allah nak uji, sama ada kita betul-betul redha atau redha sekadar ucapan dihadapan manusia. Tanpa izin Allah, takkan ada benda yang mampu memudaratkan kita, dan tanpa izin Allah, tak kan ada sesiapa pun yang mampu menolong kita. Ingat tu.
Apa kena mengena redha dengan soalan yang saya claimed dah jumpa jawapan tu? Hmm. Peringatan, post ini bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk. Tidak sekali-kali. Tolong jangan salah faham.
Setelah berhari-hari mengalami konflik dalaman, akhirnya Allah bagi jawapan. Kenapa saya kat sini. Salah satu is, untuk menjadi seorang hamba yang lebih baik. Lebih baik yang macam mana tu?
Setiap orang mesti ada Mutabaah amal masing-masing kan? Apa tu mutabaah amal? Mutabaah amal means 'Pemeriksaan Amal'. Ni contoh jadual mutabaah amal.
Maaf ye kalau tak nampak. *kehkeh* Sekadar buat jadual je memang tak cukup. Dan apa yang saya nak tunjuk kat sini bukan jadual "Syurga Menunggumu" saya tu. Yang saya nak cakap, kaitan saya dicampakkan ke Bali dengan jadual tu.
Kat Bali ni sangat seronok *tiba-tiba seronok padahal beberapa hari lepas cakap stress*. Kenapa seronok? Meh nak cte.
Kat sini waktu solat awal lebih kurang sejam dari kat Malaysia, untuk saya lagi awal dari kat Ipoh. Kalau kat Sarawak, memang lebih kurang, tapi still, sini lagi awal. Bila Subuh awal, saya akan ada banyakkkkk masa. Sebab lepas subuh takleh tido. Nanti rezeki mahal. Lagi-lagi sekarang subuh semakin awal, 4.27 pun akan jadi nanti. Lagi la banyak masa before pergi kelas kan. Kalau kat Malaysia, ada mak ayah, bangun pun perlu dikejutkan sampai ayah berkali-kali pesan "Kak, jangan tinggal solat, esp Subuh!" InsyaAllah, dan Alhamdulillah, kat sini saya bole bangun awal ayah. Saya bole. *muka bangga*
*Tbe2 jadi malas nak cerita*. Dipendekkan cerita, kat sini Isyak awal. So dalam pukul 10 camtu da bole la nak guling-guling. Baca Al-mulk segala. *plan asal* Sekarang masalah nak Qiam je sebab subuh terlampau awal. Any suggestion? Nak share tips ke? *muka penuh harapan mata bersinar-sinar* Mungkin kena tido awal, then bangun jam 230, lepas tu tido balik dan bangun untuk subuh. Hmmm.
Apapun, semua benda akan rasa seronok bila kita jumpa hikmah disebalik setiap sesuatu. Cari kebaikan, maka jumpa la kebaikan tu. Kalau saja membutakan hati, memang sah-sah stress. *bercakap melalui pengalaman* Tak kira kat mana kita berada, sila cari apa kebaikan yang Allah nak bagi dengan meletakkan kita kat situ. Apa peluang yang Allah nak bagi. Bersangka baik terhadap Allah, kerana Allah berada dalam sangkaan hamba-hambaNya. Saya bukanlah baik, bukan nak tunjuk baik, tapi NAK AJAK korang buat baik. Sebab kita kena menabung untuk akhirat. Nak umur panjang, kena cari cara kan? Umur yang panjang tu bukan diukur dengan selama mana kamu di dunia, tapi di ukur selama mana amalan yang kita tinggalkan masih memberi manfaat untuk hari kemudian. *mana tau bila ajak orang buat, dapat tumpang sekaki dapat pahala. hewhew*
P/S : Sedang bersangka baik pada Allah, dan merasakan Bali ini tempat yang sungguh ohsemmmmm. Bertambah owsem bila goreng pisang kat sini macam goreng pisang kat Sarawak. *lari lompat2 keexcitedan*
P/SS : Dua tiga hari ni asyik ngintai pasangan yang da kahwin. Seronok dan jeles. Haaaa~ Bakal zauj, saya sedang berusaha jadi hebat, semoga awak pun. ;D *mode gatal*
P/SSS : Kbai. Nak study. >_<
Tadi ada conference riang kat rooftop. seronok. =D dan, saya smurf! weeee~
No comments:
Post a Comment