Saya : Belum. Baruk jak 5. Huhu. (Belum. Baru sampai 5)
*******************
*******************
Saya sememangnya sangat menghargai soalan-soalan begini kerana saya manusia yang sering terleka. Mengaji baru sampai seciput, padahal duduk kat rumah je. Bila kawan cakap target dia, baru tersedar, tak terfikir pun nak hafaz juz amma. Padahal saya banyak masa lapang. Astaghfirullah.
Saya sedar beberapa hari Ramadhan ni saya masih belum produktif. Tapi...
Selalu mengharap ada yang sudi bertanya "Mi, pagi tadi bangun qiamullail?" "Mi, harini baca quran tak?" "Mi, solat awal waktu ke tak?" "Mi, macam mana dengan mutabaah amal? Terjaga?" "Mi, jom qiam!" etc2. Ketahuilah duhai teman, saya perlukan peringatan dari kalian. Dan saya sedar, saya juga bukan teman yang baik, kerana tidak pernah bertanya soalan-soalan sedemikian. Bukan tak mahu, tapi segan. Kerana masih terasa kerdilnya diri. Asifah jiddan. :'( Bukankah ukhuwah kerana Allah itu membawa ke syurga?
Ya Allah, ku mohon kekuatan. Ku mohon petunjukMu. Tunjukkan ku jalan, tunjukkan ku caranya untuk menjadi hambaMu yang benar-benar hebat. Tolong Ya Allah, pimpin aku dalam mengejar keredhaanMu.
"Dan apabila mata menangis, tapi anggota tetap kaku, apakah sia-sia air mata itu? Kerana kerasnya sekeping hati."
No comments:
Post a Comment