Wednesday, 11 July 2012

Saya Melihat dan Saya Bertanya

"Em, kenapa dia pakai seluar tu pergi jalan-jalan? Saya pakai untuk tidur je"


"Kenapa kasar sangat bahasa yang dia pakai? Kalau cakap elok-elok kan lagi baik"


"Macam mana la anak-anak bole biar mak ayah yang dah tua tu tak terurus macam tu?"


"Alamak. Kenapa cium dia tu? Dia bukan suami kamu. >___<" *takboleblahbtol*


"Bole eh pakai baju tu pegi pasar?"


"Kenapa seksi-seksi ni, tak segan ke eh?"


"Kenapa pakai tudung tapi baju lengan pendek?"


"Kenapa sekejap pakai tudung kejap dah tak pakai lagi?"


"Macam mana dia bole peluk orang suka hati macam tu?"


"Kenapa tak risau dengan solat yang asyik tertinggal eh?"


"Kenapa suka sangat tengok rancangan yang tak bermanfaat tu?"


"Kenapa nak sangat bazirkan beratus-ratus pergi concert plek gitu?"


"Bole eh contact-contact camtu je? Tak bercinta pun"


"Nape orang tu bole je buat camtu ngn tunang dia? Dia pun pakai tudung besar?"


"Kenapa tak nak pergi usrah?"


"Kenapa tak nak baca Quran hari-hari?"


"Kenapa mencipta alasan bila diajak ke arah kebaikan?"


"Kenapa sibuk kejar cinta manusia sedangkan cinta Allah memang dah lama menunggu kita menyambutnya?"


"Kenapa susah sangat nak faham yang jalan dakwah dan tarbiyyah ni sangat AWESOME?!!!?" *tone bengang*

*****************************************

Sebenarnya banyak lagi persoalan yang kadang-kala bermain-main dalam fikiran. Dan hampir di setiap kadang-kadang tu saya lemas dalam mencari jawapan. Terlalu banyak bisikan yang datang, membenarkan sesuatu yang salah, dan menyalahkan sesuatu yang benar. Kenapa? Kerana kebenaran itu selalunya lebih pahit dari apa yang kita sangkakan.

Akhirnya saya temui satu jawapan yang merungkai segala persoalan "Kerana mereka belum faham". Dan dari jawapan ini timbulnya satu persoalan, "Sampai bila harus aku biarkan mereka tidak faham?"

Mereka belum faham membuktikan bahawa jalan ini masih teramatlah panjang. Penghujungnya masih belum kelihatan. Cuma cahaya yang mengiringi, menyuluh setiap kegelapan yang bakal ditempuhi. Mengharap dengan bekalan cahaya ini, mampu memberi sedikit cahaya untuk menyuluh jalan mereka-mereka yang masih belum faham. Mereka belum faham, salah mereka atau salah kita yang telah faham tapi tidak mengambil tindakan? Sengaja membutakan mata dan memekakkan telinga dengan harapan tidak akan disoal pada hari pembalasan. Mana mungkin.

Sedangkan yang mengaku faham dan mengaku mengikut tarbiyyah masih tidak mampu melepaskan diri dari melakukan kesilapan. Sedangkan yang hebat pun ada kecundang di tengah jalan. *mengenang diri yang masih bertatih dan kerap kali kecundang* sigh.

Jalan ini benar-benar masih panjang juga bagai lautan yang tak bertepian.

Wahai orang yang berselimut!
Bangunlah, lalu berilah PERINGATAN!
dan agungkanlah Tuhanmu,
dan bersihkanlah pakaianmu,
dan tinggalkanlah segala perbuatan yang keji
dan janganlah engkau memberi dengan maksud memperoleh balasan yang banyak
dan kerana Tuhanmu, bersabarlah.

(Al-Muddassir : 1-7)

Jika kamu masih mampu melihat mentari hari ini, itu tandanya Dia masih memberikan kamu peluang untuk memperbaik tiap kekurangan semalam. ;)

No comments:

Post a Comment