Wednesday, 18 July 2012

Alaa, Nak Macam Dia Jugak! =(

"Eee, tengok tu, bestnya kalau bole bli Porsche jugak"


"Kalau la aku pandai/cantik/hensem/kaya/hebat macam dia"


"Malu la orang tengok aku cam gini."


"Ish! KENAPA HUJAN?????"


"Panas giler harini!"


"Tak sedap la makanan ni. Tak nak datang dah kedai ni"


"Segan la nak kawan ngan diorang, aku tak kaya macam tu"

Dan macam-macam lagi yang kita pernah cakap or dengar orang lain cakap. Kenapa agak-agaknya jadi macam ni?

Sebenarnya, ramai hamba Allah yang tak bersyukur. Sedar, tanpa sedar, sengaja, tak sengaja. Agak-agak kita pernah buat tak?

Bercakap tentang pernah buat tak, teringat awal-awal dulu masa baru pindah Perak.

"Ayah, takde rumah lagi besar ke? Rumah ni lagi kecik dari dapur kita kat Sarawak"

Masa tu ayah sewa rumah yang sangat kecik, *sejujurnya itu yang saya rasa masa tu* bilik kecik, bilik air kecik, dapur kecik, kalau situ tempat makan, situ la tempat nonton TV, situ la tempat guling-guling ngan family. Ayah cakap apa?

"Apa yang kurang rumah ni? Atap ada, dinding ada, pintu tingkap semua ada. Ok la"

Dush! Tersentap. Bila difikirkan, betul jugak. Sepatutnya tiada kata-kata mengatakan rumah tu kecik terjadi. Tapi apa saya buat? Hmm.

Tapi bila perabot semua sampai dari Sarawak, kena jugak pindah rumah yang lebih besar sebab bila masuk semua perabot, memang takde space nak bergerak, makan pun dalam bilik tidur. Hehe. Tula keadaan mula-mula dulu. Alhamdulillah sekarang dah ada ruang nak lari-lari setempat. ;D

Cerita saya sampai di situ. Tak menarik pun. Saja nak cerita. Sebab nak tunjukkan saya ni tak perfect. Masih ada kekurangan. In fact, masih terlalu banyak kekurangan. :'(

Kali ni nak kongsi cerita yang pernah saya dengar suatu masa dulu *chewah*. Mak yang cerita kat saya, mak dengar dalam TV. Jom jom, saya nak bagi kamu berfikir sikit.

Bila kita naik Kancil, kita tengok orang yang naik Mercedes, lepas tu cakap "Ee, bestnya dia ada Mercedes. Bila la aku bole beli kereta macam tu"


Kenapa tak tengok orang yang naik motosikal je? Dan bersyukur sebab kita ada kereta Kancil. Tak payah la berhujan-hujan kan?


Yang bawak motosikal, tengok yang dalam kereta. "Ish, aku naik moto je, orang tu ada kereta."


Kenapa banding dengan yang berkereta. Cuba kamu banding dengan orang yang kayuh basikal. Lagi kesian. Penat kayuh. Kamu moto jalan sendiri.


Yang mengayuh basikal tengok orang bawak moto. "Kalau la aku ada moto. Tak payah penat-penat kayuh basikal"


Kayuh basikal ok apa. Bole exercise. =P Kenapa compare dengan yang ada moto? Cuba kamu tengok orang yang nak beli basikal pun tak mampu. Bejalan je. Guna kudrat sendiri. Lagi penat.


Yang tak mampu beli kereta, moto, basikal, terpaksa berjalan kaki. "Apa la aku ni miskin sangat. Nak beli basikal pun tak mampu"


 Tak payah bandingkan dengan orag yang mampu, cuba tengok orang yang takde kaki, lumpuh ke. Tak mampu nak berjalan dengan kaki sendiri. Kamu masih mampu berlari.


Yang takde kaki atau yang tak mampu berjalan tengok orang yang bole berjalan, "Kan best kalau aku ada kaki"


Cuba tengok orang yang dah mati, dah tak boleh buat apa-apa. Takde kaki pun masih bole tengok dunia. Bole buat macam-macam. Kalau dah mati?


Ok, this is one of my favourite stories. Kalau ada rasa nak merungut sikit, saya fikir balik tentang cerita tu.

Sekarang, apa yang kamu dapat dari cerita tu? Apa ibrah yang bole kamu ambil?

Tak tau? *facepalm* Sila fikir sendiri ye. =D

Sebagai manusia, kita selalu bandingkan diri kita dengan yang lebih hebat, lebih baik. Sampai kadang-kadang ada rasa rendah diri, malu, sedih, dan sebagainya. Memang tak salah kalau kita nak jadi lebih bersemangat dengan membandingkan yang lebih baik, tapi kalau itu menjadikan kita tidak bersyukur bagaimana?

Orang yang bersyukur tak kan pernah merungut atau malu dengan keadaan dirinya. Dalam apa jua keadaan, dia sentiasa bersyukur. Naik kereta cantik bersyukur, kereta buruk bersyukur, ada makanan sedap bersyukur, takde makanan pun bersyukur, apa sekali pun keadaan, dia pasti bersyukur.

Kita bagaimana? Adakah sentiasa bersyukur atau masih mengeluarkan kata-kata yang menggambarkan betapa tidak bersyukurnya kita, sedar atau tanpa sedar?

Rasulullah cakap apa kat kita?

Abdullah bin Abbas dan Anas bin Malik berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda ' Andainya seorang anak adam (manusia) mempunyai satu lembah emas, pasti dia ingin mempunyai dua lembah. Tiada yang dapat menutup mulutnya (menghentikan kerakusannya di dunia) melainkan tanah (maut). dan Allah berkenan memberikan taubat kepada sesiapa yang bertaubat.' (HR Bukhari & Muslim)

Terasa? Manusia tak pernah rasa cukup. Betulkan? Kalau tak betul, Alhamdulillah. Saya pun tabik spring kat kamu. Kagum. Tapi kalau masih ada rasa tak cukup tu, doa-doa agar Allah keluarkan perasaan tu dari dada kita. InsyaAllah.

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan, serta hati (akal fikiran), AGAR KAMU BERSYUKUR. " (An-Nahl :78)

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan kepada kamu) nescaya kamu tidak dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (An- Nahl : 18)

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan" (Ar-Rahmaan) *berulang berkali-kali*

"Dan ingatlah ketika Tuhanmu memberitahu, Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya akan Aku tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azabKu amatlah keras" (Ibrahim :7)

Kita selalu tak bersyukur, sebab tu Allah tak tambah nikmat. Makin kita merungut kan? Cuba kalau kita sentiasa bersyukur, Allah dah janji terang-terang "Aku tambahi nikmatKu kepada kamu". Kamu ingat Allah main-main?

Salah guna nikmat juga tanda-tanda kita tidak bersyukur. Hati-hati ya.

Cukup setakat ni. InsyaAllah. Mari kita sama-sama jadi orang yang bersyukur dalam apa jua keadaan sesungguhnya janji Allah itu benar.

P/S : Dah nak masuk Ramadhan ni, jangan rambang mata bila pergi bazar nanti. Tak pasal-pasal membazir. Kita buang makanan, lupa ada saudara kita yang tak sahur, tak berbuka sebab takde makanan langsung.

P/SS : Hati-hati bila berkata-kata, takut-takut nanti jadi tidak bersyukur lebih takut jika kufur tanpa kita sedari. Nauzubillah.


P/SSS : Cerita ni pernah di postkan di blog lama, sapa-sapa yang pernah baca, ni sekadar untuk mengrefresh kembali kalau kamu terlupa. =P
Alaaaaaa, nak yang dia punya jugak!!!! *penat bebel, tak terkesan kat dia ni, kamu bagaimana?*






No comments:

Post a Comment