Saturday, 23 June 2012
Buat Kamu yang Merasakan Ujian itu Berat.
Sudah jatuh ditimpa tangga, terguling-guling pulak tu. *eh* Maybe tu perumpamaan yang bole saya gambarkan tentang keadaan diri yang sejak akhir-akhir ini diuji dengan kegagalan bertubi-tubi. Ni ujian major eh, yang Allah uji hari-hari tu banyak sangat kalau nak story. ;)
Mungkin ada yang senasib. Mungkin ada yang lebih hebat ujian. Mungkin jugak ada yang berkata "Kau tak faham perasaan aku. mana bole kau nak cakap macam tu" Ye, saya tahu setiap orang diuji dengan perkara yang berbeza. Tapi bukankah itu tandanya Allah sayangkan kita sama-sama?
"Kau ni, asyik cakap Allah sayang je tiap kali gagal. Ke kau memang tak pandai, salahkan Allah pulak"
Eh, nape macam tu? Saya yakin Allah sayangkan saya. Sebab tu Allah uji. Ye, memang saya kurang pandai, tapi Siapa yang jadikan saya kurang pandai dari yang lain? Saya sendiri ke? Atau mungkin usaha saya yang sedikit lalu Allah uji dengan kegagalan supaya saya tidak sombong, tidak bermegah mengatakan 'aku tak study pun Allah bagi cemerlang' Saya tak nak jadi orang macam tu. >_< Sekalipun usaha setinggi gunung, seluas lautan, kalau Allah cakap tak cemerlang, tak bole lulus, tetap jugak gagal. Dan gagal itu datang bersama sebab yang baik.. Persoalannya sekarang, adakah berjaya atau gagal itu yang Allah nilai? *sila tanya diri sendiri*
Mungkin ada yang kecewa apabila gagal. Pelbagai persoalan terdetik di hati, "aku ni bodoh sangat ke? Kenapa Allah bagi macam ni? Asyik gagal je ni, bila nak berjaya? Nape Allah tak makbulkan doa aku? Malunya, orang lain bole je, aku je asyik tak bole." dan macam-macam lagi.
Bodoh? Siapa yang dilahirkan bodoh? Semua dikurniakan akal. Cuma berbeza kebijaksanaan. Mesti ada sebab Allah jadikan macam tu. Macam kita belajar bio jugak yang tajuk biodiversity tu. Setiap kejadian ada kegunaan pada alam.
Kenapa Allah bagi macam ni? Sebab Allah sayang *nak cakap jugak Allah sayang, yakin je, kamu akan bahagia* Kalau Allah tak sayang, Allah dah bagi semua yang kita mintak sampai kita rasa tak payah usaha pun, doa je Allah komfem bagi. Tak nak la macam tu. At the end of the day, yang dinilai itu usaha, bukan hasil. Buat apa Allah nak nilai hasil sedangkan Dia yang bagi hasil tu?
Asyik gagal dan bila akan berjaya? Alah, setakat gagal exam tu normal la. Kalau kamu tak gagal, siapa yang nak gagal? Betul tak? Setiap kali exam, sejak dari sekolah rendah lagi, komfem-komfem ada kelompok yang gagal. Why? Sebab hidup memang macam tu. Macam Ferris Wheel, kadang kamu di atas, lepas tu kena la kat bawah kalau nak keluar. Cuba bayangkan kamu sentiasa kat atas tu, nak keluar jadi apa? Bedepekkkk. Jatuh ke bumi. Kalau dulu kat sekolah kamu hebat, sekarang Allah bagi la kamu rasa apa yang orang lain rasa tu (gagal). Adilkan Allah? *adil, adil (sambil angguk laju2)* Hakikatnya, gagal di dunia bukan bermaksud apa-apa. Yang kita patut takut adalah gagal diakhirat kelak. Allah dah bagi ujian bertubi-tubi, ambik ujian tu untuk bekalan ke akhirat. Tak rugi apa pun kalau kita redha. Buat apa dipandang tinggi sekadar di mata insan tapi tak bernilai di sisi Tuhan. Berterima kasih pada Allah sebab uji kita dengan pelbagai jenis ujian. Berjaya kita pernah rasa, jadi paling top kat sekolah pernah rasa, jadi paling hebat pernah jugak, jadi paling tak pandai pun ada jugak rasa, tak lulus exam penting punnnn pernah jugak. Tak rasa bertuah ke? Saya rasa ok je, jadi kenapa tidak kamu? Matlamat kita redha Allah untuk menggapai kebahagiaan hakiki, so why worry so much on dunya?
Kenapa Allah tak makbulkan doa? Mana ada Allah tak makbulkan. Cuba renung balik apa yang kamu mintak. Dan compare dengan apa yang Allah bagi. Itu cara Allah makbulkan doa kamu. Tak kan Allah nak bagi semua ikut cara yang kamu nak. Kamu tak cakap pun kan? Kamu just cakap kamu nak apa, tapi tak cakap kamu nak apa dengan cara yang bagaimana. So, biar la Allah bagi kat kita apa yang kita nak dengan cara Dia. Bukankah Allah lebih mengetahui apa yang baik untuk kita? Tugas kita, hanya perlu yakin dan terus berdoa. Allah tidak pernah memungkiri janjii-janjiNya. Tapi sebelum kita salahkan Allah baik kita renung balik diri kita. Sehebat mana keyakinan kita pada janji Allah? Sebanyak mana amalan soleh dibanding dengan dosa? Yang mana satu lagi hati kita cintai, dunia ataupun Ilahi? Bangun pagi sebab tengok tv ke tahajjud lagi banyak? Biar seribu kekurangan kita, Allah tetap makbulkan segelintir doa kita, yang selebihnya mungkin Allah tangguhkan untuk akhirat, atau mungkin saja apa yang kita mintak bukan yang terbaik untuk dunia dan akhirat kita. Jadi mengapa persoalkan urusan Allah? Terima saja, kita ni hamba. *ingatan buat diri sendiri* Dah kira beruntung tau kita, jadi hamba Allah. Allah bagi semua yang kita perlu, free. Tak mintak apa-apa balasan pun. Semua amalan kita selama ni pun bukan untuk Allah, tapi untuk diri kita sendiri jugak. Kalau kita tak buat, Allah tak rugi, kita yang rugi. Tak sedar ke semua tu? Masih mahu rasa tak bersyukur?
Malunya. Hmm, itulah masalah manusia. Bila gagal malu, bila malu komfem gagal. *eh.* Cuba yakin sikit dengan diri sendiri tu. Bukan semua orang Allah uji dengan kegagalan tau. Kamu nak hebat disisi Allah ke di mata manusia? Saya faham, rasa rendah diri tu mesti ada kalau kawan-kawan lain bole buat, tetiba kita je tak bole. Saya tau sebab saya pun dalam situasi tu, tapi malu? Alaa, tak payah malu la. Bazir masa je nak malu-malu. Diaorang diuji dengan kejayaan dan mereka bersyukur, kita diuji dengan kegagalan, kenapa mesti malu? Bukan ke sama je ujian dari Allah. Sepatutnya kita bersyukur. Bersyukur, dan mintak Allah gantikan kegagalan itu dengan kejayaan yang lebih besar. Allah mendengar setiap rintihan kita, Allah faham perasaan kita sekalipun yang tersembunyi jauh di sudut hati. Orang boleh kata, saya cool, saya kuat, tapi hakikatnya orang tak tau kan? kan? People see only what you chose to show. Yang malu tu, lemah ke, rasa diri tak hebat macam orang lain ke, tu normal, sebab kita manusia. Dan siapa yang bagi perasaan tu? Allah. Jadi, why not, instead of terus rasa macam tu, mintak Allah hilangkan semua perasaan yang boleh meruntuhkan keimanan kita? Malu dengan kegagalan, rendah diri, tak yakin, semua tu perasaan yang mampu mencalarkan iman. So please ask Allah to take them away. Kita kena kuatkan diri, tambahkan keyakinan, kukuhkan keimanan agar kita jadi lebih hebat disisi Allah. No malu-malu, no good la you. ish. =P
Jom tengok sikit apa yang Allah cakap kat kita.
"Dan sungguh, Kami akan benar-benar menguji kamu dengan sedikit rasa takut, kelaparan, dan kekurangan harta, kehilangan jiwa, dan sedikitnya buah-buahan..." (Al-Baqarah : 155)
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya" (al-Baqarah : 286)
"Dan janganlah kamu berasa lemah dan dukacita, sesungguhnya kamu adalah yang paling tinggi darjatnya jika kamu benar-benar beriman" (Al-Imran :139)
"Maka sesungguhnya bersama kesukaran ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan" (Al-Insyirah : 5&6)
Siapa-siapa yang merasa berat akan ujian gagal tu, yakinlah, bersama kesulitan ada kemudahan. InsyaAllah. ;)
Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang TIDAK PERNAH MENGALAH. *muka yakin*
Sesungguhnya Allah rindu mendengar rintihanmu berpanjangan, maka bersyukurlah dan tabahlah dalam menghadapi setiap ujian.
Setiap yang terjadi itu kehendak Allah, terpulang kepada kita untuk bersangka baik atau berburuk sangka. Sesungguhnya Allah bersama dalam sangkaan hamba-hambaNya. Jadi, jom bersangka baik pada Allah, agar yang terjadi semuanya diyakini yang terbaik untuk dunia dan akhirat kita terutamanya. Kejayaan sebenar itu terbukti apabila kamu mampu bersama insan-insan lain yang Allah cintai di syurga. InsyaAllah. Itu impian saya, kamu bagaimana?
P/s: Bicara dari seorang yang gagal berulang kali dalam urusan dunianya. *saya* =.=''
P/s: Maaf andai ada kata-kata yang mengguris hati yang memang dah sedia ada terluka. =PPP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Allah hanya turunkan ujian kepada hambaNya yg mampu...Mana tahu dgn kdtgn umi ke situ mampu menaikkan tarbiyah di sana.iA..
ReplyDelete"I believe in you Umi"...=)
InsyaAllah. i believe in you too. =DD kte kan ad korang utk mengingatkan. bertuah dpt berada dlm kalangan mereka y berusrah, tp mungkin lg bertuah bila jd org y menghidupkan usrah itu sendiri. Dengan izin Allah. ;)
ReplyDelete