Friday, 15 June 2012

Mengejar Mardhotillah #3 : Hari Ni Hari Apa Kawan-Kawan??

Pengumuman pengumuman!! Jumaat tiba lagi!!!
Assalamualaikum kawan-kawan. Berjumpa lagi dalam ruangannnnn Mengejar Mardhotillah!! ~ *berangan jadi pengacara kat tv*

Hari ni hari apa? JUUUMAAAATTTTT~~~ Yeay! 10 markah untuk awak. ;)

Siapa tahu hari Jumaat ni hari apa? *Ek? Hari Jumaat hari Jumaat la. Friday, Jumuah?* Hehe.

Jumaat ataupun dalam bahasa Inggerisnya Friday dan bahasa arabnya Jumuah merupakan 'SAYYIDUL AIYAM'. Apa itu Sayyidul Aiyam? Sayyidul Aiyam bermaksud, penghulu segala hari. =D

Dari Abu Lubabah bin Ibn Mundzir r.a berkata Rasulullah SAW bersabda "Hari Jumaat merupakan penghulu kepada hari-hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah. Hari Jumaat ini lebih mulia dari Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha di sisi Allah. Pada hari Jumaat ini berlaku lima peristiwa ; 
1) DiciptakanNya Adam
2) dan diturunkan Nya Adam ke bumi
3) Adam dimatikan
4) pada hari Jumaat terdapat waktu yang mana jika seseorang itu meminta kepadaNya, maka akan dikabulkan permintaan selagi tidak haram.
5) dan pada hari Jumaat akan terjadi kiamat
tiadalah seseorang malaikat yang dekat disisi Allah, di langit mahupun di bumi kecuali dia dikasihi pada hari Jumaat. " (HR Ahmad)

Tahukah kamu bahawa hari Jumaat adalah hari untuk kita umat Muhammad? *tak tauuuu (sambil geleng-geleng)* Sekarang tau dah kan? Esok Sabtu hari Kaum Yahudi dan Ahad hari Kaum Nasrani.

Kenapa hari Jumaat ni hari kita? Sebab :

Dari Khuzaifah bin Rabi'i bin Harrasy r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda "Allah menyesatkan orang-orang sebelum kami pada hari Jumaat. Yahudi pada hari Sabtu dan Nasrani pada hari Ahad. Kemudian Allah mendatangkan kami dan MEMBERI PETUNJUK pada hari Jumaat, mereka umat sebelum kami akan menjadi pengikut pada hari kiamat, kami adalah yang terakhir dari penghuni dunia ini dan yang pertama pada hari kiamat akan diadili sebelum umat yang lain" (HR Muslim & Ibn Majah)

Kita adalah yang terakhir dari penghuni dunia dan yang pertama akan diadili. Apa perasaan kamu bila baca part tu? BANGGA? *hah? bole plak bangga?* Saya tak tau macam mana reaksi orang bila baca tu, tapi kalau saya, dah berdiri segala bulu kecik kat badan *bulu roma*. Seram. Dah la kita yang terakhir, kita sah-sah diketahui umat paling pendek umur, kita tak hidup sezaman dengan Nabi, pelbagai jenis anasir pengaruhi kehidupan kita sekarang. Bole ke nak bangga sebab Allah pilih kita jadi umat terakhir tapi yang pertama diadili? Memang kita bersyukur menjadi umat Muhammad, bersyukur sangat-sangat. Tapi dengan umur kita yang singkat, amalan kita yang seciput, tak takut ke nak kena hisab awal-awal?

Jangan salah faham pulak eh. Bukan maksud nak cakap kita patut rasa Allah tak adil ke apa, tapi semata-mata untuk reflek balik kat diri kita, cukup ke bekalan nanti? Betul ke bersedia untuk dihisab. Paling takut, Rasulullah nampak ke kita kelak? Ke Allah tutup pandangan Baginda dari melihat kita? Nauzubillah. >___< *air mata sila jurai-jurai dan beristighfar + selawat banyak-banyak*

Sekarang nak cerita pasal amalan-amalan yang dianjurkan untuk dilakukan pada hari Jumaat.

1) Membaca surah As-Sajdah dan Al-insan dalam solat subuh.

Dari Abu Hurairah r.a berkata "Nabi SAW dlm solat subuh membaca Alif Lam Mim Tanzil As-Sajdah Hal Ataa 'Alal Insaani Hiinum Minad Dahri (Al-Insan)" (HR Bukhari & Muslim)

2) Banyakkan berselawat

Dari Umamah r.a Rasulullah SAW bersabda " Perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari Jumaat kerana selawatnya umatku akan dipersembahkan untukku pada hari Jumaat. Maka barang siapa yang paling banyak  berselawat kepadaku, dia akan paling dekat darjatnya kepadaku" (HR Baihaqi dengan sanad sahih)

-Tak nak ke jadi paling dekat dengan Rasulullah? Selama ni kata rindu. Apa lagi, JOM banyakkan selawat kepada Rasulullah SAW. bukan sekadar hari Jumaat. Hari-hari pun ok?

3) Membaca Al-Kahfi

Membaca Al-Kahfi ni boleh menghidarkan kita dari fitnah Dajjal. InsyaAllah. Saya tau, ramai yang rasa susah nak istiqamah baca Al-Kahfi ni. Ada 110 ayat. Mula-mula dulu saya pun rasa payah jugak *ooppps* Takpe, jujur. Tapi sekarang, Alhamdulillah, takde la susah mana nak habiskan pun. Walau sesibuk mana pun, saya akan cari masa untuk habiskan. *Tipu tipu tipu* Tak tipu, contoh paling dekat, minggu lepas saya ada entrance exam, which was on Friday. Pagi sampai tengah hari. Bila saya nak baca Al-Kahfi? Malam tu kena study. Entrance exam tu, tak kan saya tak nak study kan? Tapi, macam mana pun, saya paksa diri untuk baca sebelum tidur. Alhamdulillah, habis jugak. Mujahadah itu pahit, sebab syurga itu manis *ek, apa kena mengena?* Kamu ingat senang ke nak tahan mengantuk tu?

Saya nak cakap, walau sibuk macam mana pun, kalau kita sungguh-sungguh, InsyaAllah, Allah akan pemudahkan. Kalau dah tahu kita akan busy pagi Jumaat ni, Baca la malam tu. Tak kan kamu busy sampai tertidur kot. Tak, tak mungkin. Saya juga manusia, saya tahu. *hihihi. =P* Tips saya nak share, bagi yang biasa amalkan surah Yassin setiap malam Jumaat, replace dengan Al-Kahfi, yes, saya tahu surah ni agak panjang, tapi bole baca sikit-sikit. Lepas solat Maghrib baca la 5 lembar = satu surah Yassin. Lepas Isyak, sambung lagi baca. Kalau tak larat, lepas Subuh pagi tu sambung lagi baca, bagi habis. Kan senang tu? Ni tak, lepas Maghrib, tengok tv la, on9 la. Baik baca Al-Kahfi ye dak? Kalau saya, saya akan pastikan habis baca sebelum tidur. InsyaAllah. Sebab saya takut ditangguhkan sampai pagi, nanti tak habis. We never know what future holds for us. Entah-entah pagi tu tak bangun dah. Baca la Al-Kahfi dengan istiqamah. Lama-kelamaan, kamu akan rasa kosong kalau tak baca. Macam solat jugak, kalau tertinggal, mesti rasa incomplete kan hidup? Ke solat pun lobang? eh.

4) Memperbanyakkan doa


5) Amalan-amalan lain (bagi laki-laki)

-Mandi, bersiwak, dan memakai wangi-wangian
-Berpagi-pagi menuju tempat solat Jumaat
-Diam mendengar khatib berkhutbah
-Memakai pakaian terbaik
-Melakukan solat sunat selagi imam belum naik ke mimbar *ni datang masjid lewat, khutbah pun ntah sempat tak dengar, mana nak solat sunat*

Rasanya, dah banyak yang dibebelkan. Semoga terlekat jugak kat hati tu sikit. InsyaAllah. Sama-sama kita manfaatkan penghulu segala hari ni dalam mengejar keredhaan Ilahi.

P/s : Nak potong kuku pun ikut sunnah ek. Kumpul pahala banyak-banyak. Nanti nak redeem. =DDD

No comments:

Post a Comment