Ingat mati Ingat sakit
Ingat lah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuma satu kali~
Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat~
Dalam sehari, berapa kali kita ingat mati?
1. Tak ingat pun. Rilex la bro, muda lagi ni. Tua nanti baru fikir mati-mati ni.
2. Hmm, ingatlah kadang-kadang. Masa drive kereta tu, takut-takut accident kan.
3. Time solat tu ingat jugak nak mati. Nak dapat mood solat buat kali terakhir tu kononnya. *kononnya?*
4. Tanya-tanya orang pasal mati ni pe kes? Sendiri mau ingatla! *ek =.=''*
Baikla, tak kisah pun apa jawapan korang. Masing-masing punya jawapan kan. Saya saja nak tanya. hee~ =D
Kita jarang-jarang ingat mati. Mungkin kadang-kadang tu lupa terus sebab busy memanjang. Bila nak exam, ingat exam jeeeee. Padahal tak pasti pun hidup lagi masa exam tu. Bila ada meeting, ingat bos jeeee. Padahal tak tau lagi hidup tak masa meeting tu. Bila tengok tv ingat nak seronok je, sungguh-sungguh mendongak tv tu. Padahal tak pasti hidup lagi tak sampai habis rancangan tv tu. Bila on9, cetcotcetcot bercerita. Padahal tak tau sempat tak nak shut down laptop tu. *dushdush, tumbuk diri sendiri*
Cuba kita tanya balik kat diri kita ni, malaikat maut melawat kita berapa kali sehari? Dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas, Rasulullah SAW bersabda "Malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi 70 kali sehari." Ketika Izrail memerhatikan wajah-wajah ini, kelihatan ada manusia yang sedang tertawa. Lalu berkata Izrail "Alangkah hairannya aku melihat orang ini. Aku di utuskan Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok bergelak ketawa" *Terasa tak terasa tak?*
Manala tau, dalam sedap-sedap gelak tu Izrail cabut nyawa. Nauzubillah, Ya Allah, ada ke iman dalam hati saat gelak-gelak tu? >_< Kalau Izrail cabut nyawa masa buat perkara berfaedah kerana Allah takpe jugak, Alhamdulillah. Mati dalam kebaikan.
Ok, moving on. Sapa yang tak pernah buat dosa. Sila berdiri. *fuiyoooo, ramainya* Semua orang pernah buat salahkan? Ye tak? Ke saya sorang je pernah buat salah ni? Iskisk.
Kita diberi akal untuk menilai yang mana baik dan mana jahat. Yang mana dosa, mana satu pahala. Mana satu Allah redha dan yang mana Allah murka. Tapi betul ke semua orang guna akal yang dikurniakan untuk fikir semua tu? Ke fikir dunia je? Cukup la sekadar betul kat dunia, yang penting orang nampak hebat. Gitu ke?
Selalu jugak kita dengar orang cakap "Aku ni banyak dosa, aku hina, kotor. Allah tak pandang aku dah. Nak ke Allah terima taubat aku? Masihkah pintu taubat terbuka untuk aku?" and etc2.
Ishishish *geleng-geleng kepala* Memang kita rasa rendah diri, rasa berdosa yang amat bila banyak buat kesilapan, tapi jangan sampai rasa berdosa tu menghalang kita daripada merasai kebesaran Allah dan sampai rasa tak layak nak mintak ampun. Memang kita patut rasa eee *muka kedut2 geli* dengan dosa, jangan sesekali redha dengan dosa yang kita lakukan walau sekecil mana pun, Tapi, jangan sampai kita bersangka buruk pada Allah! ingat tu. Allah tak kejam. Kita buat salah pun Allah masih bersama kita, masih beri rasa keinsafan tu, what makes you think that Allah is not gonna forgive you? Padahal Dialah yang memberikan hidayah. Dia nak kita kembali ke jalan yang benar. Alhamdulillah. Keampunan dan Rahmat Allah melebihi segalanya, melebihi dosa-dosa yang kita lakukan.
"Eh, tak percayalah. Kau cakap camtu semata-mata nak sedapkan hati aku je. Aku ni jahat. Tak layak jadi orang baik"
Tak percaya eh? Meh sini nak bagitau sikit.
"Daripada Anas r.a berkata, aku mendengar Rasulullah bersabda 'Allah SWT telah berfirman; Wahai anak Adam! Sesungguhnya selagi mana kamu meminta dan berharap kepadaKu, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak akan memperdulikannya lagi. Wahai anak Adam! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepadaKu, maka akan Aku ampuni kesalahanmu. Wahai anak Adam! Sekiranya kamu datang kepadaKu dengan dosa sepadat isi bumi, kemudian kamu datang menemuiKu diakhirat dalam keadaan tidak menyekutukanKu dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi juga' "
"Demi Tuhan yang mana aku berada ditanganNya, sekiranya kamu melakukan kesalahan sehingga memenuhi dosamu diantara langit dan bumi, kemudian kamu memohon ampun kepada Allah, nescaya Dia akan mengampunimu" (Hadis Rasulullah)
Hadis Qudsi yang dipetik dari kitab Allitihafat " Satu kebaikan akan diganda sepuluh malah lebih, manakala satu kejahatan tetap dikira satu (tidak diganda) ataupun Aku mengampuninya. Sekalipun kamu menemuiKu (selepas mati) dengan dosa sebesar bumi tetapi tidak syirik kepadaKu, maka Aku akan menemuimu dengan keampunan sebesar itu."
Ok, sekarang nak tanya. Apa yang buat kamu rasa dosa kamu lebih besar dari keampunan dan rahmat Tuhanmu (Allah) ? *soalan buat diri sendiri* Sedangkan setelah mati pun Allah akan datang dengan keampunanNya kalau kita tak mensyirikkan Allah, apatah lagi kalau hidup-hidup ni kita datang merayu-rayu meminta keampunan. Allah pandang kita, Allah tengok, Allah akan ampunkan.Yakin la. Allah Maha Pengampun. Bukankah Allah suka pada hambaNya yang melakukan kesilapan dan meminta ampun? Tapi ingat eh, Allah janji akan ampunkan kita bukan jadi point untuk kita terus lakukan dosa. No no no. Sila taip STOP DOSA dan hantar ke ..... message delivered. =D
Kita bukan nabi, bukan Rasul yang ma'sum. Sure-sure kita buat silap. Tapi sejauh mana usaha kita untuk stop atau cikai-cikai pun untuk kurangkan kesilapan yang kita lakukan? XDE? HAA? Biar betul??? Mesti la ada kan? Fitrah manusia memang sentiasa mencari kebaikan. Kalau tak banyak, mesti ada sikit niat nak jadi baik kan? Niat yang baik pun dah dapat pahala *insyaAllah* so kalau nak pahala ganda-ganda, jangan la biar niat tu tinggal niat eh. Realisasikan la eh. ;)
Seseorang mukmin itu tak pernah berputus asa dari rahmat Allah. Sebab rahmat Allah inilah yang kita harapkan. Kalau nak bandingkan dengan amalan kita, sebanyak mana pun takkan mampu membeli syurga Allah. Amalan kita semata-mata tidak akan mampu menyelamatkan kita dari melainkan dengan rahmat dan redha Allah. Dan kalau lah kita berputus asa sebab kita rasa kita banyak dosa, apa lagi yang dapat selamatkan kita? Dosa?
Rasa berdosa bukan bermaksud kita perlu lari lebih jauh dari Allah, tapi kita perlu tinggalkan dosa-dosa dan kembali kepada Allah. Kembali ke jalan yang lurus. Kembali merebut redhaNya. Syaitan akan selalu cuba menyesatkan kita, apatah lagi apabila kita berhajat kepada kebaikan. Masa tu la dia nak cucuk-cucuk "tak payah taubat, kau tu jahat, Allah tak tengok dah. Kau hina, tak layak nak solat, tak layak pegang Quran, tak layak sebarkan kebaikan" Cuba cakap balik kat syaitan tu "Aku nak buat baik suka hati aku la. Kau sibuk pehal?" *Eh, bole eh camtu?* Bear in mind, whenever Syatan reminds you of your past, remind Syatan of his future. Jangan tertipu dengan hasutan-hasutan jahat. Yakin pada Allah. Hidayah datang pada siapa yang dikehendakiNya. So, jangan lepaskan hidayah tu. Kamu orang terpilih. *Hoooyyeeeaaaaahhh!*
Every righteous man has a past, and every sinner has a future. InsyaAllah.
"Ya Allah, keampunan Mu lebih luas dari dosa-dosaku. Dan RahmatMu lebihku harapkan disisiku dari amalan-amalanku."
Dekatkan kita dengan mati? So, dah ready ke nak melangkah ke alam lain ni?
No comments:
Post a Comment