Berikutnya adalah orang yang mempelajari ilmu, mengajarkannya dan suka membaca Al-Quran dibawa kepadaNya. Nikmat ditanya dan dia mengakuinya. Allah berkata 'Apakah yang kamu lakukan di dunia?' Dia menjawab, 'Saya mempelajari ilmu dan suka membaca Al-Quran keranaMu.' Allah berfirman 'Kamu berdusta! Kamu mempelajari ilmu kerana mahu dikatakan pandai dan pakar dalam bidang Al-Quran. Dan semuanya telah mereka katakan.' Allah pun memerintahkannya dimasukkan ke dalam neraka.
Seterusnya orang yang diberi kelapangan oleh Allah dan pelbagai jenis harta dibawa dan ditanya nikmatnya lalu dia mengakuinya. Allah swt bertanya 'Apa amalanmu di dunia?' Dia menjawab 'Saya tidak meninggalkan jalan yang Engkau sukai iaitu menginfakkan harta, melainkan saya menginfakkannya kerana Mu.' Allah menjawab 'Kamu berdusta! kamu melakukannya supaya kamu dikatakan dermawan dan itu telah dikatakan. Allah memerintahkan agar wajahnya ditarik dan dilemparkan ke dalam api neraka" (HR Muslim)
Semua pernah dengar hadis ni kan? Cuba hayati setiap satu kisahnya. Mungkin ada yang menganggap hadis ini sesuatu yang biasa didengar sehingga tidak lagi mempunya kesan yang mendalam, cuma sekadar peringatan buat diri sendiri agar sentiasa ikhlas. Hakikatnya ia lebih dari itu.
Sedangkan yang gugur syahid, yang mempelajari ilmu, yang suka membaca Al-Quran, serta yang dermawan dicampakkan ke neraka. Bagaimana pula nasib saya? Ya Allah...
Setiap pagi bangun dan berdoa agar hari ini lebih baik disisiNya dari kelmarin dan seandainya dimatikan, matinya diri ini dalam keadaan syahid. Tetapi apa tujuan doa itu? Benarkah ikhlas kerana mengharapkan cintaNya atau kerana takut mati dalam suul khatimah? Mempelajari sesuatu kerana mengharapkan redhaNya atau sekadar malu apabila gagal dan mahu jadi sehebat insan lain? Adakah saya menulis di sini kerana cinta kepadaNya atau sekadar mahu menunjukkan saya punya pengetahuan? Sekadar mahu orang terpengaruh dan mahu dikatakan seorang yang hebat di jalan dakwah dan tarbiyyah? Adakah setiap ilmu yang disampaikan ikhlas semata-mata kerana Allah atau hanya kerana tidak mahu dikatakan jahil dan sombong? Adakah setiap huluran sedekah saya keranaNya atau kerana mahu mata-mata yang melihat turut ikut menghulurkan sumbangan, hanya agar insan yang kurang bernasib baik merasakan bahawa masih ada yang punya perikemanusiaan hidup di bumi Tuhan? Setiap akhlak mulia yang dipaparkan, kerana Allah atau sekadar kerana malu dikatakan tidak punya iman? Setiap bait ayat-ayatnya yang dialunkan, adakah semata-mata mengejar keredhaan atau kerana bimbang dikatakan buta Al-Quran? Apa sebenarnya di dasar hati ini ya Allah? Adakah aku benar-benar ikhlas atau semuanya tidak pernah Kau pandang kerana setiap yang ku lakukan semata-mata untuk tontonan?
Ilahi,
Adakah orang yang telah menikmati manisnya cintaMu akan mencari pengganti selain Mu...
Adakah yang telah bersanding disisiMu akan mencari ganti selain Mu...
Ilahi,
Jadikan aku dalam kalangan yang Kau pilih untuk didampingi dan menjadi kekasihMu
Yang Kau ikhlaskan untuk memperoleh cinta dan kasihMu
Yang Kau rindui untuk datang menemuiMu
Yang Kau redhai hatinya untuk menerima qadhaMu
Yang Kau anugerahkan kebahagiaan melihat wajahMu
Yang Kau limpahkan keredhaanMu
Yang Kau lindungi dari kebenciaanMu
Yang Kau sediakan kedudukan siddiq disisiMu
Yang Kau istimewakan dengan makrifatMu
Yang Kau arahkan untuk mengabdiMu
Yang Kau tenggelamkan hatinya dalam iradahMu
Yang Kau pilih untuk menyaksikanMu
Yang Kau kosongkan dirinya untukMu
Yang Kau bersihkan hatinya untuk diisi dengan cintaMu
Yang Kau bangkitkan hasratnya akan kurniaMu
Yang Kau ilhamkan padanya mengngatiMu
Yang Kau mendorongnya mensyukuriMu
Yang Kau sibukkan dengan ketaatan pada Mu
Yang Kau jadikan dari makhlukMu yang soleh
Yang Kau pilih untuk bermunajat kepadaMu
Yang Kau putuskan darinya segala sesuatu yang memutuskan hubungan dengan Mu
Ya Allah,
Jadikan aku dari kalangan orang yang
Dambaannya hanya mencintai dan merinduiMu
Nasibnya hanya merintih dan menangis
Dahinya sujud kerana kebesaranMy
Matanya terjaga dalam mengabdikan Mu
Air matanya mengalir kerana takut padaMu
Hatinya terikat pada cintaMu
Kalbunya terpesona dengan kehebatanMu
Wahai Yang cahaya kesuciaanNya bersinar dalam pandangan para yang mencintaiNya
Wahai Yang kesucian wajahNya menggembirakan hati yang mengenaliNya
Wahai yang dikejar kalbu para perindu
Aku memohon cintaMu
dan cinta orang yang mencintaiMu
dan cinta segala amalan yang membawaku di sampingMu
Jadikan Engkau lebih ku cintai dari selainMu
Jadikan cintaku padaMu membimbingku pada keredhaanMu
Kerinduanku padaMu mencegah maksiatku
Anugerahkan padaku memandangMu
Tataplah diriku dengan tatapan kasih sayang
Jangan palingkan wajahMu dariku
Jadikan aku penerima anugerah dan kurniaMu
Wahai pemberi ijabah
Ya Arrahmarrahimin...
(doa Ali)
No comments:
Post a Comment