Thursday, 21 June 2012

Perjuangan Belum Berakhir.

Duhai hati, jangan bersedih. Perjuangan masih belum berakhir. Allah menguji bukti Dia masih peduli. Tipu kalau kata tak rasa terkial-kial, tapi yakin diri tak sendiri. Allah melihat, Allah mendengar. Mungkin ada kekurangan yang tak tertampung lagi. Atau mungkin Allah memakbulkan doa dengan caraNya tersendiri. Mahu jadi hamba hebat disisiNya, mana mungkin ujian tidak datang melanda.

Ya Allah, ampunkan aku kerana mengalirkan air mata di saat Kau menguji. Aku belum kuat, tapi belum bukan bermaksud tidak akan. Dengan izinMu, akan ku terus berusaha mendidik hati, membimbing diri untuk terus hebat dalam urusan akhiratku, dan juga dunia. Hanya dengan izinMu ku mampu berjaya, dan aku mohon, takdirkan kejayaan yang besar untukku di dunia dan akhirat kelak.

Mak ayah, ampunkan saya kerana saya belum lagi anak yang mampu kalian banggakan. Tetapi saya akan terus berusaha, lebih gigih dari sebelumnya. InsyaAllah, tidak akan saya biarkan air mata duka mengalir lagi.

4 comments:

  1. surah al-baqarah : 216 :)

    inshaAllah mengubati hati ktk :) *walaupun kmk x tauk apa yg terjadi* ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jazakillah khayr min. =D mek xlepas entrance exam 1st ya tek. insyaAllah ada second exam gk ahad tok. hehe.

      Delete
  2. "Gula itu akan lebih terasa manisnya setelah menelan kopi o pekat :) "

    ReplyDelete