Meon : Of course puasa. Puasa kan wajib. Apa punya soalan kau bagi.
Samad : Kau dah solat Zohor? Bukan ke solat tu WAJIB?
Meon : errr.
*****************
Samad : Eh, Minah. Lama tak nampak. Puasa hari ni Minah?
Minah : Ish kau ni Samad. Mestila puasa. Kan wajib puasa Ramadhan ni.
Samad : Betul jugak kan. Setahu aku, tutup aurat pun wajib Minah. Kau tak tau ke?
Minah : Malas aku melayan kau ni Samad.
******************
Samad : Kau segak-segak ni nak pegi mana Leman? Hensem semacam aku tengok.
Leman : Kau ni Samad, dah hensem-hensem camni, nak pegi mana lagi. Bukak puasa ngan awek aku la. Before tu kteorg nak pegi jalan-jalan kejap.
Samad : Oh, aku pun nak siap-siap jap lah. Nak hensem-hensem jugak. Kau tumpangkan aku eh.
Leman : Kau nak pegi mana Samad?
Samad : Nak dating jugak la. Macam kau. Kejap-kejap, aku siap dulu.
Leman : Cayalah. Dah maju kau sekarang. Dating jugak. Ok2, member punya hal, aku tunggu.
Dalam kereta.
Leman : Mana nak drop kau ni Samad?
Samad : Tu ha, kat depan tu.
Leman : Kau gila ke apa Samad? Dating kat masjid? Ye pun, pergi la tempat lain. Ingatkan kau ni baik sungguh.
Samad : Laa, salah ke aku nak dating kat sini? Jom la dating skali Man, Bilal dah panggil tu. =P
Leman : =.=''
********************
Samad ni takde kerja lain ke? Asyik perli orang je. Bukan perli, cara paling berhikmah. =PBila Allah suruh puasa, semua nak puasa. Tapi kenapa benda lain, bole je tak buat? Nak kata faham, saya memang tak faham. Tapi nak kata tak faham, faham jugak sikit. Hmm. Cene tu?
Apa-apa pun, jom tengok sikit apa Allah pesan, apa Rasulullah pesan. ;)
Kalau tak silap kira, Allah banyak cerita tentang seruan solat dalam Quran. Nanti korang pergi semak sendiri, saya share sikit je.*banyak kali Allah seru, banyak jugak orang yang saja tinggal.=(*
"Dan laksanakanlah solat, tunaikanlah zakat, dan rukuklah beserta orang yang rukuk" (Al-Baqarah : 43)
"Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)
"Dan agar melaksanakan solat dan bertaqwa kepadaNya.' Dan Dialah Tuhan yang kepada-Nya kamu semua akan dihimpun" (Al-An'am : 72)
"Sungguh, Aku ini Allah. Tiada tuhan selain Aku. maka sembahlah Aku dan laksanakanlah solat untuk mengingati Aku." (Taha : 14)
Rasulullah bersabda, "Malaikat akan berdoa untuk kamu selama kamu masih berada di dalam masjid dan melakukan solat dan selama kamu tidak berhadas. 'Ya Allah, ampunilah dia dan turunkanlah RahmatMu kepadanya' " (HR Bukhari)
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (Al-Ahzab : 59)
"Sesungguhnya wanita itu adalah aurat. Setiap kali mereka keluar syaitan akan memerhatikannya" (HR Bazzar & At-Tarmizi.)
"Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang terdahulu daripada kamu agar kamu bertaqwa." (Al- Baqarah : 183)
"Bulan Ramadhan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusi dan penjelasan-penjelasan bagi petunjuk itu dan pembeda (antara yang benar dan yang batil) Kerana itu, barang siapa di antara kamu yang berada di bulan itu, maka berpuasalah. ..." (Al- Baqarah : 185)
"Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat" (An-Nur : 30)
"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (aurat) melainkan yang (biasa) terlihat. ..." (An-Nur : 31)
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji dan dan satu jalan yang jahat." (Al- Israk : 32)
Rasanya cukup la kan? Yang lain cari sendiri ye. Bulan puasa ni pahala berganda-ganda, bole la sambil cari, sambil kumpul pahala. ;)
P/S : Banyak lagi perkara yang Allah suruh kita buat. Ni cuma sikit je dari yang banyak-banyak tu.
P/SS : Jangan jadikan puasa kita sekadar lapar dan dahaga. Rugi. Kesian kat diri sendiri nanti.
Semoga diri bukanlah orang yang hanya sekadar menyampaikan tapi tidak melaksanakan. Ameen.
Jangan jadikan puasa kita sekadar lapar dan dahaga.. so true :) sama-sama usaha ^_^
ReplyDeleteJom2. sama-sama usaha. InsyaAllah. =DDD
Deletekadangkala..perli tu bukan la cara yg berhikmah.bg org yg mudah terasa,silap2 dia dah tak nak cakap dgn kita dah.
Deletependekatan kena sesuai.tak boleh la semua nak perli kan?? ;)kadang kala beterus terang dgn cara yg lembut pun okay.
just saying from my point of view.hamba Allah yang lemah ni.
betul. kalau perli dgn bahasa y kasar atau dgn cara ingin menjatuhkan seseorg, ada possibility utk org tu xnk dekat dgn kita dah. tapi kalau setakat sindirin berbaur ajakan dan teguran, insyaAllah org terima. Apapun, hati manusia Allah y pegang. InsyaAllah, kalau niat kita benar2 ikhlas kerana Allah nk ajak/tegur seseorg tu, dia tak terasa tapi Allah bg dia sedar. Wallahualam.
Deletenang mena mie, nak kata paham x juak, tapi paham ckit2... hahaha...
ReplyDeletehaha. nk? kita x fhm, nk nyuroh ny faham pun ny xmok fhm2. =.=''
Delete