Tulis-tulis ni teringat sorang pakcik tengking 2 orang budak kecik yang mintak bantuan *sedekah*. Apalah yang salah sangat kalau budak tu nak mintak? Kalau mereka menipu sekalipun, itu urusan mereka dengan Pencipta. Apalah nilai RM1 jika dibandingkan dengan rezeki yang Allah curahkan pada kita selama ni? Dan jika kerana kesombongan kita, Allah tarik segala nikmat, dan takdirkan kita untuk jadi meminta-minta pada dunia, apa pula ceritanya? Ya, mungkin mereka menipu, mungkin dihantar agent-agent yang mengaut keuntungan dengan usaha insan lain. Tapi jika bukan Allah yang menggerakkan hati mereka untuk meminta pada kita, siapa lagi? Kenapa antara beribu insan yang ada kat pasar tu, kita yang dirapati? Pasti ada sebabnya bukan?
Bukankah Rasulullah juga berpesan, "Berlembutlah dan jangan jadikan (pengajaran agama) sukar. Bawakan berita gembira dan jangan menolak (harapan orang)" (Ibn Mas'ud)
"Bersedekahlah, dan janganlah tunggu suatu hari nanti di saat engkau ingin bersedekah tetapi orang miskin menolaknya dan berkata 'kami tidak perlukan wangmu, yang kami perlukan adalah darahmu'!"
Apabila ada yang melakukan kebaikan, pasti ada suara-suara yang berkata "Alah, bajet baik depan orang la tu" "Baik-baik tapi tak tutup aurat" "Kalau setakat buat tu, aku pun bole" "Hati-hati wei, dia tu nampak je baik, ntah-ntah penipu". Mungkin bukan kita, tapi pasti ada.
Dari Abi Dzar ra Rasulullah SAW bersabda, "Janganlah kamu meremehkan kebaikan sekecil apapun, sekalipun engkau bertemu dengan saudaramu dengan wajah yang berseri" (HR Muslim)
Yang kita lihat tak tutup auratnya, kita campak mana kebaikannya? Lihat kebaikannya, bukan nilai lebih-lebih. Bukankah ikhlas itu di dalam hati? Perlukah apabila kita berbuat sesuatu, kita menyatakan "kali ni saya ikhlas walaupun saya ni jahat"? Dan jika dia berbuat baik, tetapi tidak menutup aurat, siapa kita untuk memperlekehkan kebaikannya?Adakah apabila kita sudah bertudung *perempuan lah yang biasa kutuk orang lain ni*, kita sudah betul-betul menutup aurat? Kalau dia tak tutup aurat tetapi buat baik, bagaimana dengan kita? Tak tutup aurat dengan sempurna dan kutuk orang buat baik. Lalu apa nilai kita disisi Allah? Siapa tahu, dia memang mahu menutup aurat tetapi berhadapan pelbagai halangan, dan kita pula sibuk menghukum. Kita yang menutup aurat, betulkah kerana Allah? Atau memang tu je pakaian yang ada, lalu kita rasa kita lebih baik daripada orang lain? *contoh berdasarkan pengalaman*
Tanpa sedar, kita sebenarnya hanya melihat apa yang kita nak lihat. Apabila seorang banduan keluar dari penjara, pasti ramai yang berprasangka terhadapnya, padahal mungkin dia lebih mulia disisiNya. Apabila penagih dadah tamat sesi pemulihannya, tidak semua dapat menerima kehadiran dirinya, disangka dia pasti akan mengulangi perbuatannya. Ketika ada yang dalam kesusahan dan meminta pertolongan, kita masih berkira-kira kerana khuatir diri diapa-apakan. Ketika seorang guru bertindak memarahi kita, kita mula merasakan bahawa dia seorang yang terlalu garang, mula menanam rasa benci padanya. Apabila ibu ayah melarang kita melakukan kehendak hati, kita mula merasakan mereka kolot dan terlalu mengongkong. Terlalu banyak perkara yang kita lihat hanya dari kaca mata kita. Kita melihat hanya apa yang kita mahu lihat, jika baik yang kita lihat, maka baiklah jadinya. Jika kita melihat dengan kaca mata kejahatan, maka sebaik manapun yang cuba dilakukan turut menjadi jahat pada pandangan kita. Lihat dengan kaca mata iman, sejahat mana pun sesuatu itu, pasti kita dapat lihat hikmah disebaliknya. InsyaAllah.
Sesungguhnya terlalu banyak salah faham tentang Islam. Dan kita masih membiarkan salah faham itu berleluasa. Bahkah masih ada dalam diri kita. Sedih bukan? Andai Rasulullah bersama kita, apa perasaan Baginda melihat umatnya?
Sila tukar kaca mata yang anda gunakan untuk melihat dunia. Sekiranya jahat, tukarkan kepada yang baik-baik sahaja. Sekiranya baik, tukar kepada kaca mata iman. Cahaya mampu menewaskan kegelapan, lalu apa yang membuatkan kita merasakan bahawa kejahatan mampu memguasai kebaikan?
Berhati-hati itu perlu, tapi apabila kita sandarkan setiap perkara kepada Allah, tidak ada apa yang perlu dibimbangkan. Sesungguhnya Allahlah sebaik-baik pelindung, sebaik-baik tempat memohon pertolongan. ;)
P/S : Jangan marah tengking-tengking budak-budak, kalau mereka mati, mereka ahli syurga. Kita ni pun tak pasti lagi kalau mati nanti kemana.
P/SS : I have this one friend, yang ada ketikanya saya lihat padanya hanya apa yang saya nak lihat, *tengok yang buruk je* sampai saya lupa kebaikannya. SANGAT-SANGAT TAK BAIK!!! So, korang-korang, sila jangan tengok dan nilai apa yang kita nak tengok je. *kena ubah diri sendiri jugak.(muka nekad)*
No comments:
Post a Comment