Haa! Buat pe tu? Dah azan dah. Baru nak lari pegi bilik air? Masih tercongok kat depan tv? *yela, sekejap lagi cerita tu habis, alang-alang* Masih leka stalk page orang lain? Masih sibuk sembang ngan kawan-kawan? Atau kita memang dah duduk kat sejadah, sambil baca Quran tunggu azan je lagi? Yang mana satu kita? *angkat-angkat kening*
Bagaimana Allah mendidik kita dengan solat? Jom saya cerita sikit. InsyaAllah. ;)
"Dirikanlah sembahyang, sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar" (Al-Ankabut : 54)
"Dirikanlah sembahyang untuk mengingatiKu" (Toha : 14)
Mungkin pada sangkaan kita, solat hanyalah salah satu cara untuk bersyukur pada Allah, hanya untuk mencegah kita dari perkara keji dan mungkar, hanya sebagai tanda kita mengingati Allah, tapi hakikatnya, solat is more than that. It brings lotsa good and NO harm. *echecheche* Ehem, siryes balik. Dengan solat, Allah membentuk peribadi kita, menjadikan kita seorang yang cemerlang dalam urusan dunia mahupun akhirat. Sweetkan Allah? :'D
Azan.
Azan berkumandang menandakan masuknya waktu solat. Apa tindakan kita? Tanpa kita sedari, tindakan kita terhadap seruan Ilahi membentuk peribadi diri kita seharian.
Sekiranya kita sering melengah-lengahkan waktu solat, itu menjadikan kita seorang yang pemalas *alamak! =OOO*. Solat di awal waktu mampu membentuk peribadi mulia seperti menepati masa, tidak bertangguh melakukan sesuatu, secara tidak langsung menjadikan kita seorang pengurus masa yang cemerlang, dan yang paling penting, Allah suka. ;D
Takbiratul ihram.
Bermula dari takbiratul ihram (Allahu Akbar), Allah menggambarkan di situ tentang kebesaranNya. Allah Maha Besar. Dan sekiranya benar-benar kita hayati, akan timbul rasa takut dan gerun kepada Allah. Kerana apa? Kerana kita sedar bahawa Allah Maha Besar, dan itu merangkumi segala sifat Allah yang hebat seperti Jabbar, Qahar, Maha Gagah, Maha Perkasa, Maha Berkuasa, Yang Menghidupkan, Yang Mematikan, Yang Berkata "Jadilah" Maka Jadilah (kunfayakun).
Kita akan mengerti didikan yang tersirat sekiranya kita benar-benar memahami ucapan "Allahu Akbar". Kita takut akan dosa, kita takutkan murkaNya kerana kita tahu, Allah Maha Berkuasa, Maha Mengetahui. Tapi sekiranya hanya perasaan takut itu yang Allah campakkan dalam hati kita yang menghayati solat, maka akan lahirlah hamba-hamba yang hanya menghidari kemungkaran kerana takutkan Allah. Siapa yang nak jadi khalifah dan daie kalau kita hanya mengelak diri dari melakukan dosa? Disebabkan Allah tersangatlah sweet, Allah bagi macam-macam lagi kat kita. Jom proceed.
Doa Iftitah.
Siapa tahu makna doa iftitah yang kita baca tiap-tiap kali solat ni? Rugila kalau tak tau. *sila terasa sila terasa kalau tak faham maksud =P*
Allah Maha Besar, sebesar-besarnya.
Dan pujian bagi Allah, sebanyak-banyaknya.
Dan Maha Suci Allah siang dan malam.
Kuhadapkan mukaku kepada Yang Menciptakan langit dan Bumi.
Aku cenderung, lagi berserah kepada Allah, dan bukanlah aku dari golongan yang menyekutukan Allah.
Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku kuserahkan pada Allah tuhan seru sekalian alam.
Sekali-kali tidak aku menyekutukanNya. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim.
Sekarang dah tahu kan maksud bacaan iftitah kita? Alhamdulillah. Jangan tau sekarang je. Tau dan faham. Kita mengaku Allah Maha Besar tapi kita tak takut pun buat dosa. Kita mengaku pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya tapi yang kita lagi banyak puji diri kita *perasan* lepas tu puji boyfriend, girlfriend, kawan, dan siapa-siapa or apa-apa yang selain Allah. Mulut berikrar bahawa kita menghadapkan wajah kita kepada Allah, tapi hati kita masih menerawang memikirkan dunia. Kita berjanji, berserah diri kepada Allah, tapi kadang-kadang kita lupa mengadu padaNya, mengadu jugak kat kawan-kawan. Kita mengaku semuanya kerana Allah tapi selesai solat .... Fikir-fikir la sendiri ye. =D Tak kenal maka tak cinta, tak faham bacaan, sebab tu tak berkesan kat hati kita.
Basmallah & Al-Fatihah
Sekiranya dihayati sungguh-sungguh, kita akan dapat rasakan betapa penyayang dan pemurahnya Allah. Allah sentiasa mencurahkan rahmat dan nikmatNya kepada manusia, tak kira la dari segi lahiriah;material atau maknawi;spiritual. Cuma kita ni sebagai manusia yang selalu lupa. Sebab kita tak menghayati. Dengan kesedaran yang kita dapat kalau kita hayati betul-betul apa yang kita baca, kita akan tahu bahawa Allah sedang mendidik kita untuk rasa cinta kepadaNya. Dan dengan rasa cinta itulah kita akan terdorong melakukan yang terbaik semata-mata kerana Allah. Dalam Al-fatihah Allah turut mendidik kita agar kita bersyukur. Tapi manusia sering kali lupa. Contoh paling mudah, selepas keluar je dari bilik air, berapa orang ingat nak ucap Alhamdulillah? Cakap "Fuuu, lega gila!" ramai la kan?
Surah Lazim
Sekarang nak tanya, selalu baca surah panjang ke surah pendek? *angkat-angkat kening* Surah lazim ni la yang membentuk di tahap mana sedekah kita. Pendek, maka sikitlah sedekah kita. Jika panjang, maka banyak la sedekah kita. Kalau yang baca surah pendek-pendek je, sampai bila nak terus pendek? Dalam 365 hari yang Allah bagi, tak kan tak mampu nak hafal yang panjang sikit kan? Yang pendek tu umpama kita bagi sedekah seringgit je, sampai bila nak bagi seringgit je?
Rukuk.
Rasulullah juga pernah bersabda, "Sejahat-jahat pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya. Sahabat bertanya; Bagaimana mencuri dalam solatnya? Baginda berkata; Dia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya." (HR Ahmad, At-Thabarani, Ibn Khuzaimah dalam sahihnya dari Ibnu Qatadah)
Dan ketika rukuk ni la Allah lihat kita memikul bebanan dosa. Terasa amat berat. Dan Allah menilai, kita mencuri atau kita bersungguh-sungguh dalam rukuk kita.Bangkitnya kita dari rukuk, Allah gugurkan dosa yang kita pikul. Kita tak sedar pun semua tu kan? Sebab tu kita tak buat sungguh-sungguh.
Iktidal.
Inilah saat paling tenang dalam kehidupan kita. Gugurnya dosa-dosa, dan kita tak pernah tahu bahawa ni lah saat dan ketika di mana Allah berikan ketenangan yang amat. Ye la, mana nak perasan. Solat ekspress katakan. Ye tak? Macam tak nak iktidal, kalau bole lepas rukuk tu sujud terus. Akibat nak cepat-cepat, hantuk kepala kat lantai
Sujud.
Sujud mendidik kita agar menjadi seorang yang tidak sombong. Apabila kita bersujud, semua anggota kita mencecah tanah (lantai). Mana mungkin orang yang sombong mahu merendahkan diri dan bersujud pada Penciptanya. Kita ambik contoh tanah, kita kepal kecik-kecik atau besar mana pun, lepas tu lambung ke atas. Komfem jatuh kat bawah and bersatu dengan tanah yang asal tu kan? Tapi kalau baling ke atas, lepas tu landing atas kepala sendiri, tu cari nahas namanya. Takde orang suruh buat macam tu. Kita tengok api pulak. Api sifatnya sombong, semakin besar semakin memusnahkan, memudaratkan. Siapa berani dekat ngan api bila dah jadi besar? Macam tu la kalau kita sombong, takde sapa nak hampir. Takut rentung! =O
Tak cukup sweet ke Allah? Didik kita agar jadi tidak sombong, hanya dengan sujud kepadaNya.
Duduk antara 2 sujud.
Dalam keadaan ni, Allah sebenarnya mendidik kita agar tidak dengki, tidak iri hati, atau berdendam pada orang lain.
Wahai Tuhanku, ampunilah dosaku.
Kasihanilah aku.
Sempurnakanlah kekuranganku. (Tutuplah aibku)
Angkatlah darjatku.
Kurniakanlah rezeki padaku.
Berikan petunjuk padaku.
Sihatkan diriku
Maafkanlah aku.
Fahami sahaja maksud bacaan kita, semuanya mencukupi. Takde reason dah nak dengki kat orangkan? ;)
Tahiyat akhir & Salam.
Allah mendidik kita agar sentiasa bersyukur dan tidak lupa untuk memerhatikan keadaan sekeliling. Lihat ke kiri dan kanan kita, masih ramai yang kekurangan. Manusiakan sering terlupa. Dongaknya ke atas, tunduknya ke bawah. Yang kiri dan kanan, tak tau jadi apa dah.
Persoalan kita, "Kenapa solat dan ibadah tidak membentuk peribadi saya?" Bukan kerana janji Allah itu tidak benar, tapi kerana kita yang masih tidak tergolong dalam mereka-mereka yang Allah janjikan dengan "solat mampu mencegah kemungkaran". Kita yang tak faham bagaimana Allah didik kita dengan solat. Dalam bahasa rocknya, "Hati mau ada la bro!!". Kalau yang solat jasad sahaja, tu physical exercise namanya. Mana nak bentuk peribadi. =.=''
Doa Qunut
Doa Qunut membantu untuk hilangkan rasa syok sendiri. *yang ni saya tak pasti penjelasan disebaliknya.maaf*
Kemungkaran = apa-apa yang tak Allah redha. Tak kiralah yang tersembunyi atau yang jelas terbentang.
P/S : Kita hayati dan fahami tiap satunya, itulah kejayaan yang Allah janjikan dalam seruan menghadapNya. InsyaAllah.
P/SS : Perkongsian dari perkongsian. It took me 4 days to complete this. *lap peluh muka lega gila* Maafkan saya ustaz kalau ada yang terkurang dan saya jadikan perkongsian ustaz kurang menarik. >_< *bajet cam ustaz tu baca.hehe*
P/SSS : Orang yang solat laju-laju, nanti jadi manusia yang gopoh gapah. Yang lambat-lambatkan solat, jadi pemalas. Yang tak nak solat jadi apa? #wonder
Buat muka comel, padahallll TERASA GILA BILA USTAZ TU CERITA. *air mata mencurah-curah*
yang tak solat jd tak buat keja lngsung? errr..
ReplyDeleteperingtan yang mnarik. bila kita dah faham mkna solat, bru la kita dapat feel solat kita kan? :)
betul2. ;DD tak faham jd tak feel. bila faham, kita jadi seronok nak buat. hee. =D
Deletemabruk! peringatan yg perlu bagi setiap muslim n muslimin
ReplyDeletecuma , nk nyatakan pendapat skit pasal baca surah pendek leps alfatihah.. yg skit itu klu ikhlas lebih bernilai di sisi Allah kan? n jgn pndg rndah dgn surah pendek2 ni , bnyk benefit die klu kita amalkan . melakukan sesuatu ibadah yg skit tp istiqamah dan beramal dgnnya lebih baik drpd melakukan yg bnyk tetapi x istiqamah dan beramal. wallahua`alam.. =)
Alhamdulillah. =D
DeleteAyah kte pun cakap camtu. hehe. kalau bagi seringgit tapi ikhlas, lagi bermakna dari bagi seribu lepas tu canang merata.
Jazakillah khayr atas pendapat. ;D