Dalam kita seronok-seronok, gelak, tersenyum, menangis, pernah tak kita ...
Pernah tak kita terlupa mengucapkan Alhamdulillah saat kita sedar, kita masih lagi benyawa selepas mati yang sementara?
Pernah tak kita terfikir yang betul ke niat kita melangkah ke bilik air tu kerana Allah?
Pernah tak kita terfikir bahawa betul ke setiap solat yang kita kerjakan kerana Allah, atau mungkin dilakukan kerana telah menjadi kebiasaan, atau kerana sekadar menunaikan kewajiban?
Pernah tak kita terfikir, benarkah setiap suapan makanan itu kerana Allah? Atau kita makan kerana lapar? Mungkin kerana nafsu.
Pernah tak kita terfikir, betul ke kita menutup aurat kerana Allah, kita pakai tudung kerana Allah, kita lihat cermin kerana Allah, kita berpakaian sopan kerana Allah, atau mungkin kita bertudung kerana bertudung telah menjadi kebiasaan kita, bercermin memang rutin harian kita, berpakaian sopan kerana kita telah terdidik begitu, mungkin ada yang bertudung kerana mak ayah suruh, atau suami suruh atau boyfriend suruh. *eh*
Pernah tak terfikir, yang kita tengok tv hari-hari tu betul ke kerana Allah? Kita dengar radio kerana Allah ke?
Pernah tak terfikir, kita baca buku betul ke kerana Allah? Kita study untuk masa depan kita ke kerana Allah?
Pernah tak kita terfikir, kenapa kita bersedih saat diuji dengan kegagalan tapi gembira dengan kejayaan? Sedangkan kedua-duanya ujian.
Pernah tak terfikir, kita berkasih sayang sesama akhawat atau ikhwah adakah betul kerana Allah, atau sekadar berkata "Ukhwah fillah" "Uhibbuka/i fillah" ?
Pernah tak terlintas di hati kita untuk tidur kerana Allah, atau kita tidur kerana mengantuk semata-mata?
Pernah tak terfikir, apabila berusrah, betulkah kerana Allah? Atau sekadar dipermulaannya dan setelah bual bicara bertambah rancak, masihkah itu kerana Allah?
Apabila kita bersuara, benarkah kita bersuara kerana Allah, atau kerana kita hanya melepaskan amarah?
Kita puasa ni kerana Allah ke sebab kalau tak puasa malu kat orang lain yang puasa?
Pergi surau, pergi terawih, kerana Allah atau kerana ni bulan Ramadhan?
Setiap kebaikan yang kita lakukan, apa yang kita harapkan? Pahala atau redhaNya?
Terlalu banyak perkara yang kita lakukan seharian. Tetapi pernah kah kita terfikir, benarkah setiap yang dilakukan kerana Allah? Adakah kita perbetulkan niat kita setiap saat dan ketika?
Bagaimana jika disaat kita melangkah turun dari pembaringan, Allah matikan kita? Bagaimana kondisi hati?
Bagaimana jika nyawa diambil saat kaki menapak ke bilik air?
Bagaimana jika Izrail datang menjemput saat jasad kita sujud menyerah diri, tapi hati dan akal kita sebenarnya masih bertebaran memikirkan dunia?
Bagaimana jika Allah matikan kita disaat kita menjamah juadah enak, tetapi hati tidak benar-benar mensyukurinya?
Bagaimana jika setiap yang kita lakukan tiada nilai disisi Allah, hanya hebat dimata manusia?
Niat, haruslah diperbaharui setiap saat. Mungkin niat kita lurus dipermulaannya, kemudian terpesong dipertengahannya lalu tersasar jauh dipengakhirannya. Dan disaat tersasarnya niat itu, Allah memanggil kita kembali menghadapNya. Pernah tak kita terfikir, bagaimana nasib kita?
Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah tidak menerima sesuatu amalan melainkan yang dikerjakan dengan penuh ikhlas kepadaNya dan ditujukan hanya kepadaNya semata-mata." (HR Nasai)
P/s : Niat adalah sesuatu yang tempatnya di hati. Niat yang sentiasa diperbaharui, mampu menghalang kita dari melakukan sesuatu yang sia-sia. InsyaAllah.
P/ss : Hanya hati yang benar-benar memahami mampu meletakkan Allah dihadapan segalanya. Kita bagaimana?
Aku buat ni kerana Allah ke sebab lain eh?
Love veryvmuch ur blog kak mimi
ReplyDeleteMashaAllah. Alhamdulillah. Semoga bermanfaat. thx btw. ;D
Delete