Thursday, 30 August 2012

Still in Malaysia, With Uncountable Blessings, and Counting the Days.


7 days left. *tak tau pulak kalau silap kira*
Ooooo, im leaving Malaysia soooooooon. InsyaAllah. And i haven't pack my things yet. Hmm.
Rasa excited, sedih, takut, nervous, senang cakap semua perasaan ada. Not that i've never been away from home. Itu perkara biasa *chewah, belagak. jap g nangis* Tapi i know this one will not be the same. 5 1/2 years. Bajet cam lama sangat la kan. Padahal orang lain pun pegi lua negara jugak. Lagi lama pun ada. Haha.

Cotcetcotcet, nak pergi mana? Pergi Bali je. Huahahaha. Dekat sangat!! Tapi kecoh cam nak pergi belah-belah Eropah sana. =.=''

Kawan-kawan semua dah fly. Ke India. And i missed them already. :'( The only batch left, us, those going to Bali. Dari KTT ada 7 je pun. 6 JPA, 1 MARA. *Actually tak semua. Yang Mara mostly tak fly pun lagi*

There's one question i keep asking myself ---> Am I supposed to feel sad because i was separated from my friends as in I didn't make it to India. And i'm leaving for Bali instead. Really, that's the question. Because frankly speaking, i don't feel sad, not even a dot. Hmm. I feel so blessed and deep in my heart, i know, Allah has better plan for me. In Bali. InsyaAllah. And every time i get to think bout not going to India but Bali, i feel so grateful *despite the fact that i might come back to Malaysia in dark-skinned version*. Truly am. Don't ask me why because i'll say 'I don't know why'.

Tipu la kalau cakap takde mulut-mulut yang mengata. Yes, there are. And i just don't bother. Why care bout what people got to say *people will never stop condemning each other* when you know Allah has planned this for you way before you were born? I have no time to worry bout what others got to say bout me *puji atau maki except teguran bermanfaat* because all i know is i have to think of what Allah says bout me. Am i or am i not a good servant of Him.

Anyway, leaving for Bali in 7 days, off to KL and Melaka tomorrow till Sunday. InsyaAllah. So I guess i can start packing my things bila balik dari Melaka. Huhu. Sehari only. That's what we call last minute packing. *yeke?*

Well, kalau dibiarkan, memang ada banyak benda nak cerita. Tak menarik pun nak cerita jugak. Kalau korang baca, bukan salah saya. Haha. =P

Till then, TATA. *lambai-lambai ala Miss Universe*

P/S : Memohon jasa baik anda-anda untuk mendoakan kejayaan dan keselamatan saya dan rakan-rakan. Semoga Allah membalas kebaikan anda dengan kebaikanNya. ;D

Sunday, 26 August 2012

Adakah Kita Yang Terhalau atau Sebaliknya?

Telaga itu luas. Sebentang Ailah di Syam hingga Sanaa' di Yaman. Di tepinya berdiri seorang lelaki, segak, kemas, rambutnya hitam, tersisir rapi. Dia menghadapkan dirinya kepada sekalian hadirin. Dengan wajah berseri-seri, dia memanggil. Merdu suaranya. "Marhabaan ayuhalinsaan! Mari dekat, silakan minum."

Senyumannya lebar sekali, sehingga kelihatan kedutan pada matanya, terserlah putih giginya. Terpancar cahaya. Matanya yang hitam bercelak serta bulu matanya yang melentik berkelip bahagia setiap kali melihat tetamu-tetamu yang berseri-seri kerana wudhuk mereka. Tetapi tidak semua dapat merasa air telaganya. Ada yang dihalau. Dan setiap kali ada yang terhalau, kelihatan rona merah bersama urat biru di antara alis matanya. Dan disetiap kali itu juga dia akan terdiam.

Terdengar suaranya sendu, berbicara penuh rasa cinta, matanya berkaca "Ya Rabbi" rintihnya "Mereka sebahagian dariku. Mereka umatku" Dan ketika itu ada suara menjawab "Engkau tidak tahu apa yang mereka lakukan sepeninggalanmu!"

Air telaga itu harumnya semerbak kasturi. Rasanya lebih lembut dari susu, lebih manis berbanding madu, dan lebih sejuk dari salji. Dengan air itulah lelaki tersebut memberi minum mereka yang kehausan. Wajahnya berseri-seri setiap kali ada yang menghampiri. Dan dia berduka tiap kali ada yang dihalau pergi.

Itulah telaga Al-Kautsar. Terbentang seluas Ailah di Syam sehingga Sanaa' di Yaman. Lelaki itu, namanya terpuji di langit dan bumi. Muhammad SAW. Dan kita? Adakah yang terhalau atau yang disambut dengan senyuman?

Kerana kita Rasulullah berjuang, kerana kita Rasulullah pernah menangis. Tetapi sehingga kini, sudah layakkah kita untuk disambut dengan senyuman dari Baginda? Ingatlah, akan ada suara yang menjawab, "Engkau tidak tahu apa yang mereka lakukan sepeninggalanmu!" Mungkinkah 'mereka' itu kita? Nauzubillahi min zalik.

P/S : Diolah dari buku Dalam Dekapan Ukhuwah, Salim A. Fillah.


Friday, 24 August 2012

Semakin Hari Semakin Jelas

Bukan nak kecoh atau nak propa. Tapi KENAPA ADA MANUSIA YANG TAK BOLEH NAK BIARKAN ORANG LAIN HIDUP TENANG????

*tariknafashembusnafasjeritkuatkuat* Ok, da tenang sikit.

Tipulah kalau cakap saya ni tak terfikir nak berumah tangga. TETTT. Siryes, i'm 20. It's a norm kalau saya terfikir dan kadang-kadang tu berangan *alamak* macam mana percintaan itu bakal terjadi. SIGH.

Sapa yang taknak percintaan lepas kawen, and sape yang tak teringin kisah cinta yang sweet mweet bagai. Tapi bila diuji dengan orang ajak kawen. My heart skips a beat. The clock stops ticking. The moon stops shining. Chewah.

Berangan konon seronok la kalau ada tiba-tiba orang nak melamar, tak kenal tak apa, tapi hakikatnya bukan macam tu. Kadang-kadang apa yang kita nak, tak menggembirakan kita. Tapi yang buat kita gembira pun bukan semestinya baik untuk kita. Allah pun cakap boleh jadi benda yang kita tak suka tu baik untuk kita and vice versa. Mungkin ke yang hati tak berkenan tu yang baik? Oh tidak. No no no.

Apa yang pasti, semakin hari semakin jelas. InsyaAllah, semakin yakin dan pasti. Atok pernah cakap, buat istikharah, hati kena 50-50. Tak bole berat sebelah. Tapi hati ni memang berat sebelah. Berat sebelah yang teramat. Bole dikatakan 100% kat belah lain.

Don't underestimate the power of ISTIKHARAH. huhu~ Well, sekian rapuan disini. Kalau nak tambah lagi panjang memang bole, tapi stop stop. Takde manfaat pun. Harap maaf. >_<

P/S : Nak kawen lagi 4/5 taun. InsyaAllah. Tolong la doakan jugak. Mana tau bole jadi cepat sikit. Hehe.
P/SS : Nak kawen ngan pilihan hati. huhu. Sape? Biarlah rahsia. =PPP

Tuesday, 21 August 2012

Raya Oh Raya.

Da lama tak hapdet blog!!! ARRRRRGGGHHHHHH *jeritan stress*

Tipu je, semalam baru hapdet. Hehe. Tapi tu sekadar share resepi semprit. *Semprit la sangat. >_<* Ingat nak share recipe oat rangup, cornflakes coklat and lemon cheesecake *lemoncheesecakeimengancamyou1stdayrayadahtinggal1/4acuan=P* tapi rasa cam malas pulak. Sapa-sapa nak recipe, bole la PM i kat fb ye. InsyaAllah dilayan. *kalau ada*

Siryesly, rasa cam lama sangat tak update blog beta ni. Ya Allah, kurangnya usaha. *Sedih* Mode Raya, tak payah cerita la. Memang off. Semalam dah plan nak puasa harini --->betapa takde semangat nak raya. Tapi kita kan hanya merancang, Allah yang menentukan. Tak jadi puasa pun. Sedih lagi. =.='' Kalau kat Sarawak dulu, haila. 1st day buat open house, family, kawan-kawan ayah, kawan-kawan sendiri, kawan-kawan adik semua datang rumah. 2nd day pulak pegi rumah saudara mara. 3rd day pergi ikut ayah ziarah rumah kawan-kawan dia. Raya ke-4 jalan dengan kawan-kawan. Raya ke-5 ke-6 ke-7 semua pergi jalan selagi mana ada rumah nak pergi. =OOOOO Kat sini, pagi raya balik dari surau, buat tahlil kecik and doa selamat je. Tuuuuu punnnn kteorang belima jeeeeee. SEDIHHHHH SANGATTTTTTT!!!! huhuhu.

Preparation raya kat sana (baca as SARAWAK) memang la memenatkan. Dengan nak cari handbag (Charles and Keith pilihan utama), kasut (nak jugak heels Emilio Valentino, cari sampai dapat) baju, tudung, segala benda nak baru (Sah takde yang nak buat isteri perangai cam gini >______<. Sekarang dah tak macam tu eh, bole la buat isteri. Hihi). Alhamdulillah, Allah pindahkan ke Perak, begitu banyak hikmah disebalik. Bole concentrate lebih sikit ngan Ramadhan. Tak membazir, tak payah nak begaya sangat la kan. Haha. Haaa~ Memang siryes tak membazir, takde baju baru, takde heels baru, takde handbag baru. Tak pegi mana pun, tu yang takde yang baru. Hihi. But still, i miss Sarawak, i miss our home, i miss my friends, i miss my nieces and nephews, aunts, uncles, cousins. I miss Kuching, A PLACE LIKE NO OTHER. I miss everyone and every single thing in SARAWAK. Truly am. Sobsob.

Ok, enough with that sobsob and mushymushy. Dalam kita gembira ni, nak ingatkan supaya kita tak lupa pada yang telah pergi menghadap Ilahi. Suatu hari kelak, kita akan bersama mereka. Ye tak? Bila tu kita tak pasti. And dalam kita seronok dengan baju baru, kereta baru, isteri baru *eh*, dengan pelbagai jenis makanan, jangan lupa saudara-saudara kita yang serba kekurangan. Jangan nak kata baju raya, makanan untuk hari-hari biasa pun mereka tak punya. "Maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" Allah beri kita nikmat, untuk kita syukuri. Bersyukur bukan sekadar dengan ucap Alhamdulillah tau. Syukur tu kita kena jugak tengok orang sekeliling kita. Bantu yang kurang, mintak sikit dari yang terlebih. oooppps, gurau-gurau.

Dan hari raya ni untuk meraikan kemenangan, tapi jangan sampai terlebih-lebih pulak. 30 hari Syawal, 30 helai baju baru, 30 pasang kasut baru *yela, nak kasut matching ngan baju*. Bukan baju or kasut je eh. Tu contoh sahaja. Jangan berlebih-lebihan dalam setiap perkara.

Allah SWT pesan kat kita,

"Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) Masjid, makan dan minumlah, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan" (Al-Aaraf : 31)

Nabi pulak cakap,

"Makanlah kalian, bersedekahlah kalian serta berpakaianlah kalian dengan tidak berlebih-lebihan dan juga tidak sombong"

Ibn Katsir berkata,

"Janganlah berlebih-lebihan dalam makanan kerana padanya ada mudharat pada akal dan badan"

Kesimpulannya, janganlah terlampau hepi sebab raya, kita ni puasa pun tak hebat macam mana, ibadah masih di takuk lama, tapi celebration fuiyoooo mengalahkan yang betul-betul berjuang semasa Ramadhan. Kita makan sampai sekuali, *bak kata orang Sarawak, 'mongan/bedus besar'. tak pun mak slalu cakap 'perut cam enjen batu'* baju baru liplapliplap, persiapan memang da bomb, dan lebih parah bila nampak jiran ada kereta baru nak jugak, bila sedara beli perabot baru, nak jugak. Bila orang ada baju seksi nampak belakang, kain belah sampai lutut, dia nak jugak. Baju seksi nampak perut, kain belah sampai paha. Oh my, *pengsan mulut buih-buih* Nak sangat yang baru, suami bawak isteri baru kang, haa. Baru complete semua baru.

Raya ni bukan untuk gaduh sapa lebih sapa kurang, sapa ada baru, sapa ada benda lama. Datang ziarah konon-konon salam nak mintak maaf, rupa-rupanya nak tunjuk gelang mas berketui-ketui. *facepalm* Ntah-ntah bli luar Mydin tak? 2 biji 15 ringgit. Eh.

Walaupun dah masuk raya ke tiga, saya mengambil kesempatan yang entah kali ke berapa untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN. Ye la, i ni laser sikit, perli, marah, garang semua i. I tau tu. Harap-harap bole la dimaafkan ye. *ayat touching* Semoga lebaran kali ini lebih bermakna dari yang sebelumnya. Cheewah. Ehem!

P/S : Kalau hari-hari buat blog post time Syawal ni, hari-hari jugak ucap selamat hari raya. Semangat katakan. Hihi.

P/SS: Kawan-kawan rah Sarawak, sampey ati tak orang, xda kad raya punnnnnnn. WAAAAAAAAAA! Ouch eh. *drama hari raya*

Monday, 20 August 2012

Semprit Pelangi (Resepi)

Sejak bila pulak reti share resepi ni?*Saja nak menambah entry*

Resepi ni pun ambik dari blog org, dan orang tu buat memang cantik. Tapi bila saya buat, jadi tak berapa nak cantik. >_< Maklumla, tak berapa berseni. Hehe.

Bahan-bahan :

250g mentega
50g brown sugar
80 ml susu pekat
1 kuning telur
250g tepung gandum*
150g tepung kastard*
30g tepung jagung* (*diayak sekali)
1 tsp esen vanilla
Perwarna Pilihan.


Butter. Guna yang unsalted tau.
















































Da tunjuk gambar, rasanya tak payah bagitau cara-cara buat eh. Bakar dalam oven for 20-25 minutes. Guna 170C.

P/S : Resepi ni dah tambah tolak sendiri. Nak resepi asal kat sini Mat Gebu.
P/SS : Takde acuan semprit. Guna acuan jem untuk buat tart. Hihi.
P/SSS : Biskut ni untuk makan sendiri, so takpe la kaler camtu. Kalau korang nk try, bole guna warna lain. Biru pun ok. =P

Saturday, 18 August 2012

Semprit Pelangi.

Bila sebut semprit pelangi, korang bayangkan apa? *hihi*

Raya kali ni takde la meriah, tak macam kat Sarawak, mesti family Cina datang. *Mak saya cina* Bila diaorang datang, komfem penuh rumah. Ruang tamu depan, ruang tamu second, and ruang tamu kat belakang semua penuh. =OOO *Tengah membayangkan keadaan kat rumah ni(di Perak) kalau ramai camtu datang. >_<*

Ramadhan dah berlalu, ntah bertemu lagi ke tak taun depan. Huhu. Semoga bertemu lagi ya Ramadhan. InsyaAllah. Semoga Allah menerima amalan saya dan awak. Semoga mendapat kedudukan yang tinggi disisiNya. Amin.

Apapun, nak tunjuk sikit biskut sempat dibuat untuk raya tahun ni. *Buat semalam dan harini. Hehe*



Anyway, SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN to everyone.

P/S : Nanti next posts share resepi, walaupun dah terlambat korang nak try. =P *bajet org nk try buat*
P/SS : Nak sambung buat kek. Lemon Cheesecake with Lemon Curd. *airliurlelehleleh*

Tuesday, 14 August 2012

Oooppp! Oooopp! Setop!

Berapa hari lagi nak raya? EMPATTTTTTTTT * fuiyooo.semangat nih.macam da komfem je raya 19*

Btol eh empat? Rasa cam baru semalam start puasa. Allah.

Percayalah, iman anda serta perut anda sedang merintih dan menjerit-jerit "TIDAAAKKKKKKKK, Ramadhan jangan la pergi.huhu" Tak eh? Alamak. =O

Perut memang sure jerit-jerit sebab lepas ni, dia start balik kerja cam mesin kisar batu. Kesian perut. Lagi-lagi 'kita' yang tak reti nak puasa sunat, makan BANYAK pulak tu. Kalau perut tu bole bercakap, da lama dimaki hamunnya kamu. *saya tak cakap sapa-sapa* Tapi masa Ramadhan pun lebih kurang je makan. Sahur 2 pinggan nasi, air susu, kopi, teh, sume ditelan. *bajet macam tak akan makan dan minum sepanjang hari padahal berapa jam lah sangat* bebuka apatah lagi. Nasi sepinggan, murtabak sekeping, roti canai sekeping, kebab satu, ayam panggang, ayam golek, pizza, kuih macam-macam jenis, air 3 jug. Fuuuulamakkk. Besar giler perut! Konon la tadi sahur 2 pinggan sebab bakal tak makan sepanjang hari kan? =.='' Maklumla, kat bazar macam-macam ada, lagi parah bila semua nampak sedap. Ishishish. Dahsyat naaa.

Cukup-cukup la cerita pasal makan eh. Terdrag pulak. Hee.

Mesti korang pun perasan, kat mana-mana (shopping mall, radio, etc2) da ada lagu raya, ucapan hari raya, baju raya, kuih raya, biskut raya. Semua raya. Lebih-lebih lagi kat hujung-hujung Ramadhan. Yang diwar-war kan adalah raya.

"Jom meriahkan hari raya anda dengan barangan dari  ________________" *isi ikut suka.*
"Barangan borong untuk Hari Raya. Bole beli borong atau persendirian"
"Promosi Hari Raya, jualan blablabla....Diskaun berpercent-percent"

Dan macam-macam lagi la iklan, tu baru untuk shopping. Saya ni tak selalu sangat tengok tv or dengar radio, tak tau sangat pasal iklan. *Habis tu kamu buat apa je?* Tapi pasti semua orang bole rasa betapa Hari Raya tu overcome, overpowered mood Ramadhan.

Bukan ke Ramadhan belum berakhir? Kenapa masa bulan Syaaban takde iklan meriah-meriah untuk Ramadhan? Kesian Ramadhan. Eh. Yang ada pun iklan buffet Ramadhan. T_________T

Kita pulak macam mana? Dah jadi duta kecik hari raya jugak? Seronok bukan main lagi nak raya. Mengalahkan budak-budak. Baju raya sampai 8 helai. Nak pergi mana je cik kak? Puasa pun tak cukup sebulan.

Rasulullah SAW bersabda, "Carilah Lailatul Qadr di sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan." (HR Bukhari & Muslim dari Saidatina Aisyah R.A)

Rasulullah tak pesan "Carilah baju raya, biskut raya, kasut raya di Jalan TAR atau mana-mana shopping mall berdekatan. Sale hebat sebab dah nak habis Ramadhan" 

TAK, RASUL KITA TAK SURUH KITA HABISKAN SEPULUH MALAM AKHIR DENGAN PERSIAPAN BERAYA. *tgok tu, huruf besar semua*

Nak cerita sikit. Jom-jom.

Satu hari Abu Abdullah Huzaifah ni datang kat Rasulullah, nak jadi makmum solat malam sebab dia nak tau, macam mana Rasulullah solat sampai bengkak kaki. *Kita bengkak jugak, tapi sebab banyak makan seafood, gout*

Pada rakaat pertama, Rasulullah membaca Al-Fatihah dan kemudian Rasulullah membaca Al-Baqarah. Abu Hudzaifah menyangka yang Rasulullah akan rukuk selepas ayat terakhir Al-Baqarah, tapi Rasulullah sambung baca Al-Imran. Sampai habis. Abu Hudzaifah skali lagi menyangka bahawa Rasulullah akan rukuk selepas Al-Imran, sebab da panjangkan. Tapi Rasulullah teruskan baca An-Nisa'. Bole bayangkan tak berapa lama tu? Kita nak baca Al-Baqarah sahaja mau dah 2 hari. >_< Selepas tu, Rasulullah rukuk, sama panjang dengan berdiri. Kemudian Rasulullah iktidal. Dan berdirinya sama lama dengan rukuk. Then Rasulullah sujud. Dan sujud baginda sama panjang dengan berdiri tadi. Begitu jugak dengan sujud kedua.
*cerita dipetik dari hadis riwayat muslim*

Itu baru rakaat pertama. Bole bayangkan macam mana sifat solat malam Nabi SAW? Tapi kalau kita jadi imam, kena ambik kira jugak makmum/jemaah kat belakang. Rasulullah rukuk selepas An-Nisa' mungkin sebab Baginda ambik kira Abu Hudzaifah yang jadi makmum, kalau tak, kita tak tau kan sepanjang mana bacaan Rasulullah. Wallahu'alam. Hebatkan? Dapat rasa betapa kerdil diri sendiri. Kadang-kadang dalam banyak-banyak kaifiat solat sunat, pilih yang paling ringkas.Sebab sedar diri tak berapa nak mampu. :'(

Antara amalan Rasulullah apabila mendekati 10 malam terakhir are :

1. Qiamullail
2. Mengejutkan keluarga untuk bersolat.
3. Tidak mendatangi isteri (jimak)
4. Mandi antara Maghrib dan Isyak
5. Iktikaf di Masjid

Jadi, kita sebagai umat baginda sepatutnya mengamalkan ;

1. Menghidupkan malam dengan solat-solat sunat. 
2. Mengejutkan ahli keluarga untuk turut solat. Masuk syurga tak nak sorang-sorang kan?
3. Ibu bapa mengajak anak-anak berqiamullail, jangan biar mereka terus lena sampai sahur.
4. Pasangan suami isteri tidak digalakkan bersama kerana Nabi SAW pun mengemaskan kain baginda serta menjauhi para isteri.
5. Iktikaf di masjid. Kata Imam Az-Zuhri, "Suatu yang pelik bagi kaum muslimin kerana mereka meninggalkan iktikaf sedangkan Rasulullah tidak pernah meninggalkannya semenjak Baginda tiba di Madinah sehingga Baginda meninggal dunia".

Tapi  yang selalu orang buat ;

1. Shopping last minute sebab sale KAW-KAW punya.
2. Busy menghias rumah sampai tertidur kat kerusi dek penat.
3. Busy buat biskut raya.
4. Sibuk nak jual kuih-kuih, baju, and segala benda sebab da dekat nak raya and banyak lagi stok tak terjual.
5. Main mercun sampai putus jari putus kaki. =OOOOO

Itu common sense. Orang sibuk buat preparation untuk raya lebih daripada preparation untuk Ramadhan. Lagi sedih, 10 malam terakhir, hilang ntah ke mana. *memikirkan keadaan diri sendiri*

Dalam panjang-panjang bebelan ni, my main point cuma Ramadhan belum berakhir. Jangan sibukkan diri dengan raya sebab raya belum pasti tiba. Kan? Leave alone those Hari Raya thingy, THIS IS STILL RAMADHAN! *title --> suruh stop buat persedian hari raya dengan sakan (BM yang teruk)* Maaf sebab post macam tak tersusun. Ini sekadar peringatan, bukan perli atau maki.

P/S : Apabila berlaku kemalangan masa Ramadhan ni, mesti ada ayat

"Ibu terkilan kerana anak meninggal tak sempat pakai baju baru/ makan rendang tok/ etc2"
"Anak sedih ibu pergi sebelum beraya bersama"
Saya bukan ahli media, tapi ada ayat ala-ala gitu. Buat sedih je kan. Kenapa kalau nak eksiden before Ramadhan takde pulak nak cakap
"Ibu terkilan anak tak sempat menyambut Ramadhan, di mana Ramadhan bulan penuh keberkatan"
Takde punya ayat camtu dalam newspaper. Takde. Pecaya la. 


P/SS : Takde baju raya taun ni, oh no! Baju raya baru tak penting. Yang penting ada baju. Takde baju langsung tu yang masalah. ;)

P/SSS : Selamat beribadah. Tolongla sedih sebab Ramadhan dah nak pergi tinggalkan kita. Tak pasti lagi bertemu tak next Ramadhan. iskisk. :'(

Nooooo!! Ramadhan, why you so sekejap. iskisk. :'(

Thursday, 9 August 2012

Malam 1000 Bulan

Masuk fasa terakhir Ramadhan.
Lailatul Qadr.
Mungkinkah kita dipertemukan?
Kerana terlalu sedikit amalanku, padahal hati mengharap agar kita bertemu.

P/S : Cemburu dengan orang-orang yang amalannya berlipat kali ganda. Ya Allah, ku mohon kekuatan. :'(


Wednesday, 8 August 2012

Dalam Solat Allah Mendidik Kita.

Allahu akbar Allahu akbar!!

Haa! Buat pe tu? Dah azan dah. Baru nak lari pegi bilik air? Masih tercongok kat depan tv? *yela, sekejap lagi cerita tu habis, alang-alang* Masih leka stalk page orang lain? Masih sibuk sembang ngan kawan-kawan? Atau kita memang dah duduk kat sejadah, sambil baca Quran tunggu azan je lagi? Yang mana satu kita? *angkat-angkat kening*

Bagaimana Allah mendidik kita dengan solat? Jom saya cerita sikit. InsyaAllah. ;)

"Dirikanlah sembahyang, sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar" (Al-Ankabut : 54)

"Dirikanlah sembahyang untuk mengingatiKu" (Toha : 14)

Mungkin pada sangkaan kita, solat hanyalah salah satu cara untuk bersyukur pada Allah, hanya untuk mencegah kita dari perkara keji dan mungkar, hanya sebagai tanda kita mengingati Allah, tapi hakikatnya, solat is more than that. It brings lotsa good and NO harm. *echecheche* Ehem, siryes balik. Dengan solat, Allah membentuk peribadi kita, menjadikan kita seorang yang cemerlang dalam urusan dunia mahupun akhirat. Sweetkan Allah? :'D

Azan.

Azan berkumandang menandakan masuknya waktu solat. Apa tindakan kita? Tanpa kita sedari, tindakan kita terhadap seruan Ilahi membentuk peribadi diri kita seharian.

Sekiranya kita sering melengah-lengahkan waktu solat, itu menjadikan kita seorang yang pemalas *alamak! =OOO*. Solat di awal waktu mampu membentuk peribadi mulia seperti menepati masa, tidak bertangguh melakukan sesuatu, secara tidak langsung menjadikan kita seorang pengurus masa yang cemerlang, dan yang paling penting, Allah suka. ;D

Takbiratul ihram.

Bermula dari takbiratul ihram (Allahu Akbar), Allah menggambarkan di situ tentang kebesaranNya. Allah Maha Besar. Dan sekiranya benar-benar kita hayati, akan timbul rasa takut dan gerun kepada Allah. Kerana apa? Kerana kita sedar bahawa Allah Maha Besar, dan itu merangkumi segala sifat Allah yang hebat seperti Jabbar, Qahar, Maha Gagah, Maha Perkasa, Maha Berkuasa, Yang Menghidupkan, Yang Mematikan, Yang Berkata "Jadilah" Maka Jadilah (kunfayakun).

Kita akan mengerti didikan yang tersirat sekiranya kita benar-benar memahami ucapan "Allahu Akbar". Kita takut akan dosa, kita takutkan murkaNya kerana kita tahu, Allah Maha Berkuasa, Maha Mengetahui. Tapi sekiranya hanya perasaan takut itu yang Allah campakkan dalam hati kita yang menghayati solat, maka akan lahirlah hamba-hamba yang hanya menghidari kemungkaran kerana takutkan Allah. Siapa yang nak jadi khalifah dan daie kalau kita hanya mengelak diri dari melakukan dosa? Disebabkan Allah tersangatlah sweet, Allah bagi macam-macam lagi kat kita. Jom proceed.

Doa Iftitah.

Siapa tahu makna doa iftitah yang kita baca tiap-tiap kali solat ni? Rugila kalau tak tau. *sila terasa sila terasa kalau tak faham maksud =P*

Allah Maha Besar, sebesar-besarnya.
Dan pujian bagi Allah, sebanyak-banyaknya.
Dan Maha Suci Allah siang dan malam.
Kuhadapkan mukaku kepada Yang Menciptakan langit dan Bumi.
Aku cenderung, lagi berserah kepada Allah, dan bukanlah aku dari golongan yang menyekutukan Allah.
Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku kuserahkan pada Allah tuhan seru sekalian alam.
Sekali-kali tidak aku menyekutukanNya. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim.

Sekarang dah tahu kan maksud bacaan iftitah kita? Alhamdulillah. Jangan tau sekarang je. Tau dan faham. Kita mengaku Allah Maha Besar tapi kita tak takut pun buat dosa. Kita mengaku pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya tapi yang kita lagi banyak puji diri kita *perasan* lepas tu puji boyfriend, girlfriend, kawan, dan siapa-siapa or apa-apa yang selain Allah. Mulut berikrar bahawa kita menghadapkan wajah kita kepada Allah, tapi hati kita masih menerawang memikirkan dunia. Kita berjanji, berserah diri kepada Allah, tapi kadang-kadang kita lupa mengadu padaNya, mengadu jugak kat kawan-kawan. Kita mengaku semuanya kerana Allah tapi selesai solat .... Fikir-fikir la sendiri ye. =D Tak kenal maka tak cinta, tak faham bacaan, sebab tu tak berkesan kat hati kita.

Basmallah & Al-Fatihah

Sekiranya dihayati sungguh-sungguh, kita akan dapat rasakan betapa penyayang dan pemurahnya Allah. Allah sentiasa mencurahkan rahmat dan nikmatNya kepada manusia, tak kira la dari segi lahiriah;material atau maknawi;spiritual. Cuma kita ni sebagai manusia yang selalu lupa. Sebab kita tak menghayati. Dengan kesedaran yang kita dapat kalau kita hayati betul-betul apa yang kita baca, kita akan tahu bahawa Allah sedang mendidik kita untuk rasa cinta kepadaNya. Dan dengan rasa cinta itulah kita akan terdorong melakukan yang terbaik semata-mata kerana Allah. Dalam Al-fatihah Allah turut mendidik kita agar kita bersyukur. Tapi manusia sering kali lupa. Contoh paling mudah, selepas keluar je dari bilik air, berapa orang  ingat nak ucap Alhamdulillah? Cakap "Fuuu, lega gila!" ramai la kan?

Surah Lazim

Sekarang nak tanya, selalu baca surah panjang ke surah pendek? *angkat-angkat kening* Surah lazim ni la yang membentuk di tahap mana sedekah kita. Pendek, maka sikitlah sedekah kita. Jika panjang, maka banyak la sedekah kita. Kalau yang baca surah pendek-pendek je, sampai bila nak terus pendek? Dalam 365 hari yang Allah bagi, tak kan tak mampu nak hafal yang panjang sikit kan? Yang pendek tu umpama kita bagi sedekah seringgit je, sampai bila nak bagi seringgit je?

Rukuk.

Rasulullah juga pernah bersabda, "Sejahat-jahat pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya. Sahabat bertanya; Bagaimana mencuri dalam solatnya? Baginda berkata; Dia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya." (HR Ahmad, At-Thabarani, Ibn Khuzaimah dalam sahihnya dari Ibnu Qatadah)

Dan ketika rukuk ni la Allah lihat kita memikul bebanan dosa. Terasa amat berat. Dan Allah menilai, kita mencuri atau kita bersungguh-sungguh dalam rukuk kita.Bangkitnya kita dari rukuk, Allah gugurkan dosa yang kita pikul. Kita tak sedar pun semua tu kan? Sebab tu kita tak buat sungguh-sungguh.

Iktidal.

Inilah saat paling tenang dalam kehidupan kita. Gugurnya dosa-dosa, dan kita tak pernah tahu bahawa ni lah saat dan ketika di mana Allah berikan ketenangan yang amat. Ye la, mana nak perasan. Solat ekspress katakan. Ye tak? Macam tak nak iktidal, kalau bole lepas rukuk tu sujud terus. Akibat nak cepat-cepat,  hantuk kepala kat lantai

Sujud.

Sujud mendidik kita agar menjadi seorang yang tidak sombong. Apabila kita bersujud, semua anggota kita mencecah tanah (lantai). Mana mungkin orang yang sombong mahu merendahkan diri dan bersujud pada Penciptanya. Kita ambik contoh tanah, kita kepal kecik-kecik atau besar mana pun, lepas tu lambung ke atas. Komfem jatuh kat bawah and bersatu dengan tanah yang asal tu kan? Tapi kalau baling ke atas, lepas tu landing atas kepala sendiri, tu cari nahas namanya. Takde orang suruh buat macam tu. Kita tengok api pulak. Api sifatnya sombong, semakin besar semakin memusnahkan, memudaratkan. Siapa berani dekat ngan api bila dah jadi besar? Macam tu la kalau kita sombong, takde sapa nak hampir. Takut rentung! =O
Tak cukup sweet ke Allah? Didik kita agar jadi tidak sombong, hanya dengan sujud kepadaNya.

Duduk antara 2 sujud.

Dalam keadaan ni, Allah sebenarnya mendidik kita agar tidak dengki, tidak iri hati, atau berdendam pada orang lain.

Wahai Tuhanku, ampunilah dosaku.
Kasihanilah aku.
Sempurnakanlah kekuranganku. (Tutuplah aibku)
Angkatlah darjatku.
Kurniakanlah rezeki padaku.
Berikan petunjuk padaku.
Sihatkan diriku
Maafkanlah aku.

Fahami sahaja maksud bacaan kita, semuanya mencukupi. Takde reason dah nak dengki kat orangkan? ;)

Tahiyat akhir & Salam.

Allah mendidik kita agar sentiasa bersyukur dan tidak lupa untuk memerhatikan keadaan sekeliling. Lihat ke kiri dan kanan kita, masih ramai yang kekurangan. Manusiakan sering terlupa. Dongaknya ke atas, tunduknya ke bawah. Yang kiri dan kanan, tak tau jadi apa dah.

Persoalan kita, "Kenapa solat dan ibadah tidak membentuk peribadi saya?" Bukan kerana janji Allah itu tidak benar, tapi kerana kita yang masih tidak tergolong dalam mereka-mereka yang Allah janjikan dengan "solat mampu mencegah kemungkaran". Kita yang tak faham bagaimana Allah didik kita dengan solat. Dalam bahasa rocknya, "Hati mau ada la bro!!". Kalau yang solat jasad sahaja, tu physical exercise namanya. Mana nak bentuk peribadi. =.=''

Doa Qunut

Doa Qunut membantu untuk hilangkan rasa syok sendiri. *yang ni saya tak pasti penjelasan disebaliknya.maaf*

Kemungkaran = apa-apa yang tak Allah redha. Tak kiralah yang tersembunyi atau yang jelas terbentang.

P/S : Kita hayati dan fahami tiap satunya, itulah kejayaan yang Allah janjikan dalam seruan menghadapNya. InsyaAllah.

P/SS : Perkongsian dari perkongsian. It took me 4 days to complete this. *lap peluh muka lega gila* Maafkan saya ustaz kalau ada yang terkurang dan saya jadikan perkongsian ustaz kurang menarik. >_< *bajet cam ustaz tu baca.hehe*

P/SSS : Orang yang solat laju-laju, nanti jadi manusia yang gopoh gapah. Yang lambat-lambatkan solat, jadi pemalas. Yang tak nak solat jadi apa? #wonder


Buat muka comel, padahallll TERASA GILA BILA USTAZ TU CERITA. *air mata mencurah-curah*

Tuesday, 7 August 2012

Puasa Wajib La! Tak Tau Ke?

Samad : Meon, kau puasa?
Meon : Of course puasa. Puasa kan wajib. Apa punya soalan kau bagi.
Samad : Kau dah solat Zohor? Bukan ke solat tu WAJIB?
Meon : errr.

*****************

Samad : Eh, Minah. Lama tak nampak. Puasa hari ni Minah?
Minah : Ish kau ni Samad. Mestila puasa. Kan wajib puasa Ramadhan ni.
Samad : Betul jugak kan. Setahu aku, tutup aurat pun wajib Minah. Kau tak tau ke?
Minah : Malas aku melayan kau ni Samad.

******************

Samad : Kau segak-segak ni nak pegi mana Leman? Hensem semacam aku tengok.
Leman : Kau ni Samad, dah hensem-hensem camni, nak pegi mana lagi. Bukak puasa ngan awek aku la. Before tu kteorg nak pegi jalan-jalan kejap.
Samad : Oh, aku pun nak siap-siap jap lah. Nak hensem-hensem jugak. Kau tumpangkan aku eh.
Leman : Kau nak pegi mana Samad?
Samad : Nak dating jugak la. Macam kau. Kejap-kejap, aku siap dulu.
Leman : Cayalah. Dah maju kau sekarang. Dating jugak. Ok2, member punya hal, aku tunggu.

Dalam kereta.

Leman : Mana nak drop kau ni Samad?
Samad : Tu ha, kat depan tu.
Leman : Kau gila ke apa Samad? Dating kat masjid? Ye pun, pergi la tempat lain. Ingatkan kau ni baik sungguh.
Samad : Laa, salah ke aku nak dating kat sini? Jom la dating skali Man, Bilal dah panggil tu. =P
Leman : =.=''

********************
Samad ni takde kerja lain ke? Asyik perli orang je. Bukan perli, cara paling berhikmah. =P

Bila Allah suruh puasa, semua nak puasa. Tapi kenapa benda lain, bole je tak buat? Nak kata faham, saya memang tak faham. Tapi nak kata tak faham, faham jugak sikit. Hmm. Cene tu?

Apa-apa pun, jom tengok sikit apa Allah pesan, apa Rasulullah pesan. ;)

Kalau tak silap kira, Allah banyak cerita tentang seruan solat dalam Quran. Nanti korang pergi semak sendiri, saya share sikit je.*banyak kali Allah seru, banyak jugak orang yang saja tinggal.=(*

"Dan laksanakanlah solat, tunaikanlah zakat, dan rukuklah beserta orang yang rukuk" (Al-Baqarah : 43)

"Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)

"Dan agar melaksanakan solat dan bertaqwa kepadaNya.' Dan Dialah Tuhan yang kepada-Nya kamu semua akan dihimpun" (Al-An'am : 72)

"Sungguh, Aku ini Allah. Tiada tuhan selain Aku. maka sembahlah Aku dan laksanakanlah solat untuk mengingati Aku." (Taha : 14)

Rasulullah bersabda, "Malaikat akan berdoa untuk kamu selama kamu masih berada di dalam masjid dan melakukan solat dan selama kamu tidak berhadas. 'Ya Allah, ampunilah dia dan turunkanlah RahmatMu kepadanya' " (HR Bukhari)

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (Al-Ahzab : 59)

"Sesungguhnya wanita itu adalah aurat. Setiap kali mereka keluar syaitan akan memerhatikannya" (HR Bazzar & At-Tarmizi.)

"Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang terdahulu daripada kamu agar kamu bertaqwa." (Al- Baqarah : 183)

"Bulan Ramadhan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusi dan penjelasan-penjelasan bagi petunjuk itu dan pembeda (antara yang benar dan yang batil) Kerana itu, barang siapa di antara kamu yang berada di bulan itu, maka berpuasalah. ..." (Al- Baqarah : 185)

"Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat" (An-Nur : 30) 

"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (aurat) melainkan yang (biasa) terlihat. ..." (An-Nur : 31)

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji dan dan satu jalan yang jahat." (Al- Israk : 32)

Rasanya cukup la kan? Yang lain cari sendiri ye. Bulan puasa ni pahala berganda-ganda, bole la sambil cari, sambil kumpul pahala. ;)

P/S : Banyak lagi perkara yang Allah suruh kita buat. Ni cuma sikit je dari yang banyak-banyak tu.

P/SS : Jangan jadikan puasa kita sekadar lapar dan dahaga. Rugi. Kesian kat diri sendiri nanti.

Semoga diri bukanlah orang yang hanya sekadar menyampaikan tapi tidak melaksanakan. Ameen.

Saturday, 4 August 2012

Kita Hanya Melihat Apa Yang Kita Mahu Lihat

Sekarang ni, sangat susahkan untuk kita saling percaya? Apabila melihat insan lain berada dalam kesusahan, akan terdetik di hati, "dia ni betul ke accident, ntah-ntah aku di rompaknya jap lagi" "Dia ni mesti pendatang haram, mintak sedekah je kerja" "eh, tak bole percaya orang-orang zaman sekarang ni, penipu, jahat". Ok, mungkin gambaran yang saya berikan terlalu kasar. Tetapi kata-kata itu tidak mustahil. Bukan kita, mungkin orang lain.

Tulis-tulis ni teringat sorang pakcik tengking 2 orang budak kecik yang mintak bantuan *sedekah*. Apalah yang salah sangat kalau budak tu nak mintak? Kalau mereka menipu sekalipun, itu urusan mereka dengan Pencipta. Apalah nilai RM1 jika dibandingkan dengan rezeki yang Allah curahkan pada kita selama ni? Dan jika kerana kesombongan kita, Allah tarik segala nikmat, dan takdirkan kita untuk jadi meminta-minta pada dunia, apa pula ceritanya? Ya, mungkin mereka menipu, mungkin dihantar agent-agent yang mengaut keuntungan dengan usaha insan lain. Tapi jika bukan Allah yang menggerakkan hati mereka untuk meminta pada kita, siapa lagi? Kenapa antara beribu insan yang ada kat pasar tu, kita yang dirapati? Pasti ada sebabnya bukan?

Bukankah Rasulullah juga berpesan, "Berlembutlah dan jangan jadikan (pengajaran agama) sukar. Bawakan berita gembira dan jangan menolak (harapan orang)" (Ibn Mas'ud)

"Bersedekahlah, dan janganlah tunggu suatu hari nanti di saat engkau ingin bersedekah tetapi orang miskin menolaknya dan berkata 'kami tidak perlukan wangmu, yang kami perlukan adalah darahmu'!"

Apabila ada yang melakukan kebaikan, pasti ada suara-suara yang berkata "Alah, bajet baik depan orang la tu" "Baik-baik tapi tak tutup aurat" "Kalau setakat buat tu, aku pun bole" "Hati-hati wei, dia tu nampak je baik, ntah-ntah penipu". Mungkin bukan kita, tapi pasti ada.

Dari Abi Dzar ra Rasulullah SAW bersabda, "Janganlah kamu meremehkan kebaikan sekecil apapun, sekalipun engkau bertemu dengan saudaramu dengan wajah yang berseri" (HR Muslim)

Yang kita lihat tak tutup auratnya, kita campak mana kebaikannya? Lihat kebaikannya, bukan nilai lebih-lebih. Bukankah ikhlas itu di dalam hati? Perlukah apabila kita berbuat sesuatu, kita menyatakan "kali ni saya ikhlas walaupun saya ni jahat"? Dan jika dia berbuat baik, tetapi tidak menutup aurat, siapa kita untuk memperlekehkan kebaikannya?Adakah apabila kita sudah bertudung *perempuan lah yang biasa kutuk orang lain ni*, kita sudah betul-betul menutup aurat? Kalau dia tak tutup aurat tetapi buat baik, bagaimana dengan kita? Tak tutup aurat dengan sempurna dan kutuk orang buat baik. Lalu apa nilai kita disisi Allah? Siapa tahu, dia memang mahu menutup aurat tetapi berhadapan pelbagai halangan, dan kita pula sibuk menghukum. Kita yang menutup aurat, betulkah kerana Allah? Atau memang tu je pakaian yang ada, lalu kita rasa kita lebih baik daripada orang lain? *contoh berdasarkan pengalaman*

Tanpa sedar, kita sebenarnya hanya melihat apa yang kita nak lihat. Apabila seorang banduan keluar dari penjara, pasti ramai yang berprasangka terhadapnya, padahal mungkin dia lebih mulia disisiNya. Apabila penagih dadah tamat sesi pemulihannya, tidak semua dapat menerima kehadiran dirinya, disangka dia pasti akan mengulangi perbuatannya. Ketika ada yang dalam kesusahan dan meminta pertolongan, kita masih berkira-kira kerana khuatir diri diapa-apakan. Ketika seorang guru bertindak memarahi kita, kita mula merasakan bahawa dia seorang yang terlalu garang, mula menanam rasa benci padanya. Apabila ibu ayah melarang kita melakukan kehendak hati, kita mula merasakan mereka kolot dan terlalu mengongkong. Terlalu banyak perkara yang kita lihat hanya dari kaca mata kita. Kita melihat hanya apa yang kita mahu lihat, jika baik yang kita lihat, maka baiklah jadinya. Jika kita melihat dengan kaca mata kejahatan, maka sebaik manapun yang cuba dilakukan turut menjadi jahat pada pandangan kita. Lihat dengan kaca mata iman, sejahat mana pun sesuatu itu, pasti kita dapat lihat hikmah disebaliknya. InsyaAllah.

Sesungguhnya terlalu banyak salah faham tentang Islam. Dan kita masih membiarkan salah faham itu berleluasa. Bahkah masih ada dalam diri kita. Sedih bukan? Andai Rasulullah bersama kita, apa perasaan Baginda melihat umatnya?

Sila tukar kaca mata yang anda gunakan untuk melihat dunia. Sekiranya jahat, tukarkan kepada yang baik-baik sahaja. Sekiranya baik, tukar kepada kaca mata iman. Cahaya mampu menewaskan kegelapan, lalu apa yang membuatkan kita merasakan bahawa kejahatan mampu memguasai kebaikan?

Berhati-hati itu perlu, tapi apabila kita sandarkan setiap perkara kepada Allah, tidak ada apa yang perlu dibimbangkan. Sesungguhnya Allahlah sebaik-baik pelindung, sebaik-baik tempat memohon pertolongan. ;)

P/S : Jangan marah tengking-tengking budak-budak, kalau mereka mati, mereka ahli syurga. Kita ni pun tak pasti lagi kalau mati nanti kemana.

P/SS : I have this one friend, yang ada ketikanya saya lihat padanya hanya apa yang saya nak lihat, *tengok yang buruk je* sampai saya lupa kebaikannya. SANGAT-SANGAT TAK BAIK!!! So, korang-korang, sila jangan tengok dan nilai apa yang kita nak tengok je. *kena ubah diri sendiri jugak.(muka nekad)*




Thursday, 2 August 2012

Pernah Tak ... ???

Kawan-kawan, berapa hari dah puasa? *tak tau, tak kira* Hah? Sape ponteng puasa? Sape ponteng tak bole raya. *Teringat zaman kecik-kecik*

Dalam kita seronok-seronok, gelak, tersenyum, menangis, pernah tak kita ...

Pernah tak kita terlupa mengucapkan Alhamdulillah saat kita sedar, kita masih lagi benyawa selepas mati yang sementara?
Pernah tak kita terfikir yang betul ke niat kita melangkah ke bilik air tu kerana Allah?
Pernah tak kita terfikir bahawa betul ke setiap solat yang kita kerjakan kerana Allah, atau mungkin dilakukan kerana telah menjadi kebiasaan, atau kerana sekadar menunaikan kewajiban?
Pernah tak kita terfikir, benarkah setiap suapan makanan itu kerana Allah? Atau kita makan kerana lapar? Mungkin kerana nafsu.
Pernah tak kita terfikir, betul ke kita menutup aurat kerana Allah, kita pakai tudung kerana Allah, kita lihat cermin kerana Allah, kita berpakaian sopan kerana Allah, atau mungkin kita bertudung kerana bertudung telah menjadi kebiasaan kita, bercermin memang rutin harian kita, berpakaian sopan kerana kita telah terdidik begitu, mungkin ada yang bertudung kerana mak ayah suruh, atau suami suruh atau boyfriend suruh. *eh*
Pernah tak terfikir, yang kita tengok tv hari-hari tu betul ke kerana Allah? Kita dengar radio kerana Allah ke?
Pernah tak terfikir, kita baca buku betul ke kerana Allah? Kita study untuk masa depan kita ke kerana Allah?
Pernah tak kita terfikir, kenapa kita bersedih saat diuji dengan kegagalan tapi gembira dengan kejayaan? Sedangkan kedua-duanya ujian.
Pernah tak terfikir, kita berkasih sayang sesama akhawat atau ikhwah adakah betul kerana Allah, atau sekadar berkata "Ukhwah fillah" "Uhibbuka/i fillah" ?
Pernah tak terlintas di hati kita untuk tidur kerana Allah, atau kita tidur kerana mengantuk semata-mata?
Pernah tak terfikir, apabila berusrah, betulkah kerana Allah? Atau sekadar dipermulaannya dan setelah bual bicara bertambah rancak, masihkah itu kerana Allah?
Apabila kita bersuara, benarkah kita bersuara kerana Allah, atau kerana kita hanya melepaskan amarah?
Kita puasa ni kerana Allah ke sebab kalau tak puasa malu kat orang lain yang puasa?
Pergi surau, pergi terawih, kerana Allah atau kerana ni bulan Ramadhan?
Setiap kebaikan yang kita lakukan, apa yang kita harapkan? Pahala atau redhaNya?

Terlalu banyak perkara yang kita lakukan seharian. Tetapi pernah kah kita terfikir, benarkah setiap yang dilakukan kerana Allah? Adakah kita perbetulkan niat kita setiap saat dan ketika?

Bagaimana jika disaat kita melangkah turun dari pembaringan, Allah matikan kita? Bagaimana kondisi hati?
Bagaimana jika nyawa diambil saat kaki menapak ke bilik air?
Bagaimana jika Izrail datang menjemput saat jasad kita sujud menyerah diri, tapi hati dan akal kita sebenarnya masih bertebaran memikirkan dunia?
Bagaimana jika Allah matikan kita disaat kita menjamah juadah enak, tetapi hati tidak benar-benar mensyukurinya?
Bagaimana jika setiap yang kita lakukan tiada nilai disisi Allah, hanya hebat dimata manusia?

Niat, haruslah diperbaharui setiap saat. Mungkin niat kita lurus dipermulaannya, kemudian terpesong dipertengahannya lalu tersasar jauh dipengakhirannya. Dan disaat tersasarnya niat itu, Allah memanggil kita kembali menghadapNya. Pernah tak kita terfikir, bagaimana nasib kita?

Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah tidak menerima sesuatu amalan melainkan yang dikerjakan dengan penuh ikhlas kepadaNya dan ditujukan hanya kepadaNya semata-mata." (HR Nasai)

P/s : Niat adalah sesuatu yang tempatnya di hati. Niat yang sentiasa diperbaharui, mampu menghalang kita dari melakukan sesuatu yang sia-sia. InsyaAllah.


P/ss : Hanya hati yang benar-benar memahami mampu meletakkan Allah dihadapan segalanya. Kita bagaimana?

Aku buat ni kerana Allah ke sebab lain eh?




Wednesday, 1 August 2012

Im Daddy's Super Girl. Hoyeaahhh! =D

Hoyeaahh! *overexcited mode, on*

Since this is Ramadhan, semua orang berlumba-lumba nak buat kebaikan. Ye kan? *Ye ye ye* Saya kekurangan idea untuk menulis, kehabisan kata-kata, dan itu secara tidak langsung membuat saya terfikir untuk buat something that i never did before. =O Apakah itu? Jengjengjeng.

You see that? Panjangkan rumput? Dengan daun and lumut dalam longkang. =.=''

Ok, saya tak bole nak harapkan ayah sorang potong rumput ni. Ayah busy, lepas tu ayah takde anak lelaki, pakcik yang selalu potong rumput pun tak datang bulan ni. So, rumput-rumput jadi teramatlah panjang. Fuuuu. And pokok yang ntah datang dari mana, dah membesar dengan jayanya di dalam pasu kosong. =O


These things really help me a lot. haha


I get my pants in my socks, and i'm ready to rock!!!




My baggy sweat pants. Don't have to be beautiful, just need to be decent. ;)







See. Not bad kan kerja i? hee. =D After two days, tak habis jugak, still ada sikit lagi.*niat asal lepas 1st day nak biar ayah siapkan baki tu, tapi tak jadi.hehe* InsyaAllah, lusa siapkan. Sebab esok nak pergi jalan-jalan. wee. Rasa bersalah jugak sebab terpaksa cabut, tebas, potong, gunting, segala pokok dan rumput ni. Kenapa? Sebab saya tahu, mereka berzikir more than i do. Ya Allah, sedangkan rumput setiap detik mengingatiMu, dan aku yang dikurniakan akal, sering kali terleka. :'(

But i can't let the grass grow taller. Bukankah kebersihan itu penting? *kankankan?* Ayah mesti letih kerja, so saya tolong la sikit. Tebas rumput je kan. Despite the back ache, muscle cramp, chest pain, blister and all those kesakitan i had after my first day menebas *termasuk terpaksa drive sebelah tangan je*, i did pretty well today *2nd day*. Alhamdulillah, almost get what i started done, and im proud of myself because im no longer your lembik little girl daddy, im now your SUPER GIRL!! Saya dah reti menebas rumput. =D

And this tall fella, you know what, ayah cakap 

"Kak, bapak ngupah kitak seribu k nebang tok, mok sik?" (Kak, ayah bagi upah seribu, kamu tebang pokok ni, nak tak?)

And i was like? Hah? Are you serious? I do have plenty of time to get that tree down. Haha. 

Well, that's what happened this evening. Selamat berpesta ibadah semua. =D

P/S : Time Ramadhan ni pahala berganda-ganda, so buatla sebanyak-banyak kebaikan yang kita mampu dan mengharap tidak lain dan tidak bukan hanyalah keredhaan Allah semata-mata.

P/S: Kalau nak banding susah payah mak ayah untuk saya, tak setanding dengan kepenatan dan kesakitan menebas rumput (it was REALLY not as easy as i thought it would be). Semoga Allah membalas setiap kebaikan dan pengorbanan ibu bapa kita dengan kebaikanNya dan kebahagian di dunia serta di akhirat. Amin.


P/S : Don't mess with me, i know how to use the parang very well. Wanna get your head cut? Kidding. ;D