Saturday, 30 June 2012

Letih Yang Teramat.

Bila sedih, mengadu pada Allah.
Bila rasa tak sedap hati, mengadu pada Allah.
Bila kecewa, mengadu pada Allah.
Bila orang sakitkan hati, mengadu pada Allah.
Bila ada benda buat rasa tak selesa, mengadu pada Allah.
Bila rasa cemburu, mengadu pada Allah.
Bila rasa rendah diri, mengadu pada Allah.
Bila nak sesuatu, sungguh sungguh mintak dari Allah.
Bila tak dapat apa yang dihajatkan, mengadu lagi pada Allah.
Bila rasa 'lost' mengadu pada Allah.
Bila rasa benda tu susah, mengadu pada Allah.
Bila rasa nak buat baik tu susah, mengadu pada Allah.
Bila susah nak bangun awal pagi, mengadu kat Allah.
Bila susah nak menangis, mengadu kat Allah.
Bila lapar, mengadu kat Allah.
Bila kecik hati, mengadu kat Allah.
Bila orang kacau, mengadu kat Allah.
Bila tak suka kat orang, tanya kat Allah kenapa diri ni jahat sangat.
Bila nak pegi mana-mana pun tak sudah-sudah berdoa mohon pelindungan Allah.
Bila nak cari parking, mintak kat Allah jugak.
Bila computer lagging, mengadu kat Allah jugak.

Saya ni takde kerja lain ke? Nak mengadu kat Allah je. Hmm, itu la saya. Semua benda saya mengadu mengadu mengadu. Bukan setakat yang ada kat atas tu je. Banyakkkkkk lagi. Sebab saya takde tempat lain nak betul-betul mengadu. Ada Allah je. Allah je yang dengar saya cakap apa tiap-tiap masa. Kadang-kadang saya cerita jugak kat kawan-kawan, kat mak ayah, kat adik saya. Tapi tak sama. Depan kawan-kawan saya tak nangis, depan mak ayah, adik, lagi la tak nangis. Jiwa kental kononnya. Tapi bila masuk je bilik, bila duduk je kat sejadah, mula la menangis mengalahkan budak kecik lapar. =.=''

Dan sekarang, temasuk hari ni, dah tujuh hari berturut-turut nangis je keja. Sebab perkara dunia. Saya rasa ujian ni lagi berat dari tak lepas A2 dulu sebab tak lepas A2 saya cool je. Bole senyum lagi. Bila Allah uji dengan benda yang satu ni, saya selalu tewas. Ya Allah, kenapa? Benda ni betul-betul menghanyutkan. Rasa hampir lemas dan letih nak timbulkan diri.  Dan dalam diam mengharap ada yang sudi datang hulurkan bantuan untuk kembali berpijak di bumi nyata. Kembali berjuang dengan matlamat yang sama. Tapi... Saya tak salahkan sesape. Ada jugak kawan-kawan yang buat saya tersenyum, saya lupa sebentar masalah. Macam-macam jugak yang saya buat nak larikan diri dari benda ni, tapi masih jugak terfikir. Dah penat dah. Hmm. Rasa letih yang teramat sampai rasa tak nak bangun pun dari katil. Itu internal, physicalnya, saya masih mampu berlari, alhamdulillah.

Saya sangat tak stabil sekarang, tu yang tulis ni sebab saya nak mintak tolong sikit kat orang yang baca. Sikit je, tak banyak. Tolong doakan saya, doakan iman saya tak runtuh hanya sebab benda dunia, tolong ye. hee. Jazakumullahu khairan kathira. ;)

P/S : macam mana ada orang bole rasa happy bila ada lebih dari sorang yang suka dia? Rasa cam lagi berat je ujian ni dari tak lulus exam. Because in the end, you HAVE to choose, you NEED to, you MUST. Saya lemah ke sebab ada kehendak yang tak kesampaian. Hmm. Ok, "p/s" ni mengarut, sila abaikan.

Berperang dengan kehendak diri sangat susah. Nak give up pun tak tau macam mana nak give up.


Friday, 29 June 2012

Don't Read. Trust Me. This is NOTHING.

"Oh my! Is that you because that's your laptop!?!" 
 Haha, NO! Someday, YA. InsyaAllah.

Falling in love with that dress. I WISH i could have it. Anyway, i'm sure i won't look like that in that dress. So, not buying.


Babies are irresistible, aren't they?

I don't think this post is necessary, isn't it? Hmm. Something is bugging me, and i still can't handle it, nothing is getting better for the time being. But i believe everything will because Allah listens. I'll find my way, He'll show me the way. Just a random post to distract myself from keep on thinking bout something that has succeeded in stopping me from being productive. Oh my... Allah, help me.

Thursday, 28 June 2012

Please Make It Happen.

I know this is absurd. Seems impossible too. But i just cant stop asking from You. Allah, please make it happen for everything is possible if You say so.

Step by step.
I just need a reason to keep holding on.
I dont know if it's the best, all i know is it's the best thing i could think of.
Im just human.
I have wishes and hopes.
Not all are going to come true.
I've always known that.
But im holding firmly onto this very one.

Allah, sesungguhnya Engkaulah yang memegang hati-hati kami. Dan pastinya Engkaulah pemegang hati-hati mereka. Lembutkanlah Ya Allah. Aku mohon...

Good things happen to those who work for it. InsyaAllah.
I wish i have strength to ask. And you might think im desperate. But that's it. DESPERATE.

Tuesday, 26 June 2012

Oh, Itu Untukku! #2 ; Belum Tibakah Waktunya?

Oh, Itu Untukku #2? Yang pertama mana? Hehe. Sebenarnya yang pertama dah dipostkan dengan tajuk Syahdunya ayat itu. Dan saya mengambil keputusan untuk menukar tajuk kepada Oh, Itu Untukku. Tau kenapa? Tak? Tak pe la, tak penting pun tajuknya. Yang penting apa yang saya nak kongsikan. Ayat cinta dari Allah. ;) InsyaAllah.

"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka), dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik." (Al-Hadid : 16)

Wahai kawan-kawan, tidakkah kamu rasa tertembak? (baca dengan suara garau dan perlahan-lahan) Allah cakap apa kat kita?

1. Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan?

- Kalau sekarang bukan masanya, bila lagi? Sedarkah kalian bahawa kita kesuntukan masa? We are running out of time! The time is running out, the time is running out~~~ (nyanyi lagu muse.) Ok, kembali serius. Benda ni bukan main-main eh. Asbabunnuzul; sebab turun ayat ni?

Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dan Ibnu Abi Hatim dari Abdul Aziz bin Abi Ruwad dan Muqatil, ia berkata ; bahwa ayat ini diturunkan berkenaan dengan para sahabat Rasulullah yang saling tertawa dan bergurau senda secara berlebihan. Maka dari itu, turunlah ayat ini. (Lubabun Nuqul ; 187)

Allah turunkan ayat ini dulu-dulu lagi. Digelar sahabat Rasulullah, maksudnya hidup sezaman dengan Rasulullah. Apa yang buat kita tak terasa dengan ayat ni? Kita sekarang lagi banyak hiburan, senda gurau, ketawa apatah lagi *berkuda-kuda syaitan masuk mulut sebab gelak tebahak-bahak* Dengan Euro nya, K-Pop nya, Movie Omputeh nya, Movie Melayu pun lebih kurang sama dan macam-macam lagi. Bukankah dah takde masa untuk semua tu? *pesanan untuk diri sendiri* Sesungguhnya masa lapang tu ujian dari Allah. Guna elok-elok. Sekali lagi nak ulang, Belum tibakah waktunya bagi orang beriman untuk secara khusyuk mengingat Allah? Khusyuk. Ngerti kamu? *ngerti-ngerti*

2. Dan janganlah menjadi seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu.Mempunyai masa yang panjang dan hati menjadi keras serta ada yang menjadi fasik.

- Siapa mereka sebelum kita? Bani Israil (tafsir At-Tabari) Yahudi dan Nasrani (tafsir Ibn Kathir). Dipanjangkan waktu antara Bani Israil dan Musa a.s, tapi apa yang terjadi? Dan Yahudi dan Nasrani pulak, apa yang terjadi? Mereka ubah isi kitab sesuai dengan kehendak diri. Dannnnnn, seandainya kita membiarkan diri kita terleka dengan dunia, mungkinkah kita jadi seperti mereka? Nauzubillah. >_< Allah dah pesan JANGAN, so JANGAN.

Rasanya cukup ni pesanan untuk hari ni. Mungkin cara penyampaian tak berkesan, tapi cuba renungkan sendiri apa yang Allah cakap kat kita. Dan set in mind, "Oh, Itu Untukku". Special dari Allah untuk saya,  untuk awak, dan untuk kita.

*** Mungkin sekarang ramai yang bertanya, bila kita nak dapat pemimpin macam Dr Morsi, (MasyaAllah, Tabarakkallah.).Sebelum kita tunding jari dan salahkan pemimpin, apa kata kita tunding jari kat diri sendiri dan tanya, LAYAKKAH AKU nak dapat pemimpin hebat macam tu dengan keadaan aku sekarang? Ali pernah ditanya oleh seorang pemuda, kenapa masa kepimpinan dia tak macam khalifah lain? Apa jawapannya, "Kerana pemuda pada zaman Abu Bakar dan Umar, pemudanya seperti aku, dan pada zaman aku pemudanya seperti kamu". Kamu terasa? Saya terasa so kamu sila terasa jugak *ini adalah paksaan* Oleh itu, kita sama-sama perlu usaha membentuk individu muslim, sebelum terus nak melompat ke arah kerajaan muslim tu.

Kalau kita pun belum lagi individu muslim sebenar, kenapa harus ditunding jari pada insan lain. Tanpa individu muslim, takkan ada baitul muslim, masyarakat muslim, kerajaan muslim, khilafah islam, empayar islam dan islam sebagai ustaziatulalam. Tanpa tapak yang kukuh, rumah takkan berdiri megah. ;)

Sungguh, belum tibakah masanya?

Saturday, 23 June 2012

Buat Kamu yang Merasakan Ujian itu Berat.


Sudah jatuh ditimpa tangga, terguling-guling pulak tu. *eh* Maybe tu perumpamaan yang bole saya gambarkan tentang keadaan diri yang sejak akhir-akhir ini diuji dengan kegagalan bertubi-tubi. Ni ujian major eh, yang Allah uji hari-hari tu banyak sangat kalau nak story. ;)

Mungkin ada yang senasib. Mungkin ada yang lebih hebat ujian. Mungkin jugak ada yang berkata "Kau tak faham perasaan aku. mana bole kau nak cakap macam tu" Ye, saya tahu setiap orang diuji dengan perkara yang berbeza. Tapi bukankah itu tandanya Allah sayangkan kita sama-sama?

"Kau ni, asyik cakap Allah sayang je tiap kali gagal. Ke kau memang tak pandai, salahkan Allah pulak"

Eh, nape macam tu? Saya yakin Allah sayangkan saya. Sebab tu Allah uji. Ye, memang saya kurang pandai, tapi Siapa yang jadikan saya kurang pandai dari yang lain? Saya sendiri ke? Atau mungkin usaha saya yang sedikit lalu Allah uji dengan kegagalan supaya saya tidak sombong, tidak bermegah mengatakan 'aku tak study pun Allah bagi cemerlang' Saya tak nak jadi orang macam tu. >_< Sekalipun usaha setinggi gunung, seluas lautan, kalau Allah cakap tak cemerlang, tak bole lulus, tetap jugak gagal. Dan gagal itu datang bersama sebab yang baik.. Persoalannya sekarang, adakah berjaya atau gagal itu yang Allah nilai? *sila tanya diri sendiri*

Mungkin ada yang kecewa apabila gagal. Pelbagai persoalan terdetik di hati, "aku ni bodoh sangat ke? Kenapa Allah bagi macam ni? Asyik gagal je ni, bila nak berjaya? Nape Allah tak makbulkan doa aku? Malunya, orang lain bole je, aku je asyik tak bole." dan macam-macam lagi.

Bodoh? Siapa yang dilahirkan bodoh? Semua dikurniakan akal. Cuma berbeza kebijaksanaan. Mesti ada sebab Allah jadikan macam tu. Macam kita belajar bio jugak yang tajuk biodiversity tu. Setiap kejadian ada kegunaan pada alam.

Kenapa Allah bagi macam ni? Sebab Allah sayang *nak cakap jugak Allah sayang, yakin je, kamu akan bahagia* Kalau Allah tak sayang, Allah dah bagi semua yang kita mintak sampai kita rasa tak payah usaha pun, doa je Allah komfem bagi. Tak nak la macam tu. At the end of the day, yang dinilai itu usaha, bukan hasil. Buat apa Allah nak nilai hasil sedangkan Dia yang bagi hasil tu?

Asyik gagal dan bila akan berjaya? Alah, setakat gagal exam tu normal la. Kalau kamu tak gagal, siapa yang nak gagal? Betul tak? Setiap kali exam, sejak dari sekolah rendah lagi, komfem-komfem ada kelompok yang gagal. Why? Sebab hidup memang macam tu. Macam Ferris Wheel, kadang kamu di atas, lepas tu kena la kat bawah kalau nak keluar. Cuba bayangkan kamu sentiasa kat atas tu, nak keluar jadi apa? Bedepekkkk. Jatuh ke bumi. Kalau dulu kat sekolah kamu hebat, sekarang Allah bagi la kamu rasa apa yang orang lain rasa tu (gagal). Adilkan Allah? *adil, adil (sambil angguk laju2)* Hakikatnya, gagal di dunia bukan bermaksud apa-apa. Yang kita patut takut adalah gagal diakhirat kelak. Allah dah bagi ujian bertubi-tubi, ambik ujian tu untuk bekalan ke akhirat. Tak rugi apa pun kalau kita redha. Buat apa dipandang tinggi sekadar di mata insan tapi tak bernilai di sisi Tuhan. Berterima kasih pada Allah sebab uji kita dengan pelbagai jenis ujian. Berjaya kita pernah rasa, jadi paling top kat sekolah pernah rasa, jadi paling hebat pernah jugak, jadi paling tak pandai pun ada jugak rasa, tak lulus exam penting punnnn pernah jugak. Tak rasa bertuah ke? Saya rasa ok je, jadi kenapa tidak kamu? Matlamat kita redha Allah untuk menggapai kebahagiaan hakiki, so why worry so much on dunya?

Kenapa Allah tak makbulkan doa? Mana ada Allah tak makbulkan. Cuba renung balik apa yang kamu mintak. Dan compare dengan apa yang Allah bagi. Itu cara Allah makbulkan doa kamu. Tak kan Allah nak bagi semua ikut cara yang kamu nak. Kamu tak cakap pun kan? Kamu just cakap kamu nak apa, tapi tak cakap kamu nak apa dengan cara yang bagaimana. So, biar la Allah bagi kat kita apa yang kita nak dengan cara Dia. Bukankah Allah lebih mengetahui apa yang baik untuk kita? Tugas kita, hanya perlu yakin dan terus berdoa. Allah tidak pernah memungkiri janjii-janjiNya. Tapi sebelum kita salahkan Allah baik kita renung balik diri kita. Sehebat mana keyakinan kita pada janji Allah? Sebanyak mana amalan soleh dibanding dengan dosa? Yang mana satu lagi hati kita cintai, dunia ataupun Ilahi? Bangun pagi sebab tengok tv ke tahajjud lagi banyak? Biar seribu kekurangan kita, Allah tetap makbulkan segelintir doa kita, yang selebihnya mungkin Allah tangguhkan untuk akhirat, atau mungkin saja apa yang kita mintak bukan yang terbaik untuk dunia dan akhirat kita. Jadi mengapa persoalkan urusan Allah? Terima saja, kita ni hamba. *ingatan buat diri sendiri* Dah kira beruntung tau kita, jadi hamba Allah. Allah bagi semua yang kita perlu, free. Tak mintak apa-apa balasan pun. Semua amalan kita selama ni pun bukan untuk Allah, tapi untuk diri kita sendiri jugak. Kalau kita tak buat, Allah tak rugi, kita yang rugi. Tak sedar ke semua tu? Masih mahu rasa tak bersyukur?


Malunya. Hmm, itulah masalah manusia. Bila gagal malu, bila malu komfem gagal. *eh.* Cuba yakin sikit dengan diri sendiri tu. Bukan semua orang Allah uji dengan kegagalan tau. Kamu nak hebat disisi Allah ke di mata manusia? Saya faham, rasa rendah diri tu mesti ada kalau kawan-kawan lain bole buat, tetiba kita je tak bole. Saya tau sebab saya pun dalam situasi tu, tapi malu? Alaa, tak payah malu la. Bazir masa je nak malu-malu. Diaorang diuji dengan kejayaan dan mereka bersyukur, kita diuji dengan kegagalan, kenapa mesti malu? Bukan ke sama je ujian dari Allah. Sepatutnya kita bersyukur. Bersyukur, dan mintak Allah gantikan kegagalan itu dengan kejayaan yang lebih besar. Allah mendengar setiap rintihan kita, Allah faham perasaan kita sekalipun yang tersembunyi jauh di sudut hati. Orang boleh kata, saya cool, saya kuat, tapi hakikatnya orang tak tau kan? kan? People see only what you chose to show. Yang malu tu, lemah ke, rasa diri tak hebat macam orang lain ke, tu normal, sebab kita manusia. Dan siapa yang bagi perasaan tu? Allah. Jadi, why not, instead of terus rasa macam tu, mintak Allah hilangkan semua perasaan yang boleh meruntuhkan keimanan kita? Malu dengan kegagalan, rendah diri, tak yakin, semua tu perasaan yang mampu mencalarkan iman. So please ask Allah to take them away. Kita kena kuatkan diri, tambahkan keyakinan, kukuhkan keimanan agar kita jadi lebih hebat disisi Allah. No malu-malu, no good la you. ish. =P


Jom tengok sikit apa yang Allah cakap kat kita. 


"Dan sungguh, Kami akan benar-benar menguji kamu dengan sedikit rasa takut, kelaparan, dan kekurangan harta, kehilangan jiwa, dan sedikitnya buah-buahan..." (Al-Baqarah : 155)


"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya" (al-Baqarah : 286)


"Dan janganlah kamu berasa lemah dan dukacita, sesungguhnya kamu adalah yang paling tinggi darjatnya jika kamu benar-benar beriman" (Al-Imran :139)


"Maka sesungguhnya bersama kesukaran ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan" (Al-Insyirah : 5&6)


Siapa-siapa yang merasa berat akan ujian gagal tu, yakinlah, bersama kesulitan ada kemudahan. InsyaAllah. ;)

Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang TIDAK PERNAH MENGALAH. *muka yakin*

Sesungguhnya Allah rindu mendengar rintihanmu berpanjangan, maka bersyukurlah dan tabahlah dalam menghadapi setiap ujian.

Setiap yang terjadi itu kehendak Allah, terpulang kepada kita untuk bersangka baik atau berburuk sangka. Sesungguhnya Allah bersama dalam sangkaan hamba-hambaNya. Jadi, jom bersangka baik pada Allah, agar yang terjadi semuanya diyakini yang terbaik untuk dunia dan akhirat kita terutamanya. Kejayaan sebenar itu terbukti apabila kamu mampu bersama insan-insan lain yang Allah cintai di syurga. InsyaAllah. Itu impian saya, kamu bagaimana?

P/s: Bicara dari seorang yang gagal berulang kali dalam urusan dunianya. *saya* =.=''
P/s: Maaf andai ada kata-kata yang mengguris hati yang memang dah sedia ada terluka. =PPP

Thursday, 21 June 2012

Perjuangan Belum Berakhir.

Duhai hati, jangan bersedih. Perjuangan masih belum berakhir. Allah menguji bukti Dia masih peduli. Tipu kalau kata tak rasa terkial-kial, tapi yakin diri tak sendiri. Allah melihat, Allah mendengar. Mungkin ada kekurangan yang tak tertampung lagi. Atau mungkin Allah memakbulkan doa dengan caraNya tersendiri. Mahu jadi hamba hebat disisiNya, mana mungkin ujian tidak datang melanda.

Ya Allah, ampunkan aku kerana mengalirkan air mata di saat Kau menguji. Aku belum kuat, tapi belum bukan bermaksud tidak akan. Dengan izinMu, akan ku terus berusaha mendidik hati, membimbing diri untuk terus hebat dalam urusan akhiratku, dan juga dunia. Hanya dengan izinMu ku mampu berjaya, dan aku mohon, takdirkan kejayaan yang besar untukku di dunia dan akhirat kelak.

Mak ayah, ampunkan saya kerana saya belum lagi anak yang mampu kalian banggakan. Tetapi saya akan terus berusaha, lebih gigih dari sebelumnya. InsyaAllah, tidak akan saya biarkan air mata duka mengalir lagi.

Wednesday, 20 June 2012

Ikhlas atau Sekadar Pura-pura?

Rasulullah SAW pernah bersabda "Sesungguhnya orang yang pertama kali diadili pada hari kiamat adalah orang yang mati syahid. Dia dibawa dan ditanya akan nikmatnya, lalu dia mengakuinya. Allah swt berfirman kepadanya, 'Apakah yang kamu amalkan didunia?' Dia menjawab 'Saya berperang sehingga mati syahid' Allah menjawab 'Kamu berdusta! Kamu berperang supaya orang berkata bahawa kamu berani dan itu telah dikatakan'. Lalu Allah memerintahkan agar mukanya ditarik dan dilemparkan ke dalam api neraka.


Berikutnya adalah orang yang mempelajari ilmu, mengajarkannya dan suka membaca Al-Quran dibawa kepadaNya. Nikmat ditanya dan dia mengakuinya. Allah berkata 'Apakah yang kamu lakukan di dunia?' Dia menjawab, 'Saya mempelajari ilmu dan suka membaca Al-Quran keranaMu.' Allah berfirman 'Kamu berdusta! Kamu mempelajari ilmu kerana mahu dikatakan pandai dan pakar dalam bidang Al-Quran. Dan semuanya telah mereka katakan.' Allah pun memerintahkannya dimasukkan ke dalam neraka.


Seterusnya orang yang diberi kelapangan oleh Allah dan pelbagai jenis harta dibawa dan ditanya nikmatnya lalu dia mengakuinya. Allah swt bertanya 'Apa amalanmu di dunia?' Dia menjawab 'Saya tidak meninggalkan jalan yang Engkau sukai iaitu menginfakkan harta, melainkan saya menginfakkannya kerana Mu.' Allah menjawab 'Kamu berdusta! kamu melakukannya supaya kamu dikatakan dermawan dan itu telah dikatakan. Allah memerintahkan agar wajahnya ditarik dan dilemparkan ke dalam api neraka" (HR Muslim)

Semua pernah dengar hadis ni kan? Cuba hayati setiap satu kisahnya. Mungkin ada yang menganggap hadis ini sesuatu yang biasa didengar sehingga tidak lagi mempunya kesan yang mendalam, cuma sekadar peringatan buat diri sendiri agar sentiasa ikhlas. Hakikatnya ia lebih dari itu.

Sedangkan yang gugur syahid, yang mempelajari ilmu, yang suka membaca Al-Quran, serta yang dermawan dicampakkan ke neraka. Bagaimana pula nasib saya? Ya Allah...

Setiap pagi bangun dan berdoa agar hari ini lebih baik disisiNya dari kelmarin dan seandainya dimatikan, matinya diri ini dalam keadaan syahid. Tetapi apa tujuan doa itu? Benarkah ikhlas kerana mengharapkan cintaNya atau kerana takut mati dalam suul khatimah? Mempelajari sesuatu kerana mengharapkan redhaNya atau sekadar malu apabila gagal dan mahu jadi sehebat insan lain? Adakah saya menulis di sini kerana cinta kepadaNya atau sekadar mahu menunjukkan saya punya pengetahuan? Sekadar mahu orang terpengaruh dan mahu dikatakan seorang yang hebat di jalan dakwah dan tarbiyyah? Adakah setiap ilmu yang disampaikan ikhlas semata-mata kerana Allah atau hanya kerana tidak mahu dikatakan jahil dan sombong? Adakah setiap huluran sedekah saya keranaNya atau kerana mahu mata-mata yang melihat turut ikut menghulurkan sumbangan, hanya agar insan yang kurang bernasib baik merasakan bahawa masih ada yang punya perikemanusiaan hidup di bumi Tuhan? Setiap akhlak mulia yang dipaparkan, kerana Allah atau sekadar kerana malu dikatakan tidak punya iman? Setiap bait ayat-ayatnya yang dialunkan, adakah semata-mata mengejar keredhaan atau kerana bimbang dikatakan buta Al-Quran? Apa sebenarnya di dasar hati ini ya Allah? Adakah aku benar-benar ikhlas atau semuanya tidak pernah Kau pandang kerana setiap yang ku lakukan semata-mata untuk tontonan?

Ilahi,
Adakah orang yang telah menikmati manisnya cintaMu akan mencari pengganti selain Mu...
Adakah yang telah bersanding disisiMu akan mencari ganti selain Mu...

Ilahi,
Jadikan aku dalam kalangan yang Kau pilih untuk didampingi dan menjadi kekasihMu
Yang Kau ikhlaskan untuk memperoleh cinta dan kasihMu
Yang Kau rindui untuk datang menemuiMu
Yang Kau redhai hatinya untuk menerima qadhaMu
Yang Kau anugerahkan kebahagiaan melihat wajahMu
Yang Kau limpahkan keredhaanMu
Yang Kau lindungi dari kebenciaanMu
Yang Kau sediakan kedudukan siddiq disisiMu
Yang Kau istimewakan dengan makrifatMu
Yang Kau arahkan untuk mengabdiMu
Yang Kau tenggelamkan hatinya dalam iradahMu
Yang Kau pilih untuk menyaksikanMu
Yang Kau kosongkan dirinya untukMu
Yang Kau bersihkan hatinya untuk diisi dengan cintaMu
Yang Kau bangkitkan hasratnya akan kurniaMu
Yang Kau ilhamkan padanya mengngatiMu
Yang Kau mendorongnya mensyukuriMu
Yang Kau sibukkan dengan ketaatan pada Mu
Yang Kau jadikan dari makhlukMu yang soleh
Yang Kau pilih untuk bermunajat kepadaMu
Yang Kau putuskan darinya segala sesuatu yang memutuskan hubungan dengan Mu

Ya Allah,
Jadikan aku dari kalangan orang yang
Dambaannya hanya mencintai dan merinduiMu
Nasibnya hanya merintih dan menangis
Dahinya sujud kerana kebesaranMy
Matanya terjaga dalam mengabdikan Mu
Air matanya mengalir kerana takut padaMu
Hatinya terikat pada cintaMu
Kalbunya terpesona dengan kehebatanMu

Wahai Yang cahaya kesuciaanNya bersinar dalam pandangan para yang mencintaiNya
Wahai Yang kesucian wajahNya menggembirakan hati yang mengenaliNya
Wahai yang dikejar kalbu para perindu

Aku memohon cintaMu
dan cinta orang yang mencintaiMu
dan cinta segala amalan yang membawaku di sampingMu
Jadikan Engkau lebih ku cintai dari selainMu
Jadikan cintaku padaMu membimbingku pada keredhaanMu
Kerinduanku padaMu mencegah maksiatku
Anugerahkan padaku memandangMu
Tataplah diriku dengan tatapan kasih sayang
Jangan palingkan wajahMu dariku
Jadikan aku penerima anugerah dan kurniaMu
Wahai pemberi ijabah
Ya Arrahmarrahimin... 
(doa Ali)

Tuesday, 19 June 2012

Oh, Itu Untukku! #1

Baiklah. Harini dengan rasminya membuka ruangan baru untuk blog cumil saya. Tujuan ruangan baru ni? Saja nak share. Disebabkan saya tak macam blogger lain yang baaaaannyyyaakkkkk idea untuk disampaikan, saya kena cari alternatif untuk terus menerus menyampaikan kebenaran. Kalau tak, hmm. Hanyuttt ku terbuai~~~~ Bukan ke kalau kita menyampaikan sesuatu, benda tu akan sampai kat hati kita dulu? *ke saya je perasaan macam tu. hmm*

"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin" (Ad-Zariyat : 55)

"Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri, padahal kamu membaca kitab (Taurat)? Tidakkah kamu mengerti?" (Al-Baqarah : 44)

Jadi apa yang kamu mengerti? *soalan buat diri sendiri*

Hari ni nak share dua ayat campur yang kat atas tu dua jadi empat la ek. Takpe kan? *angkat-angkat kening*

Perkongsiaan hari ni ;

"Dan tidaklah mereka memperlihatkan bahawa Allah yang melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki dan Dia (pula) yang membatasi (bagi mereka yang Dia kehendaki). Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang beriman." (Ar-rum : 37)

Bila disebutkan tentang rezeki, apa yang terlintas di fikiran? Wang, harta, pangkat.Exam result gempak. *Aku kaya aku kaya*. Tu je ke rezeki? Bapak bapak, ibu ibu, jangan disempitin pikiran kalian ya, rejeki itu nggak datang dalam bentuk uang atau harta sahaja. ;)
-Ramai kawan soleh/solehah juga rezeki
-Kesihatan yang baik itu rezeki
-Hati yang tenang itu rezeki
-Anak-anak dan pasangan soleh/solehah juga rezeki
-Makanan yang baik juga rezeki
-Teguran membina itu rezeki
-Hidayah Allah, rezeki paling berharga. MashaAllah. Tabarakallah!

Kenapa begitu? Sebab, kalau rezeki tu hanya wang dan harta, kita takde rezekila hari-hari? Lagi-lagi saya ni duduk kat rumah, mana nak dapat duit tiap hari, kesian saya tak berezeki. Begitu?

"Allah-lah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) setelah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) setelah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki, dan Dia Maha Mengetahui, Maha Kuasa. (Ar-Rum : 54)

Ini untuk renungan bersama. Kalau tak terkesan di hati bila baca ayat ni, sila baca berulang kali sampai kamu rasa terkesan tapi bukan bosan tau. Soalan saya, bila kita lemah? Dari awal penciptaan kita lagi sampai bila-bila pun sebenarnya. Bila kita kuat? Sekarang *pulak dah*. Kenapa? Sebab kamu sedang membaca coretan saya. HAHA. *maaf* Sebab sekarang kita muda, kita punya akal yang sihat, kita punya anggota yang cergas. Jadi, apa fungsi kita ada semua tu? Ada akal, ada anggota, ada kemudahan-kemudahan berkomunikasi (blog, facebook,twitter, etc2) ada ilmu. Apa guna semua tu? Sila jawab sendiri eh, saya cuma perlu ingatkan, kita hidup di dunia sebagai abid dan khalifah. Sila tunaikan tanggungjawab kita. ;) And bila kita lemah kembali? Bila dah ada ubannnn. *NOOOOO* Maksudnya, semakin meningkat usia, semakin lemahlah anggota kita, macam orang-orang tua. Kudratnya kurang berbanding yang muda. Kamu bole lihat dan fahamkan apa yang Allah maksudkan? Jadi, guna kesempatan masa kuat ni untuk berjuang sehabis mungkin di jalanNya. Siapa tahu, kita tidak sempat pun untuk ke fasa "beruban" itu. Kan?

Rasanya cukupla bebelan setakat ni. InsyaAllah, esok-esok saya bebel lagi.

P/s : So, ruangan ni basically untuk share ayat-ayat cinta dari Ilahi. Ayat-ayat cinta Dia bukan untuk sorang-sorang je feeling, touching, tapi untuk diSHARE beramai-ramai. InsyaAllah. Semoga ada manfaatnya. ;)


P/s : Sekiranya ada perkongsian sila kongsikan. Seandainya ada kekurangan atau kesilapan, mohon tunjuk ajar sahabat sekalian. Jazakumullah khayr. ;D

"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin"

Friday, 15 June 2012

Mengejar Mardhotillah #3 : Hari Ni Hari Apa Kawan-Kawan??

Pengumuman pengumuman!! Jumaat tiba lagi!!!
Assalamualaikum kawan-kawan. Berjumpa lagi dalam ruangannnnn Mengejar Mardhotillah!! ~ *berangan jadi pengacara kat tv*

Hari ni hari apa? JUUUMAAAATTTTT~~~ Yeay! 10 markah untuk awak. ;)

Siapa tahu hari Jumaat ni hari apa? *Ek? Hari Jumaat hari Jumaat la. Friday, Jumuah?* Hehe.

Jumaat ataupun dalam bahasa Inggerisnya Friday dan bahasa arabnya Jumuah merupakan 'SAYYIDUL AIYAM'. Apa itu Sayyidul Aiyam? Sayyidul Aiyam bermaksud, penghulu segala hari. =D

Dari Abu Lubabah bin Ibn Mundzir r.a berkata Rasulullah SAW bersabda "Hari Jumaat merupakan penghulu kepada hari-hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah. Hari Jumaat ini lebih mulia dari Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha di sisi Allah. Pada hari Jumaat ini berlaku lima peristiwa ; 
1) DiciptakanNya Adam
2) dan diturunkan Nya Adam ke bumi
3) Adam dimatikan
4) pada hari Jumaat terdapat waktu yang mana jika seseorang itu meminta kepadaNya, maka akan dikabulkan permintaan selagi tidak haram.
5) dan pada hari Jumaat akan terjadi kiamat
tiadalah seseorang malaikat yang dekat disisi Allah, di langit mahupun di bumi kecuali dia dikasihi pada hari Jumaat. " (HR Ahmad)

Tahukah kamu bahawa hari Jumaat adalah hari untuk kita umat Muhammad? *tak tauuuu (sambil geleng-geleng)* Sekarang tau dah kan? Esok Sabtu hari Kaum Yahudi dan Ahad hari Kaum Nasrani.

Kenapa hari Jumaat ni hari kita? Sebab :

Dari Khuzaifah bin Rabi'i bin Harrasy r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda "Allah menyesatkan orang-orang sebelum kami pada hari Jumaat. Yahudi pada hari Sabtu dan Nasrani pada hari Ahad. Kemudian Allah mendatangkan kami dan MEMBERI PETUNJUK pada hari Jumaat, mereka umat sebelum kami akan menjadi pengikut pada hari kiamat, kami adalah yang terakhir dari penghuni dunia ini dan yang pertama pada hari kiamat akan diadili sebelum umat yang lain" (HR Muslim & Ibn Majah)

Kita adalah yang terakhir dari penghuni dunia dan yang pertama akan diadili. Apa perasaan kamu bila baca part tu? BANGGA? *hah? bole plak bangga?* Saya tak tau macam mana reaksi orang bila baca tu, tapi kalau saya, dah berdiri segala bulu kecik kat badan *bulu roma*. Seram. Dah la kita yang terakhir, kita sah-sah diketahui umat paling pendek umur, kita tak hidup sezaman dengan Nabi, pelbagai jenis anasir pengaruhi kehidupan kita sekarang. Bole ke nak bangga sebab Allah pilih kita jadi umat terakhir tapi yang pertama diadili? Memang kita bersyukur menjadi umat Muhammad, bersyukur sangat-sangat. Tapi dengan umur kita yang singkat, amalan kita yang seciput, tak takut ke nak kena hisab awal-awal?

Jangan salah faham pulak eh. Bukan maksud nak cakap kita patut rasa Allah tak adil ke apa, tapi semata-mata untuk reflek balik kat diri kita, cukup ke bekalan nanti? Betul ke bersedia untuk dihisab. Paling takut, Rasulullah nampak ke kita kelak? Ke Allah tutup pandangan Baginda dari melihat kita? Nauzubillah. >___< *air mata sila jurai-jurai dan beristighfar + selawat banyak-banyak*

Sekarang nak cerita pasal amalan-amalan yang dianjurkan untuk dilakukan pada hari Jumaat.

1) Membaca surah As-Sajdah dan Al-insan dalam solat subuh.

Dari Abu Hurairah r.a berkata "Nabi SAW dlm solat subuh membaca Alif Lam Mim Tanzil As-Sajdah Hal Ataa 'Alal Insaani Hiinum Minad Dahri (Al-Insan)" (HR Bukhari & Muslim)

2) Banyakkan berselawat

Dari Umamah r.a Rasulullah SAW bersabda " Perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari Jumaat kerana selawatnya umatku akan dipersembahkan untukku pada hari Jumaat. Maka barang siapa yang paling banyak  berselawat kepadaku, dia akan paling dekat darjatnya kepadaku" (HR Baihaqi dengan sanad sahih)

-Tak nak ke jadi paling dekat dengan Rasulullah? Selama ni kata rindu. Apa lagi, JOM banyakkan selawat kepada Rasulullah SAW. bukan sekadar hari Jumaat. Hari-hari pun ok?

3) Membaca Al-Kahfi

Membaca Al-Kahfi ni boleh menghidarkan kita dari fitnah Dajjal. InsyaAllah. Saya tau, ramai yang rasa susah nak istiqamah baca Al-Kahfi ni. Ada 110 ayat. Mula-mula dulu saya pun rasa payah jugak *ooppps* Takpe, jujur. Tapi sekarang, Alhamdulillah, takde la susah mana nak habiskan pun. Walau sesibuk mana pun, saya akan cari masa untuk habiskan. *Tipu tipu tipu* Tak tipu, contoh paling dekat, minggu lepas saya ada entrance exam, which was on Friday. Pagi sampai tengah hari. Bila saya nak baca Al-Kahfi? Malam tu kena study. Entrance exam tu, tak kan saya tak nak study kan? Tapi, macam mana pun, saya paksa diri untuk baca sebelum tidur. Alhamdulillah, habis jugak. Mujahadah itu pahit, sebab syurga itu manis *ek, apa kena mengena?* Kamu ingat senang ke nak tahan mengantuk tu?

Saya nak cakap, walau sibuk macam mana pun, kalau kita sungguh-sungguh, InsyaAllah, Allah akan pemudahkan. Kalau dah tahu kita akan busy pagi Jumaat ni, Baca la malam tu. Tak kan kamu busy sampai tertidur kot. Tak, tak mungkin. Saya juga manusia, saya tahu. *hihihi. =P* Tips saya nak share, bagi yang biasa amalkan surah Yassin setiap malam Jumaat, replace dengan Al-Kahfi, yes, saya tahu surah ni agak panjang, tapi bole baca sikit-sikit. Lepas solat Maghrib baca la 5 lembar = satu surah Yassin. Lepas Isyak, sambung lagi baca. Kalau tak larat, lepas Subuh pagi tu sambung lagi baca, bagi habis. Kan senang tu? Ni tak, lepas Maghrib, tengok tv la, on9 la. Baik baca Al-Kahfi ye dak? Kalau saya, saya akan pastikan habis baca sebelum tidur. InsyaAllah. Sebab saya takut ditangguhkan sampai pagi, nanti tak habis. We never know what future holds for us. Entah-entah pagi tu tak bangun dah. Baca la Al-Kahfi dengan istiqamah. Lama-kelamaan, kamu akan rasa kosong kalau tak baca. Macam solat jugak, kalau tertinggal, mesti rasa incomplete kan hidup? Ke solat pun lobang? eh.

4) Memperbanyakkan doa


5) Amalan-amalan lain (bagi laki-laki)

-Mandi, bersiwak, dan memakai wangi-wangian
-Berpagi-pagi menuju tempat solat Jumaat
-Diam mendengar khatib berkhutbah
-Memakai pakaian terbaik
-Melakukan solat sunat selagi imam belum naik ke mimbar *ni datang masjid lewat, khutbah pun ntah sempat tak dengar, mana nak solat sunat*

Rasanya, dah banyak yang dibebelkan. Semoga terlekat jugak kat hati tu sikit. InsyaAllah. Sama-sama kita manfaatkan penghulu segala hari ni dalam mengejar keredhaan Ilahi.

P/s : Nak potong kuku pun ikut sunnah ek. Kumpul pahala banyak-banyak. Nanti nak redeem. =DDD

Sunday, 10 June 2012

Entrance Exam, I Now Pronounce You HISTORY.

Alhamdulillah. Dah lepas pun entrance exam. How was it? HOH! Horrible, terrible, miserable, unreliable. *merepek je* Seriously masa exam tu macam nak bangun dan cakap "Bye-bye UGM." Tapi dalam hati masih ada bisikan yang cakap "Teruskan berdoa, dah usaha, dah sit exam ni pun kira usaha. Doa, tawakal, Allah ada.Segalanya mungkin". Dan saya memilih untuk ikut bisikan tu. Halus tapi berkesan. Kata hati yang kuat tu memang tak bole nak dengar sangat pun sebenarnya. *Kena solat hajat tiap hari ni. TETTTT*

Semua sekali ada 120 + 50 + 50 + 567 + 3 = 790 questions. And ada interview. =O Ya Allah, apakah ini?

Soalan-soalan tu memang la. Sampai sekarang bole rasa otak berdenyut. *saya ni asyik merungutkan. =.='' * 120 Scholastic Test. Luckily it was in English but unluckily nya jugak, the 1st part was my biggest downfall. Dari banyak-banyak words tu, 3-4 biji je yang pernah nampak seumur hidup ni. Yang lain, mintak maaf la ye. And worst, i left them empty. Tak hitamkan pun. That was NOT GOOD. Tambah pulak ada baca text, memang tak nak baca la. =.='' Second part was kira-kira. So I answered almost all the questions confidently. Alhamdulillah. Last part, just compare gambar so tensi nya agak kurang. Ye ke kurang? Hmm.

50 + 50 tu soalan Math, Bio, Chem dan PHYSICS. Initially saya plan nak jawab yang lain except Physics. Diulangi, EXCEPT physics. Tapi i ended up with answering Physics' questions the most *tadi*. Betulkan Allah adalah sebaik-baik perancang? Saya rancang tak nak jawab, tapi jawab pulak tadi. Banyak pulak tu. Haish. Math semalam jawab 9 je, and harini SATU SAHAJA! Satu sahaja. Ok, 4 markah dah komfem dapat sebab tu soalan progression. InsyaAllah betul.

567 tu personality test. Lenguh belakang *lenguh belakang ye, bukan tangan* nak hitamkan 567 bulatan tu tau. Bole masuk ICU kalau tak goyang sikit-sikit. Lepas tu yang 3 tu pulak ujian lukis-lukis. Allahu Rabbi. Bole pengsan examiner tengok lukisan tu nanti. Bukan setakat hodoh. Tak terbayangkan la buruk. Saya memang tak reti melukis, sejak kecik lagi. "On the first page, draw a tree, wooden tree not banana tree. 2nd page draw a person. And the last page please draw a house, a tree and a person" Lebih kurang macam ni la arahan nya, tapi dalam bahasa yang kurang difahami sikit. Betul, mula-mula tu saya dengar person bunyi cam PEARSON. Hah? Cene nak lukis tu? So kena tanya ulang-ulang nak suruh lukis apa sebenarnya. Alhamdulillah, sempat jugak lukis pokok sebesar alam, orang sebesar alam, rumah ada pokok bunga kat depan. =D Dah seronok tu, tiba-tiba jenguk lukisan orang sebelah. FUIIYYOOOOO! Cantik sangat. huhu.

Habis exam, examiner cakap results will be out in less than a month. *orang cakap 2 minggu*. And she said "See you on the 1st week of July. But of course not all of you" And i was like WHAT?? EARLY JULY?

Tak kisah la awal July ke tengah July ke, akhir July ke yang penting sekarang exam dah lepas. Kena buat banyak benda lain.

"Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan) kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah kamu berserah. " (Ash-Syarh : 7&8)

Tolong la doakan saya lepas entrance exam ni dan akan melanjutkan pelajaran di UGM dalam bidang kedokteran ye kawan-kawan budiman. Jazakumullah khayr. =D

P/S : saja nak post ni sebab nak bagitau entrance exam tu SUSAHHHHHH! Kalau tau saya dah buat sungguh-sungguh a-level dan dapat 20. Takde la gedik nak dapat 11 je. =(

Ni ke soalan dia ha? 


gulp.

Tolong!! tak reti nak buat.

hilang kewarasan.

Lari membawa diri.

duh!

Ngantuk, penat. Nak tidur. Nanyte sume. =D


Assalamualaikum. *lambai-lambai gaya miss universe*

Wednesday, 6 June 2012

Kita, Dosa & Mati.

Ingat mati Ingat sakit
Ingat lah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuma satu kali~
Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat~

Dalam sehari, berapa kali kita ingat mati?

1. Tak ingat pun. Rilex la bro, muda lagi ni. Tua nanti baru fikir mati-mati ni.

2. Hmm, ingatlah kadang-kadang. Masa drive kereta tu, takut-takut accident kan.

3. Time solat tu ingat jugak nak mati. Nak dapat mood solat buat kali terakhir tu kononnya. *kononnya?*

4. Tanya-tanya orang pasal mati ni pe kes? Sendiri mau ingatla! *ek =.=''*

Baikla, tak kisah pun apa jawapan korang. Masing-masing punya jawapan kan. Saya saja nak tanya. hee~ =D

Kita jarang-jarang ingat mati. Mungkin kadang-kadang tu lupa terus sebab busy memanjang. Bila nak exam, ingat exam jeeeee. Padahal tak pasti pun hidup lagi masa exam tu. Bila ada meeting, ingat bos jeeee. Padahal tak tau lagi hidup tak masa meeting tu. Bila tengok tv ingat nak seronok je, sungguh-sungguh mendongak tv tu. Padahal tak pasti hidup lagi tak sampai habis rancangan tv tu. Bila on9, cetcotcetcot bercerita. Padahal tak tau sempat tak nak shut down laptop tu. *dushdush, tumbuk diri sendiri* 

Cuba kita tanya balik kat diri kita ni, malaikat maut melawat kita berapa kali sehari? Dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas, Rasulullah SAW bersabda "Malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi 70 kali sehari." Ketika Izrail memerhatikan wajah-wajah ini, kelihatan ada manusia yang sedang tertawa. Lalu berkata Izrail "Alangkah hairannya aku melihat orang ini. Aku di utuskan Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok bergelak ketawa" *Terasa tak terasa tak?*
Manala tau, dalam sedap-sedap gelak tu Izrail cabut nyawa. Nauzubillah, Ya Allah, ada ke iman dalam hati saat gelak-gelak tu? >_< Kalau Izrail cabut nyawa masa buat perkara berfaedah kerana Allah takpe jugak, Alhamdulillah. Mati dalam kebaikan.

Ok, moving on. Sapa yang tak pernah buat dosa. Sila berdiri. *fuiyoooo, ramainya* Semua orang pernah buat salahkan? Ye tak? Ke saya sorang je pernah buat salah ni? Iskisk.

Kita diberi akal untuk menilai yang mana baik dan mana jahat. Yang mana dosa, mana satu pahala. Mana satu Allah redha dan yang mana Allah murka. Tapi betul ke semua orang guna akal yang dikurniakan untuk fikir semua tu? Ke fikir dunia je? Cukup la sekadar betul kat dunia, yang penting orang nampak hebat. Gitu ke?

Selalu jugak kita dengar orang cakap "Aku ni banyak dosa, aku hina, kotor. Allah tak pandang aku dah. Nak ke Allah terima taubat aku? Masihkah pintu taubat terbuka untuk aku?" and etc2.

Ishishish *geleng-geleng kepala* Memang kita rasa rendah diri, rasa berdosa yang amat bila banyak buat kesilapan, tapi jangan sampai rasa berdosa tu menghalang kita daripada merasai kebesaran Allah dan sampai rasa tak layak nak mintak ampun. Memang kita patut rasa eee *muka kedut2 geli* dengan dosa, jangan sesekali redha dengan dosa yang kita lakukan walau sekecil mana pun, Tapi, jangan sampai kita bersangka buruk pada Allah! ingat tu. Allah tak kejam. Kita buat salah pun Allah masih bersama kita, masih beri rasa keinsafan tu, what makes you think that Allah is not gonna forgive you? Padahal Dialah yang memberikan hidayah. Dia nak kita kembali ke jalan yang benar. Alhamdulillah. Keampunan dan Rahmat Allah melebihi segalanya, melebihi dosa-dosa yang kita lakukan. 

"Eh, tak percayalah. Kau cakap camtu semata-mata nak sedapkan hati aku je. Aku ni jahat. Tak layak jadi orang baik"

Tak percaya eh? Meh sini nak bagitau sikit.

"Daripada Anas r.a berkata, aku mendengar Rasulullah bersabda 'Allah SWT telah berfirman; Wahai anak Adam! Sesungguhnya selagi mana kamu meminta dan berharap kepadaKu, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak akan memperdulikannya lagi. Wahai anak Adam! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepadaKu, maka akan Aku ampuni kesalahanmu. Wahai anak Adam! Sekiranya kamu datang kepadaKu dengan dosa sepadat isi bumi, kemudian kamu datang menemuiKu diakhirat dalam keadaan tidak menyekutukanKu dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi juga' "

"Demi Tuhan yang mana aku berada ditanganNya, sekiranya kamu melakukan kesalahan sehingga memenuhi dosamu diantara langit dan bumi, kemudian kamu memohon ampun kepada Allah, nescaya Dia akan mengampunimu" (Hadis Rasulullah)

Hadis Qudsi yang dipetik dari kitab Allitihafat " Satu kebaikan akan diganda sepuluh malah lebih, manakala satu kejahatan tetap dikira satu (tidak diganda) ataupun Aku mengampuninya. Sekalipun kamu menemuiKu (selepas mati) dengan dosa sebesar bumi tetapi tidak syirik kepadaKu, maka Aku akan menemuimu dengan keampunan sebesar itu."

Ok, sekarang nak tanya. Apa yang buat kamu rasa dosa kamu lebih besar dari keampunan dan rahmat Tuhanmu (Allah) ? *soalan buat diri sendiri* Sedangkan setelah mati pun Allah akan datang dengan keampunanNya kalau kita tak mensyirikkan Allah, apatah lagi kalau hidup-hidup ni kita datang merayu-rayu meminta keampunan. Allah pandang kita, Allah tengok, Allah akan ampunkan.Yakin la. Allah Maha Pengampun. Bukankah Allah suka pada hambaNya yang melakukan kesilapan dan meminta ampun? Tapi ingat eh, Allah janji akan ampunkan kita bukan jadi point untuk kita terus lakukan dosa. No no no. Sila taip STOP DOSA dan hantar ke ..... message delivered. =D

Kita bukan nabi, bukan Rasul yang ma'sum. Sure-sure kita buat silap. Tapi sejauh mana usaha kita untuk stop atau cikai-cikai pun untuk kurangkan kesilapan yang kita lakukan? XDE? HAA? Biar betul??? Mesti la ada kan? Fitrah manusia memang sentiasa mencari kebaikan. Kalau tak banyak, mesti ada sikit niat nak jadi baik kan? Niat yang baik pun dah dapat pahala *insyaAllah* so kalau nak pahala ganda-ganda, jangan la biar niat tu tinggal niat eh. Realisasikan la eh. ;)

Seseorang mukmin itu tak pernah berputus asa dari rahmat Allah. Sebab rahmat Allah inilah yang kita harapkan. Kalau nak bandingkan dengan amalan kita, sebanyak mana pun takkan mampu membeli syurga Allah. Amalan kita semata-mata tidak akan mampu menyelamatkan kita dari melainkan dengan rahmat dan redha Allah. Dan kalau lah kita berputus asa sebab kita rasa kita banyak dosa, apa lagi yang dapat selamatkan kita? Dosa?

Rasa berdosa bukan bermaksud kita perlu lari lebih jauh dari Allah, tapi kita perlu tinggalkan dosa-dosa dan kembali kepada Allah. Kembali ke jalan yang lurus. Kembali merebut redhaNya. Syaitan akan selalu cuba menyesatkan kita, apatah lagi apabila kita berhajat kepada kebaikan. Masa tu la dia nak cucuk-cucuk "tak payah taubat, kau tu jahat, Allah tak tengok dah. Kau hina, tak layak nak solat, tak layak pegang Quran, tak layak sebarkan kebaikan" Cuba cakap balik kat syaitan tu "Aku nak buat baik suka hati aku la. Kau sibuk pehal?" *Eh, bole eh camtu?* Bear in mind, whenever Syatan reminds you of your past, remind Syatan of his future. Jangan tertipu dengan hasutan-hasutan jahat. Yakin pada Allah. Hidayah datang pada siapa yang dikehendakiNya. So, jangan lepaskan hidayah tu. Kamu orang terpilih. *Hoooyyeeeaaaaahhh!*

Every righteous man has a past, and every sinner has a future. InsyaAllah. 

"Ya Allah, keampunan Mu lebih luas dari dosa-dosaku. Dan RahmatMu lebihku harapkan disisiku dari amalan-amalanku."


Dekatkan kita dengan mati? So, dah ready ke nak melangkah ke alam lain ni?

Saturday, 2 June 2012

Life as I See It #4 ; Tadabbur Alam.

Tadabbur tu apa ek? Selalunya term tadabbur ni popular dalam kalangan budak-budak usrah. Tak gitu? Setiap kali usrah mesti TS (Tadabbur surah) kan? Tapi betul ke tahu apa maksud tadabbur tu? Tadabbur bermaksud ??? Ce teka ce teka. *hihihi* Yang tu tadabbur surah, post saya plak cakap tadabbur alam, apa ni?

Kalau tak bagitau tadabbur tu apa, susah plak nak cakap tadabbur alam ni apa. =.='' Tapi takpe, tadabbur alam is berjalan dan bermusafir untuk melihat kebesaran Allah yang diciptakan untuk mereka yang berfikir. Siapa mereka yang berfikir? Kitaaaaaaaa~ (baca dengan nada budak sekolah jawab soalan cikgu dalam kelas.) So, sila cari sendiri maksud tadabbur itself. It's your homework. Nak dapat pahala lebih, kena la usaha lebih kan?

Siapa kita? Kita adalah manusia. Eh, ada orang utan ke baca blog saya? Waaaaa~

"(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata) ; 'Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menjadikan semua ini sia-sia!' " (Al-Imran : 191)

Tidaklah semua yang Allah ciptakan ini sia-sia, melainkan untuk kita hambaNya berfikir.

Rasulullah bersabda, "Berfikir sesaat itu lebih baik dari beribadat setahun" (Ibnu Hibban)

Tapi tak bermaksud bila kita dah berfikir sesaat tu, tak payah beribadat dah sepanjang tahun, kan berfikir tu lebih baik. Bukan begitu. Kamu semua kan bijak, mesti la faham apa maksud sabda Rasulullah. *tolongla faham*

Setiap yang diciptakan, setiap perkara yang berlaku, pasti mengingatkan kita pada Allah. Ke tak? Janganlah begitu, mereka yang berfikir juga mereka yang selalu berzikir. Kalau apa yang kita lihat, atau apa yang kita lalui masih tidak meningatkan kita pada Pencipta kita, something is wrong with our iman. Fix it, please.

Kenapa tiba-tiba cerita pasal tadabbur alam ni? Sebabbbbbb, saya baru balik dari perjalanan yang agak memenatkan, tapi seronok! Alhamdulillah. Dari Ipoh ke Cameron. Dari Cameron ke Jengka. Dari Jengka ke Kuantan. Dari Kuantan balik semula ke Ipoh. *fuh penat giler (sambil lap hingus)* Walaupun sampai-sampai je kat Kuantan terus demam sampai sekarang (sebab tu hingus leleh-leleh), tapi saya dapat banyak pengajaran dari perjalanan kali ni. Alhamdulillah. =D

Jom saya share sikit apa yang saya nampak sepanjang perjalanan. *wink*



Ni kat Cameron Highlands. Banyak lagi view yang menarik tapi saya tak berapa pandai nak tangkap gambar so jadi tak berapa nak cantik.


Kat Jengka saya tak sempat nak tangkap gambar banyak-banyak. Kucing comel ni je la yang ada. Makhluk Allah yang adorable kan? Rasulullah pun sayang kucing, kenapa tidak kita? =D



Ni gambar otw ke Kuantan. Air tu kat Gambang Waterpark. Singgah sebentar je. And, terima kasih kepada air tu, saya berjaya cuba 2 teknik tangkap gambar air. Alhamdulillah. Nampak tak bezanya? =P




Ni di Kuantan.


Ni pakcik Syuib bin Alif. Pakcik ni jaga tandas awam kat sebelah hotel Mega View. Sempat la sembang sikit-sikit ngan pakcik ni. Mekasih sebab sudi layan saya pakcik. =) Tu pokok Pakis Hutan. Pakcik Syuib yang cakap.


Bunga ni cantik. Dan mampu tumbuh sepasu dengan pokok yang sangat besar. Subhanallah. MasyaAllah. Hebat kan? Kecik, cantik, hebat.


Ni seorang pakcik tua yang jalan tanpa selipar. Tapi bila senyum, pakcik ni nampak sangat bahagia. Kalau tengok muka sahaja, macam takde masalah, tak sedih sikit pun. Padahal jalan raya tu sangat panas dan dia hanya kutip tin. Kalau pakcik ni mampu bersyukur dan wajahnya nampak riak bahagia, kenapa tidak kita yang ada hampir segalanya? *Tepuk dada tanya iman*


Ni kat tol Ipoh. Selamat sampai. Alhamdulillah.

************************************

Dah tengok gambar? Apa yang awak dapat dari gambar-gambar tersebut? Hanya sekadar melihat sebab saya post disitu? Ishishish, no good la you. Sekali lagi diingatkan, semua yang Allah jadikan ni bukanlah sia-sia. Tapi untuk kita berfikir. Dari awan, langit, air, pokok, haiwan, manusia. Semuanya untuk kita kaitkan dengan kebesarannya. Allah dah sedia macam-macam. Terpulang kepada kita untuk guna macam mana. Sama ada untuk dilihat dan dilupakan begitu sahaja. Atau untuk mengambil ibrah dan menggunakan akal untuk memikirkan kekuasaan Allah.

Jelas terbukti betapa halusnya bahasa Allah untuk menyedarkan manusia agar menikmati kejadian alam ciptaanNya. Orang-orang Muslim adalah mereka yang sentiasa bertasbih memuji Allah, dan seharusnya kita menjadi ahli fikir dan menggunakan teknologi untuk tidak mensia-siakan ciptaan Allah. *That's what i'm trying to do. Semoga Allah redha.* Ambillah segala yang ada di dunia ni untuk akhirat. Buat bekalan bertemu Ilahi agar tak sia-sia kita dilahirkan sebagai manusia.

Walau apa sekalipun yang kita lakukan, cuba niatkan untuk Allah. Berjalan di bumi Allah adalah sesuatu yang amat dituntut dalam Islam sesuai dengan pengulangan firman Allah yang bermaksud;

"Katakanlah (wahai Muhammad)! Berjalanlah kamu diatas muka bumi dan lihatlah (kajilah/selidiklah/analisalah) ..."

Rasailah kenikmatan pada setiap kejadian Allah pada setiap saat walau di mana kita berada dan walaubagaimana sekalipun ia terjadi. InsyaAllah.

FactboutMe 1:  Saya banyak tangkap gambar awan sebab saya rasa awan sangat cantik. Tak perlu tunggu awan tu ada word Allah or Muhammad baru nak kagum ye. Setiap saat dan ketika awan di langit tu sangat mengagumkan. Indahnya ciptaan Allah. 

FactboutMe 2: Suka jugak benda-benda hijau dan bunga yang warna warni. Kalau dulu kat KTT, sangat suka berdiri di koridor sebab nak tengok hutan kat belakang. Orang boleh cakap takde apa pun nak ditengok hutan tu, tapi bagi saya hutan, gunung, bukit, pokok, semua tu ciptaan Allah yang indah dan menenangkan hati. Alhamdulillah. Bila orang tebang hutan tu, saya betul-betul sedih. :(

P/S : Bila nak pergi bermusafir tu, jangan asyik fikir holiday je ye pembaca budiman. Tadabbur alam sangat seronok. Bermusafir dan berfikir. ;)