Monday, 30 April 2012

Muhasabah Diri #3

Alhamdulillah. Ni dah siri ke tiga. *saya rasa cam penerbit drama. =P* Apapun, kali ni nak cerita pasal sifat-sifat mahmudah. Soalan saya, apakah itu sifat-sifat mahmudah? *sape dapat jawab tanpa tengok list saya saya bagi aiskrim*


sifat mahmudah adalah akhlak/kelakuan/tindakan yang terpuji dan cantik pada pandangan mata dan hati manusia secara fitrah dan estetika. Sifat-sifat ini akan memberi kesan positif (mahmudah) kepada pelaku dan persekitarannya.

Rasulullah bersabda "Sebaik-baik manusia adalah yang paling baik akhlaknya".

So, mari kita tengok 10 sifat-sifat mahmudah. Harap-harap adala kat diri kita ek. *wink* InsyaAllah.

1. Taubat - memohon keampunan dari Allah s.w.t dengan penuh keikhlasan dan menyesal terhadap kesalahan yang telah dilakukan.

"Sesungguhnya Allah menerima taubat seseorang hambaNya selagi nyawa belum sampai ke kerongkong." (HR Tarmizi)

"Hai orang-orang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya (taubat nasuha). Mudah-mudahan Allah menghapuskan kesalahan kamu." (At-Tahrim : 8)

2. Takut kepada Allah yakni Taqwa. - Saidina Ali pernah berwasiat tentang taqwa "Taqwa ialah (1) Takut kepada Allah dalam setiap perkara. (2) sentiasa redha dengan pemberian Allah walaupun sedikit. (3) sentiasa melaksanakan sistem Islam sebagaimana yang telah diturunkan Allah di dalam Al-Quran. (4) dan sentiasa bersedia dengan bekalan terbaik bagi menghadapi kehidupan akhirat yang kekal abadi"

3. Mahabbah (Kasih Sayang) - Rasulullah bersabda "Tidak sempurna iman seseorang kamu selagi aku lebih disayangi daripada kamu menyayangi kedua ibu bapamu dan manusia seluruhnya"

"Tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri"

4. Zuhud - Mengambil dunia sekadar perlu/ mengambil dunia untuk akhirat. Zuhud bukan beerti kita meninggalkan terus dunia. Tetapi kita perlu mendidik diri dan pemikiran agar tidak tertipu dengan kesenangan dunia dalam tujuan mengabdikan diri kepada Yang Maha Esa. InsyaAllah. Ayuh jadi zuhud! =D

"Supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula gembira dengan apa yang diberikan kepada kamu" (Al-Hadid : 23) 

5. Sabar - "Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui siapa yang berjihad dan siapa yang bersabar di antara kamu" (Muhammad : 31)

"Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar" (Al-Imran : 146)

"Dan bersabarlah kamu, sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar" (Al-Anfal : 46)

Rasulullah bersabda :-

"Iman terbagi kepada dua, separuh di dalam sabar dan separuh di dalam syukur" (HR Baihaqi)

"Kesabaran merupakan dhyia (cahaya yang amat terang)" (HR Muslim)

"Susungguhnya orang yang paling sabar antara kamu adalah orang yang memaafkan orang lain padahal dia berkuasa membalasnya" (HR Baihaqi)

6. Syukur - Berterima kasih

Tiga kedudukan syukur ; (1)Syukur kepada Yang Diatas dengan mentaatiNya. (2) Syukur dengan yang setaraf dengan memberi balasan kepadanya (3)Syukur kepada yang lebih rendah kedudukanya dengan bermurah hati kepadanya.

"Dan (ingatlah juga) tatkala Tuhanmu memaklumkan; 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu) sesungguhnya azabKu amat pedih" (Ibrahim : 7)

7. Ikhlas dan benar - melaksanakan sesuatu semata-mata mengharapkan keredhaan Allah dan bukanlah kebesaran dari manusia, mahupun penghormatan. Dan bukan pula untuk memperoleh kenikmatan dunia atau menolak sesuatu bencana keduniaan.

Dua tingkat ikhlas ; (1) Beribadah kerana takutkan azab Allah (2) Beribadah kerana merasakan kebesaran Allah, kehebatanNya tanpa ada niat lain di dalam hati.

"Katakanlah 'Sesungguhnya aku diperintahkan untuk mengabdikan diri dengan ikhlas ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama." (Az-Zumar : 11)

"Sesungguhnya Allah swt tidak akan menerima amalan kecuali dibuat dalam keadaan ikhlas, berkeinginan kepada wajahNya" (HR Bukhari)

"Sesungguhnya ikhlas itu ibarat semut hitam di atas batu hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat ... Sesungguhnya ikhlas itu sendiri adalah rahsia Allah" *maaf, saya tak tau ni ayat quran/hadis/kata hikmah. Kalau ada yang tau, sila2 la comment. Jazakillah/Jazakallah khayr in advance. =)*

8. Tawakal - Dari sudut bahasa tawakal ni maksudnya mewakilkan sesuatu urusan ke atas pihak lain. Word asal tawakal is 'wakalah'. Manakala, dari sudut syarak, tawakal beerti kepercayaan hati kepada satu-satunya wakil iaitu Allah SWT. 

Ibn Taiyimah pernah berkata "Hubungan antara kita dengan Allah umpama seekor burung dimana sebelah sayapnya takut (taqwa) dan sebelah lagi pula harap (tawakal)"

"...Barang siapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allahtelah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (At-Thalaq :2-3)

9. Redha dengan Qada' dan Qadar - Redha ialah menerima dengan rasa senang, saya ulang, menerima dengan rasa senang pemberian Allah sama ada dari segi hukum ataupun Qada' mahupun sesuatu ketetapan daripada Allah SWT. Qada' dan qadar pula merupakan sesuatu ketetapan yang telah ditentukan oleh Allah sejak azali dengan ilmuNya Yang Amat Tinggi, disusuli kejadian seperti mana yang telah ditetapkan. *faham ke? kalau tak faham sila tanya ye. InsyaAllah saya tolong jelaskan*

"Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan RasulNya berikan kepada mereka sambil berkata 'Cukuplah Allah bagi kami, Allah dan RasulNya akan memberikan kami kurniaNya. Sesungguhnya kami orang-orang yang berharap kepada Allah" (At-Taubah : 59)

10. Mengingati mati - Mati adalah satu kepastian. Saya akan mati, orang-orang yang saya sayang juga akan pergi. Begitu juga awak semua. MATI ITU PASTI! *muka garang ni. takut tak?* Apa yang kita patut takuti bukanlah mati itu sendiri tetapi di mana kesudahan kita setelah mati itu terjadi. It's not the death itsefl that i'm scared of, it's what's gonna happen next. Anda mengerti? 

Sabda Rasulullah "Sepintar-pintar manusia adalah yang sentiasa mengingati mati, dan bersiap sedia untuk menghadapinya. Mereka itulah orang-orang bijaksana"

********************************
Alhamdulillah. Lengkap sepuluh. Dengan sedikit dalil dan hadis. Tidak ketinggalan bebelan manja saya. (^_^).  Semoga bermanfaat. InsyaAllah akan kembali dengan siri keempat, bincang pasal sifat-sifat mazmumah plak. (*o*)

dah lewat, saya kena tidur. 

p/s : harap tak pening dengan warna-warni penulisan saya. saya suka warna warni, so please bear with it. hee~ syukran.

No comments:

Post a Comment