Pada suatu hari, Rasulullah SAW berkata kepada Saidina Abu Bakar serta para sahabat yang lain.
"Wahai Abu Bakar, sesungguhnya aku amat rindu untuk bertemu ikhwanku (saudara-saudaraku)"Lalu berkata para sahabat "Bukankah kami ini teman-temanmu?"
Jawab baginda "Bukan.Kalian sahabat-sahabatku"
Para sahabat menjadi keliru dan hairan. Siapakah yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW. Setahu mereka, yang paling rapat dengan Rasulullah adalah para sahabat sendiri. Melihat kebingungan Abu Bakar dan para sahabat, Rasulullah segera menjelaskan.
"Ikhwanku adalah mereka yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul dan mereka mencintaiku lebih dari kecintaan mereka terhadap anak dan orang tua mereka."
Para sahabat masih tidak berpuas hati lalu mereka berkata lagi, "Ya Rasulullah, bukankah kami ini ikhwan (saudara) engkau?"
Rasulullah sekali lagi menjelaskan, "Bukan. Kalian adalah sahabat-sahabatku. Wahai Abu Bakar, tidakkah engkau turut merindui ikhwanku itu? Kerana mereka turut mencintai engkau lantaran engkau adalah sahabatku"
Persoalan ikhwan terut menjadi teka-teki kepada para sahabat, sehinggalah baginda menjelaskan bahawa ikhwan merupakan umatnya sesudah baginda wafat.Walaupun mereka tidak pernah berjumpa atau bersua muka dengan Rasulullah, mereka tetap beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka membaca Al-Quran dan membaca Hadisnya. Mereka cinta akan Rasulullah sebagai utusan terakhir dan juga para sahabat yang berjuang menegakkan Islam.
*****************************************
Lalu, bukankah kita yang hidup setelah wafatnya baginda? Bukankah kita yang mengaku beriman kepada Allah dan Rasul-Nya? Bukankah kita juga yang membaca ayat-ayat cinta Allah serta cuba menghidupkan setiap sunnah baginda? Alhamdulillah. Syukur kerana kita lahir dengan iman dan Islam. Namun, persoalannya, LAYAKKAH KITA, merasakan diri kita ini seorang ikhwan? LAYAKKAH KITA menjadi umat yang dirindui baginda? LAYAKKAH KITA? Saya ingatkan, janganlah dinilai insan lain. Cuba nilai diri kita sendiri. Benarkah kita layak untuk dirindui insan sesempurna Rasulullah SAW? Apa sumbangan kita? Apa perjuangan kita? Apa matlamat kita?Lagi persoalan, adakah benar kita cinta pada Rasulullah melebihi kecintaan kita terhadap sesuatu yang lain? Melafazkan cinta dengan kata-kata memang mudah. Tapi, hati kita? Siapa yang menetap didalamnya? Siapa yang kita sering dahulukan? Boyfriend? Girlfriend? Jejaka pujaan? Gadis pilihan? Suami? Isteri? Mak? Ayah? Adik-beradik? Teman-teman? Nafsu diri? Dan siapa mereka yang kita rindui?
Di mana Rasulullah di hati kita? Di mana duduknya para sahabat dalam hati kita? Di mana kedudukan mereka dalam diri kita?
"Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku." ucap Rasulullah sekali. "Dan berbahagialah 70 kali ganda mereka yang beriman denganku meskipun tidak pernah berjumpa denganku." Tutur baginda 7 kali.
Rasulullah kasih dan rindu pada kita umatnya. Tapi mengapa tidak kita?
Ya Allah, bantulah aku dalam memperbaiki diriku sehingga aku benar-benar layak menjadi hamba yang dirindui kekasihMu. Aameen.
Jangan biar kalimat "Ya Rasulullah, aku cinta padamu" hanya sekadar kata-kata.
No comments:
Post a Comment