Saturday, 28 April 2012

Mengejar Mardhotillah #2 : Hati Yang Terluka


saya yang kuchiwa.


Macam ni la agak-agaknya rupa saya kan? Bila mengajak ditolak. Bila menyampaikan ada yang melarikan diri. Saya pun mahu lari tahu? Tapi saya pakai kasut dengan pemberat besi, sebab tu saya masih tetap di jalan yang sama. Dan insyaAllah, kasut itu tidak akan dibuka, dan saya tidak akan menapak kebelakang. Cuma ingin saya tambahkan pemberatnya agar saya betul-betul tidak akan lari dari perjuangan ini. *wink* Mengajak ke arah kebaikan bukan benda mudah. Tak semudah belajar ABC, tak sesenang kira 1+1 = 2 tapi lagi susah dari Physics, Bio, Chem, dan Add Math. Saya tak start medic lagi *insyaAllah in few months saya rasa la susah study medic tu* so saya tak bole la cakap lagi susah dari blajar medic. Maybe susah sikit dari Scholastic Test. Hmm.

Mengajak ke arah kebaikan, umpama mahu mengajar cara-cara membedah pesakit kepada seorang doktor pelatih padahal kamu adalah seorang driver. =OOO Macam mana tu? Agak-agak, ada tak yang percaya? Yela, dulu kamu pakar bedah, tapi tukar profession jadi driver sebab stress kerja dalam dewan bedah. Tapi orang tak tau dulu kamu siapa, orang pandang kamu yang sekarang. Macam tu jugak dalam perjalanan mengajak ke arah kebenaran. Kita juga pernah jahil, jadi bila kita dah terima cahaya *Alhamdulillah* kita cuba mengajak ke arah kebaikan. Tapi sejauh mana kata-kata kita dipercayai? Sehebat mana penolakkan yang harus kita hadapi? Hmm. *hmm lagi. heh.*  

Seriously, tak semudah yang saya sangka. (-.-)' Kadang-kadang hati saya terkecil sedikit *kecik hati* bila ada yang menolak kebaikan yang cuba disampaikan. Betul, mungkin pada ketika itu saya terlupa hidayah milik Allah kerana saya mahu mereka-mereka bersama di jalan dakwah dan tarbiyah yang awesome ni. *siryes tak tipu! memang sangat-sangat awesome. (sambil buat muka comel mata bersinar-sinar)* Saya hanya manusia biasa. Yang menerima hidayah kerana Allah yang memberikan cahaya tersebut. Bukan kerana saya hebat. Bukan. Bukan sebab saya baik. Tidak sama sekali. Tetapi saya cuba menjadi baik, saya berusaha menjadi hebat disisiNya. InsyaAllah. Tapi saya sedih bila orang-orang yang saya sayang, seakan-akan menolak kebaikan yang cuba disampaikan. Kita semua dilahirkan dengan fitrah. Fitrah kita inginkan kebaikan. Sila jangan seksa dalaman anda dengan menolak kebenaran dan kebaikan. Saya tak tipu. Mak saya cakap jangan tipu. Tolong la percaya. Pleaseeee~~~

Saya ni banyak membebelkan? Agaknya sebab tu orang lari. Tak pun orang tak faham bila saya bercakap. Ke sebab saya ni membosankan? Cakap panjang lebar tapi point satu je. Yes, that's my weakness. Bercakap berjela-jela tapi isinya seciput. Sebab itu saya lebih gemar meluahkan dengan menulis. Ini pun saya tak mahir sebenarnya. Tapi saya expert dalam mendiamkan diri. *yeahhhh!* Tapi, sampai bila saya harus berdiam diri? Saya tak mahu putus asa. Sebab saya nampak, jalan ini masih sangat panjang. Mungkin jika saya berhenti dan terus mendiamkan diri, tidak memberi kesan pada perjalanan dakwah dan tarbiyah. Tapi bayangkan, setiap orang punya pemikiran seperti ini, maka jalan ini akan sunyi sepi. Dan bilakah kebangkitan Islam itu dapat dikecapi? Apabila Allah musnahkan kita kerana hanya menjadi beban kepada dunia? Ini mungkin terjadi, kerana Allah pemilik segalanya.Dia boleh buat apa saja. Jangan cakap itu tak mungkin ye.

 Setiap kali hati saya terluka, saya baca ayat cintaNya berulang ulang ulang kali *memang ulang banyak kali* agar luka tersebut tidak meninggalkan parut mahupun menjadi kecacatan pada hati saya yang comel ni. =D

"Dan berjihadlah kamu dijalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama ..." (Al-Hajj : 78)

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" (Al-Asr : 1-3)

"Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan amalnya baik dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia dan air muka meraka pula (berseri-seri) tidak diliputi sebarang kesedihan dan kehinaan. Mereka ialah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya." (Yunus : 26)

Inilah antara ayat-ayatNya yang benar-benar membuatkan saya masih bertahan dan cuba terus bangkit. InsyaAllah. Semoga turut terkesan di hati kalian. (^_^). Saya tidak mahu masuk syurga sorang-sorang, tapi saya lagi tak mahu ke neraka beramai-ramai *Nauzubillahi min dzalik*. Yang dikejar bukanlah syurga, tapi keredhaanNya. Lantas dengan keredhaan itulah kita bakal ke syurga dan kekal di dalamnya untuk selamanya. InsyaAllah. Apa kamu tidak mahu ke syurga? *sila tanya diri anda sendiri*



2 comments:

  1. nak share sket pasal surah al-asr
    bak kata imam syafie: isi 3 ayat ini sudah cukup untuk memandu hidup manusia..jika mereka benar2 memahami

    manusia, bedasarkan ayat ni, lahir2 je dah mmg rugi, BY DEFAULT (so sekarang ni, tengah rugi la kite ni..huhu)

    tp Allah bg solution!

    KECUALI golongan yang mengamalkan 4 ciri2 ni

    1)beriman
    2)beramal soleh
    3)berpesan2 dgn kebenaran
    4)berpesan2 dgn kesabaran

    'saya dah beriman.solat pun alhamdulillah cukup'

    NO3! anda still termasuk dalam golongan yang rugi.kerana anda meninggalkn lg 2 ciri tu.keempat2 ciri tu COMPLEMENTARY..no choice.tidak dapat tidak, kena buat juga!

    jadi, adakah anda mahu terus berdiam diri??

    -maaf tuan punya blog.panjang plak tulis.hehe-

    ReplyDelete
  2. Jazakallahu khayr atas perkongsian. ;)

    ReplyDelete