Wednesday, 4 December 2013

Saya Si Mat Jenin -_-

"Fail lagi la. -_-. Kenapa Allah asyik uji dengan fail je? Salah ke kalau saya rasa macam tu?"
"Haritu masa awak lulus semua paper awak tanya, Allah tak sayang dah ke sebab Allah luluskan je. Kali ni Allah bagi fail awak tanya kenapa. Awak rasa kenapa?"
"Sebab Allah nak cakap Dia still sayang? Ke? Hehe. Ke sebab saya banyak buat salah so Allah nak balas kejahatan tu?"
"Yakinlah, Allah sentiasa sayang. Kalau rasa jauh tu, kitalah yang menjauh, bukan Allah. 'Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya'.(Al-Qaaf :16). Allah dekat sangat, Allah tahu apa yang awak bisikkan dalam hati. Allah tahu apa niat awak semasa awak study. Allah tahu niat awak masa awak jawab soalan exam. Allah tahu semua Mi. Kalau nak cakap sebab Allah nak balas tu tak tahu la nak cakap macam mana. Wallahualam"
"Kadang-kadang saya rasa macam nak give up. Kalau jadi baik, Allah uji banyak. Kalau jadi jahat, Allah tak uji sangat pun. Tapi rugilah saya kalau macam tu kan. Kerana dunia saya lepaskan akhirat tu."
"Betul, rugi sangat kalau awak menyerah kalah macam tu je. Syurga tu nikmatnya lebih daripada lulus exam."
"Hehe. Tau."
" Mesti ada sebab kenapa awak fail tu. Jap, awak ingat lagi tak apa yang awak study haritu? Ke lupa dah sebab dah exam?"
"Mungkin dah lupa. Haha. Betullah tu, Niat study tu sendiri dah salah. So lepas exam lupa terus. Rasa macam tak amanah pulak."
"Kenapa rasa macam tu?"
"Sebab Allah suruh jadi Doctor. Doctor kerja handle patients. Tapi apa yang saya study, saya ingat untuk jawab soalan exam je. Tu pun ingat separuh hati ke. Sebab tak faham betul-betul pun. Padahal penting sangat untuk koas dan ke depan nanti. Hmm. Hmmmmm."
"Bagus lah kalau sedar. Lepas ni, study betulkan balik niat, kalau niat nak lulus je, insyaAllah lulus tapi rugilah, lulus sia-sia. Tapi kalau niat nak lulus je then Allah bagi gagal, Allah sayang lagi tu, Dia taknak awak lulus sia-sia. Tapi, kalau awak tak study sungguh-sungguh, macam mana Allah nak tolong. Ingat 1 sunatullah, 9 nasrullah."
"Hmm, ingat-ingat. Saya siap tampal kat dinding tempat study lagi. Mungkin usaha saya tak mencapai 1 tu lagi. Sebab tu yang 9 pun tak sampai lagi. Takpe, insyaAllah lepas ni cuba lagi."

**************

Allah itu dekat. Amat dekat. Kita je yang selalu lari jauh.
Allah sayang, sebab tu Allah datangkan ujian.
Betulkan niat. Syurga tu jauh lebih best dari dunia.
Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka yang mengubah nasib mereka sendiri.
Tak boleh selalu fail exam,takut nanti mendatangkan fitnah pada dakwah dan tarbiyyah.
Tak study tapi mengharap lulus samalah seperti Mat Jenin.

-Sabarlah dalam taat. Ikhlaslah dalam amal dan redhalah pada setiap ketentuan.-

P/s : Tak lulus exam ni cemana nak balik Malaysia nak g kursus nikah? Cemana cemana? Ce bagitau. 

P/ss : "Tu la ko Mi, fikir nak kuruskan badan je. Study ntah kemana mana." <--- Siryes tak membantu LANGSUNG!

Wednesday, 20 November 2013

My Heart Was Moved ...

Time hujan-hujan, sejuk, nyaman cenggini la terasa nak menulis. Study tak habis lagi, Isnin nak exam dah. Nyaaaa, menangis. Ok, tak payah nak menangis sangat la sebab memang nak menulis. Hoho.

Jumaat Sabtu Ahad lepas pergi Jogjakarta, ada program. Rasa bahagia sangat. Alhamdulillah. Mungkin sebab dah lama tak 'keluar' berprogram. Alhamdulillah, banyak input yang semoga dapat menjadi ouput ye tak? InsyaAllah.

Bukan nak cerita pasal inti program. Tapi nak share cerita dan peristiwa yang mungkin memberi impak besar pada hati. *tembak diri sendiri*

Okay, sebelum pergi, seorang akhwat ada share cerita, di mana cerita ini di ceritakan semula oleh beliau semasa tazkirah Maghrib di Falah. Dua kali cerita, dua kali jugak menyentuh hati. Mungkinkah kerana saya seorang yang sensitif? Hmm, mungkin.

Ceritanya lebih kurang begini,

Pada suatu hari, ada seorang pakcik tengah mengajar. Tiba-tiba datang seorang pemuda, "Tuan, kapal dagangan tuan telah karam dan tidak dapat diselamatkan." Si pakcik pun berhenti sejenak dan berkata "Alhamdulillah" kemudian sambung mengajar.
Tidak berapa lama kemudian, pemuda tadi muncul kembali "Maaf tuan, yang karam bukanlah kapal tuan. Kapal tuan dan seisinya selamat". Si pakcik itu pun berhenti sejenak dan berkata "Alhamdulillah" kemudian meneruskan pengajaran beliau.
Setelah kelas selesai, salah seorang murid bertanya kenapa beliau mengucapkan Alhamdulillah untuk kedua-dua peristiwa.
Katanya "Apabila berita tentang kapalku karam dikhabarkan, aku berhenti sejenak dan bertanya adakah hatiku terusik atas kehilangan harta-hartaku. Tapi hatiku tidak merasakan apa-apa. Lalu ku ucapkan Alhamdulillah. Dan setelah itu, diberitakan bahawa kapalku selamat, aku berhenti sejenak dan bertanya adakah hatiku gembira dengan khabar tersebut, tetapi hatiku tidak merasakan apa-apa dan kuucapkan Alhamdulillah."
Dipetik dari cerita seorang akhwat yang memetik cerita dari Yasmid Mogahed.

Nak dijadikan cerita, semasa di Jogja, malam tu balik dari Jejamuran. Jejamuran sangat awesome. Sedap sangat. huhu. Semua makanan adalah based on Jamur (Cendawan). Semua jamur tapi rasa cam ayam. *terliur* Nyehh.

Kembali ke jalan yang benar (cerita asal), bila sampai Falah, saya merasakan ada sesuatu yang kurang. Belek-belek, dah sudah, cincin yang hilang. =_=. First thing yang terlintas di kepala, "Innalillahi wa inna ilaihirajiun. Kalau memang cincin tu hak aku, mesti jumpa balik". Walaupun tau kalau tercicir di Jejamuran, harapan nak jumpa mungkin 0.01%? Cincin tu memang besar, size 13, so bila-bila masa boleh slip off dari jari. So, niat asal nak ke kamar mandi terbantut, patah balik ke ruang tamu, tanya akhwat yang ada kat situ, tadi pergi Jejamuran pakai cincin tak. Jawapan, "Akak rasa pakai, nampak awak pakai tadi" Nyaaaaa. Jatuh ke jantung masa tu? Mungkin tak. Tapi terasa kepayahan nak mengcoolkan hati. Tak berhenti meyakinkan diri kalau itu memang hak saya, pasti ada. So seorang akhwat tolong korek beg, dan saya kembali ke kereta untuk mencari. Harapan memang 0.1% je untuk jumpa cincin tu. Tapi bila bukak je pintu kereta, nampak cincin kat bawah seat driver. Alhamdulillah.

Nak di jadikan cerita, korang nampak tak perbezaan saya dan pakcik di atas? Mungkin kerana itu saya tersentuh double. Pakcik tersebut mengucapkan Alhamdulillah kerana hatinya tidak tergerak sedikit pun oleh harta. Tapi saya mengucapkan Alhamdulillah sebab jumpa balik cincin yang tercicir. Kalau nak cakap "takpe, memang patut pun bersyukur sebab jumpa, cincin tu ada nilainya yang tersendiri".

Tak kan pakcik yang hilang harta sekapal tu hartanya tak bernilai? Lagilah bernilai, satu kapal. Kita kalau hilang beg duit pun riuh sekampung mencari, inikan pula sekapal harta hilang. Heh. *sentappp bro!*

Bukan tak boleh bersyukur kerana jumpa balik, boleh dan haruslah berterima kasih padaNya, cuma persoalannya sekarang, mungkinkah dunia masih bertapak dihati? Mungkin. *Air mata mengalir laju*

Dan Allah berkata dalam Surah Al-Baqarah ayat 155 dan 156,

"Dan sungguh Kami akan menguji kalian dengan sedikit rasa takut, kelaparan, dan kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (Yaitu), orang-orang yang jika tertimpa musibah, mereka mengucapkan, “Innâ lillâhi wa innâ ilaihi râji`ûn (sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kami akan kembali kepada-Nya)”.

"Katakanlah (wahai Nabi Muhammad): "Jika bapa-bapa (dan datuk nenek) kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) lebih kamu sukai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad pada jalan Allah, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan hukuman-Nya (azab-Nya). Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasiq." (At-Taubah : 24) *air mata cam air terjun*

P/s : Pakcik tu sangat awesome. Hatinya tidak terusik kerana dunia. Hati kita?

P/ss : "I learned only Allah belongs to the heart and the rest is a gift that belongs in the hands;even if they are halal thing" - Yasmin Mogahed.

Tuesday, 12 November 2013

BM?

*senyum lebar sorang-sorang*

Kebelakangan ni, ada beberapa kenalan, rakan, sahabat, teman, dan beberapa orang femes telah selamat diijabkabulkan. Alhamdulillah. I am very happy for all of you. To those who invited me, im so sorry i couldn't make it sebab tak balik Malaysia. Huhu. Hanya kiriman doa mampu saya hadiahkan. Semoga kalian bahagia ke anak cucu cicit dan seterusnya, semua berkumpul semula di syurga kelak. Amiin.

Bila ramai yang dah hidup berdua ni, kita pun rasa macam nak jugak kan, ye tak? Haha. *Lempang diri sendiri* Tapi adakah kehidupan berumah tangga tu seindah yang kita impikan? Wujudkah fairy tale yang adanya and they live happily ever after tu? Adakah si dia yang kita kenal akan tetap begitu setelah akad dilafazkan atau muncul belang yang di sembunyikan? Atau mungkin akan ada pihak lain yang ibarat cacing kepanasan melihat senyuman kita pada hari bahagia tersebut? Atau mungkin kita yang berubah hati, berubah tingkah laku berubah segala-galanya setelah ijab dan kabul?

Kalau perubahan menuju kebaikan, Alhamdulillah. Semoga semuanya baik-baik saja. ;)

Jom cerita sikit. Salah satu kisah yang mungkin akan menyentuh hati sebahagian dari kita dan mungkin juga tak memberi apa-apa kesan.

Ibnul Qayyim Rahimahullah menuturkan, kononnya pada suatu ketika dahulu, terdapat seorang lelaki yang baru sahaja bernikah. Dan wanita yang dinikahinya itu seorang buta. Pada malam pernikahan, wanita tersebut masuk ke kamar tidur. Si lelaki pun melihat pada wajah isterinya terdapat parut cacar yang besar.

Cuba teka apa yang terjadi...*Huehuehue*

Si lelaki pun pun menendang keluar sang isteri sambil berkata, "Hodoh gila!" Ok tipu je.

Si suami pun berkata, "Mataku bermasalah. Aku juga buta"

Dua puluh tahun kemudian, si isteri meninggal dunia TANPA mengetahui bahawa suaminya seorang yang celik penglihatannya.

Ada yang bertanya mengapa si suami sanggup menjadi 'buta' selama dua puluh tahun. Lantas jawab si suami "Aku tidak mahu penglihatanku pada parutnya itu membuatkan isteriku bersedih hati"
-Petikan dari buku Ya Allah, Bahagiakan Keluarga Kami-

Allahu Akbar! SubhanAllah. Mulianya hati si suami. Hari ini ada berapa ramai di antara kita yang sanggup menjaga hati pasangan hingga sebegitu tahapnya? Siapa di antara kita yang memilih pasangan tanpa melihat pada rupa di awalnya? Siapa? Orang yang isi borang BM pun rasanya ada gambar kot untuk tengok. OK, saya bukan nak menilai siapa-siapa, tapi kita yang membaca, nilailah diri sendiri. Tepuk dada tanya iman.

Tapi main pointnya bukan rupa. Main pointnya, nak tanya siapa yang boleh jaga hati pasangan sampai begitu hebat tahapnya. Sanggup mengaku buta sebab tak nak si isteri bersedih hati. Siapa? Kalaulah ada...

Bukanlah bermaksud kalau isteri dah gemuk boingboing si suami kena cakap dia tu buta or kalau suami perut cam bunting si isteri mengaku buta. Bukan. Ni zaman sekarang ada je suami yang kalau isteri masak tak sedap sikit, complain. Kalau rumah bersepah complain lagi, itu ini semua complain. Si isteri pulak bila si suami kurang duit tak kaya macam jiran sebelah, merungut tak sudah. Kalau suami nyanyi suara tak sedap, kutuk bukan main haa. Dan macam-macam lagi.

Tak rasa awesome ke kalau kita ada pasangan yang sanggup menjaga hati kita seperti lelaki dalam cerita di atas? Kalau nak pasangan begitu, kitalah yang harus begitu dahulu. Bak kata orang, Be the good you wanna see in this world atau Be the person who you really wanna meet.

The Prohet (PBUH) said: "The most perfect believer in faith is the one whose character is finest and who is kindest to his wife." (Ahmad Tirmidhee and Ibn Majah)

Ingat tu kaum laki-laki. Korang bukan perfect believer kalau setakat dakwah ke sana ke mari hu ha hu ha tapi ngan isteri layan cam orang gaji. Korang bukanlah perfect believer kalau setakat baik ngan geng ofis ngan staff-staff ngan member-member tapi dengan orang rumah cakap guna pitch paling tinggi suara boleh capai. Dengan orang boleh belanja makan, belanja itu belanja ini, tapi ngan isteri kedekut taik hidung kering *cam geli nak cakap masin*. Pandai-pandai la fikir sendiri ye.

And untuk kaum wanita, especially kawan-kawan yang telah bernikah, ada sepuluh nasihat yang mungkin kalian nak kena ingat, tanam elok-elok dalam kepala. Nasihat dari ibu Ummu Iyas.

"Wahai puteriku, peliharalah sepuluh haknya, dengan begitu engkau menjadi wanita paling bahagia."

1 - Ikhlas dan puas menerima apa adanya. 

2 - Mendengar dan taat kepada perintah-perintah baiknya. 

3 - Peliharalah tempat dimana tatapan matanya tertuju. Jangan sampai matanya tertuju kepadamu ketika engkau dalam keadaan jelek (hodoh).

4 - Peliharalah tempat ke mana penciuman hidungnya tertuju. Jangan sampai dia mencium bau yang tidak harum.

5 & 6 - Perhatikan waktu tidur dan makannya. Kerana gangguan tidur dan perut kosong dapat menjadi pemicu kemarahan.

7 - Jaga benda miliknya (harta)

8 - Perbaiki hubungan dengan keluarganya.

9 - Jangan melawan perintahnya kerana jika engkau melawan, engkau akan membuatnya cemburu.

10 - Jangan menyebarkan rahsianya kerana jika engkau menyebarkan rahsianya, engkau tidak akan aman dari tipu dayanya.

Jangan engkau senang di depannya ketika dia sedang bersusah hati dan jangan engkau bermuram durja di hadapannya ketika dia sedang bahagia.

Huhh. Macam kena tembak tak yang perempuan? Saya tahu nak buat sepuluh tu susah, sebab saya pun merasa berat. Bukan berat nak melaksanakan, tapi khuatir tak terlaksanakan. Tapi kalau suami pandai jaga hati macam lelaki tadi yang sepuluh ni kacang je kan kawan-kawan? *hihi*

So, sisters yang dah ada suami, jagalah hati, jaga penampilan jaga tingkah laku, jaga semua depan suami korang. Kalau yang dah bercinta sebelum nikah tu, macam mana korang nak 'control ayu' depan boyfriend korang tu dulu, keluar dating wangi sampai seberang sungai, nak pilih baju pun berjam-jam sebab nak jadi bidadari depan boyfriend kononnya, lepas nikah double the effort k. InsyaAllah dapat pahala, tak sia-sia macam dulu-dulu. ;)

Hmm, lama tak cerita panjang, tiba-tiba post pasal rumah tangga. Nyehhh.

Apapun, semoga bermanfaat. =)

P/s : Ya Allah, saya nak nikah dua kali dengan orang yang sama. Sekali kat dunia sekali lagi kat syurga. =DDD Kat syurga nak buat grand wedding segrand grandnya sebab semua free. Hoho. *Dasar manusia kuat berangan =_=*

Friday, 8 November 2013

Maaf Kalau Saya Berwajah Kelat.

Orang jauh mungkin tak perasan, orang dekat mungkin ada yang perasan dan mungkin ada yang tak perasan. Tapi, lately saya sangat cepat hilang kesabaran dan kadang kala menunjukkan wajah yang kurang enak dipandang. I am sorry, truly sorry. Bukan marah kat siapa-siapa, bukan benci bukan tak suka. Cuma tolong jangan mentrigger kemarahan atau menguji kesabaran dengan aksi-aksi kurang bijaksana.

Diri ini masih punya banyak kekurangan. Sabar masih kurang, marah masih tidak mampu ditahan, hati masih merasa tertekan. Banyak dan banyak lagi benda kecik yang mampu meng-stresskan jiwa raga ni. Even ngan kucing pun boleh gaduh besar. Diaorg kucing Mi, kucing. =_='' Nasib baiklah diaorg tak reti nak berkecil hati bila kena tengking.

Kadang-kadang hati bertanya, "kenapa susah sangat eh?"
Nak kena fikir ini nak kena fikir itu, terkejar ke sana berlari ke situ, ke sana ke sini. Tak masuk nak fikir apa orang kata, apa hati mahu, macam mana yang Allah redha. Semuanya seakan bergerak ke tiga arah yang bertentangan.

Nak memuaskan hati semua orang, susah. Nak memuaskan hati sendiri, payah.

Tak di nafikan ada segelintir pihak yang sangat menguji kesabaran. Kadang-kadang. Tak faham kenapa perangai begitu. Sungguh tak faham.

Saya masih kurang bijak mengawal emosi. Masih belum mahir dalam bereaksi. Masih bercakap ikut kehendak hati.

Memang banyak kena fikir atau sendiri yang membanyakkan benda nak difikir?

Persiapan bagaimana? Penat memikirkan persiapan untuk sehari terlupa persiapan untuk kedepannya. Bersungguh memikirkan benda yang kurang pasti, tapi mati kadang terus dilupa padahal mati itu pasti.

"Verily, in the remembrance of Allah do hearts find rest" (13:28)

Allah ilhamkan seorang teman untuk bertanyakan sesuatu, untuk saya kembali sedar dengan ayat diatas. Bercakap pandai Mi, sendiri kena buat dan ingat. Hanya dengan mengingati Allah hati kan menjadi tenang. Itu janji Allah. Allah tak pernah menipu, tak pernah bagi harapan palsu.

Dan betul, hati jadi tenang, fikiran pun tak buntu. Selama ni dok mengusutkan fikiran, mengikut sangat kata hati. Ish ish ish.

This is my choice and i pray may it be the best for my dunya and akhirah especially.

Ya Allah, mudahkan urusan-urusan kami, jangan Kau persulitkan. Iringi langkah kami dengan redhaMu dan berkatilah. Limpahkan rahmat dan kasih sayangMu pada kami dan semua insan-insan yang berusaha memudahkan urusan ini buat kami. Balaslah kebaikan-kebaikan mereka dengan kebaikanMu kerana kami sendiri pasti tidak mampu untuk membalasnya.
Ya Rabb, jangan biar iman kami goyah kerana urusan ini, andai tersasar niat kami, luruskan, andai tersilap langkah kami, betulkan. Ya Allah Ya Allah Ya Allah. Cuma Kau yang Maha Tahu, Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Cuma Kau tahu susah senang senyum tangis kami dalam menguruskan dunia untuk akhirat kami.

Thursday, 26 September 2013

Terima Kasih Kerana Menghadirkan Mereka Dalam Hidup Saya.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Semoga ucapan ini bukan sekadar di bibir tapi lahirnya ikhlas dari hati.

Ok, sebelum teruskan ke isi utama nak cerita sikit. *ehem!* Kisah ini tiada sangkut paut dengan yang hidup apatah lagi yang telah tiada.

Siti ada motor. Mona pulak takde motor. Jadi suatu hari, Mona nak pinjam motor Siti. Siti pun bagi sebab Mona kata nak pinjam kejap je. Kejappp je. Ok. Da bagi pinjam, tunggu punya tunggu motor tak pulang pulang. Dah sudah. Mana pergi Mona ni. Siti dah berapi api nih tunggu. Last-last lewat malam baru nak pulangkan motor dengan kondisi takde minyak dan kotor. Aduhai Mona. Benganglah si Siti ni tadi. Lalu dia cakap "Lain kali tak nak lah bagi Mona pinjam."

Then, pada hari yang lain, Leli pulak nak pinjam motor Siti. Siti pun bagi je la. Leli kata nak pinjam kejap je. Oh,kali ni Leli pulak bagi janji nak pinjam kejap je. Siti pun iyakan je. So bagi pinjam then Leli betul-betul pinjam sekejap. Dah tu, pulangkan dalam kondisi minyak penuh, dah cuci siap. Haaa, baguskan Leli. So Siti pun cakap "Leli, lain kali nak pinjam bagitau jela ye"

Selesailah sudah cerita saya. Ada dua situasi di situ. Boleh nampak permainannya? Tak? Hmmm.

"Barang siapa bersyukur, pasti akan Ku tambahkan nikmat-Ku padamu, dan barang siapa kufur maka sesungguhnya azabKu amat pedih" (Ibrahim : 7)

Kalau situasi di atas terjadi kat kita pun, mungkin kita pun akan react macam Siti. Hmm. Sekarang masa untuk mengrefleksi diri. Semua yang kita ada kat dunia ni, hanyalah pinjaman dari Allah. Pendek kata, kita pinjam je. Even jasad pun kita pinjam. Tapi setiap orang pasti dapat pinjaman yang berbeza dengan tempoh masa yang berbeza. Bila kita pinjam, macam mana kondisi pinjaman tu saat kita nak pulangkan kat Allah? Contohnya, usia. Allah bagi kita umur untuk kita hidup kat dunia. Macam mana kita guna usia kita sebagai tanda terima kasih kita kat Allah? Kalian fikir sendiri ye. Nak jadi macam Mona ke nak jadi macam Leli.

Mungkin di saat Allah hadirkan nikmat, kita mengucapkan syukur. Tapi di saat Allah timpakan musibah, kita mengeluh dan lupa segala nikmat yang pernah dan masih kita dapat. =.='

Dalam hidup saya, Allah hadirkan mereka :

 1. Hamzah
 2. Gary
 3. Orang sekeliling yang bermacam ragam

dan banyak lagi.

Bercerita tentang Hamzah. Ok, Hamzah ni motor saya kat Bali. Dia lah yang membawa saya ke sana ke mari. Dan boleh dikatakan, Hamzah ni memang penyumbang masalah terbanyak untuk saya. Dengan enjin mati, bocor, signal light jatuh, no plat senget, bunyi pelik-pelik, leaking etc2. Banyaklah pokoknya, letih nak fikir. Mati tengah jalan mati tepi jalan enjin takleh hidup semua la Hamzah ni bagi kat saya.

Tapi bila di fikirkan, itu pilihan saya. Allah bagi ilham untuk saya memilih antara motor baru atau motor second hand yang di modified. So i chose to buy the modified one which is Hamzah. Jadi, apapun masalah yang dihadapi kenalah dihadapi dengan tabah dan penuh sangkaan baik terhadap Allah.

Saya bukanlah seorang yang penyabar. Lagi-lagi dengan seribu satu masalah yang timbul, memang sangat menguji kesabaran. Kadang tu memang rasa nak mencarut. Oppss. Tapi, sabar itu bukan yang kedua. Maksudnya, sabar tu tak dikira sabar bila dah puas marah baru nak cool down and cakap 'sabar sabar tak baik marah'. Sabar tu dikira sabar bila memang tak marah pun from the very beginning. Allah tau saya ada perangai buruk cepat marah kurang sabar suka membebel so Allah hadirkan Hamzah untuk menjadikan saya seorang yang lebih baik. InsyaAllah.

Gary. Gary ni kucing betina ya harap maklum. Macam mana ntah boleh tersilap identifikasi sebagai kucing jantan sebab tu nama Gary. Maafkan mommy Gary. Gary ni, nak cakap, manja ya Allah melampau lampau. Makan nak di suap. Makan memilih. Kerja nak mengikut je. Kemana pergi mesti nak ikut. Ke bilik air, ke dapur, ke meja study dok ngikut je. Malam-malam kerja kacau orang tidur. Semenjak ada Gary tak pernah tido tenang sepanjang malam. Pukul 1 pagi nak makan, pukul 4 pagi pun nak makan lagi. Makan BERSUAP. huh.

Kalau dulu, pantang ada orang kacau tidur. Siaplah engkau. Memang kena semburan berapi. Allah tau tu perangai tak elok, Allah hadirkan Gary dalam hidup saya. Mengajar erti sabar dan tanggungjawab. Mungkin sebab susah nak bangun malam, bangun pagi, tidur mati sebab tu Allah jadikan Gary dengan perangai annoying dia semasa nak bangunkan saya dari tidur. She is very persistent. Selagi tak bangun selagi tu dia akan kacau. And gigit, pipi. Harap faham, gigit pipi kot. Memang akan bangun.Terima kasihlah Gary kerana selalu bangunkan saya dari tidur. (Kadang-kadang fed up jugak letak luar bilik and tutup pintu. kesian Gary) Bayangkan korang tengah sedap tidur tapi kena bangun and suap kucing korang makan jam 1 pagi and 4 pagi lagi skali, SETIAP HARI. Do you feel me bro? haa. Tapi, dengan Gary, saya tahu Allah sedang mempersiapkan saya untuk sesuatu yang lebih besar dihadapan yang memerlukan pengorbanan masa rehat. InsyaAllah. 'Seorang mujahid itu tidak tidur sepenuh kelopak matanya'. Seorang ibu pun tak tidur lena sepanjang masa. hikhik. *muka gatal*

Orang yang pelbagai ragam. Ok, saya pernah mengeluarkan statement yang 'the worst community i've ever met is the one in Bali' Lebih kurang camtu la. Betul. Tak tipu. Tapi Allah pasti hadirkan mereka bersebab. Good one for sure. Terlalu ramai yang menguji kesabaran. Dan ada masa masih tak mampu bersabar. Allahu Rabbi. Sesungguhnya Allah pasti akan terus menguji sehingga kita lepas ujian tersebut. Macam exam kat Bali, kalau tak lulus first exam, kena sit for remedial 1. Tak lepas Remedial 1, duduk Remedial 2. Tapi mungkin sampai Remedial 3 je peluang yang uni ni bagi. Tapi Allah bagi banyak peluang untuk Remedi. Sebab masih tak lulus lulus jugak. Still, im thankful because of them i learn what life is. Hidup tidak selalunya indah. Masalahnya bukan pada masalah yang timbul, tapi pada reaksi kita terhadap masalah itu sendiri. Manusia memang akan sering diuji, kita akan ditemukan dengan orang yang salah, mungkin berulang kali. Bukan kerana Allah kejam. Tapi ada sisi yang ada pada kita yang Allah tak suka so Allah hadirkan orang-orang tertentu untuk membantu menghilangkan sisi buruk tersebut. Walaupun kadangkala menyakitkan. Jangan salah faham pulak, saya tak benci mereka mereka di sini, insyaAllah tengah mendidik hati untuk menyayangi kerana merekalah ujian, mereka juga nikmat yang Allah hadirkan dalam hidup saya.

Boleh nampak apa masalah utama saya? Hmm. SABAR.

Kurangnya sabar boleh menyebabkan banyak perkara tak diingini. Jadi kurang sabar memang sisi yang harus dikikis habis-habisan. Semoga berjaya Mi. You can do it!! (Sesi motivasi diri sendiri)

Ini cerita saya dan ini antara mereka yang Allah hadirkan untuk mentarbiyah saya. Anda bagaimana? Sudah mampu bersangka baik pada Allah atas tiap perkara? Alhamdulillah. Kalau belum, mari kita sama-sama berusaha untuk setiap masa dalam apa jua keadaan untuk terus bersangka baik padaNya.

-Ujian dari Allah itu nikmat. Untuk menguatkan bukan menjatuhkan-

P/s : Dari tadika sampai masuk Universiti saya masih cepat melenting. Marah kat orang bukan satu masalah. Kalau jadi cikgu, memang jadi cikgu yang scary. Nasib baik Allah bagi path untuk jadi Doctor. So memang kena banyak sabar.

P/ss : I am sorry for what i said when i was hungry. Truly am. hee.


Gary <3

Hamzah. =D

Tuesday, 24 September 2013

Back In Action

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada hadirin hadirat pembaca sekalian. <--- dah lama tak menulis, begini la jadinya.

Alhamdulillah, Allah masih beri kesempatan untuk terus menumpang di bumi Nya. Dan masih mampu mengetik papan kekunci ni setelah sekian lama. hee.

Well, macam apa yang tercatat di Title, Back In Action, insyaAllah akan kembali menulis di sini walaupun saya bukan penulis popular, apatah lagi pendakwah yang hebat tapi di sinilah saya pernah menulis dan berkongsi peringatan-peringatan buat diri dan juga pengalaman yang tak seberapa. Dan ada juga menulis benda tak bermanfaat, InsyaAllah tak buat dah. >_<

Dah lama senyap, dah lama tercicir. Semoga Allah masih pandang dengan kasih sayang.

"We cannot change the past to rewrite a better beginning but we can work for the future and strive for a better ending" - Yasir Qadhi.

Ya Allah, sibukkanlah diriku dengan urusan akhirat agar dunia ini kecil dalam pandanganku dan tiada ruang untuk bertapak di hatiku.

Bismillahitawakkaltu'alallah. Dengan ini saya mengumumkan saya akan kembali beraksi. Walaupun tak seberapa.

Allah bersamaku
Allah pandanglah aku
Allah peliharalah diriku

P/S: Mohon doa kalian agar hati ini tetap di jalanNya, agar kaki ini kuat melangkah, agar diri ini mampu bergerak laju kehadapan. InsyaAllah. Semoga dugaan-dugaan yang akan datang tidak melemahkan malah menguatkan.Amin.

Tuesday, 16 July 2013

Tapi Aku Juga Manusia...

Tapi aku juga manusia...
Bisik sang hati.
Lalu di sini inginku mengingatkanmu,

Saat kau melakukan kebaikan lalu kau mengharap balasan,
Ketuklah tingkap hatimu dan tanya ke mana hilangnya ikhlas yang selama ini cuba kau tanamkan.

Saat ada yang menggores hatimu, kau turut memprotes menunjuk perasaan.
Ingatlah, bagaimana kau tidak mahu terluka, begitulah kau jaga hati-hati mereka.

Saat ada yang berpaling darimu kerana dosa yang kau lakukan dan kau bersedih hati,
Ingatlah, itu tarbiyyah dari Tuhan.
Dia mengingatkanmu bahawa di sana kelak akan ada kesedihan yang tidak mampu kau hadapi,
Ketika Tuhan tidak memandangmu kerana kau kembali hanya membawa dosa.

Saat ada yang ingin menumpang nama atas apa yang kau lakukan,
Biarkan.
Ingatlah, apa yang kau lakukan bukanlah untuk mengejar nama, tapi mengejar redha.

Saat ada yang menyatakan dia lebih baik darimu,
Biarkan.
Usahlah kau bersuara memulakan perdebatan.
Kerana sememangnya kau tidak tahu siapa yang lebih baik di sisi Tuhanmu.

Saat kau diberi kejayaan, usahlah bangga menyatakan itu semua hasil usahamu.
Kerana itu takdir buatmu.
Dan saat kau ditimpa kegagalan, usahlah kau berduka dan bersedih hati.
Kerana itu juga sudah suratan buatmu.

Saat kau merasa SUSAH untuk membuang jahiliyah,
Ingatlah,
Allah melihat.
Allah menunggu kau berjaya.
Kerana itulah kau masih bernafas, kerana kau masih diberi peluang.

Saat kau sunyi seakan tak punya siapa,
Ingatlah,
Kau tak pernah sendiri.
Allah bersamamu.
Cuma kadang kau terlupa, kau terleka.

Tapi aku juga manusia...

Ingatlah,
Hidup bukan kerana nama.
Hidup bukan untuk membuktikan siapa lebih gah di mata manusia.
Berusaha bukan mengejar kejayaan dunia semata.

Usahlah kau mengadu letih pada manusia.
Usahlah kau mengeluh sengsara pada manusia.
Usahlah kau bercerita duka pada manusia.
Usah kau canang cerita kehebatanmu.
Usah kau sebarkan kejayaanmu.

Biarlah cuma Allah yang tahu.
Biarlah cuma Allah melihat air matamu.
Biarlah cuma Allah yang menghitung usahamu.
Biarlah cuma Allah yang tahu.

Tapi aku juga manusia...

Ingatlah!
Kau hidup untukNya.
Bukan untuk dia.
Bukan untuk mereka.
Bukan untuk sesiapa.

Maka biarlah hanya padaNya kau buktikan segala.
Biarlah mereka mencela.
Biarlah ada yang mengata.
Biarlah sekalipun ada yang menumpang nama.
Biarlah walau hati terasa.
Biarlah walau jiwa terluka.
Biarlah mereka dengan cara mereka.

Kerana mereka juga manusia.
Dan kau juga manusia.
Yang kau kejar adalah redha dan syurga.
Bukan nama.
Bukan harta.
Bukan sekadar apa yang ada di dunia.

Thursday, 20 June 2013

Pernah .... ?

Pernah tak korang rasa bengang yang amat bila korang kena tunggu orang lain?
" Ish, dia ni, janji pukul 2, skarang 230 tak sampai-sampai" *asap klua dari kepala*
"Oi, cepat la. Aku da lambat ni" jerit A kepada B.
"Dia ni, asyik-asyik lambat. Tak pernah on time. Ni yang rasa nak meletup ni."
"Sabo sabo. Jangan marah sangat, mungkin dia ada hal" <~ ni marah versi baik sket.

Pokoknya, mesti korang pernah mengalami moment moment yang berapi berasap dan membara kerana harus menunggu.

Sekarang, cuba kita fikir dan renung bersama, setiap hari berapa kali Allah menunggu kita untuk bertemu denganNya on time?

Setiap kali azan berkumandang, berapa ramai antara kita yang sememangnya sudah menunggu di tikar sejadah? Atau baru nak berlari, berjalan, berlenggang ke bilik air? Atau...masih asyik dengan urusan duniawi.
"Takpe, sikit lagi ni. Waktu solat panjang lagi"

Kalau kita bole rasa marah, bengang, berapi, meruap ketika harus menunggu, even orang-orang yang kita sayang seperti kawan, adik, boypren, girlfren dan sebagainya, apa yang membuatkan kita menyangka Allah tak marah kalau kita biar Allah menunggu?

Sedarlah yang kita ni hamba. Kalau kita ada hamba, kita dok panggil panggil tapi tak datang datang. Huish, komfem bengang tak sudah. Kalau yang memang tahap kesabaran tu kat hujung tanduk, siap maki-maki. Paling-paling pun kita boss then ada orang bawahan yang sering terkedek-kedek datang bila ada meeting atau buat kerja slow tahap siput ba alif ba ya. Tak lama la tu, komfem kena pecat dah. Tapi kita sering terlupa yang kita ni juga hamba. Ada kuasa yang lebih tinggi dari kita, lebih tinggi dari boss kita, lebih tinggi dari perdana menteri, gabenor, sultan etc.

Apa darjat kita, apa pangkat kita yang buat kita berani dan takde rasa bersalah sikit pun biarkan Yang Maha Tinggi , Maha Kuasa menunggu kita? Lagi parah kalau ada yang tak kunjung tiba (tak solat). Kita tahu marah kita je, marah Allah kita tak pernah ambik kira. Kita tahu kemahuan kita je, perintah Allah kadang kita biar macam tu je.

Tapi Allah tak macam kita, kalau member lambat kita marah, muka masam mencuka, tak tunjuk kat luar, dalam hati mesti ada sedikit kata-kata. Tapi Allah tak macam kita, mengungkit bila tak puas hati, kadang rasa terpaksa bila harus memberi. Tapi Allah tak macam kita...

Ingatlah kalau kita boleh rasa marah, Allah lebih lagi. Kalau kita boleh rasa benci bila menunggu, Allah lebih lagi. Kalau kita boleh rasa berapi macam nak belasah kawan, Allah LEBIH lagi. Tapi Allah tak macam kita. Mungkin Allah tak 'express' kemarahan dan kemurkaan Nya kat kita dunia, tapi di sana kelak pasti terlihat semua. Boss marah, mak marah, cikgu marah, ayah marah, kawan marah pun kita boleh rasa takut and tak senang, semua tu tak setanding dengan kemarahan Allah.

Marah dan murka Allah tu tak nampak, tapi bukan bermaksud tak ada.

P/S : pesanan buat diri terutamanya. yang terkadang sibuk dan banyak bertangguh dan juga sering beralasan.

P/SS : Banyak orang mampu bangun awal untuk pergi kelas dan kerja atau dating, tapi tak ramai yang sanggup bangun awal, mandi, siap cantik-cantik untuk solat Subuh. *tembak tepat kat dahi sendiri*

Thursday, 16 May 2013

Lubang. Lompong. Kosong.

2013 Harus :
1. -------
2. -------
3. --------
4. 100 blogposts bermanfaat.
5. -------

 and the list goes on.

Dah pertengahan Mei, dah Rejab, dah hampir separuh tahun. 100 Blogposts hanya impian dan harapan 2013. #sigh

 Kadang-kadang hati rasa kosong. Ada lubang tak terisi. Disibukkan dengan dunya. Dengan pelbagai perancangan. Fikir exam lulus tak. Raya bole balik tak. Macam mana nak kawal diri dan nafsu. macam mana ini macam mana itu. I guess im a busy woman now. Hoho. haa. =_=

Mak, saya nak kahwin.
Kenapa nak kahwin?
Sebabbbbb... errrr.

Hmmm, dulu matlamat kahwin itu jelas. Perjuangan jelas. Matlamat hidup juga jelas. Jalan yang lurus itu juga jelas.

Kini semua nya hampir samar-samar. Mata dikelabui dunia. Hati membentak meminta cahaya. Jasad letih akibat terkejar-kejar. Akal lemas memikirkan cara agar selamat dari musibah di sana.

Allahu Rabbi. #keluhberat #denguskasar.

Lately cepat terasa, asyik grumpy, malas senyum, suka menyediri. Kadang-kadang rasa nak terkam and smackdown orang kat jalan. Tanda-tanda hati yang demam.

" Apabila hati itu mati, pandu ia kepada ibadah wajib. Apabila ia hidup, bawa ia kepada ibadah sunat."

Sungguh, kita pasti akan diuji dengan apa yang kita katakan. Dan sepanjang di Bali, saya diuji dengan setiap apa yang pernah saya sampaikan. Ada ketika saya berjaya, ada masa saya tersungkur dan ada saatnya saya terjunam jatuh ke curam. Masih mencari jalan keluar.

Allah, ku mohon kekuatan. Hanya Engkau tahu betapa lemah diriku, seringkali aku tersungkur, dan di setiap kali itu juga Engkau ada untuk mengingatkan aku betapa dunia ini bukan apa-apa. Cuma sekadar permainan yang menipu semata. Aku tahu itu ya Allah. Tapi  yang kuperlu kefahaman yang benar dan kekuatan iman yang mantap. Mohon diberikan. Ya Rabb, jadikan cintaku padaMu melebihi segala kecintaanku pada apa yang ada di dunia. Dan jadikan kecintaanku pada apa yan ada di dunia ini hanya semata-mata keranaMu.

P/s : Maaf, bukan pengisian. Sekadar berkongsi perasaan.

Monday, 25 February 2013

Mengapa Engkau Tidak Minta Kerajaan Seperti Sulaiman a.s?

Abdurrahman bun Aqil menuturkan bahawa, 'Aku mendatangi Rasulullah saw di Madinah bersama sekelompok orang dari kaumku. Kami tiba di depan pintu beliau sedangkan di hati kami tidak ada seorang pun yang lebih kami benci dari beliau. Ada seorang diantara kami bertanya, "Ya Rasulullah, mengapa engkau tidak minta kerajaan seperti Sulaiman as?".

Mendengar pertanyaan orang itu, maka baginda tertawa *senyum*, kemudian bersabda " Mungkin yang diberikan kepada kawanmu ini (Nabi Saw) lebih baik dari kerajaan Sulaiman as. Setiap nabi diberi doa istimewa. Di antara mereka ada yang telah berdoa ketika di dunia, ada antaranya berdoa untuk kaumnya sehingga sesiapun yang menentang akan dibinasakan, maka ia dibinasakan. Dan Allah memberiku doa istimewa, tetapi aku titipkan pada Tuhanku untuk memberi syafaat bagi umatku pada hari kiamat."

Petikan dari buku Tawa & Canda Nabi.

●●●●●●●●●●●●●●●●●●●

Rasulullah menitipkan doa istimewa Baginda buat kita. Tapi kita? Perintah Allah kita abaikan, sunnah Rasulullah kita tinggalkan, dan masih mengharapkan syafaat dari insan yang sayangkan kita lebih dari ibu kita sendiri. *tunduk malu, air mata berlinangan*

P/s : Cinta pada Allah dan Rasul perlukan bukti, bukan sekadar kata-kata atau bisik hati.
P/ss : Malu, layakkah diri nak mengharap syafaat Rasulullah bila hari2 dipenuhi perkara sia-sia?
P/sss : Selawat dan salam buat Baginda dan keluarga serta para sahabat.

Tuesday, 12 February 2013

Aku Mengasihimu Tetapi Kamu MembenciKu

Dalam hadith Qudsi dijelaskan bahawa Allah SWT berfirman ;
"Hai anak Adam, kamu tidak adil terhadapKu. Aku mengasihimu dengan kenikmatan-kenikmatan tetapi kamu membenciKu dengan berbuat maksiat-maksiat. Kebajikan Kuturunkan kepadamu dan kejahatan-kejahtanmu naik kepadaKu. Selamanya malaikat yang mulia melaporkan tentangmu, tiap siang dan malam dengal amal-amalmu yang buruk. Tetapi hai anak adam, jika kamu mendengar perilakumu dari orang lain yang kamu tidak tahu siapa yang disifatkannya, pasti kamu akan cepat membencinya"


Hati siapa yang tak tersentuh? *air mata mengalir laju + keluh berat *
Allahu akbar, subhanAllah. Allahu rabbi.

Asatghfirullah astagfirullah astaghfirullah.

P/s : hari-hari buat dosa, hari-hari buat maksiat. tanpa sedar kita yang membenci Allah. =(

P/ss : Update blog guna tab, xreti tuka warna ngan size font. haaaaaa. benci.

Saturday, 19 January 2013

Apa Yang Menyentuh Hati?

Soalan hari ini : Apa yang paling sering menyentuh hati kita?

Faham? Tak? Ok, rephrase, apa yang mampu buat hati kita tersentuh? Mungkin terharu? Mungkin errr...

*Sila jawab soalan sebelum meneruskan bacaan*

Skema Jawapan : Sms/wasep/tweet/kata-kata romantis dari kekasih, lirik lagu yang kononnya menggambarkan hidup kita, ada kawan belikan sesuatu yang dah teringin nak ada tapi tak mampu *sumpah terharu kalau gini*, kena tengking secara tiba-tiba. eh. =.=

Amacam? Jawapan sama dengan skema atau tak? Mungkin jawapan-jawapan tersebut menimbulkan rasa errgghh atau ewww, memang dilakukan secara sengaja. Tolong jangan marah yeww. La taghdab! Jangan marah. Dan DIAM apabila tidak mampu berkata dengan perkataan yang baik. *keluh berat* <---- Dapat time Daurah Bali 2.0. Daurah Bali merupakan daurah paling mewah dalam sejarah hidup saya. Hoho. hoh. X___X

*Dehem ala-ala orang tua* Ok, kembali serius. Sekali lagi nak tanya, apa yang menyentuh hati? Jawab dah tadi kan? Dalam banyak-banyak perkara yang kita fikir, ada tak yang satu ni terlintas di fikiran? ----> Ayat-ayat Allah lah yang paling sering menyentuh hati.

Takdeeeeee. *nangis guling-guling*

Sebenarnya, kat atas tu Mukadimah je. *hikhik* Ni nak share sket ayat-ayat Allah yang menyentuh hati saya. Semoga menyentuh hati yang turut membaca.

"Sesungguhnya orang-orang yang tidak menaruh ingatan akan menemui Kami (mendapat balasan di akhirat) dan yang redha (berpuas hati) dengan kehidupan dunia semata-mata dan merasa tenang tenteram dengannya, dan orang-orang yang tidak mengendahkan ayat-ayat Kami (keterangan dan tanda-tanda kekuasaan); Mereka yang demikian keadaannya (di dunia), tempat kediaman mereka (di akhirat) adalah neraka; disebabkan keingkaran dan kederhakaan yang telah mereka lakukan." - (Yunus 7-8)

Allahu Akbar. *keluh berat.lagi* Baca berulang kali pun masih keluh berat. Tanpa sedar, kadang-kadang kita rasa senang dengan dunia. Rasa seronok dengan dosa, kita lupa ada akhirat. Kita sibuk dengan urusan dunia. Dah la seronok dengan dunia, sibuk dengan urusan dunia, rasa tenang tenteram pulak tuh. Dah ada ayat-ayat peringatan, kita buat dekkk je. Sebab balasan azab tu tak datang serta merta. Kat ayat ni, Allah bagitau direct, NERAKALAH  tempat kediaman mereka di akhirat. Kalau hidup sengsara kat dunia ni, takde apa pun, sebab dunia sementara. Kalau dicampakkan ke neraka, Allahu Rabbi, nauzubillahi min dzalik. Takde dah harapan nak patah balik ke dunia. Neraka means nerakalah. Ya Allah, mohon tak digolongkan dalam kalangan mereka yang Kau campakkan ke neraka. *air mata cam air terjun*

"Dan kalau Allah menyegerakan bagi manusia azab sebagaimana mereka memohon disegerakan nikmat kesenangan, nescaya binasalah mereka dan selesailah ajal mereka. Oleh itu, (Kami tidak menyegerakan azab) Kami biarkan orang-orang yang tidak menaruh ingatan menemui Kami itu meraba-raba dalam kesesatan." (Yunus : 11)

Teringat someone pernah share, 'Allah tak zalim. Kalau Allah zalim bila kita buat dosa, terus kena panah petir'. Hoooo, betul. Allah tak zalim. Kita yang sentiasa menzalimi diri and masih rasa selamat sebab Allah tak segerakan azab. Hmmm. 'Kami biarkan orang-orang yang tidak menaruh ingatan itu meraba-raba dalam kesesatan.' Rugi, sedih, sadis kalau Allah dah biar kita meraba-raba dalam kesesatan. Sesungguhnya rahmat Allah itu mendahului kemurkaanNya. Tapi dah sampai tahap dibiarkan MERABA-RABA dalam kesesatan. Haih. Dah la sesat. Meraba-raba pulak. MashaAllah. Tak rasa berat ke? *sesak nafas dah. huh*

"Dan apabila seorang manusia itu ditimpa kesusahan, merayulah dia kepada Kami (dalam segala keadaan), samaada ia sedang baring atau duduk ataupun berdiri; dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu darinya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon menghapuskan segala kesusahannya, demikian diperolok pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan" (Yunus : 12)

Agak-agak kita macam ni ke tak? Bila susah cari Allah, doa tak putus-putus. Bila Allah bagi nikmat kelapangan, bila Allah hilangkan semua masalah, lupa daratan. *ishishish. saya. nangis sekarang* Taknak ulas panjang-panjang, reti-reti la terasa sendiri. huuu.

Setelah lama menghilang, ni la sedikit sebanyak yang mampu dishare. Semoga bermanfaat.

Pesanan ikhlas dari penaja :- Sila lah tersentuh dengan ayat-ayat Allah setiap hari. Rajin-rajinkan diri tadabbur Quran. ;) *peringatan buat diri jugak*

P/S : Hajat di hati nak study. Tapi hujan lebat, sangat conducive untuk beradu. =.= 
P/SS : Dunia telah masuk ke rumahku, mencuri akhirat ku. *nangis guling-guling dalam hujan* Allah, mohon kekuatan.

Nak kisah cinta cam Fatimah ngan Ali. Tapi.... Allahu Rabbi.

Friday, 4 January 2013

How my 2012 ended and 2013 started.

Typhoid. Accident. Masuk wad. Fail Block Cell. <---- NOT A GOOD WAY TO END 2012 AND DEFINITELY NOT A GOOD START FOR 2013.

Haaaaaaaa. Nak jerit sambil guling-guling. Tapi satu badan sakit, so TAK BOLE GULING-GULING. *muka kecewa*

Nak mengadu banyak benda. Itu ini, sakit itu, sakit ini, tapi saya bukan dilahirkan untuk mengeluh dan mengadu.

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (Al-Baqarah : 286)

Mungkin kadang-kadang saya mengadu, mengeluh, merungut kerana saya terlupa, disebalik ujian ada hikmahnya. Dan seiring itu, saya mencuba untuk jadi lebih kuat, di sisi Pencipta dan juga dalam kalangan ciptaanNya.

Im a Superwoman. The truth is, im NEITHER a superwoman nor am i a superhuman. Im just an ordinary person who hate the fact that i cant do everything. Sometimes i do feel like giving up and stop pretending im so tough that nothing can bring me down. *Nangis* 

2012 didn't end well.
2013 also didn't start well.

Tapi Allah masih izinkan saya dan kamu bernafas harini. Kenapa? Sebab Allah masih sayang and nak bagi peluang kita semua jadi lebih baik. Masih banyak perkara yang tak settle. Mutabaah amal terabur entah ke mana, nak membina individu muslim baru 5%, benda lagha masih bermaharajalela dalam jiwa, dosa maksiat belegar-legar dalam kehidupan seharian. Nasib baik accident tu bukan asbab kematian saya. Kalau ye, apalah yang dibawak menghadap Pencipta? Dosa? Maksiat? Dunia? Allahu Rabbi. *keluh berat* =.=''

Accident tanggal satu Januari tu walaupun tak tragis, tapi banyak ibrah yang mampu diambil buat bekalan menjalani kehidupan seterusnya.

"Ya Rabb, terima kasih atas ujian-ujian yang Kau timpakan. Aku mohon, hapuskan setiap dosa-dosa bersama terhapusnya setiap kesakitan yang kurasakan. Dan aku mohon diberikan kekuatan agar dapat kutinggalkan semua perkara yang menjauhkan diriku dariMu, duhai kekasih agung. Amiin amin ya rabbal alamin."

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu"(Ad- Dzariyat : 56)

P/S : I dont mind being ordinary. I just want to be super duper extraordinary in His eyes.

-Namaku bukan sebutan penduduk Bumi, tapi aku ingin namaku menjadi sebutan penduduk langit- Mimi