Tuesday, 12 November 2013

BM?

*senyum lebar sorang-sorang*

Kebelakangan ni, ada beberapa kenalan, rakan, sahabat, teman, dan beberapa orang femes telah selamat diijabkabulkan. Alhamdulillah. I am very happy for all of you. To those who invited me, im so sorry i couldn't make it sebab tak balik Malaysia. Huhu. Hanya kiriman doa mampu saya hadiahkan. Semoga kalian bahagia ke anak cucu cicit dan seterusnya, semua berkumpul semula di syurga kelak. Amiin.

Bila ramai yang dah hidup berdua ni, kita pun rasa macam nak jugak kan, ye tak? Haha. *Lempang diri sendiri* Tapi adakah kehidupan berumah tangga tu seindah yang kita impikan? Wujudkah fairy tale yang adanya and they live happily ever after tu? Adakah si dia yang kita kenal akan tetap begitu setelah akad dilafazkan atau muncul belang yang di sembunyikan? Atau mungkin akan ada pihak lain yang ibarat cacing kepanasan melihat senyuman kita pada hari bahagia tersebut? Atau mungkin kita yang berubah hati, berubah tingkah laku berubah segala-galanya setelah ijab dan kabul?

Kalau perubahan menuju kebaikan, Alhamdulillah. Semoga semuanya baik-baik saja. ;)

Jom cerita sikit. Salah satu kisah yang mungkin akan menyentuh hati sebahagian dari kita dan mungkin juga tak memberi apa-apa kesan.

Ibnul Qayyim Rahimahullah menuturkan, kononnya pada suatu ketika dahulu, terdapat seorang lelaki yang baru sahaja bernikah. Dan wanita yang dinikahinya itu seorang buta. Pada malam pernikahan, wanita tersebut masuk ke kamar tidur. Si lelaki pun melihat pada wajah isterinya terdapat parut cacar yang besar.

Cuba teka apa yang terjadi...*Huehuehue*

Si lelaki pun pun menendang keluar sang isteri sambil berkata, "Hodoh gila!" Ok tipu je.

Si suami pun berkata, "Mataku bermasalah. Aku juga buta"

Dua puluh tahun kemudian, si isteri meninggal dunia TANPA mengetahui bahawa suaminya seorang yang celik penglihatannya.

Ada yang bertanya mengapa si suami sanggup menjadi 'buta' selama dua puluh tahun. Lantas jawab si suami "Aku tidak mahu penglihatanku pada parutnya itu membuatkan isteriku bersedih hati"
-Petikan dari buku Ya Allah, Bahagiakan Keluarga Kami-

Allahu Akbar! SubhanAllah. Mulianya hati si suami. Hari ini ada berapa ramai di antara kita yang sanggup menjaga hati pasangan hingga sebegitu tahapnya? Siapa di antara kita yang memilih pasangan tanpa melihat pada rupa di awalnya? Siapa? Orang yang isi borang BM pun rasanya ada gambar kot untuk tengok. OK, saya bukan nak menilai siapa-siapa, tapi kita yang membaca, nilailah diri sendiri. Tepuk dada tanya iman.

Tapi main pointnya bukan rupa. Main pointnya, nak tanya siapa yang boleh jaga hati pasangan sampai begitu hebat tahapnya. Sanggup mengaku buta sebab tak nak si isteri bersedih hati. Siapa? Kalaulah ada...

Bukanlah bermaksud kalau isteri dah gemuk boingboing si suami kena cakap dia tu buta or kalau suami perut cam bunting si isteri mengaku buta. Bukan. Ni zaman sekarang ada je suami yang kalau isteri masak tak sedap sikit, complain. Kalau rumah bersepah complain lagi, itu ini semua complain. Si isteri pulak bila si suami kurang duit tak kaya macam jiran sebelah, merungut tak sudah. Kalau suami nyanyi suara tak sedap, kutuk bukan main haa. Dan macam-macam lagi.

Tak rasa awesome ke kalau kita ada pasangan yang sanggup menjaga hati kita seperti lelaki dalam cerita di atas? Kalau nak pasangan begitu, kitalah yang harus begitu dahulu. Bak kata orang, Be the good you wanna see in this world atau Be the person who you really wanna meet.

The Prohet (PBUH) said: "The most perfect believer in faith is the one whose character is finest and who is kindest to his wife." (Ahmad Tirmidhee and Ibn Majah)

Ingat tu kaum laki-laki. Korang bukan perfect believer kalau setakat dakwah ke sana ke mari hu ha hu ha tapi ngan isteri layan cam orang gaji. Korang bukanlah perfect believer kalau setakat baik ngan geng ofis ngan staff-staff ngan member-member tapi dengan orang rumah cakap guna pitch paling tinggi suara boleh capai. Dengan orang boleh belanja makan, belanja itu belanja ini, tapi ngan isteri kedekut taik hidung kering *cam geli nak cakap masin*. Pandai-pandai la fikir sendiri ye.

And untuk kaum wanita, especially kawan-kawan yang telah bernikah, ada sepuluh nasihat yang mungkin kalian nak kena ingat, tanam elok-elok dalam kepala. Nasihat dari ibu Ummu Iyas.

"Wahai puteriku, peliharalah sepuluh haknya, dengan begitu engkau menjadi wanita paling bahagia."

1 - Ikhlas dan puas menerima apa adanya. 

2 - Mendengar dan taat kepada perintah-perintah baiknya. 

3 - Peliharalah tempat dimana tatapan matanya tertuju. Jangan sampai matanya tertuju kepadamu ketika engkau dalam keadaan jelek (hodoh).

4 - Peliharalah tempat ke mana penciuman hidungnya tertuju. Jangan sampai dia mencium bau yang tidak harum.

5 & 6 - Perhatikan waktu tidur dan makannya. Kerana gangguan tidur dan perut kosong dapat menjadi pemicu kemarahan.

7 - Jaga benda miliknya (harta)

8 - Perbaiki hubungan dengan keluarganya.

9 - Jangan melawan perintahnya kerana jika engkau melawan, engkau akan membuatnya cemburu.

10 - Jangan menyebarkan rahsianya kerana jika engkau menyebarkan rahsianya, engkau tidak akan aman dari tipu dayanya.

Jangan engkau senang di depannya ketika dia sedang bersusah hati dan jangan engkau bermuram durja di hadapannya ketika dia sedang bahagia.

Huhh. Macam kena tembak tak yang perempuan? Saya tahu nak buat sepuluh tu susah, sebab saya pun merasa berat. Bukan berat nak melaksanakan, tapi khuatir tak terlaksanakan. Tapi kalau suami pandai jaga hati macam lelaki tadi yang sepuluh ni kacang je kan kawan-kawan? *hihi*

So, sisters yang dah ada suami, jagalah hati, jaga penampilan jaga tingkah laku, jaga semua depan suami korang. Kalau yang dah bercinta sebelum nikah tu, macam mana korang nak 'control ayu' depan boyfriend korang tu dulu, keluar dating wangi sampai seberang sungai, nak pilih baju pun berjam-jam sebab nak jadi bidadari depan boyfriend kononnya, lepas nikah double the effort k. InsyaAllah dapat pahala, tak sia-sia macam dulu-dulu. ;)

Hmm, lama tak cerita panjang, tiba-tiba post pasal rumah tangga. Nyehhh.

Apapun, semoga bermanfaat. =)

P/s : Ya Allah, saya nak nikah dua kali dengan orang yang sama. Sekali kat dunia sekali lagi kat syurga. =DDD Kat syurga nak buat grand wedding segrand grandnya sebab semua free. Hoho. *Dasar manusia kuat berangan =_=*

No comments:

Post a Comment