Sunday, 28 October 2012

Saya Belum Gilaaa!!! :'''(

Dah 20 tahun saya hidup, belum pernah orang kata saya gila. Mungkin pernah. Tapi bukan gila yang saya maksudkan di sini. Kata hati mengatakan ingin menjadi 'gila' tapi tindakan, perbuatan, lisan, segalanya tentang saya, masih belum menggambarkan keinginan terhadap kegilaan tersebut. *air mata mengalir*

Kenapa nak jadi gila tiba-tiba? Sebab...

Nun. Demi pena dan apa yang mereka tuliskan.
Dengan kurnia Tuhanmu, engkau (Muhammad) bukanlah orang gila
Dan sesungguhnya engkau pasti mendapat pahala yang besar dan tidak putus-putus
Dan sesungguhnya engkau benar-benar berbudi pekerti yang luhur
Maka kelak engkau akan melihat, dan mereka (orang-orang kafir) juga akan melihat.
Siapa di antara kamu yang gila.
Sungguh, Tuhanmu Dialah yang paling mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya. dan Dialah yang paling mengetahui siapa yang mendapat petunjuk.
Al-Qalam ; 1-7

Sentap? Tak? =OOOO =.='' >___< X___X T____T

Allah bersumpah, DEMI. Demi pena dan apa yang mereka tuliskan. Muhammad bukanlah orang gila. Kenapa Allah bersumpah dalam Al-Quran? Padahal, kita memang tahu, Rasulullah tak gila, kita yakin Rasulullah utusan terakhir, Rasulullah membawa kebenaran, Rasulullah berakhlak Al-Quran, Rasulullah lah qudwah hasanah, Dan mana mungkin seorang yang mencapai tahap kesempurnaan bagi manusia itu gila. Tapi kenapa ada isu gila? Kenapa?

One word to describe everything, DAKWAH. Yes, kerana dakwah baginda, baginda dikatakan gila. Rasulullah sendiri ketika menerima Islam, kita? Mungkin Islam kerana keturunan. *terasa* Mungkin hanya Islam dalam IC, dalam sijil lahir, dan macam-macam kemungkinan yang menjadikan kita Islam. Sigh. One question, we became Muslim, BY CHANCE, or BY CHOICE? *tepuk dada tanya iman*

Bayangkan, betapa gigih Rasulullah berdakwah, dari seorang, hingga jadi 2/3 dunia, dan Islam itu kekal hingga kini. Alhamdulillah. Dan kita, tak sendiri, banyak media dan kemudahan untuk berdakwah, tapi tak buat pun. Tak bersungguh pun, takde sapa pun yang nak kata kita gila. Yang kita selalu dengar, orang kata Muslims ni terrorist la kan? Betul? Ke tak?

Bila dapat ayat ni semalam, rasa terpukul. *Tapi takde purubahan lagi, menyusul, insyaAllah* Sibuk mengaku berada di jalan dakwah dan tarbiyah, tapi apa je yang saya dah buat sebenarnya? Belum lagi ada yang menentang, belum ada lagi notis dikeluarkan yang tertera gambar saya dan tercop WANTED di dahi. Belum ada media-media yang menggembar-gemburkan saya manusia gila. Belum ada jugak kawasan-kawasan yang membuat papan notis besar tertulis "UMMI MUMAIZZAH BINTI SIDIK TIDAK DIBENARKAN MASUK SAMA SEKALI. Jika masuk akan ditembak". Mungkin pantai sanur nanti. Aha.

Tak pernah ada orang baling batu atau apa-apa kat saya, belum ada caci maki tentang dakwah yang saya bawa *caci kutuk keburukan dibelakang saya mungkin ada. semoga kalian menghentikan aktiviti tersebut.*  atau mungkin kerana tiada apa yang saya bawa sebenarnya. Paling-paling pun orang cakap "Uish, gila la dia tu, nak berdakwah cam tak ingat dunia". Punnnnnn takde. Memang patut pun takde, sebab usaha belum sampai tahap tu. Selama ni hanya syok sendiri sebab tu takde orang pandang or peduli. Allahu Rabbi. Astaghfirullah.

Mungkin benar saya belum gila. Terlalu banyak bukti. Masih ada yang tidak sepatutnya berani tapi tetap berani bergurau mesra, berani berbual dan bercerita bersama-sama, berani hampir tanpa rasa segan, malu, takut dan sebagainya. Itu membuktikan saya belum gila pada pandangan manusia. Lalu siapa saya pada pandangan Pencipta saya. *tunduk malu* Dan semua itu kerana kelemahan diri sendiri. *tunduk kepala tak nak angkat dah*

Nak dibandingkan dakwah Rasulullah dan para sahabat, dengan apa yang kita lakukan harini. *keluh berat* Sangatlah jauh beza. Bagai langit dengan bumi, macam timur dengan barat malah lebih jauh lagi. Bayangkan, Rasulullah berdakwah secara rahsia selama 3 tahun bermula dari sendiri, para sahabat diseksa secara fizikal, semua bekorban harta dan nyawa. Kita harini takde sapa nak sebat or jemur kita tengah panas kalau terima Islam. Rasulullah pernah pergi ke 100 khemah, tetapi hanya satu yang menerima apa yang baginda bawa (Islam), dan itu pun khemah yang terakhir. Kalau kita, disuruh ketuk dari pintu ke pintu, seribu satu alasan keluar dari mulut. Tak payah nak dakwah dari rumah ke rumah, kawan sendiri buat salah pun still, berat mulut berat hati nak tegur. =.='' Mungkin kita gila di situ. Gila memikirkan alasan-alasan yang tak habis-habis. 

Rasa nak mengakhiri bebelan dengan persoalan dan beberapa penyataan.

1. Pernah tak dakwah kita mendapat tentangan?
2. Rasa-rasanya layak tak kita jadi orang yang dibela oleh Allah dalam Al-Quran.
3. Kalau Rasulullah tengok keadaan kita sekarang, agak-agak tahap mana kekecewaan Baginda?
4. Mana yang lebih kita utamakan? Urusan dunia atau tugas yang Allah amanahkan pada kita? Abid dan Khalifah.
5. Amanah Allah bukan main-main, kita manusia bodoh *as stated in the Quran* sebab kita lah makhluk yang terima amanah, tapi bila di hantar ke dunia, berapa ketul je yang jalankan amanah?
6. Kenapa masih biar diri tertipu dengan janji dan kesenangan palsu (read as dunya), padahal tahu janji Allah itu benar. Syurga dan neraka menunggu. Kita ahli yang mana? *tanya diri sendiri*

P/S : Kepada rakan-rakan atau siapa-siapa yang menyimpan rasa kagum atau merasakan saya baik dan sebagainya, sama ada yang saya ketahui *sebab anda bgtau* atau tidak, sila dan tolong jangan ada perasaan tersebut. Saya tak mahu puji-pujian atau sanjungan atau apa-apa pengiktirafan kerana saya tak perlukan sesuatu yang boleh meruntuhkan lagi keimanan dan saya sedar siapa saya. Banyak kelemahan yang disengajakan dan tidak disengajakan. Terlalu banyak. Sila kagum pada orang lain yang lebih layak.  <------ Nota tegas dari penaja. Yang nak kata saya jahat, silakan, sebab mungkin itu lebih layak.

P/SS : Banyak kekurangan dan kesilapan. Ya Allah, janganlah Kau jadikan aku fitnah pada agamaMu.

P/SSS : Bercakap sesuatu yang benar tentang orang lain, itu mengumpat. Bercerita sesuatu yang tak benar, itu fitnah. Dua-dua tak menambahkan iman malah membawa kerugian pada saham akhirat. Jadi mohon, hentikan bercerita tentang orang lain. Tak kira dia siapa, artis, orang biasa, kawan-kawan siapa-siapa la. Just STOP. Kalau nak jugak, please, NO NAME MENTIONED.

No comments:

Post a Comment