Tuesday, 2 October 2012

Ada Udang Besar Disebalik Mee!!

Perhatian kepada mereka-mereka yang mempunyai alahan pada makanan laut *baca as seafood*, jangan khuatir kerana post ini tidak akan memudaratkan anda. InsyaAllah. Kerana term 'udang besar' itu hanyalah propaganda.

Kenapa tiba-tiba udang besar? *Sebab teringin. huahua. =..='''*

Begini alkisahya. Pada suatu hari... Ok, cuma nak cerita sedikit pengalaman yang bole dikategorikan sebagai pengalaman sentap *bagi saya*. Sesungguhnya Allah mentarbiyyah hambaNya dengan pelbagai cara. Dan Allah kirim tarbiyyah pada saya, dengan dua peristiwa tersebut. Mungkin sebab saya terleka dan rasa dah cukup kot apa yang diusahakan *astaghfirullah >_<*

Benda ni jadi dua kali. Yang pertama tu saya still tak sedar kot Allah nak tegur, so Allah takdirkan peristiwa tu terjadi untuk kali kedua. Apakah yang terjadi itu? Haaaa. Sila sambung bacaan anda.

Masa balik dari campus, seperti selalu, kami (MUSRA) berjalan dengan ayu-nya menuju kost tercinta. Time tengah lenggang-lenggang tu, jumpa sorang makcik tua yang bawak bakul atas kepala. So, saya dengan gembiranya tersenyum seperti selalu *ye ye la kan slalu senyum*. Tiba-tiba....."Assalamualaikum" sapa makcik tua tersebut.

Dush! Aduh. Tertembak tepat ke kepala. *lubang kat dahi* - peristiwa yang sama terjadi dua kali. Dan kali kedua tu baru rasa yang lubang kat dahi tu. Sebab baru tersedar. Sedar apa?

Rasulullah SAW bersabda "Sesungguhnya di antara syarat-syarat kiamat adalah bahawa seorang lelaki hanya memberikan salam pada orang yang di kenalinya sahaja" (HR Abu Daud dan Nasai)

Terasa sangat malu dengan diri sendiri. Allah tegur kali pertama, tak sedar pun. Nasib baik Allah still sayang, tegur lagi skali. Sweet kan Allah? =DDDD

Sedangkan Rasulullah SAW, manusia berakhlak Al-Quran, paling tinggi kedudukan, pun bagi salam kat sapa-sapa yang Baginda jumpa. Dan takde sorang pun yang berkesempatan nak bagi salam dulu melainkan Rasulullah mendahului.

Teringat kisah sorang sahabat *maaf terlupa siapa* yang berusaha sungguh-sungguh nak bagi salam kat Rasulullah. Tapi tak pernah dapat. Sampai sanggup menyorok belakang pokok, dengan harapan Rasulullah tak nampak beliau dan dapat la beliau bagi salam dulu. Kira cam main aucak aucak gitu. Tapi, still Rasulullah bagi salam dulu kat dia. Comelkan para sahabat. Sungguh-sungguh tu. haaaa~

Mereka belumba-lumba nak bagi salam kat orang, tapi kita sekarang? Tegur pun nak tak nak, senyum pun kadang-kadang tak. Salam apatah lagi. *refleks diri sendiri* Rasa cam bagi salam kat orang tak dikenali tu benda pelik pulak. Tu la kita, umat akhir zaman. Jumpa kawan-kawan pun kadang-kadang tu "woi!" tak pun "aaaaaaaa, lama tak jumpa." dan paling dahsyat, jumpa kawan-kawan tegur dengan carutan yang entah apa-apa. Da elok-elok Islam bagi cara terbaik, salam, Assalamualaikum, sejahtera ke atas kamu. Tak nak pulak. Nak jugak mencarut. Betul-betul tak faham *hantuk kepala kat lantai*

Mungkin kisah saya tak la hebat, tapi rasanya tarbiyyah yang Allah bagi disebalik tu sungguh ohsem. Tak kisah la kalau korang nak kata tak, tapi saya tetap cakap YE. lalalalala~

Kesimpulannya, pandanglah dunia dengan kaca mata iman. Nanti akan nampak tarbiyyah direct or indirect dari Allah. Even tersepak batu pun, pasti ada sesuatu yang Allah cuba sampaikan kat kita. Cuma kita perlu pasang kaca mata iman supaya nampak dengan jelas. InsyaAllah. Itulah udang besar yang bersembunyi di sebalik mi goreng yang sedap. *nyumnyum* Kalau mata kasar, mungkin samar-samar kot. Hmmm.

P/S : Rasulullah bersabda "Diantara syarat-syarat kiamat adalah timbulnya perkara-perkara keji, biadap dalam kekejian, memutuskan sillaturrahim, khianat pada orang yang jujur dan kepercayaan pada orang yang khianat." (HR Ahmad Al-Bazzar dari Ibnu Umar) <----- rasa cam familiar je ni. hmmm.

P/SS : Bila agaknya akan datang zaman yang apabila lelaki melihat wanita lalu mereka menundukkan pandangan dan wanita apabila melihat laki-laki mereka turut menundukkan pandangan. Hmmmm.

No comments:

Post a Comment