Berkurun dah berkira-kira nak menulis, planned nak menulis, berhasrat nak menulis. Tapiiiiii... Alhamdulillah, harini baru mengagahkan jari-jari comel saya untuk mengetik butang-butang keyboard nih. *Kenapa la malas sangat agaknya?*
Too many things happened this few days, maybe weeks but still semua itu bukan alasan. *peringatan buat diri* Dalam keadaan semua orang cuba berlari, saya jatuh tersungkur dan terdampar. Well, itulah situasi yang bole digambarkan. Tak faham? Tak faham takpe, itu bukan main point post kali ni. ;) Dan sekarang, masih ada perkara-perkara yang perlu dibetulkan. InsyaAllah. Tak mudah, tapi tak mustahil.
Bebel-bebel, saya nak cerita apa plak kali ni? Sila buka tafsir, page 3 surah ke dua ayat lapan hingga sepuluh. Surah kedua surah apa??? *Al-Baqarahhhhhhhhh*
Allah cakap apa kat kita? Jom sama-sama tengok.
"Dan di antara manusia ada yang berkata, 'Kami beriman kepada Allah dan hari akhir.' Padahal sesungguhnya mereka itu bukanlah orang-orang yang beriman."
"Mereka menipu Allah dan orang-orang beriman, padahal mereka hanyalah menipu diri mereka sendiri"
"Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah tambahkan penyakitnya itu, dan mereka mendapat azab yang pedih kerana mereka berdusta" (Al-Baqarah : 8-10) *rasa cam kena penampar berbintang-bintang. air mata turun cam air terjun*
Jauh di sudut hati, terasa ayat-ayat ni memang ditujukan khas pada diri. Mungkin kerana Allah masih sayang, masih memberikan hidayah dan petunjuk. Peluang tak datang berkali-kali. Saya tahu tu. >_<
Beriman, menipu, penyakit hati. Allahu Rabbi. Terasa sesak je dada. Hilang terus benda yang nak dishare. =.=''
*Tarik nafas dalam-dalam. Macam taknak lepas. Tapi kena lepas gak sebab nanti orang ingat nak bunuh diri plak*
Ok. Sambung, Manusia memang selalu cuba untuk menipu. Betul tak? *TAKKKKKK* Kalau tak menipu banyak, mesti ada sket, kalau tak menipu orang lain, tipu diri sendiri. Tapi paling parah, tipu diri sendiri, tipu orang dan menipu Allah. Bajet cam Allah tak tau je. Sadis. Saya tak perlu menunding jari pada siapa-siapa atau buat pengakuan berani mati, atau mintak siapa-siapa mengaku dirinya penipu. Cuma apa yang diperlukan adalah untuk siapa-siapa yang membaca, untuk muhasabah diri *termasuk saya sendiri*.
Soalan hari ni, apa yang menentukan perilaku manusia? Ce teka. Sapa jawab betul saya ucapkan tahniah. =DDD
"Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad ada seketul daging, yang apabila ia baik, maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah HATI." (HR Bukhari & Muslim)
Hati. Apa itu hati? Hati is liver. Betul ke? Kalau budak blaja sains, mesti cakap betul. Tu scientifically nya. Dari sudut lain, hati means Qalbu. Qalbu pulak bermaksud Sifat lembut ketuhanan yang ada dalam diri manusia.
Dan hati pulak terbahagi kepada tiga kategori. Cuba kita sama-sama check, hati kita dalam kategori yang mana.
1. Hati yang bersih (Qalbun Shahih)
2. Hati yang sakit (Qalbun Maridth)
3. Hati yang mati (Qalbun Mayyit)
Agak-agak hati kita dalam kategori mana? Sihat, sakit, mati? *angkat-angkat kening. Garu kepala*
Nak tau tanda-tanda hati sihat, sakit dan mati? Jumpa dalam post akan datang. InsyaAllah. Tata. *lambai-lambai sambil buat muka comel. EH.*
P/s : Masihkah akan jadi manusia yang loud and cheerful atau bakal kembali ke Malaysia sebagai manusia lain. =O Sigh. Bali seakan mendesak saya untuk berubah.
No comments:
Post a Comment