Alhamdulillah, hari ni dapat curi sikit waktu, nak tulis sket. Sket pun jadi la kan, daripada terbengkalai, umpama blog tak bertuan. HOHH. =O
Siapa puasa hari ni angkat tangannnnnn. *angkat tangan sambil lompat-lompat buat muka excited* Kenapa korang puasa? *sebab esok hari Asyura.mihmihmih*
Harini 9 Muharram, esok 10 Muharram hari Asyura. Kalau sebut hari Asyura mesti teringat bubur free kat masjid-masjid. *terliur* Eh.
"Sesungguhnya Asyura itu adalah dari hari-hari Allah" (HR Muslim)
Disunatkan bagi kita berpuasa pada hari Asyura dan hari Asyura juga disebut sebagai Ayyamillah iaitu Hari-hari Allah. Kenapa digelar Ayyamillah? Sapa nak cerita?
Ayyamillah, hari-hari Allah iaitu hari-hari yang dinasabkan Allah SWT ke atas diriNya sendiri. Allah telah mengingatkan Nabi Musa untuk mengingatkan kaum-kaumnya tentang hari-hari Allah, sesuai dengan firman
"Dan ingatkanlah mereka akan hari-hari Allah"
Apa yang dimaksudkan dengan hari-hari Allah adalah nikmat-nikmat Allah. Allah menyelamatkan Musa serta kaumnya dari kekejaman Firaun. Terbelahnya laut dan tenggelamnya Firaun serta turunnya Al-Mann dan Al-Salwa dari langit untuk Bani Israel serta nikmat-nikmat yang lain.
Mungkin timbul persoalan, hari apa kita kena puasa sebenarnya? Ok, kebanyakan ulama berpendapat bahawa kita disunatkan berpuasa pada hari kesepuluh kerana Rasulullah SAW juga berpuasa pada hari tersebut dan menganjurkan sahabat baginda untuk turut berbuat demikian. Lagipun, asyura dari sudut bahasa juga bermaksud SEPULUH. Jadi, hari kesepuluh. <---ini bukan kesimpulan.
"Rasulullah menyarankan puasa asyura iaitu puasa pada hari kesepuluh" (hadis Hasan sahih riwayat At-Tarmizi)
Kalau macam tu, kenapa kena puasa 9, 10, 11? Errrrrr....
Pendapat sebahagian ulama untuk puasa sunat pada tanggal 9 dan 10 adalah berdasarkan hadis
"Pada hari Rasulullah berpuasa Hari Asyura (hari kesepuluh), para sahabat ra berkata 'Ya Rasulullah, ia adalah hari yang disambut oleh orang-orang Yahudi dan Kristian.' lalu Rasulullah SAW bersabda, 'Tahun depan InsyaAllah kita berpuasa pada hari sebelumnya (hari sembilan) jika aku masih hidup' Sebelum tiba tahun depan, Rasulullah wafat"
Berdasarkan hadis tersebut, imam As-Syafie dan sebahagian ulama mengatakan disunatkan puasa pada kedua-dua harinya agar tidak menyamai amalan orang-orang Yahudi.
Pendapat sebahagian ulama pula disunatkan berpuasa pada hari kesembilan, kesepuluh dan kesebelas berdasarkan hadis
"Berpuasalah kamu di hari Asyura, dan kamu bezakanlah dengan (amalan) orang-orang Yahudi. Oleh itu berpuasalah kamu sehari sebelumnya dan sehari selepasnya" (HR Ahmad)
So, kesimpulannya, paling afdhal kalau puasa 9,10,11. Kalau tak mampu, puasalah 9 and 10. Kalau tak mampu jugak, puasa lah pada hari Asyura itu sendiri, 10 Muharram.
P/S : Jangan letih melakukan kebaikan, kerana Allah melihat usahamu, walau sekecil biji sawi. InsyaAllah. ;)
P/SS : Hmm,Kenapa rasa lain macam eh post ni.Tapi tak tau kurang kat mana. Assifah jiddan. Apapun, semoga yang sedikit ini tetap bermanfaat.
No comments:
Post a Comment