Tuesday, 16 October 2012

Zulhijjah Datang Lagi. Hoyeaaahhh!

Alhamdulillah. Masih bernafas dalam kondisi normal. Anda bagaimana?
Pejam celik pejam celik, Zulhijjah datang lagi. Weeeee. *Ni kenapa excited sangat ni?*

Tahukah anda, apa itu Zulhijjah? *soalan ala2 trivia*
Tak tau le tewwwwww. Ok, Zulhijjah merupakan bulan terakhir dalam takwim hijrah. Takwim hijrah tu apa benda plak? Nak tau sila cari sendiri eh.

Apa yang special sangat Zulhijjah ni? Raya Korbannnnnnn. Makan daginggggggg. Yeayyyyyyy! Ada rasa cam nak stop membaca tak? Kalau ada, sila batalkan niat anda dan teruskan membaca. Terima kasih.

Berbalik kepada soalan tadi, apa yang istimewa sangat Zulhijjah ni selain buat korban, orang pergi haji dan buat aktiviti bersama keluarga or kawan-kawan. Eh. Semua orang tahu kan Hari Raya Aidiladha disambut pada setiap 10 Zulhijjah. And hari Tasyriq pulak jatuh pada 11, 12, dan 13 Zulhijjah dan kita diHARAMkan berpuasa pada hari-hari tersebut.

Selain raya korban which falls on the 10th, apa lagi peristiwa-peristiwa terjadi dalam bulan Zulhijjah? *nak tanya sapa nak cerita, tapi cam sia-sia je, penat da bagi peluang orang rebut pahala, sorang pun tak sudi. Bercakap melalui pengalaman post-post sebelumnya*

9 Zulhijjah, Hari Arafah.

10 Zulhijjah, kita sambut raya korban. And ibadah korban boleh dilakukan pada 10, 11, 12, dan 13 Zulhijjah. Raya Korban kita sambut sebab apa? Sebagai tanda memperingati peristiwa sembelihan Nabi Ismail a.s oleh bapanya Nabi Ibrahim a.s dan Allah tukar dengan seekor biri-biri.

26 Zulhijjah plak merupakan hari kematian Saidina Umar al-Khattab. *muka merah (baca as blushing) sebab suka Umar. haaaa~*

Sempena datangnya Zulhijjah, apa yang kita nak buat? Ke tak plan apa-apa lagi?

Allah berfirman dalam surah Al-Fajr, ayat 1 dan 2 "Demi fajar dan malam yang sepuluh". Apakah yang dimaksudkan dengan malam yang sepuluh?

Dari Ibn Kathir "Yang dimaksudkan disini adalah sepuluh hari pertama Zulhijjah, begitu juga tafsir Ibn Abbas, Ibn Az-Zubair, Mujahid dan lainnya" (HR Imam Bukhari)

Dari Ibnu Abbas ra, Rasulullah SAW bersabda, "Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain daripada hari yang 10 ini.  Para sahabat bertanya 'Walau berjihad di jalan Allah?' Rasulullah bersabda 'Walaupun berjihad di jalan Allah, melainkan lelaki yang keluar (berjihad) membawa diri bersama hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid)" (HR Ahmad, At-Tarmizi)

Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata, antara keistimewaan 10 awal Zulhijjah adalah terhimpunnya ibadah-ibadah besar iaitu solat, puasa, sedekah dan haji, di mana pada ketika lain tidak terhimpun seperti tersebut. Menjawab soalan 'apa yang istimewa sangat Zulhijjah ni?' ke tak?

Berkenaan solat.
Rasulullah bersabda, "Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud kepada Allah, kerana di setiap sujud itu Allah mengangkat darjatmu dan dihapus kesalahanmu." (HR Muslim)
Dan disunatkan jugak untuk cepat-cepat keluar berjemaah. Hakikatnya, berkenaan solat ni anytime pun kena buat kan? Tak kan la 10 hari awal Zulhijjah je nak banyak solat sunat, pergi awal ke Masjid, masa lain tak nak buat. Bukankah istiqamah itu lebih baik? *angkat-angkat kening*

Dan berkenaan puasa.
Daripada Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, daripada sesetengah isteri Rasulullah SAW berkata " Rasulullah berpuasa pada hari sembilan Zulhijjah, pada hari Assyura (10 Muharram) dan 3 hari setiap bulan)" (HR Ahmad, Daud dan Nasaie)

Dari Imam An-Nawawi, berpuasa pada hari-hari 10 adalah sunat yang amat digalakkan.

Puasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah). Rasulullah sendiri bersabda tentang kelebihan berpuasa pada hari tersebut.

"Aku mengharapkan Allah menghapuskan setahun lalu dan setahun akan datang" (HR Muslim)

Rasulullah yang maksum pun mengharapkan keampunan Allah. Kita yang dosa entah-entah *bukan entah-entah, komfem-komfem* melebihi kebaikan, tak kan tak terdetik kat hati nak mencari cara supaya Allah hapuskan dosa-dosa tersebut? Sombong bebeno. *ishishish*

Musim kebajikan tiba lagi, so macam mana cara kita nak sambut? Cene cene? Ce cte ce cte.

First and foremost, sambutlah musim kebajikan ni dengan bertaubat dengan sebenar-benar taubat *peringatan buat diri*. Tinggalkan segala dosa dan maksiat, sebab dosa tu la yang membawa manusia JAUUUUUHHHHHHHH dari kebaikan sekaligus jauh dari Rabb nya.

Second, tanamlah azam yang baik. Jangan azam pelik-pelik je nak tanam. Nak break record game ni, nak buat tu, nak buat ni, tapi untuk akhirat, satu azam pun takde. Allahu Rabbi, tak malu ke ngan Allah? Macam-macam Allah bagi free, satu benda pun tak terniat untuk Allah. Hamba jenis apo mu nih?

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan Kami), nescaya Kami tunjukkan mereka jalan Kami. Dan sesungguhnya, Allah benar-benar bersama mereka yang berbuat baik" (Al-Ankabut : 69)

Last but not least. Doa. Jom sama-sama kita berdoa agar kita tergolong dalam kalangan mereka yang BERLUMBA-LUMBA melakukan kebaikan. Berlumba-lumba tahu, bukan merangkak atau mengengsot. Terlalu slow itu. Apapun, perbanyakkanlah doa pada bila-bila masa. Sesungguhnya Allah suka apabila hambaNya meminta-minta. Bukan meminta-minta sesama manusia, minta pada Allah. Bermanja-manjalah ngan Allah, mengadu domba pada Allah. Tapi nak sebar fitnah takleh sebar kat Allah, sebar kat sesama manusia jela eh? Allah mendengar, every single word. Takde satu pun yang terlepas. Yang tak terucap pun Allah tahu. Yela kan, kadang-kadang kita sedih, marah, bengang, kecewa yang terlampau sampai takde words yang bole describe. But don't worry, He knows exactly how you feel without you telling. In fact, He's the One who created those feelings right?

Allah berfirman "Aku merindukan hambaKu, apabila dia merindui Ku. Aku bersama hambaKu, ketika hambaKu mengingatiku dan bergetar bibirnya menyebut namaKu"

"Barang siapa yang mengingati diriKu dalam dirinya, maka Aku mengingati dirinya dalam diriKu. Dan jika dia mengingatiKu dalam keramaian, maka Aku juga mengingatinya dalam keramaian yang lebih baik"

P/S : JOM puasa 9 hari berturut-turut! Saya mengajak puasa bukan kerana berat badan dah naik 2kg, tapi sebab terlalu banyak kebaikan yang ada pada hari 10, hari yang Allah sebut dalam Al-Quran.
Ibnu Taiyyimah pernah ditanya tentang keutamaan 10 hari awal Zulhijjah dan 10 malam terakhir Ramadhan. Dan beliau menjawab "Siang hari sepuluh hari pertama Zulhijjah adalah lebih utama dari siang hari sepuluh hari terakhir Ramadhan dan sepuluh malam terakhir Ramadhan adalah lebih utama daripada 10 malam pertama Zulhijjah" (Majmuk Fatawa)
The least i can do pada siang hari adalah puasa, selain belajar yang dikira berjihad, insyaAllah. So saya mengajak untuk puasa sebab nak sama-sama kumpul pahala, sama-sama kejar redhaNya, saya ajak bukan paksa. Innamal a'malubinniyat. ;) Sekian.


Im not sure bout anywhere else, but Bali is so panas sekarang. Extremely hot. Mohon kekuatan untuk terus bermujahadah nak puasa.

No comments:

Post a Comment