Friday, 12 October 2012

Kamu, Yang Disebut dalam Al-Quran.

Lama tak menulis. Maklumla, retissss. Haha. Dah sebulan lebih kat Bali ni, macam-macam benda da jadi, macam-macam dugaan Allah bagi. Ujian dunia, Alhamdulillah lulus setelah pelbagai bisikan datang melanda akibat keputusan hari pertama yang hanya bertujuan untuk mempermainkan perasaan. Lulus exam means more cuti. Hewhew. Ujian untuk akhirat, ujian hati, ujian iman. Memang datang bertubi-tubi. Im taking every single thing very seriously because ... *cuba isi dot dot dot tu dengan ayat korang*

Apa pun, hari ni cuma nak share beberapa ayat. InsyaAllah. Sebab da lama sangat tak share, diri pun rasa kosong. Chewah. Bole kan gituuuu. =.=''

"Hari ini telah Aku sempurnakan bagimu akan agama kamu, dan aku penuhkan kepada kamu nikmatKu, dan redhalah Aku Islam itu sebagai agama bagi kamu." (Al-Maidah : 3)

Siapa tahu cerita tentang ayat ni? Sedih tau. Siapa nak cerita siapa nak cerita? Cepat cepat. Fastabiqul khairat! Rugila kalau tak nak rebut pahala. Hmmm~

Allah cakap, Allah redha Islam sebagai agama kamu. Dan lihat diri kita sekarang. Adakah kita Islam? YAAAAAAAAA. *Alhamdulillah* Adakah Allah redha dengan keadaan kita sekarang? *air mata mencurah-curah* Kadang-kadang apa yang kita lakukan is more to untuk menjaga hubungan sesama manusia. Orang cakap apa pun, kita yeeeee je sebab kita tak nak sakitkan hati orang. And for i myself, i have problem saying no. Im not good at rejecting. Tak tau kenapa. If you say something dan saya memberi reaksi 'hehehehehe' *tersengeh-sengeh and tersipu-sipu* atau saya memberi seribu satu alasan yang tak munasabah, that means NO, I DON'T LIKE, I DON'T WANT etc2. Entah di mana silapnya, saya fail dalam berkomunikasi, sejak masuk KTT. Apapun, it's important to remind yourself, put Allah first in anything you do. You'll be safe. Anda pasti selamat, dunia dan akhirat. InsyaAllah.

"Kamu  adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk memimpin umat manusia; iaitu kamu menyuruh berbuat kebaikan dan kamu menegah dari kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah" (Al-Imran : 110)

Kamu adalah sebaik-baik umat. Siapa? Kita? Al-Quran itu diturunkan untuk siapa? Tapi dah layak ke kita jadi sebaik-baik umat yang di sebut dalam Al-Quran? Umat yang buat kebaikan dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah. "DAN", Allah cakap dan, bukan pilihan but everything should come together.*rasa terpukul kerana sedar diri belum layak*. Dalam surah Al-Ashr pun ada ciri-ciri manusia yang tak rugi. Sila rujuk sendiri. Kata nak rebut pahala. =P

Iman merupakan titik kekuatan. Ikut kata iman, bukan nafsu. Nafsu buat baik takpe. Biarla nafsu nak buat baik tu meluap-luap. Kalau ada la kan. Tapi jangan sehari je, dan disitu perlu diingatkan bahawa istiqamah itu lebih baik dari buat banyak sekali gus then stop doing. Ishishish. No good no good. *cakap kat diri sendiri*

Dan ayat terakhir nak share malam ni berbunyi *drum roll*

"Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliyah) bermusuh-musuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan kurniaNya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di jurang neraka lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk" (Al-Imran : 103)

Oh, ni lah ayat yang berjaya mencipta scene. *nangis berguling-guling* Do you feel what im feeling? Tak? Haaaa, kenapa tidak? Tolong la faham. *nak paksa jugak orang faham.huh*

'sedangkan ketika itu kamu berada di jurang neraka lalu Allah menyelamatkan kamu' Ya Allah, ni sangat-sangat sentap. Terasa betapa berharganya Iman dan Islam, dan terasa betapa manis dan berharganya Tarbiyyah dari Allah. Bukan calang-calang, bukan untuk kita campak-campak sukahati. Allah selamatkan kita dari neraka. Neraka tu. Tak gerun ke bila fikir? Allahu Rabbi. Jantung bagai nak luruh bila terfikir keadaan diri sendiri dan jarak dari neraka.

Dan bila Allah sendiri dah selamatkan, kenapa senang-senang nak patah balik? Betapa tak bersyukurnya manusia. Da kat jurang, kat tepi, silap step memang tergolek masuk neraka tapi Allah nak tunjuk Dia sayang, Dia selamatkan. Tapiiiiiiiii. Alahai, sedih sangat sampai tak tau nak cakap apa. Cuma mampu mengharap kalian turut rasa apa yang saya rasa.

Nak dapat syurga tu bukan semudah yang kita sangkakan. Nak masuk neraka pun bukanlah sesusah yang kita fikirkan. Pandai-pandai la pilih sendiri. Allah sentiasa bagi kita pilihan. Dan Allah da bagi akal. Pesanan dari penaja, sila gunakan akal fikiran anda dengan sebaik mungkin. Jangan hanya pandai menyalahkan takdir.

Sekian bebelan, insyaAllah lain kali bebel lagi. ;)



P/S : Penat. Mengantuk. Letih. Saya tahu saya tak layak untuk merungut, mengeluh, komplen tak henti-henti, tapi tu la. Perangai buruk yang tak terbuang lagi. Merungut lebih, padahal kerja satu pun tak siap-siap. =.=''''''''' X______X

P/SS : Tolong dan mohon, berkawan means berkawan. Jangan la nak cipta situasi krikkrik. Saya tak suka dan tak gemar. Kenapa? It's not funny when you suddenly tell me 'I LOVE YOU' and ask me to say it back. Im not saying it, because 1. i dont love you *mind if i tell you depan-depan? apa bole buat, tak sampai hati*  2. kawan kot. selama ni awak berkawan dengan maksud disebalik ke? Kecewa sangat. 3, im keeping that phrase for someone special. saya bukan orang yang sepah-sepahkan i love you merata. maybe it seems kolot to you, but itu saya. 'I love you' means something to me. So please. Saya tersenyum bukan bermaksud saya suka. Dalam hati berapi. Harap maklum.




No comments:

Post a Comment