Sunday, 6 May 2012

Sedar Tak Yang ...

"Takpe, gagal tu kan ujian dari Allah. Tanda dia sayang"
"Sabar eh, ada hikmah disebalik musibah ni"
"Rilek la bro, Allah sayang kau, sebab tu dia bagi ujian ni"

Ini antara dialog yang sering kita dengar. Yang lulus periksa bagitau kat yang gagal tu ujian dari Allah. Yang tak tertimpa bencana suruh yang ditimpa bencana tu fikirkan hikmah disebalik kejadian. Bukan maksud saya nak kata tak baik cakap macam tu, tak. Baik. Tapi sedar tak kita yang ....

> Gagal dalam peperiksaan itu satu ujian. Lulus itu jugak satu ujian.
- Bila gagal, orang nampak itu satu ujian dari Allah. Tapi kenapa bila lulus, kita tak ingatkan diri kita bahawa itu jugak satu ujian. Menguji sejauh mana kita mampu bersyukur tanpa ada perasaan-perasaan kurang enak (sombong, riak, takbur, ujub) di dalam hati. Bila gagal kita cakap "Ni mesti sebab aku kurang usaha" Bila lulus plak cakap "Aku memang patut dapat ni, aku usaha tunggang tebalik kot" Eh, kejap. Bukan hasil tu Allah yang bagi ke? Kenapa bole lupa diri?

> Ditimpa musibah itu ujian. Diberikan kesejahteraan berterusan juga satu bentuk ujian.
- Apabila mendapat musibah, kita lebih senang mengingati Allah, tapi ketika senang, berapa kali kita mengucapkan syukur?

> Miskin itu ujian. Kaya itu ujian yang lebih berat.
- Yang miskin kadangkala merungut miskin. Salahkan Allah kerana membiarkan mereka terus miskin. Yang kaya kadangkala sombong. Lupa itu sekadar pinjaman. Bukankah kedua-duanya ujian yang berat? Tapi pastinya kaya lebih berat kerana yang miskin akan ke syurga lebih dahulu dari yang kaya. Sedangkan Abdul Rahman Auf takut apabila diberitakan bahawa dia akan masuk syurga dengan mengengsot lalu di infaknya 700 ekor unta beserta muatannya dengan harapan dia boleh masuk syurga berlari. Kenapa kita pula menganggap harta itu nikmat semata?

> Rupa paras yang tak berapa cantik ujian. Rupa yang menawan juga ujian.
- Bila hodoh merasa rendah diri. Bila cantik rasa bangga pulak. Bukankah kedua-duanya cara Allah menguji kita? Hodoh di dunia, tidak perlu rasa terhina. Yang perlu rasa terhina apabila kita hodoh dimata Pencipta. Allah tidak kata yang hodoh itu bukan bidadari syurga, bukan bidadari dunia. Bidadari syurga juga tidak cemburu pada manusia yang hanya cantik pada rupa. Seindah-indah perhiasan itu adalah wanita solehah. Jadi wanita solehah itu cantik disisi Allah. Mahu cantik di mata manusia atau cantik di mata Pencipta?

> Tak hebat di jalan dakwah satu ujian. Bila dah hebat pun satu ujian.
- Berjuang di jalan DnT ni memang tak senang tau. Macam-macam kita cuba tapi tak dapat sambutan. Kita sedih, down, tak semangat dah, rasa nak stop. "Aku malas dah la ajak-ajak orang ni, bukan nya nak ikut pun" Putus asa la pulak. Dah hebat nanti lain plak ceritanya. Bagi talk sampai satu dewan full, ada blog, ribuan followers. Ni pun satu ujian yang berat. Jangan sampai kita rasa kita hebat bila ramai orang ikut kita. Allah lah yang memberi hidayah dan membuka hati mereka. Bukan kita. Yang takde orang sudi ikut pun, Allah pandang usaha kamu. Jika kamu ikhlas, orang kutuk pun kamu sudi buat. Kutuk, caci maki, tu sume tak terkesan pun kat hati. Buat sesuatu kena ikhlas. Bukan untuk menunjuk-nunjuk tau. Bukan sekadar nak hebat kat dunia je, yang penting kat sana nanti.

> Ada family kurang bahagia satu ujian. Family bahagia terlampau juga satu ujian.
- Siapa yang tak mahu keluarga yang bahagiakan? Tapi apabila Allah uji dengan masalah kekeluargaan, sejauh mana kita mampu bersabar tanpa membandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang lain? Apabila bahagia pulak, adakah kita sentiasa bersyukur dan ingat pada Allah atau kita hanya bahagia dari sudut keduniaan sahaja? Jangan compare-compare, tu yang rasa hidup kita ni tak seronok. Bersyukur seadanya. Berdoa agar Allah beri kefahaman tentang agamaNya kepada kita dan ahli-ahli keluarga kita. Kerana keluarga yang bahagia itu adalah keluarga yang Allah beri kefahaman tentang agamaNya. Kalau hati keras, mana nak rasa bahagia. Kan kan?

***********************************
Rasanya cukup ni je contoh yang nak bagi. Yang lain, fikir-fikir sendiri dan kalau sudi share, bole la share. ;)
Perkara ni dianggap ujian sebab kita manusia. Kita akan sentiasa di uji. Bukankah ujian itu tanda Allah sayang? Kalau kita kata hanya musibah itu ujian, habis yang tak tertimpa musibah Allah tak sayang ke? Yang gagal je kononnya di uji. Yang lulus tu bukan ujian, Allah tak sayang ke? Allah kan Maha Adil, Maha Pengasih, Maha Penyayang. Kasih sayang Allah tak bertepi. Cuma kita perlu bijak dalam merebut kasih sayang dan keredhaan Allah.

"Allah tidak memberati seseorang melainkan dengan kemampuannya. mereka mendapat pahala kebaikan yang dilakukannya, dan mereka juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya. ..." (Al-Baqarah :286)

"Dan kami menguji kamu dengan KESUSAHAN dan KESENANGAN sebagai dugaan. Dan kepada Kamilah kamu semua dikembalikan." (Al-Anbiyaa : 35)

Di dalam ujian itu ada nikmat, dan di dalam nikmat itu ada ujian. Bersangka baiklah kepada Allah kerana Allah itu berada di dalam sangkaan kita.

Rasulullah bersabda, 'Allah berfirman "Aku berada di dalam sangkaan hambaKu kepada diriKu. Aku menyertainya ketika dia menyebutKu. Kalau dia menyebutKu kepada dirinya, maka Aku menyebut dirinya kepada diriKu, kalau dia menyebutKu dihadapan orang ramai, akan Ku sebut dia dihadapan mereka yang lebih baik daripadanya." (HR Bukhari dan Muslim)

Didik hati supaya sentiasa bersyukur dan redha dengan setiap kejadian yang telah ditetapkan. Jadi orang yang bahagia dengan sentiasa mengingatiNya. InsyaAllah.

Im never alone. ;)


No comments:

Post a Comment