Wednesday, 23 May 2012

Muhasabah Diri #4; Kita yang Lalai.

Ini adalah saya. Sebab itu lama tak menulis di sini. =P

Saya tahu saya tak seharusnya berehat terlampau lama, kerana pekerjaan sebagai Hamba Allah, Abid dan Khalifah ni bukanlah kerja part-time tapi a FULL-TIME job. Saya ambik cuti sendiri tiba-tiba. Astaghfirullah. *air mata mencurah-curah sambil tunduk tak nak angkat kepala lagi*

Saya tahu saya masih hutang para pembaca tentang sifat-sifat Mazmumah. InsyaAllah next post saya buat k. *kenyit mata sambil buat aksi comel*

Semalam lepas baca Al-Sajdah dan Al-Mulk, Allah gerakkan hati saya untuk belek surah At-Takathur. Selama ni hafal tanpa menghafal maksud sekali *tunduk malu* dan semalam, rasa sangat terpukul. *DUSHDUSH!* Allah benar-benar punya pelbagai cara untuk sedarkan hambaNya yang terleka. Alhamdulillah.

(1) Kamu telah dilalaikan (dari mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak pinak, pangkat dan pengaruh).

(2) Sehingga kamu masuk kubur.

(3) Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk ketika hendak mati)!

(4) Sekali lagi (diingatkan) : Jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!

(5) Demi sesungguhnya, Kalau kamu mengetahui; (apa yang akan kamu hadapi) dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat)

(6) (Ingatlah) demi sesungguhnya! Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.

(7) Selepas itu ; demi sesungguhnya! Kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin, (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!

(8) Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang telah kamu nikmatinya)!

Ok, saya nak tanya, kamu tak rasa apa-apa ke dengan ayat-ayat ni? Sikit pun tak rasa takut ke? Fuh, jiwa kental tuuuu. Dari ayat pertama lagi, sehingga ayat terakhir, memang sangat menyentap hati.

"Kamu telah dilalaikan...Sehingga kamu masuk kubur" - Seriously, rata-rata kita sangat-sangat lalai sekarang. Exam susah sikit lalai, kerja banyak sikit lalai, assignment berlambak lalai, nak dapat income lebih sikit lalai, banyak masa lapang lalai. Kita kejar apa sebenarnya? Penting sangat ke semua tu? *soalan buat diri sendiri* Saya akui, saya hamba yang lalai. Ampunkan aku Ya Rabb. 

"Jangan sekali-kali bersikap demikian! ..." - Bukankah Allah sangat sweet? Dia ingatkan kita hambaNya supaya jangan bersikap demikian, tapi kita masih lagi terleka. Allah memang Maha Mengetahui. Awal-awal lagi Allah dah tahu kita akan lalai, sebab tu Allah bagi warning siap-siap. Terima kasih Allah.

"...kamu akan melihat neraka yang marak menjulang" - Janji Allah itu benar, syurga itu benar, neraka itu betul ada. Sedangkan api dunia pun kita tak sanggup nak rasa, melecur sikit dah kecoh macam hilang jari je, sanggup ke kita nak ke neraka yang apinya menjulang-julang? Sanggup ke kita? Mampu ke kita? Semua akan cakap 'tak sanggup, tak nak' tapi hakikatnya, berapa ramai je yang betul-betul berusaha untuk tidak ke neraka? *tunduk malu lagi, air mata, hingus semua leleh2*

"...kamu melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)" - Bukankah telah terlambat untuk meratap, merayu pada ketika itu? Kamu DILEMPARKAN ke dalamnya. Kita di lempar, bukan diletak. Dah la masuk neraka, dilempar pulak tu. Cuba kalau ada orang lempar kita, belum lempar lagi pun kita dah jerit-jerit. Sekurang-kurangnya, kat dunia kita mampu suruh orang stop and tak jadi lempar, tapi kat sana nanti? Kita ada hak ke nak jerit-jerit cakap jangan lempar kita ke dalam neraka?

"... ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang telah kamu nikmatinya)!" - Terlalu banyak nikmat Allah yang kita nikmati, kita tak mampu menghitungnya. Tapi benarkah kita bersyukur atas tiap sesuatu? Mulut mungkin mengucapkan syukur, tapi hati? Ayat ni benar-benar buat saya berfikir. Saya ni bersyukur ke dengan setiap nikmat? Ya Allah... Apa yang mampu saya katakan kelak? Hanya bisu kerana sememangnya sentiasa lalai dan tak pernah bersyukur? Nauzubillah. (>_<)

Saya tengok ramai yang tweet tentang Debat PTPTN - saya memang tak tahu sangat isu semasa *which is not so good* so saya hanya mampu melihat tweet orang, dan tidak menonton pun debat tersebut. =.='' Disebabkan Debat ni la saya teringat lagi surah At-Takathur, lalai. Sekarang HOT bebeno ye isu politik. Sampai agama pun dipersoalkan, dipergunakan.<---ni xde kena mengena dengan debat PTPTN tu ek. Cuma teringat isu-isu lain. Hmm, tapi saya tak nak cerita pasal politik ke apa. Cuma nak share surah At-Takathur je. Hehe. 

Semoga bermanfaat. Ingat, Allah dah pesan, "JANGAN BERSIKAP DEMIKIAN (LALAI)!" - InsyaAllah saya akan berusaha untuk jadi tidak lalai. Dunia bukan segalanya. Akhirat itu kekal selamanya. ;)

P/S: Jangan fikir sekadar apa yang saya perkatakan, jangan sekadar menyoal diri dengan soalan yang saya kemukakan, sila refleks diri sendiri dengan soalan-soalan sepatutnya kerana saya menulis juga untuk bertanya kepada diri sendiri. Saya tidak sempurna.

P/S2: Saya tahu cara saya agak pelik, tapi saya just nak cakap, sapa-sapa yang ada nak share, tambah, tegur, perbaiki, silakan. Jangan rasa terbeban ye. Ilmu Allah kena kongsi-kongsi, siapa tahu mendatangkan manfaat. InsyaAllah. =P

2 comments:

  1. nak tambah x retkli nk susun ayat.tp klu ada masa bole rujuk tafsir ibnu katsir pasal surah ni.mmg menusuk kalbu.WA

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah. Akan merujuk secepat mungkin. Jazakallah khayr. ;)

    ReplyDelete