Thursday 29 November 2012

Mata yang Melihat, Hati yang Menilai

Olla! Assalamualaikum. heee.

Ikutkan hati, banyak benda nak cerita, kadang-kadang, bila berconference riang, ada yang tersimpan tak terluahkan *cheyyy, ayat.* Sebab nak diluahkan pada manusia, rasa cam sia-sia. Biarlah kan orang cakap apa, Allah tahu semua. *muka yakin* Apapun, post ni bukan nak cerita banyak, sikit je. Cuma beberapa perkara, mungkin peristiwa yang saya rasa nak cerita.

Peristiwa 1.

I was cycling against the traffic. Tiba-tiba kat simpang ada sorang pakcik ni klua tanpa tengok ke kiri. Tengok kanan je. Masa tu memang rasa nak marah je tapiiiii. Bila difikirkan semula, memang saya tak layak pun nak marah. Why? Sebab jalan kat sini memang one way, pakcik tu nak klua simpang memang sah-sah kena tengok belah kanan je, kiri tengok buat apa kan? *sebab ada manusia macam saya yang kayuh against the traffic*. Syukur memang tak sudah, tapi peristiwa tu sedikit sebanyak menembak hati dan jiwa. HOHO.

Mungkin simple je, pakcik bawak moto -- klua simpang tak pandang kiri -- saya kayuh basikal dari arah bertentangan -- pakcik klua and hampir me'nabrak' saya -- saya rasa marah -- tapi tak layak untuk marah. Nasib baik tak jadi apa-apakan, kalau ditakdirkan mati kat situ, Allahu Rabbi, bekalan apa yang nak bawak, lagi-lagi dengan kondisi sekarang, hanyut terus dengan dunia. *nangis*

Hakikatnya, peristiwa tu tak la sekecil dan sesimple yang saya sangka. Cuba kita aplikasi kejadiaan tu dengan kehidupan kita di dunia. Allah dah bagi pilihan, kita kena buat pilihan, ada jalan betul dan lurus tapi kita pilih jalan yang bertentangan. Tiba-tiba Allah bagi something as in musibah, LAYAK ke kita nak marah dan tanya KENAPA? Sedangkan kita yang melawan arus. Tak nak ulas panjang-panjang, mungkin peristiwa ni tak menyentuh hati orang lain, yang penting, menyentuh hati saya. Tarbiyyah direct dari Allah. Alhamdulillah. =')

Peristiwa 2.

Setiap hari memang pergi masjid untuk solat Zohor, sebab kampus kami takde surau. Memandangkan kelas habis awal, Lab start lewat, so pergi la masjid awal, nak ikut solat berjemaah. Memang tak ramai orang (jemaah wanita), ada 5 orang je *termasuk saya yang comel huahua*. Haihh, terasa susah plak nak cerita. *susun balik ayat* HMMMM. Tengah duduk-duduk tunggu azan habis, masuk seorang kakak ni, pakai memang agak seksi, skirt nampak kaki. Dan itu semua normal kat sini *read as Bali*. Pakai skirt pendek, skirt panjang, tutup aurat tak tutup aurat, pakai lah apa sekalipun, bole je masuk masjid. Takde pun notis "ZON LARANGAN MEMBUKA AURAT" dan yang semaksud dengannya. Habis je azan, semua yang ada kat situ bangun, solat rawatib. Termasuk kakak tu. Saya yang memandang rasa terpukul. Mungkin kerana tersedar dalam diam, rupanya hati saya telah membuat penilaian. Padahal, siapa saya, juga seorang hamba. Dan terdetik di hati, dia mungkin lebih baik di sisi Nya berbanding saya despite her way of dressing.

Teringat sharing seorang akhi, "seorang yang tengah mencuba untuk berubah dari tidak bertudung kepada mahu bertudung, demi Allah semata-mata, kalau dia ikat hanya sehelai benang sekalipun kat kepala, dengan niat sedang berusaha, kalau mati, InsyaAllah Allah redha. Sebab dia tahu dia buat demi Penciptanya." *tepukul gila*

"Pada hari itu, manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. Maka barang siapa berbuat kebaikan sebesar zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalannya). Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalannya)." (Al-Zalzalah : 6-9)

P/S : Don't judge. Don't assume. Ya Allah, jangan jadikan hatiku hati yang menilai insan lain dan keluarkanlah segala penyakit yang ada di dalamnya.

P/SS : Saya juga manusia yang masih merangkak mencari cahaya. Mencuba, dan bercita-cita besar. Tapi masih tewas dalam beberapa perkara. One thing for sure, saya tak kisah orang nak cakap apa, sebab mulut manusia memang tak kan berhenti mencanang cerita. Tapi Allah tahu, betapa saya memohon, selamatkan saya dari dunia yang penuh tipu daya. Saya tak sekuat yang saya sangka.

P/SSS : Mungkin saya terlalu banyak beralasan. Lalu saya menjadi manusia yang TAHU tapi MENOLAK sesuatu yang datang dalam diam. Astaghfirullah. =.=''

No comments:

Post a Comment