Friday, 28 September 2012

Inilah Masanya Untuk Berguling, Terdampar dan Menari LALALA~

Situasi 1

Dalam kelas

XXX : *datang cuit* Kamu M***?

M : Eh, bukan.

XXX : Jadi kamu ...

M : Aku ********.

XXX : Aku ****** *sambil hulur tangan nak salam*

M : ERK... *krikkrikkrik*

-XXX adalah lelaki dan M adalah perempuan-

********************************
Situasi 2

Masa ambil cap jari.

Pak Polisi 1 : *nak pegang tangan sebab nak tonyoh kat print hitam* (teringat zaman dulu-dulu, ayah slalu bawak balik benda tu)

A : Nggak ap ap (GPP). Sendiri aja. Saya muslim jadi ngga bisa sentuh.

Pak Polisi 1 : Oh, dia juga muslim *sambil tunjuk kat Pak Polisi 2*. Jadi dia aja bantuin kamu. Bisa sentuh kan? Sama muslim.

A : Erk. *krikkrikkrik*

Pak Polisi 1, 2, 3 : Kamu punya wudhuk ya? Mau solat? Jadi nggak bisa sentuh ya? *pertanyaan ditanya kepada A,B,C, dan seterusnya*

********************************

Situasi 3

Y : Kamu nanti pulang g mana?

T : Jalan kaki.

Y : Aku hantarin aja.

T : GPP. Aku jalan aja.

Y : Benaran kamu? Aku hantarin, naik motor, tas nya ditengah. Jadi GPP sih.

T : Hmmm. *krikkrikkrik*

********************************

Banyak lagi situasi-situasi KRIKKRIKKRIK kat sini *baca as Bali*. Tak kira lah dengan Locals atau among Malaysians. Sumpah banyak situasi yang mencabar kat sini. Tapi berdasarkan peristiwa di atas, hanya satu persoalan yang mampu ditanya.

Masih mahu rasa selamat dan meneruskan cita-cita untuk menari dan terguling lalu terdampar?

*KRIK KRIK KRIK*

"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingati Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan kepada mereka dan janganlah mereka berlaku seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang yang fasik" (Al-Waqiah : 16)

Dush! Tertusuk di qalbu. Mungkin ada antara kita yang bernasib baik. Dicampakkan ke dalam biah Islamiah dan rasa selamat. Saya juga pernah mempunyai perasaan selamat tersebut. Tapi sekarang Allah uji mungkin sebab nak bukak sikit mata dan hati ni, yang jalan yang saya pilih dulu, kini dan insyaAllah sehingga ke hembusan nafas yang terakhir masih teramat panjang. Masih terlalu ramai yang BELUM FAHAM.

Tahu kah kamu beza antara saya muslim dan saya Muslim? *sila maklumkan pada diri sendiri bahawa tak semua orang tahu dan tak semua orang faham*

Menilai seseorang tu memang bukan tugas kita as Abid and Khalifah. Memang tak termasuk dalam senarai tugasan. Dan hati memang tak terdidik nak menilai orang. Cuma kat sini, rasa nak percaya dan selamat tu tak ada. Secara tidak langsung menambahkan lagi satu tugasan berat pada kalian-kalian dan saya yang memilih untuk berkongsi fahaman. *ayat takleh blah*

Apapun, terlalu banyak perkara yang menyedarkan diri bahawa jalan ni memang belum nampak penghujung.

Ya Allah, tunjukkan kami jalannya,beri kami kekuatan. Tambahkan kefahaman kami tentang agamaMu, dan berilah mereka kefahaman tentang agamaMu. Sesungguhnya Engkaulah yang memegang hati-hati kami.

P/S : Act, kat mana-mana pun masih ramai yang tak faham. Cuma kadang-kadang bila kita dalam kelompok yang selamat, kita tak nampak benda sekeliling. Tapi, adakah kita nak masuk syurga sendiri-sendiri, sedikit-sedikit atau beramai-ramai?

P/SS : Tak nak cerita semua peristiwa. Cam inappropriate je. Biarlah rahsia. Yang penting point utama jelas.

P/SSS : Point utama saya adalah, nak mengatakan kita takde masa rehat sebenarnya kat dunia ni. Perjuangan belum selesai. Dan masih ramai yang memerlukan bantuan, termasuk diri sendiri.

P/SSSS : Ikhtilat. Jahiliyyah tegar. DUSH! *jatuh tesembam. air mata mengalir-ngalir*

No comments:

Post a Comment