Alhamdulillah, sekarang emosi dah mula stabil. Haritu cam huhahuha sikit. Sebab iman terkejut dan terdown sebentar. Dengan cabaran-cabaran iman, dengan kerisauan akan terhanyut, dengan ketakutan akan kembali jahiliyyah, hanya Allah yang tahu betapa berperang dengan diri sendiri itu susah.
"Allah tahu betapa kita berusaha untuk tetap di jalan yang benar dalam keadaan yang tidak berapa conducive" - lebih kurang camni la maksud ayat dari sorang sister. Dan menusuk tepat ke hati. Jazakillah khayr akak.
Betapa diri risau akan futur di tengah jalan. Dengan diri yang masih merangkak, masih bertatih, dan boleh terguling, tersungkur, tergolek bila-bila masa. Tapi yakin, Allah akan tetap bersama hambaNya yang berusaha untuk terus berada di jalanNya, terus mencari redhaNya.
Bole dikatakan terlalu banyak kesilapan sepanjang beberapa minggu ni. Tak payah cerita la kan apa. Hmm. Mungkin sebab terlupa seketika matlamat sebenar, lupa nak perbaharui dan luruskan niat. Terbengkok sikit niat tu, alahai. =.=''
Bersyukur sangat-sangat sebab ada kawan-kawan yang memahami. Ada Dian, Aishah, Kauthar and Alya. Bole curheart malam-malam. Pagi petang baca al-Mathurat sama-sama, solat jemaah, sharing-sharing. Bahagia. Bole la nak perasan kejap yang kost ni umpama taman tempat bidadari berhimpun keranaNya. Hanya keranaNya. Lupa kejap masalah-masalah dunia yang buat sesak dada. Dunia hai dunia ~~~
Bila difikirkan semula, macam yang disharekan dalam conference riang 10 minit selepas Isyak, kenapa Allah hanta ke sini? Hmm. Setiap yang berlaku bersebab. Dan takde kebetulan pun dalam hidup ni. Semuanya Allah dah aturkan. Dan aturan Allah adalah yang terbaik. Terpulang pada kita sendiri nak mencari ibrah atau menyalahkan Allah atas perkara-perkara yang berlaku.
Mungkin semua bole kata kat sini banyak dugaan, budaya berbeza, dan macam-macam lagi. Why not, kita tukar budaya yang menjadi kebiasaan tu kepada budaya baru yang lebih indah? Kalau budaya yang tak enak buat iman mampu bermaharajalela, kenapa yang baik tak bole pulak kan? Allah bersama mereka yang berjuang dijalan Nya. ;) InsyaAllah.
Sedangkan perjuangan Rasulullah pun tak mudah. Apatah lagi kita orang biasa. Entah siapa kita disisiNya, entah kenal atau tidak penduduk langit siapa kita. *sedih*
Sa'ad bin Abi Waqqash berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, 'Ya Rasulullah, siapakah yang paling berat ujian dan dugaannya?' Nabi SAW menjawab, 'Para Nabi dan kemudian yang menyerupai mereka dan kemudian yang menyerupai mereka. Seseorang di uji menurut kadar agamanya. Andai agamanya tipis (lemah) dia di uji sesuai itu (ringan) dan apabila imannya kukuh dia diuji sesuai dengan itu (keras). Seseorang itu diuji terus menerus sehingga dia berjalan di muka bumi ini bersih dari dosa-dosa.' ". (HR Bukhari)
Terharu sangat bila baca hadis ni. Sebab terasa Allah sangat-sangat lah sayang. Dan tersedar bahawa dugaan yang Allah bagi tak lah sehebat yang Rasulullah lalui dulu tapi dah merungut, down tak tentu pasal. Kata nak jadi hebat Mi? Kalau stakat dapat nama buruk and apa-apa la benda tak best, masih tak bole bangga nak jumpa Allah, nak berjiran ngan Rasulullah. Tapi tetap mengharap dan terus berusaha.
Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami yang Kau campakkan ke Bali untuk meneruskan perjuangan Kekasih Agung, Rasulullah SAW dan para sahabat. Walaupun berat, kami sanggup. KeranaMu. Pimpin kami, dan tunjukkan kami jalannya Ya Allah. Jangan Kau biarkan kami sendiri, walau dalam kadar sekelip mata. Amin....
P/S : Bila diaorg sebut kenapa tak UK, kenapa tak tempat best yang lain, terus terperasan yang MUSRA ni orang hebat, sebab tu Allah campak ke sini. Hewhew. *maaf, kuat perasan*
P/SS : Tersentap bila dapat berita kematian junior. Tak sangka tapi tu la hakikat. Terfikir, bila plak masa saya kembali bertemu Pencipta eh? Cene pengakhiran hidup yang meletihkan ni. Ya Allah...
P/SSS : Jalan ke syurga tu penuh dengan benda-benda yang manusia tak suka. And jalan ke neraka tu dipagari dengan benda-benda yang manusia cinta. Sebab syurga tu tak terbayangkan pun keindahannya. Mana mungkin sesuatu yang sangat sangat sangat la amazing, bole senang-senang dapat kan? *tanya diri sendiri*
P/SSSS : Terbanyak plak kan. Hekhek. Apapun, kejarlah akhirat dan dunia pasti menyertainya. InsyaAllah. ;)
No comments:
Post a Comment