Jumaat Sabtu Ahad lepas pergi Jogjakarta, ada program. Rasa bahagia sangat. Alhamdulillah. Mungkin sebab dah lama tak 'keluar' berprogram. Alhamdulillah, banyak input yang semoga dapat menjadi ouput ye tak? InsyaAllah.
Bukan nak cerita pasal inti program. Tapi nak share cerita dan peristiwa yang mungkin memberi impak besar pada hati. *tembak diri sendiri*
Okay, sebelum pergi, seorang akhwat ada share cerita, di mana cerita ini di ceritakan semula oleh beliau semasa tazkirah Maghrib di Falah. Dua kali cerita, dua kali jugak menyentuh hati. Mungkinkah kerana saya seorang yang sensitif? Hmm, mungkin.
Ceritanya lebih kurang begini,
Pada suatu hari, ada seorang pakcik tengah mengajar. Tiba-tiba datang seorang pemuda, "Tuan, kapal dagangan tuan telah karam dan tidak dapat diselamatkan." Si pakcik pun berhenti sejenak dan berkata "Alhamdulillah" kemudian sambung mengajar.
Tidak berapa lama kemudian, pemuda tadi muncul kembali "Maaf tuan, yang karam bukanlah kapal tuan. Kapal tuan dan seisinya selamat". Si pakcik itu pun berhenti sejenak dan berkata "Alhamdulillah" kemudian meneruskan pengajaran beliau.
Setelah kelas selesai, salah seorang murid bertanya kenapa beliau mengucapkan Alhamdulillah untuk kedua-dua peristiwa.
Katanya "Apabila berita tentang kapalku karam dikhabarkan, aku berhenti sejenak dan bertanya adakah hatiku terusik atas kehilangan harta-hartaku. Tapi hatiku tidak merasakan apa-apa. Lalu ku ucapkan Alhamdulillah. Dan setelah itu, diberitakan bahawa kapalku selamat, aku berhenti sejenak dan bertanya adakah hatiku gembira dengan khabar tersebut, tetapi hatiku tidak merasakan apa-apa dan kuucapkan Alhamdulillah."
Dipetik dari cerita seorang akhwat yang memetik cerita dari Yasmid Mogahed.
Nak dijadikan cerita, semasa di Jogja, malam tu balik dari Jejamuran. Jejamuran sangat awesome. Sedap sangat. huhu. Semua makanan adalah based on Jamur (Cendawan). Semua jamur tapi rasa cam ayam. *terliur* Nyehh.
Kembali ke jalan yang benar (cerita asal), bila sampai Falah, saya merasakan ada sesuatu yang kurang. Belek-belek, dah sudah, cincin yang hilang. =_=. First thing yang terlintas di kepala, "Innalillahi wa inna ilaihirajiun. Kalau memang cincin tu hak aku, mesti jumpa balik". Walaupun tau kalau tercicir di Jejamuran, harapan nak jumpa mungkin 0.01%? Cincin tu memang besar, size 13, so bila-bila masa boleh slip off dari jari. So, niat asal nak ke kamar mandi terbantut, patah balik ke ruang tamu, tanya akhwat yang ada kat situ, tadi pergi Jejamuran pakai cincin tak. Jawapan, "Akak rasa pakai, nampak awak pakai tadi" Nyaaaaa. Jatuh ke jantung masa tu? Mungkin tak. Tapi terasa kepayahan nak mengcoolkan hati. Tak berhenti meyakinkan diri kalau itu memang hak saya, pasti ada. So seorang akhwat tolong korek beg, dan saya kembali ke kereta untuk mencari. Harapan memang 0.1% je untuk jumpa cincin tu. Tapi bila bukak je pintu kereta, nampak cincin kat bawah seat driver. Alhamdulillah.
Nak di jadikan cerita, korang nampak tak perbezaan saya dan pakcik di atas? Mungkin kerana itu saya tersentuh double. Pakcik tersebut mengucapkan Alhamdulillah kerana hatinya tidak tergerak sedikit pun oleh harta. Tapi saya mengucapkan Alhamdulillah sebab jumpa balik cincin yang tercicir. Kalau nak cakap "takpe, memang patut pun bersyukur sebab jumpa, cincin tu ada nilainya yang tersendiri".
Tak kan pakcik yang hilang harta sekapal tu hartanya tak bernilai? Lagilah bernilai, satu kapal. Kita kalau hilang beg duit pun riuh sekampung mencari, inikan pula sekapal harta hilang. Heh. *sentappp bro!*
Bukan tak boleh bersyukur kerana jumpa balik, boleh dan haruslah berterima kasih padaNya, cuma persoalannya sekarang, mungkinkah dunia masih bertapak dihati? Mungkin. *Air mata mengalir laju*
Dan Allah berkata dalam Surah Al-Baqarah ayat 155 dan 156,
"Dan sungguh Kami akan menguji kalian dengan sedikit rasa takut, kelaparan, dan kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (Yaitu), orang-orang yang jika tertimpa musibah, mereka mengucapkan, “Innâ lillâhi wa innâ ilaihi râji`ûn (sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kami akan kembali kepada-Nya)”.
"Katakanlah (wahai Nabi Muhammad): "Jika bapa-bapa (dan datuk nenek) kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) lebih kamu sukai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad pada jalan Allah, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan hukuman-Nya (azab-Nya). Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasiq." (At-Taubah : 24) *air mata cam air terjun*
P/s : Pakcik tu sangat awesome. Hatinya tidak terusik kerana dunia. Hati kita?
P/ss : "I learned only Allah belongs to the heart and the rest is a gift that belongs in the hands;even if they are halal thing" - Yasmin Mogahed.