Sunday, 30 September 2012

From Bali With Love Part 3

Tajuk lain-lain, tapi letak part 1, part 2 part 3 kan. Haha. =.=''

Saya tahu, before ni blog post berkenaan Bali, agak 'stress' untuk dibaca. Asifah jiddan. Kali ni insyaAllah tak. Sebab emosi dah stabil. Alhamdulillah.

Tak dinafikan, minggu pertama dan kedua memang mengalami tekanan perasaan yang menghampiri tahap kritikal. Huahuahua *sila larikan diri sekarang* Tapi sampai bila nak tertekan kan. kan kan kan. And untuk pengetahuan, saya memang pengguna tegar perkataan 'stress' walaupun hakikatnya tak stress pun. *suka menimbulkan propaganda*

Ehem! Beralih kepada tujuan sebenar menulis. Apa agaknya? Sementara mood elok ni kan. Nak la jugak share. Ingat tak kat post Bali part 2 saya pernah menstatedkan soalan-soalan yang bermain di kepala. Nih nih, kat sini. Tolonglaa klik. Ada 2 soalan, tapi yang nak cerita kali ni tentang soalan no 2. InsyaAllah, dah jumpa jawapan. Harapnya la kan. Sigh.

Untuk kebaikan atau sebaliknya? InsyaAllah untuk kebaikan. Kenapa Allah campakkan ke sini? Dan persoalan tu bukan untuk saya seorang, tapi untuk semua. Kenapa Allah hantar kamu ke tempat yang kamu berada sekarang. Cuba tanya kat diri sendiri. Kenapa? *kalau kat toilet tu pun tanya lah diri, kenapa kat situ dan trimas sebab sanggup baca blog post beta dalam toilet, teharu*

Pada mulanya, memang terkilan, sedih, kecewa, dan segala perasaan yang berpotensi meruntuhkan iman berlegar-legar dengan jayanya dalam diri. Sedikit sebanyak menunjukkan bahawa saya belum benar-benar redha dengan takdirNya. *air mata mencurah-curah*

Redha yang sebenar-benar redha itu bagaimana? Ok, bagi contoh la ye. Senang sikit kot korang nak faham.

Seorang ibu kematian anak. Pada saat kematian anak tersebut, beliau menangis dan berasa sedih. Mungkin juga terdetik di hati beliau, 'kenapa macam tu?' atau 'sepatutnya mak yang pergi dulu' lalu setelah beberapa hari, beliau berkata 'takpe, aku redha'. Dan seorang lagi ibu, kematian anak tetapi langsung tak menangis dan berkata 'takpe, dia hanya pinjaman dari Allah'. Nampak tak beza?

Tak? Heh. Ok, satu lagi contoh, kalau apa-apa jadi kat kita, contohnya doktor salah injection dan mengakibatkan kecacatan seumur hidup, tanpa fikir panjang, kita cakap 'AKU NAK SAMAN DOKTOR TU! SEBAB DIA LA AKU CACAT!'. Lepas selesai saman menyaman, baru nak cakap 'aku redha'. Padahal dah saman. Dan keluar statement 'sebab diala aku cacat'. Hebat giler doktor tu sampai boleh cacatkan orang. Memang terbaik. Siapalah doktor tu, dan apa la yang mampu dia buat kalau Allah tak izinkan jadi camtu? Di situ Allah nak uji, sama ada kita betul-betul redha atau redha sekadar ucapan dihadapan manusia. Tanpa izin Allah, takkan ada benda yang mampu memudaratkan kita, dan tanpa izin Allah, tak kan ada sesiapa pun yang mampu menolong kita. Ingat tu. *muka garang*

Dengan itu, saya juga kecewa dengan diri sendiri, yang belum mencapai tahap betul-betul redha. *tunduk malu hingus meleleh-leleh*

Apa kena mengena redha dengan soalan yang saya claimed dah jumpa jawapan tu? Hmm. Peringatan, post ini bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk. Tidak sekali-kali. Tolong jangan salah faham.

Setelah berhari-hari mengalami konflik dalaman, akhirnya Allah bagi jawapan. Kenapa saya kat sini. Salah satu is, untuk menjadi seorang hamba yang lebih baik. Lebih baik yang macam mana tu?

Setiap orang mesti ada Mutabaah amal masing-masing kan? Apa tu mutabaah amal? Mutabaah amal means 'Pemeriksaan Amal'. Ni contoh jadual mutabaah amal.


 Maaf ye kalau tak nampak. *kehkeh* Sekadar buat jadual je memang tak cukup. Dan apa yang saya nak tunjuk kat sini bukan jadual "Syurga Menunggumu" saya tu. Yang saya nak cakap, kaitan saya dicampakkan ke Bali dengan jadual tu.

Kat Bali ni sangat seronok *tiba-tiba seronok padahal beberapa hari lepas cakap stress*. Kenapa seronok? Meh nak cte.

Kat sini waktu solat awal lebih kurang sejam dari kat Malaysia, untuk saya lagi awal dari kat Ipoh. Kalau kat Sarawak, memang lebih kurang, tapi still, sini lagi awal. Bila Subuh awal, saya akan ada banyakkkkk masa. Sebab lepas subuh takleh tido. Nanti rezeki mahal. Lagi-lagi sekarang subuh semakin awal, 4.27 pun akan jadi nanti. Lagi la banyak masa before pergi kelas kan. Kalau kat Malaysia, ada mak ayah, bangun pun perlu dikejutkan sampai ayah berkali-kali pesan "Kak, jangan tinggal solat, esp Subuh!" InsyaAllah, dan Alhamdulillah, kat sini saya bole bangun awal ayah. Saya bole. *muka bangga*

*Tbe2 jadi malas nak cerita*. Dipendekkan cerita, kat sini Isyak awal. So dalam pukul 10 camtu da bole la nak guling-guling. Baca Al-mulk segala. *plan asal* Sekarang masalah nak Qiam je sebab subuh terlampau awal. Any suggestion? Nak share tips ke? *muka penuh harapan mata bersinar-sinar* Mungkin kena tido awal, then bangun jam 230, lepas tu tido balik dan bangun untuk subuh. Hmmm.

Apapun, semua benda akan rasa seronok bila kita jumpa hikmah disebalik setiap sesuatu. Cari kebaikan, maka jumpa la kebaikan tu. Kalau saja membutakan hati, memang sah-sah stress. *bercakap melalui pengalaman* Tak kira kat mana kita berada, sila cari apa kebaikan yang Allah nak bagi dengan meletakkan kita kat situ. Apa peluang yang Allah nak bagi. Bersangka baik terhadap Allah, kerana Allah berada dalam sangkaan hamba-hambaNya. Saya bukanlah baik, bukan nak tunjuk baik, tapi NAK AJAK korang buat baik. Sebab kita kena menabung untuk akhirat. Nak umur panjang, kena cari cara kan? Umur yang panjang tu bukan diukur dengan selama mana kamu di dunia, tapi di ukur selama mana amalan yang kita tinggalkan masih memberi manfaat untuk hari kemudian. *mana tau bila ajak orang buat, dapat tumpang sekaki dapat pahala. hewhew*

P/S : Sedang bersangka baik pada Allah, dan merasakan Bali ini tempat yang sungguh ohsemmmmm. Bertambah owsem bila goreng pisang kat sini macam goreng pisang kat Sarawak. *lari lompat2 keexcitedan*

P/SS : Dua tiga hari ni asyik ngintai pasangan yang da kahwin. Seronok dan jeles. Haaaa~ Bakal zauj, saya sedang berusaha jadi hebat, semoga awak pun. ;D *mode gatal*

P/SSS : Kbai. Nak study. >_<

Tadi ada conference riang kat rooftop. seronok. =D dan, saya smurf! weeee~

Friday, 28 September 2012

Inilah Masanya Untuk Berguling, Terdampar dan Menari LALALA~

Situasi 1

Dalam kelas

XXX : *datang cuit* Kamu M***?

M : Eh, bukan.

XXX : Jadi kamu ...

M : Aku ********.

XXX : Aku ****** *sambil hulur tangan nak salam*

M : ERK... *krikkrikkrik*

-XXX adalah lelaki dan M adalah perempuan-

********************************
Situasi 2

Masa ambil cap jari.

Pak Polisi 1 : *nak pegang tangan sebab nak tonyoh kat print hitam* (teringat zaman dulu-dulu, ayah slalu bawak balik benda tu)

A : Nggak ap ap (GPP). Sendiri aja. Saya muslim jadi ngga bisa sentuh.

Pak Polisi 1 : Oh, dia juga muslim *sambil tunjuk kat Pak Polisi 2*. Jadi dia aja bantuin kamu. Bisa sentuh kan? Sama muslim.

A : Erk. *krikkrikkrik*

Pak Polisi 1, 2, 3 : Kamu punya wudhuk ya? Mau solat? Jadi nggak bisa sentuh ya? *pertanyaan ditanya kepada A,B,C, dan seterusnya*

********************************

Situasi 3

Y : Kamu nanti pulang g mana?

T : Jalan kaki.

Y : Aku hantarin aja.

T : GPP. Aku jalan aja.

Y : Benaran kamu? Aku hantarin, naik motor, tas nya ditengah. Jadi GPP sih.

T : Hmmm. *krikkrikkrik*

********************************

Banyak lagi situasi-situasi KRIKKRIKKRIK kat sini *baca as Bali*. Tak kira lah dengan Locals atau among Malaysians. Sumpah banyak situasi yang mencabar kat sini. Tapi berdasarkan peristiwa di atas, hanya satu persoalan yang mampu ditanya.

Masih mahu rasa selamat dan meneruskan cita-cita untuk menari dan terguling lalu terdampar?

*KRIK KRIK KRIK*

"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingati Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan kepada mereka dan janganlah mereka berlaku seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang yang fasik" (Al-Waqiah : 16)

Dush! Tertusuk di qalbu. Mungkin ada antara kita yang bernasib baik. Dicampakkan ke dalam biah Islamiah dan rasa selamat. Saya juga pernah mempunyai perasaan selamat tersebut. Tapi sekarang Allah uji mungkin sebab nak bukak sikit mata dan hati ni, yang jalan yang saya pilih dulu, kini dan insyaAllah sehingga ke hembusan nafas yang terakhir masih teramat panjang. Masih terlalu ramai yang BELUM FAHAM.

Tahu kah kamu beza antara saya muslim dan saya Muslim? *sila maklumkan pada diri sendiri bahawa tak semua orang tahu dan tak semua orang faham*

Menilai seseorang tu memang bukan tugas kita as Abid and Khalifah. Memang tak termasuk dalam senarai tugasan. Dan hati memang tak terdidik nak menilai orang. Cuma kat sini, rasa nak percaya dan selamat tu tak ada. Secara tidak langsung menambahkan lagi satu tugasan berat pada kalian-kalian dan saya yang memilih untuk berkongsi fahaman. *ayat takleh blah*

Apapun, terlalu banyak perkara yang menyedarkan diri bahawa jalan ni memang belum nampak penghujung.

Ya Allah, tunjukkan kami jalannya,beri kami kekuatan. Tambahkan kefahaman kami tentang agamaMu, dan berilah mereka kefahaman tentang agamaMu. Sesungguhnya Engkaulah yang memegang hati-hati kami.

P/S : Act, kat mana-mana pun masih ramai yang tak faham. Cuma kadang-kadang bila kita dalam kelompok yang selamat, kita tak nampak benda sekeliling. Tapi, adakah kita nak masuk syurga sendiri-sendiri, sedikit-sedikit atau beramai-ramai?

P/SS : Tak nak cerita semua peristiwa. Cam inappropriate je. Biarlah rahsia. Yang penting point utama jelas.

P/SSS : Point utama saya adalah, nak mengatakan kita takde masa rehat sebenarnya kat dunia ni. Perjuangan belum selesai. Dan masih ramai yang memerlukan bantuan, termasuk diri sendiri.

P/SSSS : Ikhtilat. Jahiliyyah tegar. DUSH! *jatuh tesembam. air mata mengalir-ngalir*

Monday, 24 September 2012

Dalam Mencari RedhaNya Di Perantauan.

Alhamdulillah, sekarang emosi dah mula stabil. Haritu cam huhahuha sikit. Sebab iman terkejut dan terdown sebentar. Dengan cabaran-cabaran iman, dengan kerisauan akan terhanyut, dengan ketakutan akan kembali jahiliyyah, hanya Allah yang tahu betapa berperang dengan diri sendiri itu susah.

"Allah tahu betapa kita berusaha untuk tetap di jalan yang benar dalam keadaan yang tidak berapa conducive"  - lebih kurang camni la maksud ayat dari sorang sister. Dan menusuk tepat ke hati. Jazakillah khayr akak.

Betapa diri risau akan futur di tengah jalan. Dengan diri yang masih merangkak, masih bertatih, dan boleh terguling, tersungkur, tergolek bila-bila masa. Tapi yakin, Allah akan tetap bersama hambaNya yang berusaha untuk terus berada di jalanNya, terus mencari redhaNya.

Bole dikatakan terlalu banyak kesilapan sepanjang beberapa minggu ni. Tak payah cerita la kan apa. Hmm. Mungkin sebab terlupa seketika matlamat sebenar, lupa nak perbaharui dan luruskan niat. Terbengkok sikit niat tu, alahai. =.=''

Bersyukur sangat-sangat sebab ada kawan-kawan yang memahami. Ada Dian, Aishah, Kauthar and Alya. Bole curheart malam-malam. Pagi petang baca al-Mathurat sama-sama, solat jemaah, sharing-sharing. Bahagia. Bole la nak perasan kejap yang kost ni umpama taman tempat bidadari berhimpun keranaNya. Hanya keranaNya. Lupa kejap masalah-masalah dunia yang buat sesak dada. Dunia hai dunia ~~~

Bila difikirkan semula, macam yang disharekan dalam conference riang 10 minit selepas Isyak, kenapa Allah hanta ke sini? Hmm. Setiap yang berlaku bersebab. Dan takde kebetulan pun dalam hidup ni. Semuanya Allah dah aturkan. Dan aturan Allah adalah yang terbaik. Terpulang pada kita sendiri nak mencari ibrah atau menyalahkan Allah atas perkara-perkara yang berlaku.

Mungkin semua bole kata kat sini banyak dugaan, budaya berbeza, dan macam-macam lagi. Why not, kita tukar budaya yang menjadi kebiasaan tu kepada budaya baru yang lebih indah? Kalau budaya yang tak enak buat iman mampu bermaharajalela, kenapa yang baik tak bole pulak kan? Allah bersama mereka yang berjuang dijalan Nya. ;) InsyaAllah.

Sedangkan perjuangan Rasulullah pun tak mudah. Apatah lagi kita orang biasa. Entah siapa kita disisiNya, entah kenal atau tidak penduduk langit siapa kita. *sedih*

Sa'ad bin Abi Waqqash berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, 'Ya Rasulullah, siapakah yang paling berat ujian dan dugaannya?' Nabi SAW menjawab, 'Para Nabi dan kemudian yang menyerupai mereka dan kemudian yang menyerupai mereka. Seseorang di uji menurut kadar agamanya. Andai agamanya tipis (lemah) dia di uji sesuai itu (ringan) dan apabila imannya kukuh dia diuji sesuai dengan itu (keras). Seseorang itu diuji terus menerus sehingga dia berjalan di muka bumi ini bersih dari dosa-dosa.' ". (HR Bukhari)

Terharu sangat bila baca hadis ni. Sebab terasa Allah sangat-sangat lah sayang. Dan tersedar bahawa dugaan yang Allah bagi tak lah sehebat yang Rasulullah lalui dulu tapi dah merungut, down tak tentu pasal. Kata nak jadi hebat Mi? Kalau stakat dapat nama buruk and apa-apa la benda tak best, masih tak bole bangga nak jumpa Allah, nak berjiran ngan Rasulullah. Tapi tetap mengharap dan terus berusaha.

Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami yang Kau campakkan ke Bali untuk meneruskan perjuangan Kekasih Agung, Rasulullah SAW dan para sahabat. Walaupun berat, kami sanggup. KeranaMu. Pimpin kami, dan tunjukkan kami jalannya Ya Allah. Jangan Kau biarkan kami sendiri, walau dalam kadar sekelip mata. Amin....

P/S : Bila diaorg sebut kenapa tak UK, kenapa tak tempat best yang lain, terus terperasan yang MUSRA ni orang hebat, sebab tu Allah campak ke sini. Hewhew. *maaf, kuat perasan*

P/SS : Tersentap bila dapat berita kematian junior. Tak sangka tapi tu la hakikat. Terfikir, bila plak masa saya kembali bertemu Pencipta eh? Cene pengakhiran hidup yang meletihkan ni. Ya Allah...

P/SSS : Jalan ke syurga tu penuh dengan benda-benda yang manusia tak suka. And jalan ke neraka tu dipagari dengan benda-benda yang manusia cinta. Sebab syurga tu tak terbayangkan pun keindahannya. Mana mungkin sesuatu yang sangat sangat sangat la amazing, bole senang-senang dapat kan? *tanya diri sendiri*

P/SSSS : Terbanyak plak kan. Hekhek. Apapun, kejarlah akhirat dan dunia pasti menyertainya. InsyaAllah. ;)

Tuesday, 18 September 2012

Bali Life Part 2

2nd post tentang life in Bali. Well, still tak menarik. Cuma nak meluahkan perasaan. It's totally different here. And I just dont understand everything very well yet. When i say everything, it means everything.

What i learn in Bali?

1. You earn respect by shouting in someone's face for no reason.
2. You can call anyone by any names you like. They will respect you soon.
3. You can't really trust anyone here. One second they are nice to you, and the split second, they'll just bark at you.
4. Ukhwah itu kerana Allah atau sekadar kerana kita SATU MALAYSIA?

and many more. I wish i could list everything down. There's so many things to say, and i just ran out of words.

Mungkin disebabkan environment di sini berbeza dengan KTT. Jadi masih rasa kehilangan dan kekurangan.

Cara hidup disini berbeza, pergaulan pun tak serupa. It hasnt been a month yet, im not supposed to summarise everything. Cause there's more to come. And im scared.

Mungkin menulis di sini bukan sesuatu yang bijak. Kerana Allah lebih mengetahui. Bercerita pada Allah. Mengadu lemah pada Allah. Meminta kekuatan dari Allah.

Kawan-kawan mungkin dengan mudah bole berkata, 'Allah tidak membebankan seseorang melebihi kemampuannya.'

Di sini saya mengingatkan bahawa berbicara itu senang sekali. Saya dulu dengan yakin berkata, 'redhalah dengan setiap ketentuan Allah kerana itu yang terbaik' Dan Allah uji dengan kata-kata itu. Sama ada saya benar-benar redha atau tidak. Pada mulanya yakin, hati ni redha. Tapi sekarang, persoalannya, 'Am i or am i not the chosen one?' 'Dicampakkan ke sini untuk kebaikan diri atau sebaliknya'. 

And there are lot more questions running in my head.

Pendek kata, saya rindu persekitaran yang diselubungi cahaya. Dimana hati tenang, dan diri rasa selamat no matter what. And it's not here in Bali. Definitely not that place i've been longing for.

Memang kat sini crime rate sangat low. Tak macam Malaysia. Kalau bawak speeda moto, bole je bawak beg bimbit kat tepi. InsyaAllah tak de orang ragut. But somehow, saya still rasa tempat ni kurang selamat. Bukan tak selamat untuk diri, tapi kurang selamat untuk iman dan kondisi hati.

'Saya nak ke syurga' - detik hati. Tapi... Ya Allah, hambaMu mohon kekuatan. *Keluh panjang, tunduk pasrah*

P/S : Bahasa melayu dah tunggang langgang, bahasa inggeris dah teruk jadi makin teruk. Semua dah bercampur-campur ngan bahasa Indonesia. =.='' Cepat benar terpengaruh. Nak salahkan siapa? Tapi bercakap still ok, jgn risau.

P/SS : Bukan takut pada dunia. Tapi takut hanyut dalam kepalsuan dan melepaskan sesuatu yang lebih berharga. Mujahadah itu benar-benar payah dan pahit. :'''''''(

Friday, 14 September 2012

How's Life In Bali? Part 1.

Gimana ya bisa saya ceritain? One word to summarise everything, STRESSFUL. *Keluh panjang.*

Even though it's not as tough as i was expecting, somehow bebanan tu masih terasa. Dan sebagai manusia biasa, saya mengeluh dan terdetik sesal di hati. Ya Allah. Hmmm.

Hidup tak selalu indah. Sebab dunia bukan syurga *i keep reminding myself* Kadang-kadang apa yang kita lakukan adalah lebih kepada untuk meng-impress manusia. Tapi tak fikir pun kalau redha Allah menyertainya atau murka yang mengiringi perbuatan tersebut. *Skali lagi keluh panjang.*

When Allah brings me to this, He will definitely bring me through this.

LETIH.KECEWA.TERLUKA.TERGULING.

Semoga terus tabah ye hati. *sobssobs*

Apapun, kehidupan kat sini takde la teruk mana pun. Haha. Cuma saya yang suka merungut. Eh.

P/S : Lama tak post benda bermanfaat. Dengan internet slow tahap gaban ni, hmm. Internetkatkostnisiryesslowkalausiputbabibolebelaripastilebihlaju.

P/SS: Sesungguhnya ukhwah kerana Allah itu lebih manis. Kalaulah mereka mengerti.

P/SSS: Mohon doa kalian agar kami yang Allah campakkan disini diberi kekuatan untuk terus maju. Terutama dalam menggerakkan DnT yang cahayanya agak samar-samar disini. Maklumlah, internet pun slow, line pun kureng, jadi cahaya pun agak kurang power. InsyaAllah, kami akan terus berusaha.

P/SSSS: Kami = MUSRA (muslimah rangers) Hihihi. =P

Monday, 3 September 2012

Im Feeling Giddy

Haha. Title yang tak ada kena mengena.
Tinggal sehari je lagi nak guling-guling kat Malaysia. Allah, cepatnya masa berlalu. Semalam baru balik dari Melaka. It was an awesome short trip to Malacca.

So this is Andak and Mummy.

A'Famosa Cowboy Town 

Bapak and the Red Indian guy who my sister claims to be handsome. =.=''



Gajah yang tersenyum

Again, the smiling elephants.

Mummy and Bapak

Us <3

Before entering the 4D theater.

More pics coming *kalau rajin* haha. Malam tu balik hotel around 1 am. Letih, tapi seronok. HAA~~~

Ok, la. Nak pack barang. Tata.