Kadang hati berbicara,
Bertanya,
Mengapa?
Mengapa yang dulu dan kini nyata berbeza?
Kadang hati berbicara,
Bertanya,
Ke mana?
Ke mana hilang kemanisannya?
Kadang hati berbicara,
Bertanya,
Sampai bila?
Sampai bila harus kaku di takuk lama?
Untuk apa bicara manis,
Jika yang tersenyum cuma bibir yang di sana,
Sedang di sini, datar, hambar.
Untuk apa bicara berhikmah,
Andai yang terjentik cuma hati yang di sana,
Yang di sini, kosong, tak rasa apa-apa.
Untuk apa jalan berkhemah,
Bila itu sekadar hiasan,
Buat tatapan mata-mata insan,
Sekadar mengharapkan pujian.
Hati,
Ke mana hilangnya hati?
Hilangkah atau gelapkah?
Atau,
Matikah?
Mana pergi bicara manis saat bersamaNya?
Mana hilang rasa rindu, rasa cinta, rasa hanya Dia satu-satunya?
Terlupakah akan janji-janji dulu?
Terlupakah ikrar-ikrar dari hatimu?
Hilang sudahkah harapan dan impian gahmu?
Putus asakah engkau?
Atau kau kira perjuanganmu telah selesai?
Mereka,
Hilang harta,
Hilang tenaga,
Hilang keluarga,
Hilang nyawa,
Hilang segala-galanya,
Demi Tuhan,
Untuk syurgaNya.
Engkau,
Membazir harta,
Membazir tenaga,
Membazir masa,
Membazir segala-galanya,
Untuk apa?
Syurga juga.
Ya, syurga pada kata-kata.
Apa kau kira usiamu masih panjang?
Besok kan sentiasa datang?
Atau kau yakin namamu telah terukir di Firdaus?
Hingga kau terlalu gembira,
Alpa,
Lupa.
Apa ertinya tampak seperti pejuang,
Padahal hatinya kerdil, kecil.
Apa gunanya mengaku berperang,
Bila masih di baris paling belakang.
Hati dan iman.
Nafsu dan akal.
Siapa yang menang?
Bak kata orang,
Di mana ada kemahuan,
Di situ ada jalan.
Bila dunia masih jadi rebutan,
Nama masih jadi idaman,
Kedudukan tetap dalam ingatan,
Paras rupa menjadi kepentingan,
Wang ringgit menjadi harapan,
Usah bicara seperti pejuang Tuhan,
Bila hakikatnya kau masih hamba Nafsu dan Syaitan.
Sunday, 6 April 2014
Wednesday, 26 February 2014
Boleh ke Nak Meluahkan Perasaan?
STRESSTERTEKANDEPRESISEDIHNAKMENANGISGULINGGULING.
Faham tak perasaan bila everything seems to be out of place? Literally everything. When i say everything, it means everything. SEMUA. TITIK. dont argue with me.
When you are trying to be a better Muslim, then you failed. Your life turn out to be miserable.
When you are trying to do you best but somehow you dont, you feel depressed.
When you try to pass all the exams and then you're devastated by the results, you really feel like giving up.
Yeah. GIVE UP!
I do feel like giving up. I just don't care what people got to say. I just dont bother to listen.
Why is everything has to be so hard? SUSAH.
S- Sentiasa
U-Usaha
S-Sampai
A-Ada
H-Hasil
I just couldn't help it but to blame myself. Kenapa tak cukup kuat, kenapa tak boleh jadi hebat, kenapa tak pernah sabar, kenapa kenapa dan kenapa? Kenapa mi kenapa?
Jadi sedih teramat bila fikir diri sedang berada di tengah-tengah. Menghampiri kejayaan dunia pun tidak. Kejayaan menggapai syurga pun tidak. Where do i really stand?
"If He created you for the world, He wouldn't have to create death then"
Berbahagialah orang yang dah bersedia untuk menghadapi kematian. Memikirkan kematian memang menyeronokkan. Mati means lepas dari segala beban dan cubaan di dunia. Itu pun kalau, KALAU mati itu benar-benar satu kerehatan. Dengan kondisi sekarang, layak ke nak memikirkan mati itu sebagai satu kerehatan? Tak payah nak perasan. You know just exactly who you are.
"Dia ni tak habis-habis dengan konflik dalaman dari dulu lagi."
Yes. Tak habis-habis isu yang sama. Tak sudah-sudah ditakuk yang lama. Tak henti-henti ujian yang sama. Kerana memang tak pernah melepasi fasa tersebut. Fasa apa, biarlah rahsia.
Boleh ke nak melarikan diri, sekejap je pun takpe. Nak merantau mencari roh yang hilang. Nak bersama alam, nak bersendirian, nak merenung dan mencari di mana silap yang tak pernah dibetulkan.
Untungnya jadi kucing, walau tak berakal tapi tetap hidup sesuai amanah yang diamanatkan.
Untungnya menjadi batu, walau tak bernyawa, tapi tetap di tempatnya sebagaimana yang ditetapkan Penciptanya.
Hinanya jadi manusia, asal dari setetes mani, jatuh ke tanah ayam tak patuk, itik tak sudu, setelah diangkat darjat pun masih tak sedar dek untung. Tanggungjawab entah ke mana, akal seperti tak pernah ada fungsinya. Nafsu seperti kucing, hati seperti batu.

Wednesday, 19 February 2014
Dia Buat Dosa Dia Cool Je.
Orang kata bila buat dosa, hati jadi gelisah walaupun hakikatnya takde apa pun nak digelisahkan dan semua benda jadi tak kena walaupun dah plan sehabis baik.
"Tapi ramai je yang buat dosa, diaorg nampak cool je. Cam rilek je"
"Mana kita tau dia cool je dan rilek je? Dalam hati siapa tahu? Dan siapa tahu kalau-kalau Allah dah ampunkan dosa dia sebab tu dia nampak tenang je."
Dalam hidup ni, kadang-kadang kita terlalu sibuk untuk merancang sehingga terlupa untuk berfikir.

Ermm, bukankah merancang itu maksudnya berfikir? Hmm, mungkin tak.
Ada masanya dalam sujud, hati bertanya pada Sang Pencipta, 'masihkah ada tempat buat diri di syurga Nya. sampai bila harus jadi hamba yang selalu mengulangi kesalahan yang sama, dan sampai bila harus jadi seseorang yang tak bersungguh dalam amanah amanah yang dipertanggungjawabkan padanya.'
Mungkin pesanan-pesanan dari 'SEORANG UMMI YANG TINGGI IMANNYA' kepada 'SI UMMI YANG TERPELEOT IMANNYA' belum cukup untuk menusuk hati, nurani, jiwa, kalbu, perasaan, blablabla.
Kadang-kadang ingin tersenyum pada saat diuji, ingin berjaya menempuh dugaan hingga dapat dengan bangganya berkata 'Ya Allah, aku berjaya ya Allah. Aku dah kuat.'. Tapi rasanya belum pernah merasai detik indah tersebut. Menangis dan terus menangis lagi.
Tersentap dengan pertanyaan semalam. Dan berfikir dan terus berfikir. Berat. Sunguh amat berat. Sehingga memilih untuk melelapkan mata agar tidak lagi berfikir. Tapi masih berfikir.
Dalam sujudku bertanya, bertanya soalan yang sama ditanyakan padaku. Aku bertanya kepada Pencipta, pada Dia yang Maha Mendengar, "Mampukah dia memikul tanggungjawabnya, mampukah dia memimpinku ke syurga?"
Pertanyaan yang kuiringkan dengan doa, semoga kuat keranaNya, semoga hebat dijalanNya.
p/s : mampukah hati dan iman memimpin diri.
Subscribe to:
Posts (Atom)