Thursday, 26 September 2013

Terima Kasih Kerana Menghadirkan Mereka Dalam Hidup Saya.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Semoga ucapan ini bukan sekadar di bibir tapi lahirnya ikhlas dari hati.

Ok, sebelum teruskan ke isi utama nak cerita sikit. *ehem!* Kisah ini tiada sangkut paut dengan yang hidup apatah lagi yang telah tiada.

Siti ada motor. Mona pulak takde motor. Jadi suatu hari, Mona nak pinjam motor Siti. Siti pun bagi sebab Mona kata nak pinjam kejap je. Kejappp je. Ok. Da bagi pinjam, tunggu punya tunggu motor tak pulang pulang. Dah sudah. Mana pergi Mona ni. Siti dah berapi api nih tunggu. Last-last lewat malam baru nak pulangkan motor dengan kondisi takde minyak dan kotor. Aduhai Mona. Benganglah si Siti ni tadi. Lalu dia cakap "Lain kali tak nak lah bagi Mona pinjam."

Then, pada hari yang lain, Leli pulak nak pinjam motor Siti. Siti pun bagi je la. Leli kata nak pinjam kejap je. Oh,kali ni Leli pulak bagi janji nak pinjam kejap je. Siti pun iyakan je. So bagi pinjam then Leli betul-betul pinjam sekejap. Dah tu, pulangkan dalam kondisi minyak penuh, dah cuci siap. Haaa, baguskan Leli. So Siti pun cakap "Leli, lain kali nak pinjam bagitau jela ye"

Selesailah sudah cerita saya. Ada dua situasi di situ. Boleh nampak permainannya? Tak? Hmmm.

"Barang siapa bersyukur, pasti akan Ku tambahkan nikmat-Ku padamu, dan barang siapa kufur maka sesungguhnya azabKu amat pedih" (Ibrahim : 7)

Kalau situasi di atas terjadi kat kita pun, mungkin kita pun akan react macam Siti. Hmm. Sekarang masa untuk mengrefleksi diri. Semua yang kita ada kat dunia ni, hanyalah pinjaman dari Allah. Pendek kata, kita pinjam je. Even jasad pun kita pinjam. Tapi setiap orang pasti dapat pinjaman yang berbeza dengan tempoh masa yang berbeza. Bila kita pinjam, macam mana kondisi pinjaman tu saat kita nak pulangkan kat Allah? Contohnya, usia. Allah bagi kita umur untuk kita hidup kat dunia. Macam mana kita guna usia kita sebagai tanda terima kasih kita kat Allah? Kalian fikir sendiri ye. Nak jadi macam Mona ke nak jadi macam Leli.

Mungkin di saat Allah hadirkan nikmat, kita mengucapkan syukur. Tapi di saat Allah timpakan musibah, kita mengeluh dan lupa segala nikmat yang pernah dan masih kita dapat. =.='

Dalam hidup saya, Allah hadirkan mereka :

 1. Hamzah
 2. Gary
 3. Orang sekeliling yang bermacam ragam

dan banyak lagi.

Bercerita tentang Hamzah. Ok, Hamzah ni motor saya kat Bali. Dia lah yang membawa saya ke sana ke mari. Dan boleh dikatakan, Hamzah ni memang penyumbang masalah terbanyak untuk saya. Dengan enjin mati, bocor, signal light jatuh, no plat senget, bunyi pelik-pelik, leaking etc2. Banyaklah pokoknya, letih nak fikir. Mati tengah jalan mati tepi jalan enjin takleh hidup semua la Hamzah ni bagi kat saya.

Tapi bila di fikirkan, itu pilihan saya. Allah bagi ilham untuk saya memilih antara motor baru atau motor second hand yang di modified. So i chose to buy the modified one which is Hamzah. Jadi, apapun masalah yang dihadapi kenalah dihadapi dengan tabah dan penuh sangkaan baik terhadap Allah.

Saya bukanlah seorang yang penyabar. Lagi-lagi dengan seribu satu masalah yang timbul, memang sangat menguji kesabaran. Kadang tu memang rasa nak mencarut. Oppss. Tapi, sabar itu bukan yang kedua. Maksudnya, sabar tu tak dikira sabar bila dah puas marah baru nak cool down and cakap 'sabar sabar tak baik marah'. Sabar tu dikira sabar bila memang tak marah pun from the very beginning. Allah tau saya ada perangai buruk cepat marah kurang sabar suka membebel so Allah hadirkan Hamzah untuk menjadikan saya seorang yang lebih baik. InsyaAllah.

Gary. Gary ni kucing betina ya harap maklum. Macam mana ntah boleh tersilap identifikasi sebagai kucing jantan sebab tu nama Gary. Maafkan mommy Gary. Gary ni, nak cakap, manja ya Allah melampau lampau. Makan nak di suap. Makan memilih. Kerja nak mengikut je. Kemana pergi mesti nak ikut. Ke bilik air, ke dapur, ke meja study dok ngikut je. Malam-malam kerja kacau orang tidur. Semenjak ada Gary tak pernah tido tenang sepanjang malam. Pukul 1 pagi nak makan, pukul 4 pagi pun nak makan lagi. Makan BERSUAP. huh.

Kalau dulu, pantang ada orang kacau tidur. Siaplah engkau. Memang kena semburan berapi. Allah tau tu perangai tak elok, Allah hadirkan Gary dalam hidup saya. Mengajar erti sabar dan tanggungjawab. Mungkin sebab susah nak bangun malam, bangun pagi, tidur mati sebab tu Allah jadikan Gary dengan perangai annoying dia semasa nak bangunkan saya dari tidur. She is very persistent. Selagi tak bangun selagi tu dia akan kacau. And gigit, pipi. Harap faham, gigit pipi kot. Memang akan bangun.Terima kasihlah Gary kerana selalu bangunkan saya dari tidur. (Kadang-kadang fed up jugak letak luar bilik and tutup pintu. kesian Gary) Bayangkan korang tengah sedap tidur tapi kena bangun and suap kucing korang makan jam 1 pagi and 4 pagi lagi skali, SETIAP HARI. Do you feel me bro? haa. Tapi, dengan Gary, saya tahu Allah sedang mempersiapkan saya untuk sesuatu yang lebih besar dihadapan yang memerlukan pengorbanan masa rehat. InsyaAllah. 'Seorang mujahid itu tidak tidur sepenuh kelopak matanya'. Seorang ibu pun tak tidur lena sepanjang masa. hikhik. *muka gatal*

Orang yang pelbagai ragam. Ok, saya pernah mengeluarkan statement yang 'the worst community i've ever met is the one in Bali' Lebih kurang camtu la. Betul. Tak tipu. Tapi Allah pasti hadirkan mereka bersebab. Good one for sure. Terlalu ramai yang menguji kesabaran. Dan ada masa masih tak mampu bersabar. Allahu Rabbi. Sesungguhnya Allah pasti akan terus menguji sehingga kita lepas ujian tersebut. Macam exam kat Bali, kalau tak lulus first exam, kena sit for remedial 1. Tak lepas Remedial 1, duduk Remedial 2. Tapi mungkin sampai Remedial 3 je peluang yang uni ni bagi. Tapi Allah bagi banyak peluang untuk Remedi. Sebab masih tak lulus lulus jugak. Still, im thankful because of them i learn what life is. Hidup tidak selalunya indah. Masalahnya bukan pada masalah yang timbul, tapi pada reaksi kita terhadap masalah itu sendiri. Manusia memang akan sering diuji, kita akan ditemukan dengan orang yang salah, mungkin berulang kali. Bukan kerana Allah kejam. Tapi ada sisi yang ada pada kita yang Allah tak suka so Allah hadirkan orang-orang tertentu untuk membantu menghilangkan sisi buruk tersebut. Walaupun kadangkala menyakitkan. Jangan salah faham pulak, saya tak benci mereka mereka di sini, insyaAllah tengah mendidik hati untuk menyayangi kerana merekalah ujian, mereka juga nikmat yang Allah hadirkan dalam hidup saya.

Boleh nampak apa masalah utama saya? Hmm. SABAR.

Kurangnya sabar boleh menyebabkan banyak perkara tak diingini. Jadi kurang sabar memang sisi yang harus dikikis habis-habisan. Semoga berjaya Mi. You can do it!! (Sesi motivasi diri sendiri)

Ini cerita saya dan ini antara mereka yang Allah hadirkan untuk mentarbiyah saya. Anda bagaimana? Sudah mampu bersangka baik pada Allah atas tiap perkara? Alhamdulillah. Kalau belum, mari kita sama-sama berusaha untuk setiap masa dalam apa jua keadaan untuk terus bersangka baik padaNya.

-Ujian dari Allah itu nikmat. Untuk menguatkan bukan menjatuhkan-

P/s : Dari tadika sampai masuk Universiti saya masih cepat melenting. Marah kat orang bukan satu masalah. Kalau jadi cikgu, memang jadi cikgu yang scary. Nasib baik Allah bagi path untuk jadi Doctor. So memang kena banyak sabar.

P/ss : I am sorry for what i said when i was hungry. Truly am. hee.


Gary <3

Hamzah. =D

Tuesday, 24 September 2013

Back In Action

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada hadirin hadirat pembaca sekalian. <--- dah lama tak menulis, begini la jadinya.

Alhamdulillah, Allah masih beri kesempatan untuk terus menumpang di bumi Nya. Dan masih mampu mengetik papan kekunci ni setelah sekian lama. hee.

Well, macam apa yang tercatat di Title, Back In Action, insyaAllah akan kembali menulis di sini walaupun saya bukan penulis popular, apatah lagi pendakwah yang hebat tapi di sinilah saya pernah menulis dan berkongsi peringatan-peringatan buat diri dan juga pengalaman yang tak seberapa. Dan ada juga menulis benda tak bermanfaat, InsyaAllah tak buat dah. >_<

Dah lama senyap, dah lama tercicir. Semoga Allah masih pandang dengan kasih sayang.

"We cannot change the past to rewrite a better beginning but we can work for the future and strive for a better ending" - Yasir Qadhi.

Ya Allah, sibukkanlah diriku dengan urusan akhirat agar dunia ini kecil dalam pandanganku dan tiada ruang untuk bertapak di hatiku.

Bismillahitawakkaltu'alallah. Dengan ini saya mengumumkan saya akan kembali beraksi. Walaupun tak seberapa.

Allah bersamaku
Allah pandanglah aku
Allah peliharalah diriku

P/S: Mohon doa kalian agar hati ini tetap di jalanNya, agar kaki ini kuat melangkah, agar diri ini mampu bergerak laju kehadapan. InsyaAllah. Semoga dugaan-dugaan yang akan datang tidak melemahkan malah menguatkan.Amin.