Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts

Wednesday, 18 July 2012

Alaa, Nak Macam Dia Jugak! =(

"Eee, tengok tu, bestnya kalau bole bli Porsche jugak"


"Kalau la aku pandai/cantik/hensem/kaya/hebat macam dia"


"Malu la orang tengok aku cam gini."


"Ish! KENAPA HUJAN?????"


"Panas giler harini!"


"Tak sedap la makanan ni. Tak nak datang dah kedai ni"


"Segan la nak kawan ngan diorang, aku tak kaya macam tu"

Dan macam-macam lagi yang kita pernah cakap or dengar orang lain cakap. Kenapa agak-agaknya jadi macam ni?

Sebenarnya, ramai hamba Allah yang tak bersyukur. Sedar, tanpa sedar, sengaja, tak sengaja. Agak-agak kita pernah buat tak?

Bercakap tentang pernah buat tak, teringat awal-awal dulu masa baru pindah Perak.

"Ayah, takde rumah lagi besar ke? Rumah ni lagi kecik dari dapur kita kat Sarawak"

Masa tu ayah sewa rumah yang sangat kecik, *sejujurnya itu yang saya rasa masa tu* bilik kecik, bilik air kecik, dapur kecik, kalau situ tempat makan, situ la tempat nonton TV, situ la tempat guling-guling ngan family. Ayah cakap apa?

"Apa yang kurang rumah ni? Atap ada, dinding ada, pintu tingkap semua ada. Ok la"

Dush! Tersentap. Bila difikirkan, betul jugak. Sepatutnya tiada kata-kata mengatakan rumah tu kecik terjadi. Tapi apa saya buat? Hmm.

Tapi bila perabot semua sampai dari Sarawak, kena jugak pindah rumah yang lebih besar sebab bila masuk semua perabot, memang takde space nak bergerak, makan pun dalam bilik tidur. Hehe. Tula keadaan mula-mula dulu. Alhamdulillah sekarang dah ada ruang nak lari-lari setempat. ;D

Cerita saya sampai di situ. Tak menarik pun. Saja nak cerita. Sebab nak tunjukkan saya ni tak perfect. Masih ada kekurangan. In fact, masih terlalu banyak kekurangan. :'(

Kali ni nak kongsi cerita yang pernah saya dengar suatu masa dulu *chewah*. Mak yang cerita kat saya, mak dengar dalam TV. Jom jom, saya nak bagi kamu berfikir sikit.

Bila kita naik Kancil, kita tengok orang yang naik Mercedes, lepas tu cakap "Ee, bestnya dia ada Mercedes. Bila la aku bole beli kereta macam tu"


Kenapa tak tengok orang yang naik motosikal je? Dan bersyukur sebab kita ada kereta Kancil. Tak payah la berhujan-hujan kan?


Yang bawak motosikal, tengok yang dalam kereta. "Ish, aku naik moto je, orang tu ada kereta."


Kenapa banding dengan yang berkereta. Cuba kamu banding dengan orang yang kayuh basikal. Lagi kesian. Penat kayuh. Kamu moto jalan sendiri.


Yang mengayuh basikal tengok orang bawak moto. "Kalau la aku ada moto. Tak payah penat-penat kayuh basikal"


Kayuh basikal ok apa. Bole exercise. =P Kenapa compare dengan yang ada moto? Cuba kamu tengok orang yang nak beli basikal pun tak mampu. Bejalan je. Guna kudrat sendiri. Lagi penat.


Yang tak mampu beli kereta, moto, basikal, terpaksa berjalan kaki. "Apa la aku ni miskin sangat. Nak beli basikal pun tak mampu"


 Tak payah bandingkan dengan orag yang mampu, cuba tengok orang yang takde kaki, lumpuh ke. Tak mampu nak berjalan dengan kaki sendiri. Kamu masih mampu berlari.


Yang takde kaki atau yang tak mampu berjalan tengok orang yang bole berjalan, "Kan best kalau aku ada kaki"


Cuba tengok orang yang dah mati, dah tak boleh buat apa-apa. Takde kaki pun masih bole tengok dunia. Bole buat macam-macam. Kalau dah mati?


Ok, this is one of my favourite stories. Kalau ada rasa nak merungut sikit, saya fikir balik tentang cerita tu.

Sekarang, apa yang kamu dapat dari cerita tu? Apa ibrah yang bole kamu ambil?

Tak tau? *facepalm* Sila fikir sendiri ye. =D

Sebagai manusia, kita selalu bandingkan diri kita dengan yang lebih hebat, lebih baik. Sampai kadang-kadang ada rasa rendah diri, malu, sedih, dan sebagainya. Memang tak salah kalau kita nak jadi lebih bersemangat dengan membandingkan yang lebih baik, tapi kalau itu menjadikan kita tidak bersyukur bagaimana?

Orang yang bersyukur tak kan pernah merungut atau malu dengan keadaan dirinya. Dalam apa jua keadaan, dia sentiasa bersyukur. Naik kereta cantik bersyukur, kereta buruk bersyukur, ada makanan sedap bersyukur, takde makanan pun bersyukur, apa sekali pun keadaan, dia pasti bersyukur.

Kita bagaimana? Adakah sentiasa bersyukur atau masih mengeluarkan kata-kata yang menggambarkan betapa tidak bersyukurnya kita, sedar atau tanpa sedar?

Rasulullah cakap apa kat kita?

Abdullah bin Abbas dan Anas bin Malik berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda ' Andainya seorang anak adam (manusia) mempunyai satu lembah emas, pasti dia ingin mempunyai dua lembah. Tiada yang dapat menutup mulutnya (menghentikan kerakusannya di dunia) melainkan tanah (maut). dan Allah berkenan memberikan taubat kepada sesiapa yang bertaubat.' (HR Bukhari & Muslim)

Terasa? Manusia tak pernah rasa cukup. Betulkan? Kalau tak betul, Alhamdulillah. Saya pun tabik spring kat kamu. Kagum. Tapi kalau masih ada rasa tak cukup tu, doa-doa agar Allah keluarkan perasaan tu dari dada kita. InsyaAllah.

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan, serta hati (akal fikiran), AGAR KAMU BERSYUKUR. " (An-Nahl :78)

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan kepada kamu) nescaya kamu tidak dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (An- Nahl : 18)

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan" (Ar-Rahmaan) *berulang berkali-kali*

"Dan ingatlah ketika Tuhanmu memberitahu, Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya akan Aku tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azabKu amatlah keras" (Ibrahim :7)

Kita selalu tak bersyukur, sebab tu Allah tak tambah nikmat. Makin kita merungut kan? Cuba kalau kita sentiasa bersyukur, Allah dah janji terang-terang "Aku tambahi nikmatKu kepada kamu". Kamu ingat Allah main-main?

Salah guna nikmat juga tanda-tanda kita tidak bersyukur. Hati-hati ya.

Cukup setakat ni. InsyaAllah. Mari kita sama-sama jadi orang yang bersyukur dalam apa jua keadaan sesungguhnya janji Allah itu benar.

P/S : Dah nak masuk Ramadhan ni, jangan rambang mata bila pergi bazar nanti. Tak pasal-pasal membazir. Kita buang makanan, lupa ada saudara kita yang tak sahur, tak berbuka sebab takde makanan langsung.

P/SS : Hati-hati bila berkata-kata, takut-takut nanti jadi tidak bersyukur lebih takut jika kufur tanpa kita sedari. Nauzubillah.


P/SSS : Cerita ni pernah di postkan di blog lama, sapa-sapa yang pernah baca, ni sekadar untuk mengrefresh kembali kalau kamu terlupa. =P
Alaaaaaa, nak yang dia punya jugak!!!! *penat bebel, tak terkesan kat dia ni, kamu bagaimana?*






Sunday, 1 July 2012

Muhasabah Diri #5 : Hoh, Akhlak Hodoh!

Sobahul khair semua!! =D Saya suka sangat dengan kata-kata ni, "Setiap hari umpama helaian kertas baru dari Allah dan Dia membisikkan 'Tulislah sebaiknya' " Jadi, hari ni saya dapat lembaran baru dari Allah, so masalah semalam, lupakan. Alhamdulillah. Terima kasih kepada kawan-kawan yang mendoakan, hanya Allah dapat membalas kebaikan kalian. ;) Sekali lagi, jazakumullahu khairan kathira. May Allah rewards you with kebaikan yang banyak banyak banyak banyak. Heee~ *Nape bahasa saya macam ni. Maafkan saya cikgu*

Ok, ingat tak dulu saya janji nak buat post tentang sifat-sifat mazmumah? Konon-kononnya next post, tapi dah berpost-post sekarang baru nak tunaikan janji. Maaf kan saya. Im sorry. Asifah jiddan.

Jom sama-sama tengok senarai sifat-sifat mazmumah sambil muhasabah diri. Jangan baca je tau, tengok diri tu ada tak sifat buruk ni. Cheyy, garang la pulak. Maaf. =P

1. Syarrut Ta'am (Banyak makan) - Ha! Sape yang slalu makan banyak? Jengjengjeng. Saya tak *geleng laju-laju* Banyak makan ni salah satu sifat mazmumah tahu. Kenapa? Kerana banyak makan membuka jalan kepada syaitan untuk lebih senang cucuk-cucuk kita. Kenapa bila kenyang kita buka pintu kepada syaitan? Sebab, keadaan ini meningkatkan shahwat dan melemahkan diri dari beribadah kepada Allah. Biasa bila kenyang kita cakap apa? "Alhamdulillah. Kenyang. Rasa cam tak larat bangun" Tengok, sape yang tak pernah cakap macam tu? Tak kisah la tak larat bangun ke, tak larat nak berjalan ke, rasa nak temuntah ke, sama je maksudnya. Makan sampai tak ingat akhirat. Tak baik macam tu. So sekarang kita cuba ikut cara nabi, makan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang. InsyaAllah. Lagipun Rasulullah tak pernah kenyang lebih dari sekali tau sehari. Kita je yang lebih-lebih sekarang. Makan sampai 6 kali. Ishishish.

2. Syarrul Kalam ( Banyak bercakap) - Sape yang banyak cakap? Sayaaaaa. *saya lagi. =.=''* Saya tahu ramai yang suka bercakap. Saya pun. Saya bole bercakap tanpa stop kalau saya nak. Asyik cerita cerita cerita je. Kalau bercakap perkara bermanfaat, takpe jugak kan. Bole menambahkan iman. Tapi kalau tak? Lagha.

Diriwayatkan dari Ibnu Umar ra, Rasulullah bersabda "Janganlah kamu banyak bercakap melainkan berzikir kepada Allah kerana orang yang banyak bercakap selain berzikir kepada Allah akan mennyebabkan hatinya keras dan manusia yang paling jauh daripada Allah adalah mereka yang hatinya keras." (HR Imam Tarmizi)

Orang yang hatinya keras akan jauh daripada Allah. Kita tak nak kan jadi orang yang jauh tu? Mulai dari sekarang, kurangkan bercakap perkara yang tak mendatangkan faedah kepada diri kita dan jugak orang lain. InsyaAllah. Gosip pasal retis tak berfaedah ek, jangan buat. Jangan tengok melodi, jangan tengok propaganza. JANGAN!

3. Ghadhab (Pemarah) - Oh, ini. Sape yang suka marah? Kenapa marah? Apa penyebab kita marah? Saya pun slalu marah, especially masa memandu. I've always got issues with lorry drivers. Memang Allah masih uji  saya dengan benda ni. *eh, apasal cerita pasal saya pulak ni* Bukan kita tak boleh marah eh, boleh. Tapi kena bersebab. Dan sebab itu haruslah sebab yang munasabah dan baik. Contohnya kalau seseorang tu melalukan kejahatan, seperti memperlekehkan hukum Allah. Memang reasonable kita marahkan. Sensitivity iman kita terasa di situ. Ye tak? Tapi marah tu pulak bagaimana caranya? Adakah kamu caci cerca orang tu dengan perkataan tak baik? Ini selalu terjadi dalam masyarakat. Tak suka apa yang orang buat kerana bercanggah dengan hukum Islam, tapi apa yang dia buat? Kutuk, maki, caci, guna perkataan yang tak patut. Rasulullah ajar kita marah orang macam tu ke? Sekalipun dia salah, kita jangan keruhkan keadaan. Kalau rasa tak mampu nak cakap guna perkataan berhikmah, apa kata kamu diam sahaja dan berdoa agar dia diberikan kefahaman. Bukankah diam itu lebih baik dari berkata dengan perkataan yang tak baik?

4. Hasad (Dengki) - Ish, tak baik dengki. Orang yang dengki ni nak nikmat yang ada pada orang lain hilang dan berpindah kepadanya. Haish, apa ke perangai macam tu? Biarla orang tu dengan nikmatnya. Kamu nak, mintak dari Allah. Mintak Allah tambahkan nikmat orang tu, mintak Allah beri kamu nikmat yang sama atau lebih baik. Sesungguhnya Allah faham. Kita manusia. Kalau bukan Allah yang beri rasa nak jugak tu kat kita, siapa lagi? Tapi, kita ada akal. Kita boleh memilih untuk terbawa-bawa dengan perasaan tu atau guna untuk kebaikan. Orang yang dengki ni tak pernah rasa happy. Sebab apa? Sebab asyik tak puas hati kat Allah. Tak reti nak bersyukur. Tak mau eh camtu. Tak mau tak mau.

Rasulullah bersabda " Tiga macam sifat yang tidak akan selamat seorang pun darinya iaitu BURUK SANGKA, HASAD DENGKI, dan TAKUT SIAL KERANA SESUATU" Lalu ditanya bagaimana mahu selamat dari ketiga-tiganya. Jawab Rasulullah " Jika kau hasad, maka jangan kau lanjutkan. Dan jika kau menyangka, jangan kau buktikan (tercari-cari kenyataannya) dan jika kau takut akan sesuatu, maka hadapilah (jangan mundur). Yakni jika hasad dalam hatimu, jangan kau lahirkan dalam amal perbuatanmu sebab selagi hasad itu dalam hatimu, Allah maafkan sebelum keluar dari lidah dan perbuatan. Jika su'udzon maka jangan kau buktikan, jangan berusaha menyelidik mencari kenyataannya. Demikian pula jika keluar untuk sesuatu lalu ada bunyi burung atau lain-lain yang menimbulkan was-was, maka teruskan hajatmu dan jangan mundur"

5. Bakhil (Kedekut) - Kedekut means menahan sesuatu yang ada padanya (hak) daripada dibelanjakan atau digunakan pada jalan yang dituntut oleh agama. Allah beri kita nikmat, bersebab. Bukan saja-saja. Nikmat tu dijadikan alat untuk membantu diri dan orang lain. InsyaAllah. Tapi kalau setakat kedekut untuk reason yang munasabah, silakan kedekut. Saya juga kedekut, selagi bole cari yang paling murah tapi kualiti sama, saya cari yang paling murah. Kedekut untuk dunia tapi jangan kedekut akhirat. Nanti menyesal.

Dari Abu Hurairah ra, Aku mendengar Rasulullah bersabda "Jangan kamu tolak orang yang meminta sekalipun dia kafir." Kata seorang sahabat "Ya Rasulullah! Bahawa kami bersedekah sesuatu dari harta kami  kepada orang kafir." Jawab Nabi "Bahawa mereka adalah makhluk Allah, sebenarnya sedekah itu jatuh pada tangan kudrat Tuhan yang Rahman"

Malaikat berseru "Hai Tuhanku! Segerakanlah gantikan harta orang yang bersedekah dan segerakanlah bala kepada mereka yang enggan (bakhil) bersedekah hartanya."

Sedekah bersembunyi itu memadamkan kemarahan Tuhan dan sedekah yang berterang-terangan itu pengadang api neraka.

6. Hubbul Jah (Kasihkan kemegahan) - Semua orang suka pangkat, harta, pengaruh. Kan? Tak eh? Tipu la kamu tak suka pengaruh. Kalau tak, kenapa kamu berusaha mempengaruhi orang kearah kebaikan? Haa. Hubbul jah ni bukan bermaksud kamu tak bole mencari pengaruh, tak bole mencari harta, tak bole mencari pangkat. Tapi niatnya mestilah kerana Allah. Bukan untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah-megahan. Bukan dengan cara tak baik tau, nak harta, pangkat, pengaruh kena usaha dengan cara yang betul. Cara yang diredhai Allah, dengan sebab yang diredhai Allah. Sebab apa kena cara dan sebab yang Allah redha? Sebab matlamat kita adalah redha Allah. ;)

7. Hubbud dunya (Kasihkan dunia) - Cintakan dunia bermaksud kita sukaaaaa pada benda dunia yang tak membawa manfaat pun pada akhirat. Contoh, K-pop. Owoww. Maafkan saya kalau terasa. Jangan terlampau suka kat Korea tu eh. Sampai segala benda nak bli, disc la, magazine la, poster la. Tu nanti Allah tanya kat akhirat, kamu nak jawab macam mana? Saya pesan sebab saya sayang awak semua. Jangan sia-siakan wang anda pada perkara yang tak bole diniatkan untuk Allah. Ada orang pernah cakap K-pop itu berhala moden, jadi? Kamu fikir-fikirlah sendiri. Ada jugak yang cintaaa sangat kat dunia sampai takut mati. Ni la yang Rasulullah cakap dulu. Penyakit Wahan.

Daripada Tsauban ra. Rasulullah bersabda "Akan tiba masanya di mana bangsa-bangsa di seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan makanan mereka" Maka salah seorang sahabat bertanya, "Adakah kerana bilangan kami yang sedikit pada hari itu?" Jawab Rasulullah "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, umpama buih di waktu banjir. dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati-hati musuh kamu dan Allah campakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan" Seorang sahabat bertanya, "Apakah itu wahan wahai Rasulullah?" Rasulullah berkata "Cinta pada dunia dan takut pada mati" (HR Abu Daud)    *Air mata mengalir laju*


8. Takabbur (Sombong) - Aiyok. Sombong. Orang yang takabbur ni selalu rasa dia lagi hebat dari semua orang. Dia la the best, dia la itu, dia ini, semua la dia. *heh, hambek kau hambek. nak sangat* Belagak dengan orang lain. Memandang rendah pada orang lain. Layakkah kita untuk sombong? Mengaku kita hebat sedangkan Allah lah yang selayaknya bersifat sombong. Bukan kita. Sekali lagi diingatkan, kita ni hamba. Hamba tak layak nak sombong-sombong. Lagipun Rasulullah cakap, tak kan masuk syurga seseorang itu jika ada rasa sombong dalam hatinya. Sombong ni ada banyak. Nak tau cari sendiri. =P Post lama saya pun ada cerita pasal sombong ni. Sila klik disini

9. Ujub ( Bangga diri) - Ni dalam bahasa simplenya perasan. Tau apa itu perasan? Bila kamu rasa kamu tu la paling hot, paling top, perasan la tu. Tak la se hot mana pun da perasan. oppss. Tak baik tak baik. Back on track. Apa beza ujub ngan takabbur ni? Bagi saya ujub ni lagi bahaya dari takabbur. Bukan nak cakap takabbur tu tak bahaya. Bahaya, tapi Ujub ni, takde orang tau. Kita tau sorang-sorang je. Mana la tau dalam tak sedar kita memperlekehkan orang lain. Tak kira dari segi perbuatan kita atau sangkaan kita. Nauzubillah. Mintak dijauhkan dari sifat-sifat ni.

10 . Riya' ( Menunjuk-nunjuk) - Bila ada orang, mula la nak solat sunat banyak-banyak. Bila sorang-sorang, yang wajib pun ntah buat ntah tidak. Bila depan orang sedekah bukan main banyak, tapi bila orang tak pandang, satu sen pun kedekut macam bole telan je duit tu. =.='' Jangan beramal sebab nak menunjuk-nunjuk eh. *pesanan untuk diri sendiri* Nanti sia-sia. Takde bekal dah kita kesana. Tabung bekal kita kecurian dengan riya'. Salahkan siapa? RIYAAAAAAA''''''' =.=''

Sekarang, sila muhasabah diri dan berusaha untuk memperbaik diri disisi Nya. Cukup sampai sini bebelan. InsyaAllah berjumpa lagi. ;) Nanti saya bagitau macam mana nak hilangkan sifat-sifat mazmumah ni k? InsyaAllah.

Ya Allah, indahkanlah akhlak ku, peribadiku, penampilanku. Sesunggunya Engkau indah, Islam itu indah maka indahkanlah segalanya tentang diriku. Keluarkan dariku sifat-sifat mazmumah dan hiasilah aku dengan sifat-sifat mahmudah. Amin amin ya rabbal alamin.


Saturday, 23 June 2012

Buat Kamu yang Merasakan Ujian itu Berat.


Sudah jatuh ditimpa tangga, terguling-guling pulak tu. *eh* Maybe tu perumpamaan yang bole saya gambarkan tentang keadaan diri yang sejak akhir-akhir ini diuji dengan kegagalan bertubi-tubi. Ni ujian major eh, yang Allah uji hari-hari tu banyak sangat kalau nak story. ;)

Mungkin ada yang senasib. Mungkin ada yang lebih hebat ujian. Mungkin jugak ada yang berkata "Kau tak faham perasaan aku. mana bole kau nak cakap macam tu" Ye, saya tahu setiap orang diuji dengan perkara yang berbeza. Tapi bukankah itu tandanya Allah sayangkan kita sama-sama?

"Kau ni, asyik cakap Allah sayang je tiap kali gagal. Ke kau memang tak pandai, salahkan Allah pulak"

Eh, nape macam tu? Saya yakin Allah sayangkan saya. Sebab tu Allah uji. Ye, memang saya kurang pandai, tapi Siapa yang jadikan saya kurang pandai dari yang lain? Saya sendiri ke? Atau mungkin usaha saya yang sedikit lalu Allah uji dengan kegagalan supaya saya tidak sombong, tidak bermegah mengatakan 'aku tak study pun Allah bagi cemerlang' Saya tak nak jadi orang macam tu. >_< Sekalipun usaha setinggi gunung, seluas lautan, kalau Allah cakap tak cemerlang, tak bole lulus, tetap jugak gagal. Dan gagal itu datang bersama sebab yang baik.. Persoalannya sekarang, adakah berjaya atau gagal itu yang Allah nilai? *sila tanya diri sendiri*

Mungkin ada yang kecewa apabila gagal. Pelbagai persoalan terdetik di hati, "aku ni bodoh sangat ke? Kenapa Allah bagi macam ni? Asyik gagal je ni, bila nak berjaya? Nape Allah tak makbulkan doa aku? Malunya, orang lain bole je, aku je asyik tak bole." dan macam-macam lagi.

Bodoh? Siapa yang dilahirkan bodoh? Semua dikurniakan akal. Cuma berbeza kebijaksanaan. Mesti ada sebab Allah jadikan macam tu. Macam kita belajar bio jugak yang tajuk biodiversity tu. Setiap kejadian ada kegunaan pada alam.

Kenapa Allah bagi macam ni? Sebab Allah sayang *nak cakap jugak Allah sayang, yakin je, kamu akan bahagia* Kalau Allah tak sayang, Allah dah bagi semua yang kita mintak sampai kita rasa tak payah usaha pun, doa je Allah komfem bagi. Tak nak la macam tu. At the end of the day, yang dinilai itu usaha, bukan hasil. Buat apa Allah nak nilai hasil sedangkan Dia yang bagi hasil tu?

Asyik gagal dan bila akan berjaya? Alah, setakat gagal exam tu normal la. Kalau kamu tak gagal, siapa yang nak gagal? Betul tak? Setiap kali exam, sejak dari sekolah rendah lagi, komfem-komfem ada kelompok yang gagal. Why? Sebab hidup memang macam tu. Macam Ferris Wheel, kadang kamu di atas, lepas tu kena la kat bawah kalau nak keluar. Cuba bayangkan kamu sentiasa kat atas tu, nak keluar jadi apa? Bedepekkkk. Jatuh ke bumi. Kalau dulu kat sekolah kamu hebat, sekarang Allah bagi la kamu rasa apa yang orang lain rasa tu (gagal). Adilkan Allah? *adil, adil (sambil angguk laju2)* Hakikatnya, gagal di dunia bukan bermaksud apa-apa. Yang kita patut takut adalah gagal diakhirat kelak. Allah dah bagi ujian bertubi-tubi, ambik ujian tu untuk bekalan ke akhirat. Tak rugi apa pun kalau kita redha. Buat apa dipandang tinggi sekadar di mata insan tapi tak bernilai di sisi Tuhan. Berterima kasih pada Allah sebab uji kita dengan pelbagai jenis ujian. Berjaya kita pernah rasa, jadi paling top kat sekolah pernah rasa, jadi paling hebat pernah jugak, jadi paling tak pandai pun ada jugak rasa, tak lulus exam penting punnnn pernah jugak. Tak rasa bertuah ke? Saya rasa ok je, jadi kenapa tidak kamu? Matlamat kita redha Allah untuk menggapai kebahagiaan hakiki, so why worry so much on dunya?

Kenapa Allah tak makbulkan doa? Mana ada Allah tak makbulkan. Cuba renung balik apa yang kamu mintak. Dan compare dengan apa yang Allah bagi. Itu cara Allah makbulkan doa kamu. Tak kan Allah nak bagi semua ikut cara yang kamu nak. Kamu tak cakap pun kan? Kamu just cakap kamu nak apa, tapi tak cakap kamu nak apa dengan cara yang bagaimana. So, biar la Allah bagi kat kita apa yang kita nak dengan cara Dia. Bukankah Allah lebih mengetahui apa yang baik untuk kita? Tugas kita, hanya perlu yakin dan terus berdoa. Allah tidak pernah memungkiri janjii-janjiNya. Tapi sebelum kita salahkan Allah baik kita renung balik diri kita. Sehebat mana keyakinan kita pada janji Allah? Sebanyak mana amalan soleh dibanding dengan dosa? Yang mana satu lagi hati kita cintai, dunia ataupun Ilahi? Bangun pagi sebab tengok tv ke tahajjud lagi banyak? Biar seribu kekurangan kita, Allah tetap makbulkan segelintir doa kita, yang selebihnya mungkin Allah tangguhkan untuk akhirat, atau mungkin saja apa yang kita mintak bukan yang terbaik untuk dunia dan akhirat kita. Jadi mengapa persoalkan urusan Allah? Terima saja, kita ni hamba. *ingatan buat diri sendiri* Dah kira beruntung tau kita, jadi hamba Allah. Allah bagi semua yang kita perlu, free. Tak mintak apa-apa balasan pun. Semua amalan kita selama ni pun bukan untuk Allah, tapi untuk diri kita sendiri jugak. Kalau kita tak buat, Allah tak rugi, kita yang rugi. Tak sedar ke semua tu? Masih mahu rasa tak bersyukur?


Malunya. Hmm, itulah masalah manusia. Bila gagal malu, bila malu komfem gagal. *eh.* Cuba yakin sikit dengan diri sendiri tu. Bukan semua orang Allah uji dengan kegagalan tau. Kamu nak hebat disisi Allah ke di mata manusia? Saya faham, rasa rendah diri tu mesti ada kalau kawan-kawan lain bole buat, tetiba kita je tak bole. Saya tau sebab saya pun dalam situasi tu, tapi malu? Alaa, tak payah malu la. Bazir masa je nak malu-malu. Diaorang diuji dengan kejayaan dan mereka bersyukur, kita diuji dengan kegagalan, kenapa mesti malu? Bukan ke sama je ujian dari Allah. Sepatutnya kita bersyukur. Bersyukur, dan mintak Allah gantikan kegagalan itu dengan kejayaan yang lebih besar. Allah mendengar setiap rintihan kita, Allah faham perasaan kita sekalipun yang tersembunyi jauh di sudut hati. Orang boleh kata, saya cool, saya kuat, tapi hakikatnya orang tak tau kan? kan? People see only what you chose to show. Yang malu tu, lemah ke, rasa diri tak hebat macam orang lain ke, tu normal, sebab kita manusia. Dan siapa yang bagi perasaan tu? Allah. Jadi, why not, instead of terus rasa macam tu, mintak Allah hilangkan semua perasaan yang boleh meruntuhkan keimanan kita? Malu dengan kegagalan, rendah diri, tak yakin, semua tu perasaan yang mampu mencalarkan iman. So please ask Allah to take them away. Kita kena kuatkan diri, tambahkan keyakinan, kukuhkan keimanan agar kita jadi lebih hebat disisi Allah. No malu-malu, no good la you. ish. =P


Jom tengok sikit apa yang Allah cakap kat kita. 


"Dan sungguh, Kami akan benar-benar menguji kamu dengan sedikit rasa takut, kelaparan, dan kekurangan harta, kehilangan jiwa, dan sedikitnya buah-buahan..." (Al-Baqarah : 155)


"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya" (al-Baqarah : 286)


"Dan janganlah kamu berasa lemah dan dukacita, sesungguhnya kamu adalah yang paling tinggi darjatnya jika kamu benar-benar beriman" (Al-Imran :139)


"Maka sesungguhnya bersama kesukaran ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan" (Al-Insyirah : 5&6)


Siapa-siapa yang merasa berat akan ujian gagal tu, yakinlah, bersama kesulitan ada kemudahan. InsyaAllah. ;)

Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang TIDAK PERNAH MENGALAH. *muka yakin*

Sesungguhnya Allah rindu mendengar rintihanmu berpanjangan, maka bersyukurlah dan tabahlah dalam menghadapi setiap ujian.

Setiap yang terjadi itu kehendak Allah, terpulang kepada kita untuk bersangka baik atau berburuk sangka. Sesungguhnya Allah bersama dalam sangkaan hamba-hambaNya. Jadi, jom bersangka baik pada Allah, agar yang terjadi semuanya diyakini yang terbaik untuk dunia dan akhirat kita terutamanya. Kejayaan sebenar itu terbukti apabila kamu mampu bersama insan-insan lain yang Allah cintai di syurga. InsyaAllah. Itu impian saya, kamu bagaimana?

P/s: Bicara dari seorang yang gagal berulang kali dalam urusan dunianya. *saya* =.=''
P/s: Maaf andai ada kata-kata yang mengguris hati yang memang dah sedia ada terluka. =PPP

Wednesday, 20 June 2012

Ikhlas atau Sekadar Pura-pura?

Rasulullah SAW pernah bersabda "Sesungguhnya orang yang pertama kali diadili pada hari kiamat adalah orang yang mati syahid. Dia dibawa dan ditanya akan nikmatnya, lalu dia mengakuinya. Allah swt berfirman kepadanya, 'Apakah yang kamu amalkan didunia?' Dia menjawab 'Saya berperang sehingga mati syahid' Allah menjawab 'Kamu berdusta! Kamu berperang supaya orang berkata bahawa kamu berani dan itu telah dikatakan'. Lalu Allah memerintahkan agar mukanya ditarik dan dilemparkan ke dalam api neraka.


Berikutnya adalah orang yang mempelajari ilmu, mengajarkannya dan suka membaca Al-Quran dibawa kepadaNya. Nikmat ditanya dan dia mengakuinya. Allah berkata 'Apakah yang kamu lakukan di dunia?' Dia menjawab, 'Saya mempelajari ilmu dan suka membaca Al-Quran keranaMu.' Allah berfirman 'Kamu berdusta! Kamu mempelajari ilmu kerana mahu dikatakan pandai dan pakar dalam bidang Al-Quran. Dan semuanya telah mereka katakan.' Allah pun memerintahkannya dimasukkan ke dalam neraka.


Seterusnya orang yang diberi kelapangan oleh Allah dan pelbagai jenis harta dibawa dan ditanya nikmatnya lalu dia mengakuinya. Allah swt bertanya 'Apa amalanmu di dunia?' Dia menjawab 'Saya tidak meninggalkan jalan yang Engkau sukai iaitu menginfakkan harta, melainkan saya menginfakkannya kerana Mu.' Allah menjawab 'Kamu berdusta! kamu melakukannya supaya kamu dikatakan dermawan dan itu telah dikatakan. Allah memerintahkan agar wajahnya ditarik dan dilemparkan ke dalam api neraka" (HR Muslim)

Semua pernah dengar hadis ni kan? Cuba hayati setiap satu kisahnya. Mungkin ada yang menganggap hadis ini sesuatu yang biasa didengar sehingga tidak lagi mempunya kesan yang mendalam, cuma sekadar peringatan buat diri sendiri agar sentiasa ikhlas. Hakikatnya ia lebih dari itu.

Sedangkan yang gugur syahid, yang mempelajari ilmu, yang suka membaca Al-Quran, serta yang dermawan dicampakkan ke neraka. Bagaimana pula nasib saya? Ya Allah...

Setiap pagi bangun dan berdoa agar hari ini lebih baik disisiNya dari kelmarin dan seandainya dimatikan, matinya diri ini dalam keadaan syahid. Tetapi apa tujuan doa itu? Benarkah ikhlas kerana mengharapkan cintaNya atau kerana takut mati dalam suul khatimah? Mempelajari sesuatu kerana mengharapkan redhaNya atau sekadar malu apabila gagal dan mahu jadi sehebat insan lain? Adakah saya menulis di sini kerana cinta kepadaNya atau sekadar mahu menunjukkan saya punya pengetahuan? Sekadar mahu orang terpengaruh dan mahu dikatakan seorang yang hebat di jalan dakwah dan tarbiyyah? Adakah setiap ilmu yang disampaikan ikhlas semata-mata kerana Allah atau hanya kerana tidak mahu dikatakan jahil dan sombong? Adakah setiap huluran sedekah saya keranaNya atau kerana mahu mata-mata yang melihat turut ikut menghulurkan sumbangan, hanya agar insan yang kurang bernasib baik merasakan bahawa masih ada yang punya perikemanusiaan hidup di bumi Tuhan? Setiap akhlak mulia yang dipaparkan, kerana Allah atau sekadar kerana malu dikatakan tidak punya iman? Setiap bait ayat-ayatnya yang dialunkan, adakah semata-mata mengejar keredhaan atau kerana bimbang dikatakan buta Al-Quran? Apa sebenarnya di dasar hati ini ya Allah? Adakah aku benar-benar ikhlas atau semuanya tidak pernah Kau pandang kerana setiap yang ku lakukan semata-mata untuk tontonan?

Ilahi,
Adakah orang yang telah menikmati manisnya cintaMu akan mencari pengganti selain Mu...
Adakah yang telah bersanding disisiMu akan mencari ganti selain Mu...

Ilahi,
Jadikan aku dalam kalangan yang Kau pilih untuk didampingi dan menjadi kekasihMu
Yang Kau ikhlaskan untuk memperoleh cinta dan kasihMu
Yang Kau rindui untuk datang menemuiMu
Yang Kau redhai hatinya untuk menerima qadhaMu
Yang Kau anugerahkan kebahagiaan melihat wajahMu
Yang Kau limpahkan keredhaanMu
Yang Kau lindungi dari kebenciaanMu
Yang Kau sediakan kedudukan siddiq disisiMu
Yang Kau istimewakan dengan makrifatMu
Yang Kau arahkan untuk mengabdiMu
Yang Kau tenggelamkan hatinya dalam iradahMu
Yang Kau pilih untuk menyaksikanMu
Yang Kau kosongkan dirinya untukMu
Yang Kau bersihkan hatinya untuk diisi dengan cintaMu
Yang Kau bangkitkan hasratnya akan kurniaMu
Yang Kau ilhamkan padanya mengngatiMu
Yang Kau mendorongnya mensyukuriMu
Yang Kau sibukkan dengan ketaatan pada Mu
Yang Kau jadikan dari makhlukMu yang soleh
Yang Kau pilih untuk bermunajat kepadaMu
Yang Kau putuskan darinya segala sesuatu yang memutuskan hubungan dengan Mu

Ya Allah,
Jadikan aku dari kalangan orang yang
Dambaannya hanya mencintai dan merinduiMu
Nasibnya hanya merintih dan menangis
Dahinya sujud kerana kebesaranMy
Matanya terjaga dalam mengabdikan Mu
Air matanya mengalir kerana takut padaMu
Hatinya terikat pada cintaMu
Kalbunya terpesona dengan kehebatanMu

Wahai Yang cahaya kesuciaanNya bersinar dalam pandangan para yang mencintaiNya
Wahai Yang kesucian wajahNya menggembirakan hati yang mengenaliNya
Wahai yang dikejar kalbu para perindu

Aku memohon cintaMu
dan cinta orang yang mencintaiMu
dan cinta segala amalan yang membawaku di sampingMu
Jadikan Engkau lebih ku cintai dari selainMu
Jadikan cintaku padaMu membimbingku pada keredhaanMu
Kerinduanku padaMu mencegah maksiatku
Anugerahkan padaku memandangMu
Tataplah diriku dengan tatapan kasih sayang
Jangan palingkan wajahMu dariku
Jadikan aku penerima anugerah dan kurniaMu
Wahai pemberi ijabah
Ya Arrahmarrahimin... 
(doa Ali)

Wednesday, 6 June 2012

Kita, Dosa & Mati.

Ingat mati Ingat sakit
Ingat lah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuma satu kali~
Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat~

Dalam sehari, berapa kali kita ingat mati?

1. Tak ingat pun. Rilex la bro, muda lagi ni. Tua nanti baru fikir mati-mati ni.

2. Hmm, ingatlah kadang-kadang. Masa drive kereta tu, takut-takut accident kan.

3. Time solat tu ingat jugak nak mati. Nak dapat mood solat buat kali terakhir tu kononnya. *kononnya?*

4. Tanya-tanya orang pasal mati ni pe kes? Sendiri mau ingatla! *ek =.=''*

Baikla, tak kisah pun apa jawapan korang. Masing-masing punya jawapan kan. Saya saja nak tanya. hee~ =D

Kita jarang-jarang ingat mati. Mungkin kadang-kadang tu lupa terus sebab busy memanjang. Bila nak exam, ingat exam jeeeee. Padahal tak pasti pun hidup lagi masa exam tu. Bila ada meeting, ingat bos jeeee. Padahal tak tau lagi hidup tak masa meeting tu. Bila tengok tv ingat nak seronok je, sungguh-sungguh mendongak tv tu. Padahal tak pasti hidup lagi tak sampai habis rancangan tv tu. Bila on9, cetcotcetcot bercerita. Padahal tak tau sempat tak nak shut down laptop tu. *dushdush, tumbuk diri sendiri* 

Cuba kita tanya balik kat diri kita ni, malaikat maut melawat kita berapa kali sehari? Dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas, Rasulullah SAW bersabda "Malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi 70 kali sehari." Ketika Izrail memerhatikan wajah-wajah ini, kelihatan ada manusia yang sedang tertawa. Lalu berkata Izrail "Alangkah hairannya aku melihat orang ini. Aku di utuskan Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok bergelak ketawa" *Terasa tak terasa tak?*
Manala tau, dalam sedap-sedap gelak tu Izrail cabut nyawa. Nauzubillah, Ya Allah, ada ke iman dalam hati saat gelak-gelak tu? >_< Kalau Izrail cabut nyawa masa buat perkara berfaedah kerana Allah takpe jugak, Alhamdulillah. Mati dalam kebaikan.

Ok, moving on. Sapa yang tak pernah buat dosa. Sila berdiri. *fuiyoooo, ramainya* Semua orang pernah buat salahkan? Ye tak? Ke saya sorang je pernah buat salah ni? Iskisk.

Kita diberi akal untuk menilai yang mana baik dan mana jahat. Yang mana dosa, mana satu pahala. Mana satu Allah redha dan yang mana Allah murka. Tapi betul ke semua orang guna akal yang dikurniakan untuk fikir semua tu? Ke fikir dunia je? Cukup la sekadar betul kat dunia, yang penting orang nampak hebat. Gitu ke?

Selalu jugak kita dengar orang cakap "Aku ni banyak dosa, aku hina, kotor. Allah tak pandang aku dah. Nak ke Allah terima taubat aku? Masihkah pintu taubat terbuka untuk aku?" and etc2.

Ishishish *geleng-geleng kepala* Memang kita rasa rendah diri, rasa berdosa yang amat bila banyak buat kesilapan, tapi jangan sampai rasa berdosa tu menghalang kita daripada merasai kebesaran Allah dan sampai rasa tak layak nak mintak ampun. Memang kita patut rasa eee *muka kedut2 geli* dengan dosa, jangan sesekali redha dengan dosa yang kita lakukan walau sekecil mana pun, Tapi, jangan sampai kita bersangka buruk pada Allah! ingat tu. Allah tak kejam. Kita buat salah pun Allah masih bersama kita, masih beri rasa keinsafan tu, what makes you think that Allah is not gonna forgive you? Padahal Dialah yang memberikan hidayah. Dia nak kita kembali ke jalan yang benar. Alhamdulillah. Keampunan dan Rahmat Allah melebihi segalanya, melebihi dosa-dosa yang kita lakukan. 

"Eh, tak percayalah. Kau cakap camtu semata-mata nak sedapkan hati aku je. Aku ni jahat. Tak layak jadi orang baik"

Tak percaya eh? Meh sini nak bagitau sikit.

"Daripada Anas r.a berkata, aku mendengar Rasulullah bersabda 'Allah SWT telah berfirman; Wahai anak Adam! Sesungguhnya selagi mana kamu meminta dan berharap kepadaKu, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak akan memperdulikannya lagi. Wahai anak Adam! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepadaKu, maka akan Aku ampuni kesalahanmu. Wahai anak Adam! Sekiranya kamu datang kepadaKu dengan dosa sepadat isi bumi, kemudian kamu datang menemuiKu diakhirat dalam keadaan tidak menyekutukanKu dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi juga' "

"Demi Tuhan yang mana aku berada ditanganNya, sekiranya kamu melakukan kesalahan sehingga memenuhi dosamu diantara langit dan bumi, kemudian kamu memohon ampun kepada Allah, nescaya Dia akan mengampunimu" (Hadis Rasulullah)

Hadis Qudsi yang dipetik dari kitab Allitihafat " Satu kebaikan akan diganda sepuluh malah lebih, manakala satu kejahatan tetap dikira satu (tidak diganda) ataupun Aku mengampuninya. Sekalipun kamu menemuiKu (selepas mati) dengan dosa sebesar bumi tetapi tidak syirik kepadaKu, maka Aku akan menemuimu dengan keampunan sebesar itu."

Ok, sekarang nak tanya. Apa yang buat kamu rasa dosa kamu lebih besar dari keampunan dan rahmat Tuhanmu (Allah) ? *soalan buat diri sendiri* Sedangkan setelah mati pun Allah akan datang dengan keampunanNya kalau kita tak mensyirikkan Allah, apatah lagi kalau hidup-hidup ni kita datang merayu-rayu meminta keampunan. Allah pandang kita, Allah tengok, Allah akan ampunkan.Yakin la. Allah Maha Pengampun. Bukankah Allah suka pada hambaNya yang melakukan kesilapan dan meminta ampun? Tapi ingat eh, Allah janji akan ampunkan kita bukan jadi point untuk kita terus lakukan dosa. No no no. Sila taip STOP DOSA dan hantar ke ..... message delivered. =D

Kita bukan nabi, bukan Rasul yang ma'sum. Sure-sure kita buat silap. Tapi sejauh mana usaha kita untuk stop atau cikai-cikai pun untuk kurangkan kesilapan yang kita lakukan? XDE? HAA? Biar betul??? Mesti la ada kan? Fitrah manusia memang sentiasa mencari kebaikan. Kalau tak banyak, mesti ada sikit niat nak jadi baik kan? Niat yang baik pun dah dapat pahala *insyaAllah* so kalau nak pahala ganda-ganda, jangan la biar niat tu tinggal niat eh. Realisasikan la eh. ;)

Seseorang mukmin itu tak pernah berputus asa dari rahmat Allah. Sebab rahmat Allah inilah yang kita harapkan. Kalau nak bandingkan dengan amalan kita, sebanyak mana pun takkan mampu membeli syurga Allah. Amalan kita semata-mata tidak akan mampu menyelamatkan kita dari melainkan dengan rahmat dan redha Allah. Dan kalau lah kita berputus asa sebab kita rasa kita banyak dosa, apa lagi yang dapat selamatkan kita? Dosa?

Rasa berdosa bukan bermaksud kita perlu lari lebih jauh dari Allah, tapi kita perlu tinggalkan dosa-dosa dan kembali kepada Allah. Kembali ke jalan yang lurus. Kembali merebut redhaNya. Syaitan akan selalu cuba menyesatkan kita, apatah lagi apabila kita berhajat kepada kebaikan. Masa tu la dia nak cucuk-cucuk "tak payah taubat, kau tu jahat, Allah tak tengok dah. Kau hina, tak layak nak solat, tak layak pegang Quran, tak layak sebarkan kebaikan" Cuba cakap balik kat syaitan tu "Aku nak buat baik suka hati aku la. Kau sibuk pehal?" *Eh, bole eh camtu?* Bear in mind, whenever Syatan reminds you of your past, remind Syatan of his future. Jangan tertipu dengan hasutan-hasutan jahat. Yakin pada Allah. Hidayah datang pada siapa yang dikehendakiNya. So, jangan lepaskan hidayah tu. Kamu orang terpilih. *Hoooyyeeeaaaaahhh!*

Every righteous man has a past, and every sinner has a future. InsyaAllah. 

"Ya Allah, keampunan Mu lebih luas dari dosa-dosaku. Dan RahmatMu lebihku harapkan disisiku dari amalan-amalanku."


Dekatkan kita dengan mati? So, dah ready ke nak melangkah ke alam lain ni?

Wednesday, 23 May 2012

Muhasabah Diri #4; Kita yang Lalai.

Ini adalah saya. Sebab itu lama tak menulis di sini. =P

Saya tahu saya tak seharusnya berehat terlampau lama, kerana pekerjaan sebagai Hamba Allah, Abid dan Khalifah ni bukanlah kerja part-time tapi a FULL-TIME job. Saya ambik cuti sendiri tiba-tiba. Astaghfirullah. *air mata mencurah-curah sambil tunduk tak nak angkat kepala lagi*

Saya tahu saya masih hutang para pembaca tentang sifat-sifat Mazmumah. InsyaAllah next post saya buat k. *kenyit mata sambil buat aksi comel*

Semalam lepas baca Al-Sajdah dan Al-Mulk, Allah gerakkan hati saya untuk belek surah At-Takathur. Selama ni hafal tanpa menghafal maksud sekali *tunduk malu* dan semalam, rasa sangat terpukul. *DUSHDUSH!* Allah benar-benar punya pelbagai cara untuk sedarkan hambaNya yang terleka. Alhamdulillah.

(1) Kamu telah dilalaikan (dari mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak pinak, pangkat dan pengaruh).

(2) Sehingga kamu masuk kubur.

(3) Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk ketika hendak mati)!

(4) Sekali lagi (diingatkan) : Jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!

(5) Demi sesungguhnya, Kalau kamu mengetahui; (apa yang akan kamu hadapi) dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat)

(6) (Ingatlah) demi sesungguhnya! Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.

(7) Selepas itu ; demi sesungguhnya! Kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin, (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!

(8) Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang telah kamu nikmatinya)!

Ok, saya nak tanya, kamu tak rasa apa-apa ke dengan ayat-ayat ni? Sikit pun tak rasa takut ke? Fuh, jiwa kental tuuuu. Dari ayat pertama lagi, sehingga ayat terakhir, memang sangat menyentap hati.

"Kamu telah dilalaikan...Sehingga kamu masuk kubur" - Seriously, rata-rata kita sangat-sangat lalai sekarang. Exam susah sikit lalai, kerja banyak sikit lalai, assignment berlambak lalai, nak dapat income lebih sikit lalai, banyak masa lapang lalai. Kita kejar apa sebenarnya? Penting sangat ke semua tu? *soalan buat diri sendiri* Saya akui, saya hamba yang lalai. Ampunkan aku Ya Rabb. 

"Jangan sekali-kali bersikap demikian! ..." - Bukankah Allah sangat sweet? Dia ingatkan kita hambaNya supaya jangan bersikap demikian, tapi kita masih lagi terleka. Allah memang Maha Mengetahui. Awal-awal lagi Allah dah tahu kita akan lalai, sebab tu Allah bagi warning siap-siap. Terima kasih Allah.

"...kamu akan melihat neraka yang marak menjulang" - Janji Allah itu benar, syurga itu benar, neraka itu betul ada. Sedangkan api dunia pun kita tak sanggup nak rasa, melecur sikit dah kecoh macam hilang jari je, sanggup ke kita nak ke neraka yang apinya menjulang-julang? Sanggup ke kita? Mampu ke kita? Semua akan cakap 'tak sanggup, tak nak' tapi hakikatnya, berapa ramai je yang betul-betul berusaha untuk tidak ke neraka? *tunduk malu lagi, air mata, hingus semua leleh2*

"...kamu melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)" - Bukankah telah terlambat untuk meratap, merayu pada ketika itu? Kamu DILEMPARKAN ke dalamnya. Kita di lempar, bukan diletak. Dah la masuk neraka, dilempar pulak tu. Cuba kalau ada orang lempar kita, belum lempar lagi pun kita dah jerit-jerit. Sekurang-kurangnya, kat dunia kita mampu suruh orang stop and tak jadi lempar, tapi kat sana nanti? Kita ada hak ke nak jerit-jerit cakap jangan lempar kita ke dalam neraka?

"... ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang telah kamu nikmatinya)!" - Terlalu banyak nikmat Allah yang kita nikmati, kita tak mampu menghitungnya. Tapi benarkah kita bersyukur atas tiap sesuatu? Mulut mungkin mengucapkan syukur, tapi hati? Ayat ni benar-benar buat saya berfikir. Saya ni bersyukur ke dengan setiap nikmat? Ya Allah... Apa yang mampu saya katakan kelak? Hanya bisu kerana sememangnya sentiasa lalai dan tak pernah bersyukur? Nauzubillah. (>_<)

Saya tengok ramai yang tweet tentang Debat PTPTN - saya memang tak tahu sangat isu semasa *which is not so good* so saya hanya mampu melihat tweet orang, dan tidak menonton pun debat tersebut. =.='' Disebabkan Debat ni la saya teringat lagi surah At-Takathur, lalai. Sekarang HOT bebeno ye isu politik. Sampai agama pun dipersoalkan, dipergunakan.<---ni xde kena mengena dengan debat PTPTN tu ek. Cuma teringat isu-isu lain. Hmm, tapi saya tak nak cerita pasal politik ke apa. Cuma nak share surah At-Takathur je. Hehe. 

Semoga bermanfaat. Ingat, Allah dah pesan, "JANGAN BERSIKAP DEMIKIAN (LALAI)!" - InsyaAllah saya akan berusaha untuk jadi tidak lalai. Dunia bukan segalanya. Akhirat itu kekal selamanya. ;)

P/S: Jangan fikir sekadar apa yang saya perkatakan, jangan sekadar menyoal diri dengan soalan yang saya kemukakan, sila refleks diri sendiri dengan soalan-soalan sepatutnya kerana saya menulis juga untuk bertanya kepada diri sendiri. Saya tidak sempurna.

P/S2: Saya tahu cara saya agak pelik, tapi saya just nak cakap, sapa-sapa yang ada nak share, tambah, tegur, perbaiki, silakan. Jangan rasa terbeban ye. Ilmu Allah kena kongsi-kongsi, siapa tahu mendatangkan manfaat. InsyaAllah. =P

Sunday, 6 May 2012

Sedar Tak Yang ...

"Takpe, gagal tu kan ujian dari Allah. Tanda dia sayang"
"Sabar eh, ada hikmah disebalik musibah ni"
"Rilek la bro, Allah sayang kau, sebab tu dia bagi ujian ni"

Ini antara dialog yang sering kita dengar. Yang lulus periksa bagitau kat yang gagal tu ujian dari Allah. Yang tak tertimpa bencana suruh yang ditimpa bencana tu fikirkan hikmah disebalik kejadian. Bukan maksud saya nak kata tak baik cakap macam tu, tak. Baik. Tapi sedar tak kita yang ....

> Gagal dalam peperiksaan itu satu ujian. Lulus itu jugak satu ujian.
- Bila gagal, orang nampak itu satu ujian dari Allah. Tapi kenapa bila lulus, kita tak ingatkan diri kita bahawa itu jugak satu ujian. Menguji sejauh mana kita mampu bersyukur tanpa ada perasaan-perasaan kurang enak (sombong, riak, takbur, ujub) di dalam hati. Bila gagal kita cakap "Ni mesti sebab aku kurang usaha" Bila lulus plak cakap "Aku memang patut dapat ni, aku usaha tunggang tebalik kot" Eh, kejap. Bukan hasil tu Allah yang bagi ke? Kenapa bole lupa diri?

> Ditimpa musibah itu ujian. Diberikan kesejahteraan berterusan juga satu bentuk ujian.
- Apabila mendapat musibah, kita lebih senang mengingati Allah, tapi ketika senang, berapa kali kita mengucapkan syukur?

> Miskin itu ujian. Kaya itu ujian yang lebih berat.
- Yang miskin kadangkala merungut miskin. Salahkan Allah kerana membiarkan mereka terus miskin. Yang kaya kadangkala sombong. Lupa itu sekadar pinjaman. Bukankah kedua-duanya ujian yang berat? Tapi pastinya kaya lebih berat kerana yang miskin akan ke syurga lebih dahulu dari yang kaya. Sedangkan Abdul Rahman Auf takut apabila diberitakan bahawa dia akan masuk syurga dengan mengengsot lalu di infaknya 700 ekor unta beserta muatannya dengan harapan dia boleh masuk syurga berlari. Kenapa kita pula menganggap harta itu nikmat semata?

> Rupa paras yang tak berapa cantik ujian. Rupa yang menawan juga ujian.
- Bila hodoh merasa rendah diri. Bila cantik rasa bangga pulak. Bukankah kedua-duanya cara Allah menguji kita? Hodoh di dunia, tidak perlu rasa terhina. Yang perlu rasa terhina apabila kita hodoh dimata Pencipta. Allah tidak kata yang hodoh itu bukan bidadari syurga, bukan bidadari dunia. Bidadari syurga juga tidak cemburu pada manusia yang hanya cantik pada rupa. Seindah-indah perhiasan itu adalah wanita solehah. Jadi wanita solehah itu cantik disisi Allah. Mahu cantik di mata manusia atau cantik di mata Pencipta?

> Tak hebat di jalan dakwah satu ujian. Bila dah hebat pun satu ujian.
- Berjuang di jalan DnT ni memang tak senang tau. Macam-macam kita cuba tapi tak dapat sambutan. Kita sedih, down, tak semangat dah, rasa nak stop. "Aku malas dah la ajak-ajak orang ni, bukan nya nak ikut pun" Putus asa la pulak. Dah hebat nanti lain plak ceritanya. Bagi talk sampai satu dewan full, ada blog, ribuan followers. Ni pun satu ujian yang berat. Jangan sampai kita rasa kita hebat bila ramai orang ikut kita. Allah lah yang memberi hidayah dan membuka hati mereka. Bukan kita. Yang takde orang sudi ikut pun, Allah pandang usaha kamu. Jika kamu ikhlas, orang kutuk pun kamu sudi buat. Kutuk, caci maki, tu sume tak terkesan pun kat hati. Buat sesuatu kena ikhlas. Bukan untuk menunjuk-nunjuk tau. Bukan sekadar nak hebat kat dunia je, yang penting kat sana nanti.

> Ada family kurang bahagia satu ujian. Family bahagia terlampau juga satu ujian.
- Siapa yang tak mahu keluarga yang bahagiakan? Tapi apabila Allah uji dengan masalah kekeluargaan, sejauh mana kita mampu bersabar tanpa membandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang lain? Apabila bahagia pulak, adakah kita sentiasa bersyukur dan ingat pada Allah atau kita hanya bahagia dari sudut keduniaan sahaja? Jangan compare-compare, tu yang rasa hidup kita ni tak seronok. Bersyukur seadanya. Berdoa agar Allah beri kefahaman tentang agamaNya kepada kita dan ahli-ahli keluarga kita. Kerana keluarga yang bahagia itu adalah keluarga yang Allah beri kefahaman tentang agamaNya. Kalau hati keras, mana nak rasa bahagia. Kan kan?

***********************************
Rasanya cukup ni je contoh yang nak bagi. Yang lain, fikir-fikir sendiri dan kalau sudi share, bole la share. ;)
Perkara ni dianggap ujian sebab kita manusia. Kita akan sentiasa di uji. Bukankah ujian itu tanda Allah sayang? Kalau kita kata hanya musibah itu ujian, habis yang tak tertimpa musibah Allah tak sayang ke? Yang gagal je kononnya di uji. Yang lulus tu bukan ujian, Allah tak sayang ke? Allah kan Maha Adil, Maha Pengasih, Maha Penyayang. Kasih sayang Allah tak bertepi. Cuma kita perlu bijak dalam merebut kasih sayang dan keredhaan Allah.

"Allah tidak memberati seseorang melainkan dengan kemampuannya. mereka mendapat pahala kebaikan yang dilakukannya, dan mereka juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya. ..." (Al-Baqarah :286)

"Dan kami menguji kamu dengan KESUSAHAN dan KESENANGAN sebagai dugaan. Dan kepada Kamilah kamu semua dikembalikan." (Al-Anbiyaa : 35)

Di dalam ujian itu ada nikmat, dan di dalam nikmat itu ada ujian. Bersangka baiklah kepada Allah kerana Allah itu berada di dalam sangkaan kita.

Rasulullah bersabda, 'Allah berfirman "Aku berada di dalam sangkaan hambaKu kepada diriKu. Aku menyertainya ketika dia menyebutKu. Kalau dia menyebutKu kepada dirinya, maka Aku menyebut dirinya kepada diriKu, kalau dia menyebutKu dihadapan orang ramai, akan Ku sebut dia dihadapan mereka yang lebih baik daripadanya." (HR Bukhari dan Muslim)

Didik hati supaya sentiasa bersyukur dan redha dengan setiap kejadian yang telah ditetapkan. Jadi orang yang bahagia dengan sentiasa mengingatiNya. InsyaAllah.

Im never alone. ;)


Monday, 30 April 2012

Sila Lihat ke Kiri dan Kanan Anda

Hari ni takde benda bermanfaat sangat pun nak share. Yang 10 sifat mazmumah tu, InsyaAllah secepat mungkin. Hari ni kurang sihat, otak tak gerak sangat. *coughcough* Hehe. Gurau je. =P Alhamdulillah. Saya masih normal. Sihat seperti selalu. Tapi kalau sakit pun kena bersyukur ye kamu-kamu sekalian. Sakit, bersyukur? Kenapa plak? Sebab sakit itu adalah nikmat. A blessing in disguise. Chewah. *hihi*

Jangan berburuk sangka pada Allah bila sakit. *tiba-tiba cerita pasal sakit plak. xpela eh. ilmu ni.* Sakit itu kafarah dosa. Kita sebagai manusia memang akan sentiasa ada kesalahan. Tak kira la sekecik or sebesar mana, Allah tetap akan ampunkan kalau kita bertaubat. Dan kalau Allah bagi sakit tu, macam bonus la. Tapi tak bole merungut tau. Nanti tak dapat bonus tu. No no no, rugi rugi rugi *sila baca dengan nada Farah Fauzana sambil buat aksi nobody2 korea tu*

Allah berfirman, "Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tanganmu sendiri (dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dari dosa-dosamu itu" (As-Syura : 30)

Tengok, Allah itu Maha Adil lagi Maha Penyayang kan? Dah la kita ni buat salah tak henti-henti. Allah tolong lagi kita dengan bagi kita nikmat sakit untuk hapuskan sebahagian besar dosa kita. Tak nak ke? Mesti la nak kan? Jumpa Allah nanti kena la bawak pahala dengan usaha yang diredhai Allah. *dosa memang sah-sah la Allah tak redha* So, kalau ditakdirkan kita ni sakit, bersyukur. Ucapkan Alhamdulillah. Dan boleh amalkan doa ni. *dapat dari satu majlis ilmu tapi tak ingat yang mana. hehe*

"Alhamdulillah. Ya Allah hapuskanlah dosa-dosaku bersama kesakitan ini dan seandainya sakit ini membawa kepada kematianku, matikanlah aku dalam keadaan mati syahid. Sekiranya Kau sembuhkan aku, jadikanlah aku lebih baik disisiMu."

Rasulullah pun kata, "Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya sebagaimana gugurnya daun-daun" (HR Bukhari & Muslim)

So, ingat, bila sakit jangan merungut. Jangan kata "aduh nape boleh sakit ni". Jangan. Sesungguhnya sakit itu kafarah dosa. Itu satu nikmat. Jangan cakap sakit ni ujian dan cinta tu nikmat plak. Cinta sebelum masanya dan bukan pada yang sepatutnya itulah ujian. Ujian yang sangat berat. Moga tidak tewas dengan ujian ni ye. InsyaAllah.

Baik, balik kepada apa yang saya nak cerita sikit kat sini. Sila lihat ke kiri dan kanan anda. Tak kira la kat mana pun kita berada, perhati keliling kita betul-betul. Dah? Ok, sekarang saya nak tanya, Berapa banyak perkara disekeliling kamu menzahirkan Islam yang sebenar? Yang mampu mendekatkan lagi kamu dan jugak orang lain yang melihat kamu kepada Ilahi, yang akan sentiasa meningkatkan iman diri dan insan sekeliling.

Kalau semuanya mampu, Alhamdulillah. Pasti kamu orang yang paling bertuah. Boleh menjaga diri dan hati. *saya cemburu* Tapi kalau tak, hmm. Kena la ubah sikit-sikit. Yela, mana tau kamu minat korea, poster tampal sini sana, beg duit korea, bed sheet pun muka artis-artis korea. Yang minat kereta-kereta lumba, tampal gamba formula one siap ngan awek-awek hot tu lagi *ffuiiiyoo!* Ni saya cakap contoh je eh. Tak kira la apa pun, just nak bagi kamu dan diri saya sendiri berfikir. Berapa percent from our daily life is devoted for Islam, for Allah. And adakah sekadar di laman sesawang kita berdakwah tapi padahal kehidupan hari-hari kita tak menggambarkan Islam pun. *ishishish.* Ini belum lagi suruh tengok orang-orang sekeliling dan persekitaran. Masih ramai yang tergapai-gapai. Hidup bukan sekadar di internet ok. Kamu berpijak dibumi yang nyata, maksudnya kamu ada kehidupan di luar alam maya. Yang dimana tanggungjawab kita lebih besar. Sangat-sangat besar.

"Demi masa! Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" (Al-Asr : 1-3)

Ingat ayat ni? Saya nak highlight kat sini yang Allah cakap DAN tak pun SERTA. maksudnya Semua kena ada. Kita belajar Bahasa Melayu kan masa sekolah. Mesti lah tau DAN tu maksud apa. ;) Tak mampu berpesan-pesan dengan kata-kata, mulakan dengan tingkah laku dan peribadi diri. InsyaAllah, kata-kata tu akan datang kemudian. Jadi, marilah kita ubah sikit demi sedikit diri kita dan apa yang menyelubungi hidup seharian kita kepada sesuatu yang menggambarkan keindahan Islam. Nak menarik orang bukan mudah tau. Setakat kat facebook, twitter, blog, komfem and sah-sah orang yang sama je tengok. And orang-orang tu memang dah tertarik kepada pemahaman sebenar Islam. Sekarang, tugas kita adalah untuk menambah target-target yang perlu diserang mindanya, perlu disentuh hatinya, perlu diselamatkan jiwanya. InsyaAllah, niat yang baik kerana Allah, pasti dipermudahkan.

P/S : saya bukan ahli politik yang menyeru-menyeru untuk PRU-13. Saya menyeru untuk hari pengadilan yang lebih hebat kelak.

saya tau gamba ni takde kena mengena. tapi nak letak jugak. lalala~


Muhasabah Diri #3

Alhamdulillah. Ni dah siri ke tiga. *saya rasa cam penerbit drama. =P* Apapun, kali ni nak cerita pasal sifat-sifat mahmudah. Soalan saya, apakah itu sifat-sifat mahmudah? *sape dapat jawab tanpa tengok list saya saya bagi aiskrim*


sifat mahmudah adalah akhlak/kelakuan/tindakan yang terpuji dan cantik pada pandangan mata dan hati manusia secara fitrah dan estetika. Sifat-sifat ini akan memberi kesan positif (mahmudah) kepada pelaku dan persekitarannya.

Rasulullah bersabda "Sebaik-baik manusia adalah yang paling baik akhlaknya".

So, mari kita tengok 10 sifat-sifat mahmudah. Harap-harap adala kat diri kita ek. *wink* InsyaAllah.

1. Taubat - memohon keampunan dari Allah s.w.t dengan penuh keikhlasan dan menyesal terhadap kesalahan yang telah dilakukan.

"Sesungguhnya Allah menerima taubat seseorang hambaNya selagi nyawa belum sampai ke kerongkong." (HR Tarmizi)

"Hai orang-orang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya (taubat nasuha). Mudah-mudahan Allah menghapuskan kesalahan kamu." (At-Tahrim : 8)

2. Takut kepada Allah yakni Taqwa. - Saidina Ali pernah berwasiat tentang taqwa "Taqwa ialah (1) Takut kepada Allah dalam setiap perkara. (2) sentiasa redha dengan pemberian Allah walaupun sedikit. (3) sentiasa melaksanakan sistem Islam sebagaimana yang telah diturunkan Allah di dalam Al-Quran. (4) dan sentiasa bersedia dengan bekalan terbaik bagi menghadapi kehidupan akhirat yang kekal abadi"

3. Mahabbah (Kasih Sayang) - Rasulullah bersabda "Tidak sempurna iman seseorang kamu selagi aku lebih disayangi daripada kamu menyayangi kedua ibu bapamu dan manusia seluruhnya"

"Tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri"

4. Zuhud - Mengambil dunia sekadar perlu/ mengambil dunia untuk akhirat. Zuhud bukan beerti kita meninggalkan terus dunia. Tetapi kita perlu mendidik diri dan pemikiran agar tidak tertipu dengan kesenangan dunia dalam tujuan mengabdikan diri kepada Yang Maha Esa. InsyaAllah. Ayuh jadi zuhud! =D

"Supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula gembira dengan apa yang diberikan kepada kamu" (Al-Hadid : 23) 

5. Sabar - "Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui siapa yang berjihad dan siapa yang bersabar di antara kamu" (Muhammad : 31)

"Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar" (Al-Imran : 146)

"Dan bersabarlah kamu, sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar" (Al-Anfal : 46)

Rasulullah bersabda :-

"Iman terbagi kepada dua, separuh di dalam sabar dan separuh di dalam syukur" (HR Baihaqi)

"Kesabaran merupakan dhyia (cahaya yang amat terang)" (HR Muslim)

"Susungguhnya orang yang paling sabar antara kamu adalah orang yang memaafkan orang lain padahal dia berkuasa membalasnya" (HR Baihaqi)

6. Syukur - Berterima kasih

Tiga kedudukan syukur ; (1)Syukur kepada Yang Diatas dengan mentaatiNya. (2) Syukur dengan yang setaraf dengan memberi balasan kepadanya (3)Syukur kepada yang lebih rendah kedudukanya dengan bermurah hati kepadanya.

"Dan (ingatlah juga) tatkala Tuhanmu memaklumkan; 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu) sesungguhnya azabKu amat pedih" (Ibrahim : 7)

7. Ikhlas dan benar - melaksanakan sesuatu semata-mata mengharapkan keredhaan Allah dan bukanlah kebesaran dari manusia, mahupun penghormatan. Dan bukan pula untuk memperoleh kenikmatan dunia atau menolak sesuatu bencana keduniaan.

Dua tingkat ikhlas ; (1) Beribadah kerana takutkan azab Allah (2) Beribadah kerana merasakan kebesaran Allah, kehebatanNya tanpa ada niat lain di dalam hati.

"Katakanlah 'Sesungguhnya aku diperintahkan untuk mengabdikan diri dengan ikhlas ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama." (Az-Zumar : 11)

"Sesungguhnya Allah swt tidak akan menerima amalan kecuali dibuat dalam keadaan ikhlas, berkeinginan kepada wajahNya" (HR Bukhari)

"Sesungguhnya ikhlas itu ibarat semut hitam di atas batu hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat ... Sesungguhnya ikhlas itu sendiri adalah rahsia Allah" *maaf, saya tak tau ni ayat quran/hadis/kata hikmah. Kalau ada yang tau, sila2 la comment. Jazakillah/Jazakallah khayr in advance. =)*

8. Tawakal - Dari sudut bahasa tawakal ni maksudnya mewakilkan sesuatu urusan ke atas pihak lain. Word asal tawakal is 'wakalah'. Manakala, dari sudut syarak, tawakal beerti kepercayaan hati kepada satu-satunya wakil iaitu Allah SWT. 

Ibn Taiyimah pernah berkata "Hubungan antara kita dengan Allah umpama seekor burung dimana sebelah sayapnya takut (taqwa) dan sebelah lagi pula harap (tawakal)"

"...Barang siapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allahtelah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (At-Thalaq :2-3)

9. Redha dengan Qada' dan Qadar - Redha ialah menerima dengan rasa senang, saya ulang, menerima dengan rasa senang pemberian Allah sama ada dari segi hukum ataupun Qada' mahupun sesuatu ketetapan daripada Allah SWT. Qada' dan qadar pula merupakan sesuatu ketetapan yang telah ditentukan oleh Allah sejak azali dengan ilmuNya Yang Amat Tinggi, disusuli kejadian seperti mana yang telah ditetapkan. *faham ke? kalau tak faham sila tanya ye. InsyaAllah saya tolong jelaskan*

"Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan RasulNya berikan kepada mereka sambil berkata 'Cukuplah Allah bagi kami, Allah dan RasulNya akan memberikan kami kurniaNya. Sesungguhnya kami orang-orang yang berharap kepada Allah" (At-Taubah : 59)

10. Mengingati mati - Mati adalah satu kepastian. Saya akan mati, orang-orang yang saya sayang juga akan pergi. Begitu juga awak semua. MATI ITU PASTI! *muka garang ni. takut tak?* Apa yang kita patut takuti bukanlah mati itu sendiri tetapi di mana kesudahan kita setelah mati itu terjadi. It's not the death itsefl that i'm scared of, it's what's gonna happen next. Anda mengerti? 

Sabda Rasulullah "Sepintar-pintar manusia adalah yang sentiasa mengingati mati, dan bersiap sedia untuk menghadapinya. Mereka itulah orang-orang bijaksana"

********************************
Alhamdulillah. Lengkap sepuluh. Dengan sedikit dalil dan hadis. Tidak ketinggalan bebelan manja saya. (^_^).  Semoga bermanfaat. InsyaAllah akan kembali dengan siri keempat, bincang pasal sifat-sifat mazmumah plak. (*o*)

dah lewat, saya kena tidur. 

p/s : harap tak pening dengan warna-warni penulisan saya. saya suka warna warni, so please bear with it. hee~ syukran.

Tuesday, 24 April 2012

Muhasabah Diri #2 ; 10 Muwasafat Tarbiyyah

10 Muwasafat Tarbiyah. 


Muwasafat tarbiyyah? Apa tu? 
Muwasafat tarbiyyah adalah kriteria yang perlu ditanam dalam diri setiap individu untuk menjana keperibadian muslim yang syumul. Syumul tu apa pulak? Syumul tu maksudnya menyeluruh. Kesimpulannya, nak jadi Muslim secara menyeluruh kena ada 10 kriteria ni. Eeleh, 10 je? Senang tu. Senang? Jom tengok.

1. Salimul Aqidah - Aqidah yang sejahtera.

2. Sahihul Ibadah - Ibadah yang sahih

3. Matinul Khuluq - Akhlak yang mantap

4. Qawiyyal Jism - Jasmani yang kuat

5. Mutsaqaffal Fikr - Berpengetahuan

6. Qadiran Ala Kasbi - Berdikari

7. Mujahadah ala Nasf - Berjuang melawan nafsu

8. Haarithun ala Waqtihi - Menjaga waktu.

9. Munazzamun fi Syu'unihi - Teratur dalam urusan.

10. Nafi'un li Ghairihi - Bermanfaat kepada orang lain.

Ok. Dah cukup sepuluh kat sini. Soalan saya, cukup tak 10 ada kat diri kamu? *soalan buat diri sendiri*
10 nampak cam, eleh 10 jew, kacang je tu, apa jela 10, sikit sangat, stakat 10, komfem aku ada sume.  Tak semudah tu untuk ada kesemua kriteria ni. Apapun, sama-sama usaha untuk ada sebanyak mungkin kriteria ni. Tak mampu semua takpe, yang penting usaha nak dapat semua ni ada. Ok? *wink*

"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah, dibalingkan dengan batu tetapi memberi buah sebagai balasan" - Hasan Al Banna

Hidup ni, biar bagi manfaat kat orang lain. Kalau tak, sia-sia~ 

Saturday, 21 April 2012

Muhasabah Diri #1

Rasa-rasanya, kita ni sombong tak? Jom tengok ciri-ciri orang sombong.


  1. Cepat melahirkan sifat marah. - Kamu cepat marah tak? Haa~
  2. Suka memotong percakapan orang - Pernah buat tak? Hmm~
  3. Suka bermujadalah (bertegang leher) - Slalunya perempuan la. Suka carik gaduh. Yeke? Lelaki pun sama jugak.
  4. Nampak di mukanya tanda tidak senang jika sesorang lebih darinya dalam satu majlis. - Kita macam ni tak?
  5. Bercakap meninggikan suara. - Slalu buatkan?
  6. Pantang ditegur. - Baik sangat ke kamu tu? ISH3. *geleng laju2*
  7. Tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan. - Jangan biar hati kita sampai ke tahap ni.



Dalam sehari, berapa lama masa yang kita bazirkan tanpa manfaat buat diri dan orang lain? Sendiri kira ye. Jadi apa salahnya kita ambik beberapa minit untuk muhasabah diri. Merenung balik di mana kekurangan yang perlu diperbaik dan bagaimana cara untuk lebih dekat dengaNya sekali gus menjadi hamba yang HEBAT *oh yeaahhh!* di sisiNya. Allah dekat dengan kita, jangan kita pulak yang jauhkan diri. RUGI!

"Sesungguhnya Allah tidak melihat gambaran lahir amalan atau rupa kamu tetapi Allah melihat hati kamu" - Rasulullah saw.

Allah melihat hati. Kadang-kadang kita boleh je nak action depan orang. Tapi dengan Allah nak action lagu mana? *=O*  Fikir balik, kita ni ikhlas tak. Jangan pergi nilai orang lain pulak. Tiba-tiba orang buat baik kita pergi cakap "eleh, baik action la tu." Jangan. Saya tak ajar buat cam gitu eh.

Sabda Rasulullah SAW;
 "Iman itu bukanlah angan-angan, bukan pula ucapan, tetapi sesuatu yang menetap di dalam dada dan dibuktikan dengan perbuatan"


"Tidak akan masuk syurga jika dalam hati seseorang, walaupun sedikit, memiliki rasa sombong" (HR Muslim)

Kesimpulannya, jangan biar hati kita dihinggapi penyakit sombong tanpa kita sedar. And kalau dah sedar, cepat-cepat mintak ampun dari Allah. Allah kan Maha Pengampun. Check balik diri kita, ada tak ciri-ciri orang sombong. Kalau takde, Alhamdulillah. Kalau ada, cepat-cepat berubah sebelum terlambat. InsyaAllah. Sesungguhnya Allah tahu apa yang ada di dalam hati kita.