Showing posts with label Tazkirah Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah Ramadhan. Show all posts

Wednesday, 8 August 2012

Dalam Solat Allah Mendidik Kita.

Allahu akbar Allahu akbar!!

Haa! Buat pe tu? Dah azan dah. Baru nak lari pegi bilik air? Masih tercongok kat depan tv? *yela, sekejap lagi cerita tu habis, alang-alang* Masih leka stalk page orang lain? Masih sibuk sembang ngan kawan-kawan? Atau kita memang dah duduk kat sejadah, sambil baca Quran tunggu azan je lagi? Yang mana satu kita? *angkat-angkat kening*

Bagaimana Allah mendidik kita dengan solat? Jom saya cerita sikit. InsyaAllah. ;)

"Dirikanlah sembahyang, sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar" (Al-Ankabut : 54)

"Dirikanlah sembahyang untuk mengingatiKu" (Toha : 14)

Mungkin pada sangkaan kita, solat hanyalah salah satu cara untuk bersyukur pada Allah, hanya untuk mencegah kita dari perkara keji dan mungkar, hanya sebagai tanda kita mengingati Allah, tapi hakikatnya, solat is more than that. It brings lotsa good and NO harm. *echecheche* Ehem, siryes balik. Dengan solat, Allah membentuk peribadi kita, menjadikan kita seorang yang cemerlang dalam urusan dunia mahupun akhirat. Sweetkan Allah? :'D

Azan.

Azan berkumandang menandakan masuknya waktu solat. Apa tindakan kita? Tanpa kita sedari, tindakan kita terhadap seruan Ilahi membentuk peribadi diri kita seharian.

Sekiranya kita sering melengah-lengahkan waktu solat, itu menjadikan kita seorang yang pemalas *alamak! =OOO*. Solat di awal waktu mampu membentuk peribadi mulia seperti menepati masa, tidak bertangguh melakukan sesuatu, secara tidak langsung menjadikan kita seorang pengurus masa yang cemerlang, dan yang paling penting, Allah suka. ;D

Takbiratul ihram.

Bermula dari takbiratul ihram (Allahu Akbar), Allah menggambarkan di situ tentang kebesaranNya. Allah Maha Besar. Dan sekiranya benar-benar kita hayati, akan timbul rasa takut dan gerun kepada Allah. Kerana apa? Kerana kita sedar bahawa Allah Maha Besar, dan itu merangkumi segala sifat Allah yang hebat seperti Jabbar, Qahar, Maha Gagah, Maha Perkasa, Maha Berkuasa, Yang Menghidupkan, Yang Mematikan, Yang Berkata "Jadilah" Maka Jadilah (kunfayakun).

Kita akan mengerti didikan yang tersirat sekiranya kita benar-benar memahami ucapan "Allahu Akbar". Kita takut akan dosa, kita takutkan murkaNya kerana kita tahu, Allah Maha Berkuasa, Maha Mengetahui. Tapi sekiranya hanya perasaan takut itu yang Allah campakkan dalam hati kita yang menghayati solat, maka akan lahirlah hamba-hamba yang hanya menghidari kemungkaran kerana takutkan Allah. Siapa yang nak jadi khalifah dan daie kalau kita hanya mengelak diri dari melakukan dosa? Disebabkan Allah tersangatlah sweet, Allah bagi macam-macam lagi kat kita. Jom proceed.

Doa Iftitah.

Siapa tahu makna doa iftitah yang kita baca tiap-tiap kali solat ni? Rugila kalau tak tau. *sila terasa sila terasa kalau tak faham maksud =P*

Allah Maha Besar, sebesar-besarnya.
Dan pujian bagi Allah, sebanyak-banyaknya.
Dan Maha Suci Allah siang dan malam.
Kuhadapkan mukaku kepada Yang Menciptakan langit dan Bumi.
Aku cenderung, lagi berserah kepada Allah, dan bukanlah aku dari golongan yang menyekutukan Allah.
Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku kuserahkan pada Allah tuhan seru sekalian alam.
Sekali-kali tidak aku menyekutukanNya. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim.

Sekarang dah tahu kan maksud bacaan iftitah kita? Alhamdulillah. Jangan tau sekarang je. Tau dan faham. Kita mengaku Allah Maha Besar tapi kita tak takut pun buat dosa. Kita mengaku pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya tapi yang kita lagi banyak puji diri kita *perasan* lepas tu puji boyfriend, girlfriend, kawan, dan siapa-siapa or apa-apa yang selain Allah. Mulut berikrar bahawa kita menghadapkan wajah kita kepada Allah, tapi hati kita masih menerawang memikirkan dunia. Kita berjanji, berserah diri kepada Allah, tapi kadang-kadang kita lupa mengadu padaNya, mengadu jugak kat kawan-kawan. Kita mengaku semuanya kerana Allah tapi selesai solat .... Fikir-fikir la sendiri ye. =D Tak kenal maka tak cinta, tak faham bacaan, sebab tu tak berkesan kat hati kita.

Basmallah & Al-Fatihah

Sekiranya dihayati sungguh-sungguh, kita akan dapat rasakan betapa penyayang dan pemurahnya Allah. Allah sentiasa mencurahkan rahmat dan nikmatNya kepada manusia, tak kira la dari segi lahiriah;material atau maknawi;spiritual. Cuma kita ni sebagai manusia yang selalu lupa. Sebab kita tak menghayati. Dengan kesedaran yang kita dapat kalau kita hayati betul-betul apa yang kita baca, kita akan tahu bahawa Allah sedang mendidik kita untuk rasa cinta kepadaNya. Dan dengan rasa cinta itulah kita akan terdorong melakukan yang terbaik semata-mata kerana Allah. Dalam Al-fatihah Allah turut mendidik kita agar kita bersyukur. Tapi manusia sering kali lupa. Contoh paling mudah, selepas keluar je dari bilik air, berapa orang  ingat nak ucap Alhamdulillah? Cakap "Fuuu, lega gila!" ramai la kan?

Surah Lazim

Sekarang nak tanya, selalu baca surah panjang ke surah pendek? *angkat-angkat kening* Surah lazim ni la yang membentuk di tahap mana sedekah kita. Pendek, maka sikitlah sedekah kita. Jika panjang, maka banyak la sedekah kita. Kalau yang baca surah pendek-pendek je, sampai bila nak terus pendek? Dalam 365 hari yang Allah bagi, tak kan tak mampu nak hafal yang panjang sikit kan? Yang pendek tu umpama kita bagi sedekah seringgit je, sampai bila nak bagi seringgit je?

Rukuk.

Rasulullah juga pernah bersabda, "Sejahat-jahat pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya. Sahabat bertanya; Bagaimana mencuri dalam solatnya? Baginda berkata; Dia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya." (HR Ahmad, At-Thabarani, Ibn Khuzaimah dalam sahihnya dari Ibnu Qatadah)

Dan ketika rukuk ni la Allah lihat kita memikul bebanan dosa. Terasa amat berat. Dan Allah menilai, kita mencuri atau kita bersungguh-sungguh dalam rukuk kita.Bangkitnya kita dari rukuk, Allah gugurkan dosa yang kita pikul. Kita tak sedar pun semua tu kan? Sebab tu kita tak buat sungguh-sungguh.

Iktidal.

Inilah saat paling tenang dalam kehidupan kita. Gugurnya dosa-dosa, dan kita tak pernah tahu bahawa ni lah saat dan ketika di mana Allah berikan ketenangan yang amat. Ye la, mana nak perasan. Solat ekspress katakan. Ye tak? Macam tak nak iktidal, kalau bole lepas rukuk tu sujud terus. Akibat nak cepat-cepat,  hantuk kepala kat lantai

Sujud.

Sujud mendidik kita agar menjadi seorang yang tidak sombong. Apabila kita bersujud, semua anggota kita mencecah tanah (lantai). Mana mungkin orang yang sombong mahu merendahkan diri dan bersujud pada Penciptanya. Kita ambik contoh tanah, kita kepal kecik-kecik atau besar mana pun, lepas tu lambung ke atas. Komfem jatuh kat bawah and bersatu dengan tanah yang asal tu kan? Tapi kalau baling ke atas, lepas tu landing atas kepala sendiri, tu cari nahas namanya. Takde orang suruh buat macam tu. Kita tengok api pulak. Api sifatnya sombong, semakin besar semakin memusnahkan, memudaratkan. Siapa berani dekat ngan api bila dah jadi besar? Macam tu la kalau kita sombong, takde sapa nak hampir. Takut rentung! =O
Tak cukup sweet ke Allah? Didik kita agar jadi tidak sombong, hanya dengan sujud kepadaNya.

Duduk antara 2 sujud.

Dalam keadaan ni, Allah sebenarnya mendidik kita agar tidak dengki, tidak iri hati, atau berdendam pada orang lain.

Wahai Tuhanku, ampunilah dosaku.
Kasihanilah aku.
Sempurnakanlah kekuranganku. (Tutuplah aibku)
Angkatlah darjatku.
Kurniakanlah rezeki padaku.
Berikan petunjuk padaku.
Sihatkan diriku
Maafkanlah aku.

Fahami sahaja maksud bacaan kita, semuanya mencukupi. Takde reason dah nak dengki kat orangkan? ;)

Tahiyat akhir & Salam.

Allah mendidik kita agar sentiasa bersyukur dan tidak lupa untuk memerhatikan keadaan sekeliling. Lihat ke kiri dan kanan kita, masih ramai yang kekurangan. Manusiakan sering terlupa. Dongaknya ke atas, tunduknya ke bawah. Yang kiri dan kanan, tak tau jadi apa dah.

Persoalan kita, "Kenapa solat dan ibadah tidak membentuk peribadi saya?" Bukan kerana janji Allah itu tidak benar, tapi kerana kita yang masih tidak tergolong dalam mereka-mereka yang Allah janjikan dengan "solat mampu mencegah kemungkaran". Kita yang tak faham bagaimana Allah didik kita dengan solat. Dalam bahasa rocknya, "Hati mau ada la bro!!". Kalau yang solat jasad sahaja, tu physical exercise namanya. Mana nak bentuk peribadi. =.=''

Doa Qunut

Doa Qunut membantu untuk hilangkan rasa syok sendiri. *yang ni saya tak pasti penjelasan disebaliknya.maaf*

Kemungkaran = apa-apa yang tak Allah redha. Tak kiralah yang tersembunyi atau yang jelas terbentang.

P/S : Kita hayati dan fahami tiap satunya, itulah kejayaan yang Allah janjikan dalam seruan menghadapNya. InsyaAllah.

P/SS : Perkongsian dari perkongsian. It took me 4 days to complete this. *lap peluh muka lega gila* Maafkan saya ustaz kalau ada yang terkurang dan saya jadikan perkongsian ustaz kurang menarik. >_< *bajet cam ustaz tu baca.hehe*

P/SSS : Orang yang solat laju-laju, nanti jadi manusia yang gopoh gapah. Yang lambat-lambatkan solat, jadi pemalas. Yang tak nak solat jadi apa? #wonder


Buat muka comel, padahallll TERASA GILA BILA USTAZ TU CERITA. *air mata mencurah-curah*

Tuesday, 7 August 2012

Puasa Wajib La! Tak Tau Ke?

Samad : Meon, kau puasa?
Meon : Of course puasa. Puasa kan wajib. Apa punya soalan kau bagi.
Samad : Kau dah solat Zohor? Bukan ke solat tu WAJIB?
Meon : errr.

*****************

Samad : Eh, Minah. Lama tak nampak. Puasa hari ni Minah?
Minah : Ish kau ni Samad. Mestila puasa. Kan wajib puasa Ramadhan ni.
Samad : Betul jugak kan. Setahu aku, tutup aurat pun wajib Minah. Kau tak tau ke?
Minah : Malas aku melayan kau ni Samad.

******************

Samad : Kau segak-segak ni nak pegi mana Leman? Hensem semacam aku tengok.
Leman : Kau ni Samad, dah hensem-hensem camni, nak pegi mana lagi. Bukak puasa ngan awek aku la. Before tu kteorg nak pegi jalan-jalan kejap.
Samad : Oh, aku pun nak siap-siap jap lah. Nak hensem-hensem jugak. Kau tumpangkan aku eh.
Leman : Kau nak pegi mana Samad?
Samad : Nak dating jugak la. Macam kau. Kejap-kejap, aku siap dulu.
Leman : Cayalah. Dah maju kau sekarang. Dating jugak. Ok2, member punya hal, aku tunggu.

Dalam kereta.

Leman : Mana nak drop kau ni Samad?
Samad : Tu ha, kat depan tu.
Leman : Kau gila ke apa Samad? Dating kat masjid? Ye pun, pergi la tempat lain. Ingatkan kau ni baik sungguh.
Samad : Laa, salah ke aku nak dating kat sini? Jom la dating skali Man, Bilal dah panggil tu. =P
Leman : =.=''

********************
Samad ni takde kerja lain ke? Asyik perli orang je. Bukan perli, cara paling berhikmah. =P

Bila Allah suruh puasa, semua nak puasa. Tapi kenapa benda lain, bole je tak buat? Nak kata faham, saya memang tak faham. Tapi nak kata tak faham, faham jugak sikit. Hmm. Cene tu?

Apa-apa pun, jom tengok sikit apa Allah pesan, apa Rasulullah pesan. ;)

Kalau tak silap kira, Allah banyak cerita tentang seruan solat dalam Quran. Nanti korang pergi semak sendiri, saya share sikit je.*banyak kali Allah seru, banyak jugak orang yang saja tinggal.=(*

"Dan laksanakanlah solat, tunaikanlah zakat, dan rukuklah beserta orang yang rukuk" (Al-Baqarah : 43)

"Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)

"Dan agar melaksanakan solat dan bertaqwa kepadaNya.' Dan Dialah Tuhan yang kepada-Nya kamu semua akan dihimpun" (Al-An'am : 72)

"Sungguh, Aku ini Allah. Tiada tuhan selain Aku. maka sembahlah Aku dan laksanakanlah solat untuk mengingati Aku." (Taha : 14)

Rasulullah bersabda, "Malaikat akan berdoa untuk kamu selama kamu masih berada di dalam masjid dan melakukan solat dan selama kamu tidak berhadas. 'Ya Allah, ampunilah dia dan turunkanlah RahmatMu kepadanya' " (HR Bukhari)

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (Al-Ahzab : 59)

"Sesungguhnya wanita itu adalah aurat. Setiap kali mereka keluar syaitan akan memerhatikannya" (HR Bazzar & At-Tarmizi.)

"Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang terdahulu daripada kamu agar kamu bertaqwa." (Al- Baqarah : 183)

"Bulan Ramadhan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusi dan penjelasan-penjelasan bagi petunjuk itu dan pembeda (antara yang benar dan yang batil) Kerana itu, barang siapa di antara kamu yang berada di bulan itu, maka berpuasalah. ..." (Al- Baqarah : 185)

"Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat" (An-Nur : 30) 

"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (aurat) melainkan yang (biasa) terlihat. ..." (An-Nur : 31)

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji dan dan satu jalan yang jahat." (Al- Israk : 32)

Rasanya cukup la kan? Yang lain cari sendiri ye. Bulan puasa ni pahala berganda-ganda, bole la sambil cari, sambil kumpul pahala. ;)

P/S : Banyak lagi perkara yang Allah suruh kita buat. Ni cuma sikit je dari yang banyak-banyak tu.

P/SS : Jangan jadikan puasa kita sekadar lapar dan dahaga. Rugi. Kesian kat diri sendiri nanti.

Semoga diri bukanlah orang yang hanya sekadar menyampaikan tapi tidak melaksanakan. Ameen.

Saturday, 4 August 2012

Kita Hanya Melihat Apa Yang Kita Mahu Lihat

Sekarang ni, sangat susahkan untuk kita saling percaya? Apabila melihat insan lain berada dalam kesusahan, akan terdetik di hati, "dia ni betul ke accident, ntah-ntah aku di rompaknya jap lagi" "Dia ni mesti pendatang haram, mintak sedekah je kerja" "eh, tak bole percaya orang-orang zaman sekarang ni, penipu, jahat". Ok, mungkin gambaran yang saya berikan terlalu kasar. Tetapi kata-kata itu tidak mustahil. Bukan kita, mungkin orang lain.

Tulis-tulis ni teringat sorang pakcik tengking 2 orang budak kecik yang mintak bantuan *sedekah*. Apalah yang salah sangat kalau budak tu nak mintak? Kalau mereka menipu sekalipun, itu urusan mereka dengan Pencipta. Apalah nilai RM1 jika dibandingkan dengan rezeki yang Allah curahkan pada kita selama ni? Dan jika kerana kesombongan kita, Allah tarik segala nikmat, dan takdirkan kita untuk jadi meminta-minta pada dunia, apa pula ceritanya? Ya, mungkin mereka menipu, mungkin dihantar agent-agent yang mengaut keuntungan dengan usaha insan lain. Tapi jika bukan Allah yang menggerakkan hati mereka untuk meminta pada kita, siapa lagi? Kenapa antara beribu insan yang ada kat pasar tu, kita yang dirapati? Pasti ada sebabnya bukan?

Bukankah Rasulullah juga berpesan, "Berlembutlah dan jangan jadikan (pengajaran agama) sukar. Bawakan berita gembira dan jangan menolak (harapan orang)" (Ibn Mas'ud)

"Bersedekahlah, dan janganlah tunggu suatu hari nanti di saat engkau ingin bersedekah tetapi orang miskin menolaknya dan berkata 'kami tidak perlukan wangmu, yang kami perlukan adalah darahmu'!"

Apabila ada yang melakukan kebaikan, pasti ada suara-suara yang berkata "Alah, bajet baik depan orang la tu" "Baik-baik tapi tak tutup aurat" "Kalau setakat buat tu, aku pun bole" "Hati-hati wei, dia tu nampak je baik, ntah-ntah penipu". Mungkin bukan kita, tapi pasti ada.

Dari Abi Dzar ra Rasulullah SAW bersabda, "Janganlah kamu meremehkan kebaikan sekecil apapun, sekalipun engkau bertemu dengan saudaramu dengan wajah yang berseri" (HR Muslim)

Yang kita lihat tak tutup auratnya, kita campak mana kebaikannya? Lihat kebaikannya, bukan nilai lebih-lebih. Bukankah ikhlas itu di dalam hati? Perlukah apabila kita berbuat sesuatu, kita menyatakan "kali ni saya ikhlas walaupun saya ni jahat"? Dan jika dia berbuat baik, tetapi tidak menutup aurat, siapa kita untuk memperlekehkan kebaikannya?Adakah apabila kita sudah bertudung *perempuan lah yang biasa kutuk orang lain ni*, kita sudah betul-betul menutup aurat? Kalau dia tak tutup aurat tetapi buat baik, bagaimana dengan kita? Tak tutup aurat dengan sempurna dan kutuk orang buat baik. Lalu apa nilai kita disisi Allah? Siapa tahu, dia memang mahu menutup aurat tetapi berhadapan pelbagai halangan, dan kita pula sibuk menghukum. Kita yang menutup aurat, betulkah kerana Allah? Atau memang tu je pakaian yang ada, lalu kita rasa kita lebih baik daripada orang lain? *contoh berdasarkan pengalaman*

Tanpa sedar, kita sebenarnya hanya melihat apa yang kita nak lihat. Apabila seorang banduan keluar dari penjara, pasti ramai yang berprasangka terhadapnya, padahal mungkin dia lebih mulia disisiNya. Apabila penagih dadah tamat sesi pemulihannya, tidak semua dapat menerima kehadiran dirinya, disangka dia pasti akan mengulangi perbuatannya. Ketika ada yang dalam kesusahan dan meminta pertolongan, kita masih berkira-kira kerana khuatir diri diapa-apakan. Ketika seorang guru bertindak memarahi kita, kita mula merasakan bahawa dia seorang yang terlalu garang, mula menanam rasa benci padanya. Apabila ibu ayah melarang kita melakukan kehendak hati, kita mula merasakan mereka kolot dan terlalu mengongkong. Terlalu banyak perkara yang kita lihat hanya dari kaca mata kita. Kita melihat hanya apa yang kita mahu lihat, jika baik yang kita lihat, maka baiklah jadinya. Jika kita melihat dengan kaca mata kejahatan, maka sebaik manapun yang cuba dilakukan turut menjadi jahat pada pandangan kita. Lihat dengan kaca mata iman, sejahat mana pun sesuatu itu, pasti kita dapat lihat hikmah disebaliknya. InsyaAllah.

Sesungguhnya terlalu banyak salah faham tentang Islam. Dan kita masih membiarkan salah faham itu berleluasa. Bahkah masih ada dalam diri kita. Sedih bukan? Andai Rasulullah bersama kita, apa perasaan Baginda melihat umatnya?

Sila tukar kaca mata yang anda gunakan untuk melihat dunia. Sekiranya jahat, tukarkan kepada yang baik-baik sahaja. Sekiranya baik, tukar kepada kaca mata iman. Cahaya mampu menewaskan kegelapan, lalu apa yang membuatkan kita merasakan bahawa kejahatan mampu memguasai kebaikan?

Berhati-hati itu perlu, tapi apabila kita sandarkan setiap perkara kepada Allah, tidak ada apa yang perlu dibimbangkan. Sesungguhnya Allahlah sebaik-baik pelindung, sebaik-baik tempat memohon pertolongan. ;)

P/S : Jangan marah tengking-tengking budak-budak, kalau mereka mati, mereka ahli syurga. Kita ni pun tak pasti lagi kalau mati nanti kemana.

P/SS : I have this one friend, yang ada ketikanya saya lihat padanya hanya apa yang saya nak lihat, *tengok yang buruk je* sampai saya lupa kebaikannya. SANGAT-SANGAT TAK BAIK!!! So, korang-korang, sila jangan tengok dan nilai apa yang kita nak tengok je. *kena ubah diri sendiri jugak.(muka nekad)*




Monday, 23 July 2012

Allah Datangkan Ramadhan Lagi. Kenapa?

Alhamdulillah. Kita masih DIPILIH untuk bertemu Ramadhan. Yakinlah bahawa kamu bukan yang 'terpilih' tetapi kamu benar-benar 'dipilih' untuk bertemu Ramadhan. Kamu dipilih untuk menjadi tetamu Ramadhan.

Apa yang kita tau tentang Ramadhan? Antaranya ialah, Ramadhan merupakan bulan dimana dosa dihapuskan *insyaAllah* dan pahala dilipatgandakan. *InsyaAllah*. Dan kenapa kita dipilih menjadi tetamu Ramadhan? Kerana Allah tahu betapa banyakkkkkkkkkk nya dosa kita dan betapa sedikittttttttt pahala kita. Sweet kan Allah? Masih memberikan kita peluang setelah kita melakukan pelbagai jenis kemungkaran. :')

Haritu ada seorang akhawat share satu cerita. Meh saya cerita balik.
Ada dua orang hamba Allah, seorang ni mati shahid, hebattttttt amalan, tapi mati awal. Yang seorang lagi, amalannya biasa-biasa, mati pun biasa-biasa tapi umurnya panjang. Apabila tiba masa untuk masuk ke syurga, yang amalan biasa-biasa, mati biasa-biasa tu masuk syurga lebih awal berbanding yang gugur shahid. Kenapa? Ce teka ce teka. *angkat-angkat kening* Sebab...

Bertemu Ramadhan merupakan satu nikmat. Alhamdulillah. Time Ramadhan ni la kita nak topup amalan-amalan kita, nak kumpul pahala banyak-banyak. Sekiranya kita masih rasa bahawa kita ni dah banyak pahala, maknanya, ada masalah dengan hati dan iman kita. Tak mau la macam tu k. Dan apabila kita masih rasa bahawa kita ni banyak sangat dosa, walau setinggi mana orang memandang kita, orang kata kita hebat, kita ustaz, kita ustazah, kita hebat beri ceramah, kita banyak ilmu, insyaAllah, itu tandanya kita punya hati yang baik. Merasakan kita ni dah banyak buat baik, dah banyak pahala mungkin disebabkan adanya ujub, riak, takkabur dalam hati kita. Mudah-mudahan Allah keluarkan semua penyakit-penyakit hati ini dari dada kita. Aamiin.

Pada bulan Ramadhan kita buat apa? PUASAAAAA!! *yeay btol* Kenapa puasa? Kerana puasa mampu menundukkan nafsu. Bagaimana? Pernah tak dengar cerita tentang nafsu?

Apabila Allah bertanya pada akal, siapa tuhannya, akal menjawab "Allahu Rabbi ; Allah Tuhanku". Baguskan akal. Sekali je da mengaku Allah tuhannya. Dan kemudian Allah bertannya kepada nafsu, siapa tuhannya. Maka jawab nafsu, "Aku tak tahu". Fuh, nafsu kata tak tahu, padahal tahu. Lalu Allah campakkan nafsu ke neraka untuk 70 ribu tahun. Selepas tu, Allah keluarkan nafsu dan tanya lagi skali, siapa tuhannya. Kali ni lagi degil nafsu. "Aku takkkk tahuuuuu". Panjang je jawab tak tahu. Betul-betul degil padahal dah kena seksa beribu-ribu tahun. Lepas 70 ribu tahun kedua, nafsu dikeluarkan semula dan ditanya kembali siapa tuhannya. Dan nafsu masih degil. "Akuuuuu taakkkkkkk TAHU!" Ish, dahsyatkan nafsu? Allah campak lagi dalam neraka. Kali ni nafsu tak diberi makan. Rupa-rupanya dalam neraka pun ada makan minum. So tak pe la eh masuk neraka? Takkk, bukan macam tu. *geleng laju-laju*

Makanan ahli neraka itu terdiri dari buah berduri yang dinamakan buah Zaqum yang mana, buah ini teramatlah pahit. Dan seandainya sedikit dari kepahitan buah ini dicampakkan ke bumi, maka jadi padang jarak padang terkukurlah bumi kita. Bole bayangkan? This is beyond imagination ladies and gentlemen. *Chewah, speaking* Bila dah diseksa tanpa makan ni, barulah nafsu mengaku, "Allahu Rabbi" .

Dan kerana itulah berpuasa dapat menundukkan nafsu. Sejarah penciptaan nafsu juga menunjukkan bahawa nafsu yang diseksa untuk beribu-ribu tahun masih enggan mengaku Allah itu tuhannya. Hanya selepas tidak diberi makan + seksaan baru nafsu mahu mengaku. Jadi, sebenarnya dengan berpuasa dapatlah kita menundukkan nafsu. InsyaAllah. Dah sebelas bulan kita makan segala jenis makanan. Tolak batu kayu, semua telan. Lain la macam saya, tolak batu kayu sayur dan pelbagai jenis makanan tak makan. =P Makan banyak sebenarnya memberi kekuatan kepada nafsu. Kalau nafsu kita tu mudah dijinakkan takpe la jugak. Ni nafsu melampau-lampau, sampai akal diketepikan. Astaghfirullah. >__<

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. Rasulullah bersabda "Puasa itu adalah separuh kesabaran" (HR Ibn Majah)

Sabda Rasulullah, "Puasa itu perisai, maka orang yang berpuasa janganlah bercakap kotor dan melakukan perbuatan orang jahil"

InsyaAllah, setakat ni je. Nanti-nanti saya share lagi. ;)

P/S: Kenapa yang biasa-biasa tu masuk syurga dulu? Sebab....Dia panjang umur dan lebih banyak bertemu Ramadhan. :DDD Semoga kita dipanjangkan umur yang berkat dan dipertemukan dengan banyak Ramadhan. InsyaAllah.


P/SS: Terpilih itu secara tidak sengaja, dan DIPILIH itu sengaja. Dan kita memang sengaja Allah pilih untuk bertemu Ramadhan, jangan sia-siakan. ;)


Alhamdulillah! Aku hambaMu yang dipilih. Terima Kasih Ya Allah.

Sunday, 22 July 2012

Siapa yang Syirik?

Alhamdulillah. Da puasa 2 hari. Hari pertama puasa berbuka di jalanan, it was awesome btw. Hari ni pun berbuka tanpa nasi, makan apa yang ada sebab tak sempat nak masak dan tak sempat nak beli. Sampai rumah dari KL tinggal lagi berapa minit nak azan Maghrib. Tapi berbuka tak semestinya makan nasi ye tak? *saja nak kecoh kejap*

Jujur, saya sangat sangat sangat dan teramatlah penat. *hiperbola* Lepas Maghrib dah berkira-kira nak tidur terus. Otw balik dari KL tadi pun 3 kali kereta masuk lane sebelah *bolot dua lane* sebab saya terlelap semasa drive. =OOO   Tapi Alhamdulillah, selepas kali ke 3 tersasar, terus jumpa perhentian dan Alhamdulillah dapat jugak mujahadah melawan kantuk tu. Sampai sekarang. *sebab excited nak cerita*

Dan saya bersyukur sebab memilih untuk ke surau over tidur. Kalau saya tak ke surau tadi,banyak benda saya terlepas dan saya tak kan ada benda nak share. Hehe.

Seperti biasa, di surau kawasan rumah saya ni tak buat tadarus Al-Quran selepas tarawih, ada tazkirah. Kalau hari biasa, lepas Maghrib ada tazkirah. Bulan puasa tazkirah lepas tarawih.

Ustaz tadi share banyak, tapi saya nak share sikit je. InsyaAllah.

Selalunya bila non-muslim menggunakan nama Allah, apa reaksi kita? Kadang-kadang kita ada kawan-kawan non-muslim yang menggunakan perkataan 'InsyaAllah' 'MashaAllah' 'Subhanallah' dan 'Allah' sendiri. Kita biarkan atau kita tegur? Kenapa pulak non-muslim tak bole guna? Lebih terkilan bila ada di antara kita yang lantang menyuarakan "Kau tak bole sebut macam tu, Allah tu tuhan kami, tuhan korang berhala". Sedangkan setiap hari, dan berkali-kali kita berikrar "Alhamdulillah hirabbil a'lamin" ; Segala puji bagi Allah, TUHAN SEKALIAN ALAM. Kita mengaku Allah tuhan sekalian alam, tapi kenapa ada di antara kita yang cakap Allah tu tuhan kita, tuhan orang lain berhala? Ada ke tuhan selain Allah? Apa jadi dengan syahadah kita? Sekarang siapa yang syirik? *Ke tak faham apa yang dibaca? Al-fatihah sekadar Al-fatihah*

Saya tak cakap sapa-sapa, tapi bila ustaz cerita pasal tu tadi, rasa tersentap sikit. Alhamdulillah sekarang setelah faham sedikit sebanyak, saya tak pernah cakap macam tu. Tapi siapa tahu, kalau dulu semasa jahil saya juga pernah mengeluarkan kata-kata begitu kepada kawan-kawan. Dulu kecik-kecik duduk dalam komuniti yang banyak non-Muslim. Hmm.

Apapun, dalam berjela-jela cerita ni, saya punya main point cuma seciput tu je. Mintak maaf ye. Allah Tuhan Sekalian Alam, bukan Tuhan Orang Islam sahaja. Kita yang dah Islam, seharusnya bersyukur dan cuba menarik mereka-mereka yang jauh itu untuk memahami dan merasai keindahan Islam, bukan menjauhkan lagi mereka dari cahaya. InsyAllah.

P/S : Ustaz tu takde la cakap kasar macam saya tulis kat atas tu. ;D


"Siapa yang syirik?"