I promise you, this is gonna be short. =D *kononnya*
Rasa-rasanya kita ni hidup sampai umur berapa? 60, 70, 80, 90, tak pasti?
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda "Umur umatku di antara 60 ke 70 tahun, dan tidak ramai yang melebihi daripada itu." (HR Tirmizi)
Ok, let say kita hidup sampai umur 65 tahun *tu pun kalau sampai la kan*. Kita baligh umur 15 tahun *ni contoh sahaja*.
65 - 15 = 50 tahun
Dalam 50 tahun tu, berapa jam kita pergi sekolah/kerja/main/jalan-jalan/lepak dengan kawan-kawan dan etc2?
Mesti susahkan nak kira? Takpe, jom kira yang lebih sikit.
Sehari solat wajib berapa kali? 5 kaliiiiiii Pandai-pandai. Jangan kurang pulak eh. ;)
Kira-kira berapa minit kita ambik untuk solat tu? 10 minit satu waktu? Kalau lima waktu baru 50 minit. Bundarkan jadi 60 minit = 1 jam.
Sehari satu jam je kita solat. 23 jam tu buat apa? Tidur lagi lama ye tak? *terasa*
50 tahun x 365 hari = 18250 hari
Sehari solat 1 jam, 18250 hari = 18250 jam
18250 jam / 24 jam = 760.42 hari
760.42 hari / 365 hari = 2 tahun
Pernah tak sedar fakta tu? Sepanjang-panjang usia yang Allah bagi, hanya 2 tahun je kita solat. Dari 2 tahun tu pulak, berapa kali yang kita betul-betul khusyuk? Ce fikir ce fikir. *angkat-angkat kening*
Apa yang kamu rasa sekarang? Ke tak rasa apa? Tu pun kamu yakin ke bole hidup sampai 65 tahun? Wallahualam. Saya tak pasti.
Berapa ramai antara kita yang sanggup korbankan masa tidur untuk bangun bersujud padaNya? Untuk tambah masa yang hanya sejam sehari menghadap Pencipta kita. Ni pun kalau jenis yang solat lambat, kalau yang solat ekspres tu? Berapa minit je luang masa untuk sujud pada yang beri kita 24 jam ni?
Kita kata kita cintakan akhirat, kita takutkan neraka, tapi hakikatnya usaha kita lebih untuk dunia. Tanpa kita sedar.
Kita bole anggap yang kita solat full 5 waktu, kita jalankan kerja-kerja dakwah semua tu cukup.Tapi kalau kita buat kerja-kerja dakwah, study, kerja, sampai tak larat nak bangun qiam, solat pun tak berapa nak khusyuk, rasanya? Kita bole la perasan yang kita hebat, orang dengar apa kita cakap, hakikatnya kita sibuk mendidik insan lain, kita sibuk nak berjaya, tapi diri kita? Hak diri kita terabai. *sedih sendiri*
Sedangkan solat tu amalan pertama yang akan dihisab. Sikitnya bekal yang kita nak bawak nanti. 2 taun je dari bertahun-tahun yang Allah bagi. Itu pun kalau hidup sampai 65 tahun. *ulang skali lagi*
P/S : Kita masuk syurga bukan dengan amalan kita. Sebab amalan kita memang tak cukup pun nak bawak ke syurga, tapi redha Allah yang kita kejar. Kira-kira kat atas tu pun dah cukup jadi bukti betapa sikitnya amalan kita kalau dikira.
P/SS : Sapa yang tengok tanyalah ustaz pagi tadi tau kot pasal kira-kira ni. ;)
P/SSS: Dalam seruan untuk solat tu sendiri dah cakap "Marilah menuju kejayaan". Menuju kejayaan bagaimana? Dengan solat. Tapi kalau kita pandang remeh pada solat, macam mana nak berjaya? *peringatan buat diri*
Showing posts with label Mengejar Mardhotillah. Show all posts
Showing posts with label Mengejar Mardhotillah. Show all posts
Thursday, 19 July 2012
Saturday, 14 July 2012
Are You Readyyyyy?
Ni apa ke hal pulak tiba-tiba Are You Readyyyy *baca ala-ala rock star* ? Ehem! Saya nak tanya, dah sedia ke nak bertemu Ramadhan? *soalan untuk diri sendiri*
Oh, Ramadhan. Tak lama lagi raya. *yeayyeay raya raya* Dush!
As we all know, Ramadhan is the ninth month of the lunar Islamic calendar, which lasts for 29 or 30 days according to the visual sightings of the crescent moon blablabla. *xtau nak cakap apa dah*
Tu je ke yang kita tau pasal Ramadhan? Lepas Ramadhan Syawal. Seronok Ramadhan tiba sebab lepas tu Syawal. Ke?
Kita bole lihat sekarang, semua orang sibuk share pasal Ramadhan. Ahlan wa sahlan ya Ramadhan, Ramadhan countdown, Ramadhan yang dirindui dan macam-macam lagi. Post tu saja-saja post ke sebab orang lain post nak post jugak ke sebab memang betul-betul datang dari hati? Saya bukan nak kutuk ke apa, cuma saya nak kita semua *yang sedang baca ni* renung balik diri kita. Betul ke kita meraikan Ramadhan tu? Betul-betul ke kita rindu Ramadhan. Rindu kat Ramadhan lebih ke rindu girlfriend/boyfriend/suami/isteri/mak/ayah/kawan lebih? Jangan tunding-tunding jari kat orang, jangan nilai-nilai orang lain. Sila buat penilaian untuk diri sendiri. Hati kita hanya Allah dan kita sendiri yang tahu hakikatnya.
Berbicara tentang Ramadhan, pelbagai persiapan dilakukan. Alhamdulillah. Tapi persoalan saya, kenapa bila Ramadhan tiba baru nak sibuk habiskan Quran? Sibuk plan cene nak khatam Quran dalam bulan Ramadhan? Bulan Muharam, Safar sume tu tak nak khatam Quran? Kenapa bila Ramadhan je baru nak jejak kaki ke masjid ke surau? Kenapa bila Ramadhan baru nak bangun malam, tahajjud segala? *tu pun kalau buat* Kenapa bila nak sedekah kena tunggu Ramadhan? Kenapa bila nak buat benda baik je, kena tunggu Ramadhan. Belum cakap pasal Syawal lagi. Satu fenomena pelik yang berlaku dalam masyarakat melayu, bila raya baru nak mintak maaf, asal mintak maaf tau dah lah tu hari raya. Macam tu ke sepatutnya? Tak kira lagi yang bergaduh sebab nak tapak beniaga masa bulan puasa. Ada yang berniaga sampai solat pun ntah ke mana. *oooppppss*. Tapi itu la hakikatnya. Pahit dan harus ditelan.
Saya nak tegaskan di sini, kita Hamba Tuhan bukan hamba bulan. Jadi kenapa kalau nak buat yang Allah suka, yang Rasulullah ajar kena tunggu bulan-bulan tertentu? Kenapa? Why? Kyon? Apesallll? *sedang tembak diri sendiri*
Ok, cukup dengan persoalan-persoalan saya. Mesti korang dah rasa lain macam kan? Sepatutnya cakap pasal Ramadhan kena la memotivate orang, bukan kerja demotivating macam yang saya buat kat atas. Bukan apa, cuma nak bukak sikit minda tu.
Sebenarnya, saya pun sangat la happy menunggu Ramadhan ni. Ya Allah, harap-harap di panjangkan usia dapat bertemu Ramadhan. Bagus kalau kita buat persiapan menjelang Ramadhan, meraikan bulan yang penuh dengan keberkatan. Bukan sebab suka ada bazar Ramadhan ek. Tu nafsu semua, nafsu! =P
Kedatangan Ramadhan sememangnya amat dinantikan, dirindui dan ditangisi apabila ia berlalu. Kenapa?
Kerana Ramadhan bulan penuh keberkatan.
Rasulullah bersabda; ketika datangnya Ramadhan. Sungguh telah datang bulan yang penuh berkat, diwajibkan atas kamu berpuasa, dalam bulan ini, pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup dan syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini ada satu malam yang nilainya meyamai seribu bulan, maka barang siapa yang diharamkan kebaikannya (tidak beramal baik di dalamnya) sungguh telah diharamkan (tidak mendapat kebaikan di bulan lain yang menyerupai kebaikan bulan ini). (HR Ahmad, Nasaie, Baihaqy)
Pabila tibanya Ramadhan syurga mengucapkan selamat datang.
Di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut ar-Rayyan. Akan masuk padanya pada Hari Kiamat orang-orang yang berpuasa dan tidak ada seorang lain pun akan memasukinya. (HR Bukhari)
Neraka melabuhkan tirainya.
Apabila tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan diikat syaitan-syaintan (HR Bukhari & Muslim)
Pahala kita dilipatgandakan.
Pahala anak adam digandakan 700 kali ganda. Allah berfirman, '...kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu milikKu,dan Aku memberikan ganjarannya kerana dia meninggalkan shahwat dan makan minum keranaKu' (HR Muslim)
Dosa lalu di ampunkan
Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan di ampunkan dosa-dosa yang lalu. (HR an-Nasaie)
Diriwayatkan dari Abu Hurairah, Sesungguhnya Rasulullah bersabda 'Solat 5 waktu, solat Jumaat sehingga Jumaat berikutnya, puasa Ramadhan sehingga Ramadhan berikutnya adalah penutup dosa-dosa (kecil) selagi mana dosa-dosa (besar) tidak dilakukan. (HR Muslim)
Memperoleh dua kegembiraan
...dan bagi orang yang berpuasa baginya dua kegembiraan. iaitu apabila berbuka dia gembira dengan berbukanya dan dia gembira apabila bertemu Tuhannya. (HR Bukhari & Muslim)
Doa-doa diperkenankan
Tiga doa yang amat mustajab, doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang bermusafir. (HR Bukhari, Ahmad & Tarmizi).
Oh seronoknya Ramadhan. =DDDD *cair* Bagi yang telah buat persiapan, sila KAW kan persiapan anda. Bagi yang belum buat apa-apa, sila buat persediaan. Macam-macam Allah nak bagi tu, tak nak ke? Rugilaaaaa.
Apapun, just a short reminder to end this longggggg post, kita hamba Allah, bukan hamba bulan. Anda bijak, anda haruslah faham. ;)
Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. =D *wish siap-siap, nanti malam puasa tu nak pegi terawih, takde masa nak wish bagai*
P/s : Harap-harap istiqamah la ye pada bulan-bulan lain dengan setiap amalan yang kita tungkus lumus buat time Ramadhan. Sebab kita ni hamba Allah, bukan hamba Ramadhan.
As we all know, Ramadhan is the ninth month of the lunar Islamic calendar, which lasts for 29 or 30 days according to the visual sightings of the crescent moon blablabla. *xtau nak cakap apa dah*
Tu je ke yang kita tau pasal Ramadhan? Lepas Ramadhan Syawal. Seronok Ramadhan tiba sebab lepas tu Syawal. Ke?
Kita bole lihat sekarang, semua orang sibuk share pasal Ramadhan. Ahlan wa sahlan ya Ramadhan, Ramadhan countdown, Ramadhan yang dirindui dan macam-macam lagi. Post tu saja-saja post ke sebab orang lain post nak post jugak ke sebab memang betul-betul datang dari hati? Saya bukan nak kutuk ke apa, cuma saya nak kita semua *yang sedang baca ni* renung balik diri kita. Betul ke kita meraikan Ramadhan tu? Betul-betul ke kita rindu Ramadhan. Rindu kat Ramadhan lebih ke rindu girlfriend/boyfriend/suami/isteri/mak/ayah/kawan lebih? Jangan tunding-tunding jari kat orang, jangan nilai-nilai orang lain. Sila buat penilaian untuk diri sendiri. Hati kita hanya Allah dan kita sendiri yang tahu hakikatnya.
Berbicara tentang Ramadhan, pelbagai persiapan dilakukan. Alhamdulillah. Tapi persoalan saya, kenapa bila Ramadhan tiba baru nak sibuk habiskan Quran? Sibuk plan cene nak khatam Quran dalam bulan Ramadhan? Bulan Muharam, Safar sume tu tak nak khatam Quran? Kenapa bila Ramadhan je baru nak jejak kaki ke masjid ke surau? Kenapa bila Ramadhan baru nak bangun malam, tahajjud segala? *tu pun kalau buat* Kenapa bila nak sedekah kena tunggu Ramadhan? Kenapa bila nak buat benda baik je, kena tunggu Ramadhan. Belum cakap pasal Syawal lagi. Satu fenomena pelik yang berlaku dalam masyarakat melayu, bila raya baru nak mintak maaf, asal mintak maaf tau dah lah tu hari raya. Macam tu ke sepatutnya? Tak kira lagi yang bergaduh sebab nak tapak beniaga masa bulan puasa. Ada yang berniaga sampai solat pun ntah ke mana. *oooppppss*. Tapi itu la hakikatnya. Pahit dan harus ditelan.
Saya nak tegaskan di sini, kita Hamba Tuhan bukan hamba bulan. Jadi kenapa kalau nak buat yang Allah suka, yang Rasulullah ajar kena tunggu bulan-bulan tertentu? Kenapa? Why? Kyon? Apesallll? *sedang tembak diri sendiri*
Ok, cukup dengan persoalan-persoalan saya. Mesti korang dah rasa lain macam kan? Sepatutnya cakap pasal Ramadhan kena la memotivate orang, bukan kerja demotivating macam yang saya buat kat atas. Bukan apa, cuma nak bukak sikit minda tu.
Sebenarnya, saya pun sangat la happy menunggu Ramadhan ni. Ya Allah, harap-harap di panjangkan usia dapat bertemu Ramadhan. Bagus kalau kita buat persiapan menjelang Ramadhan, meraikan bulan yang penuh dengan keberkatan. Bukan sebab suka ada bazar Ramadhan ek. Tu nafsu semua, nafsu! =P
Kedatangan Ramadhan sememangnya amat dinantikan, dirindui dan ditangisi apabila ia berlalu. Kenapa?
Kerana Ramadhan bulan penuh keberkatan.
Rasulullah bersabda; ketika datangnya Ramadhan. Sungguh telah datang bulan yang penuh berkat, diwajibkan atas kamu berpuasa, dalam bulan ini, pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup dan syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini ada satu malam yang nilainya meyamai seribu bulan, maka barang siapa yang diharamkan kebaikannya (tidak beramal baik di dalamnya) sungguh telah diharamkan (tidak mendapat kebaikan di bulan lain yang menyerupai kebaikan bulan ini). (HR Ahmad, Nasaie, Baihaqy)
Pabila tibanya Ramadhan syurga mengucapkan selamat datang.
Di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut ar-Rayyan. Akan masuk padanya pada Hari Kiamat orang-orang yang berpuasa dan tidak ada seorang lain pun akan memasukinya. (HR Bukhari)
Neraka melabuhkan tirainya.
Apabila tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan diikat syaitan-syaintan (HR Bukhari & Muslim)
Pahala kita dilipatgandakan.
Pahala anak adam digandakan 700 kali ganda. Allah berfirman, '...kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu milikKu,dan Aku memberikan ganjarannya kerana dia meninggalkan shahwat dan makan minum keranaKu' (HR Muslim)
Dosa lalu di ampunkan
Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan di ampunkan dosa-dosa yang lalu. (HR an-Nasaie)
Diriwayatkan dari Abu Hurairah, Sesungguhnya Rasulullah bersabda 'Solat 5 waktu, solat Jumaat sehingga Jumaat berikutnya, puasa Ramadhan sehingga Ramadhan berikutnya adalah penutup dosa-dosa (kecil) selagi mana dosa-dosa (besar) tidak dilakukan. (HR Muslim)
Memperoleh dua kegembiraan
...dan bagi orang yang berpuasa baginya dua kegembiraan. iaitu apabila berbuka dia gembira dengan berbukanya dan dia gembira apabila bertemu Tuhannya. (HR Bukhari & Muslim)
Doa-doa diperkenankan
Tiga doa yang amat mustajab, doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang bermusafir. (HR Bukhari, Ahmad & Tarmizi).
Oh seronoknya Ramadhan. =DDDD *cair* Bagi yang telah buat persiapan, sila KAW kan persiapan anda. Bagi yang belum buat apa-apa, sila buat persediaan. Macam-macam Allah nak bagi tu, tak nak ke? Rugilaaaaa.
Apapun, just a short reminder to end this longggggg post, kita hamba Allah, bukan hamba bulan. Anda bijak, anda haruslah faham. ;)
Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. =D *wish siap-siap, nanti malam puasa tu nak pegi terawih, takde masa nak wish bagai*
Sape nak belanja saya buffet bukak puasa bole tinggalkan komen, nanti saya PM no henfon. =P
P/s : Harap-harap istiqamah la ye pada bulan-bulan lain dengan setiap amalan yang kita tungkus lumus buat time Ramadhan. Sebab kita ni hamba Allah, bukan hamba Ramadhan.
Friday, 15 June 2012
Mengejar Mardhotillah #3 : Hari Ni Hari Apa Kawan-Kawan??
![]() |
| Pengumuman pengumuman!! Jumaat tiba lagi!!! |
Hari ni hari apa? JUUUMAAAATTTTT~~~ Yeay! 10 markah untuk awak. ;)
Siapa tahu hari Jumaat ni hari apa? *Ek? Hari Jumaat hari Jumaat la. Friday, Jumuah?* Hehe.
Jumaat ataupun dalam bahasa Inggerisnya Friday dan bahasa arabnya Jumuah merupakan 'SAYYIDUL AIYAM'. Apa itu Sayyidul Aiyam? Sayyidul Aiyam bermaksud, penghulu segala hari. =D
Dari Abu Lubabah bin Ibn Mundzir r.a berkata Rasulullah SAW bersabda "Hari Jumaat merupakan penghulu kepada hari-hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah. Hari Jumaat ini lebih mulia dari Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha di sisi Allah. Pada hari Jumaat ini berlaku lima peristiwa ;
1) DiciptakanNya Adam
2) dan diturunkan Nya Adam ke bumi
3) Adam dimatikan
4) pada hari Jumaat terdapat waktu yang mana jika seseorang itu meminta kepadaNya, maka akan dikabulkan permintaan selagi tidak haram.
5) dan pada hari Jumaat akan terjadi kiamat
tiadalah seseorang malaikat yang dekat disisi Allah, di langit mahupun di bumi kecuali dia dikasihi pada hari Jumaat. " (HR Ahmad)
Tahukah kamu bahawa hari Jumaat adalah hari untuk kita umat Muhammad? *tak tauuuu (sambil geleng-geleng)* Sekarang tau dah kan? Esok Sabtu hari Kaum Yahudi dan Ahad hari Kaum Nasrani.
Kenapa hari Jumaat ni hari kita? Sebab :
Dari Khuzaifah bin Rabi'i bin Harrasy r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda "Allah menyesatkan orang-orang sebelum kami pada hari Jumaat. Yahudi pada hari Sabtu dan Nasrani pada hari Ahad. Kemudian Allah mendatangkan kami dan MEMBERI PETUNJUK pada hari Jumaat, mereka umat sebelum kami akan menjadi pengikut pada hari kiamat, kami adalah yang terakhir dari penghuni dunia ini dan yang pertama pada hari kiamat akan diadili sebelum umat yang lain" (HR Muslim & Ibn Majah)
Kita adalah yang terakhir dari penghuni dunia dan yang pertama akan diadili. Apa perasaan kamu bila baca part tu? BANGGA?
Jangan salah faham pulak eh. Bukan maksud nak cakap kita patut rasa Allah tak adil ke apa, tapi semata-mata untuk reflek balik kat diri kita, cukup ke bekalan nanti? Betul ke bersedia untuk dihisab. Paling takut, Rasulullah nampak ke kita kelak? Ke Allah tutup pandangan Baginda dari melihat kita? Nauzubillah. >___< *air mata sila jurai-jurai dan beristighfar + selawat banyak-banyak*
Sekarang nak cerita pasal amalan-amalan yang dianjurkan untuk dilakukan pada hari Jumaat.
1) Membaca surah As-Sajdah dan Al-insan dalam solat subuh.
Dari Abu Hurairah r.a berkata "Nabi SAW dlm solat subuh membaca Alif Lam Mim Tanzil As-Sajdah Hal Ataa 'Alal Insaani Hiinum Minad Dahri (Al-Insan)" (HR Bukhari & Muslim)
2) Banyakkan berselawat
Dari Umamah r.a Rasulullah SAW bersabda " Perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari Jumaat kerana selawatnya umatku akan dipersembahkan untukku pada hari Jumaat. Maka barang siapa yang paling banyak berselawat kepadaku, dia akan paling dekat darjatnya kepadaku" (HR Baihaqi dengan sanad sahih)
-Tak nak ke jadi paling dekat dengan Rasulullah? Selama ni kata rindu. Apa lagi, JOM banyakkan selawat kepada Rasulullah SAW. bukan sekadar hari Jumaat. Hari-hari pun ok?
3) Membaca Al-Kahfi
Membaca Al-Kahfi ni boleh menghidarkan kita dari fitnah Dajjal. InsyaAllah. Saya tau, ramai yang rasa susah nak istiqamah baca Al-Kahfi ni. Ada 110 ayat. Mula-mula dulu saya pun rasa payah jugak *ooppps* Takpe, jujur. Tapi sekarang, Alhamdulillah, takde la susah mana nak habiskan pun. Walau sesibuk mana pun, saya akan cari masa untuk habiskan. *Tipu tipu tipu* Tak tipu, contoh paling dekat, minggu lepas saya ada entrance exam, which was on Friday. Pagi sampai tengah hari. Bila saya nak baca Al-Kahfi? Malam tu kena study. Entrance exam tu, tak kan saya tak nak study kan? Tapi, macam mana pun, saya paksa diri untuk baca sebelum tidur. Alhamdulillah, habis jugak. Mujahadah itu pahit, sebab syurga itu manis *ek, apa kena mengena?* Kamu ingat senang ke nak tahan mengantuk tu?
Saya nak cakap, walau sibuk macam mana pun, kalau kita sungguh-sungguh, InsyaAllah, Allah akan pemudahkan. Kalau dah tahu kita akan busy pagi Jumaat ni, Baca la malam tu. Tak kan kamu busy sampai tertidur kot. Tak, tak mungkin. Saya juga manusia, saya tahu. *hihihi. =P* Tips saya nak share, bagi yang biasa amalkan surah Yassin setiap malam Jumaat, replace dengan Al-Kahfi, yes, saya tahu surah ni agak panjang, tapi bole baca sikit-sikit. Lepas solat Maghrib baca la 5 lembar = satu surah Yassin. Lepas Isyak, sambung lagi baca. Kalau tak larat, lepas Subuh pagi tu sambung lagi baca, bagi habis. Kan senang tu? Ni tak, lepas Maghrib, tengok tv la, on9 la. Baik baca Al-Kahfi ye dak? Kalau saya, saya akan pastikan habis baca sebelum tidur. InsyaAllah. Sebab saya takut ditangguhkan sampai pagi, nanti tak habis. We never know what future holds for us. Entah-entah pagi tu tak bangun dah. Baca la Al-Kahfi dengan istiqamah. Lama-kelamaan, kamu akan rasa kosong kalau tak baca. Macam solat jugak, kalau tertinggal, mesti rasa incomplete kan hidup? Ke solat pun lobang? eh.
4) Memperbanyakkan doa
5) Amalan-amalan lain (bagi laki-laki)
-Mandi, bersiwak, dan memakai wangi-wangian
-Berpagi-pagi menuju tempat solat Jumaat
-Diam mendengar khatib berkhutbah
-Memakai pakaian terbaik
-Melakukan solat sunat selagi imam belum naik ke mimbar *ni datang masjid lewat, khutbah pun ntah sempat tak dengar, mana nak solat sunat*
Rasanya, dah banyak yang dibebelkan. Semoga terlekat jugak kat hati tu sikit. InsyaAllah. Sama-sama kita manfaatkan penghulu segala hari ni dalam mengejar keredhaan Ilahi.
P/s : Nak potong kuku pun ikut sunnah ek. Kumpul pahala banyak-banyak. Nanti nak redeem. =DDD
Sunday, 6 May 2012
Sedar Tak Yang ...
"Takpe, gagal tu kan ujian dari Allah. Tanda dia sayang"
"Sabar eh, ada hikmah disebalik musibah ni"
"Rilek la bro, Allah sayang kau, sebab tu dia bagi ujian ni"
> Gagal dalam peperiksaan itu satu ujian. Lulus itu jugak satu ujian.
- Bila gagal, orang nampak itu satu ujian dari Allah. Tapi kenapa bila lulus, kita tak ingatkan diri kita bahawa itu jugak satu ujian. Menguji sejauh mana kita mampu bersyukur tanpa ada perasaan-perasaan kurang enak (sombong, riak, takbur, ujub) di dalam hati. Bila gagal kita cakap "Ni mesti sebab aku kurang usaha" Bila lulus plak cakap "Aku memang patut dapat ni, aku usaha tunggang tebalik kot" Eh, kejap. Bukan hasil tu Allah yang bagi ke? Kenapa bole lupa diri?
> Ditimpa musibah itu ujian. Diberikan kesejahteraan berterusan juga satu bentuk ujian.
- Apabila mendapat musibah, kita lebih senang mengingati Allah, tapi ketika senang, berapa kali kita mengucapkan syukur?
> Miskin itu ujian. Kaya itu ujian yang lebih berat.
- Yang miskin kadangkala merungut miskin. Salahkan Allah kerana membiarkan mereka terus miskin. Yang kaya kadangkala sombong. Lupa itu sekadar pinjaman. Bukankah kedua-duanya ujian yang berat? Tapi pastinya kaya lebih berat kerana yang miskin akan ke syurga lebih dahulu dari yang kaya. Sedangkan Abdul Rahman Auf takut apabila diberitakan bahawa dia akan masuk syurga dengan mengengsot lalu di infaknya 700 ekor unta beserta muatannya dengan harapan dia boleh masuk syurga berlari. Kenapa kita pula menganggap harta itu nikmat semata?
> Rupa paras yang tak berapa cantik ujian. Rupa yang menawan juga ujian.
- Bila hodoh merasa rendah diri. Bila cantik rasa bangga pulak. Bukankah kedua-duanya cara Allah menguji kita? Hodoh di dunia, tidak perlu rasa terhina. Yang perlu rasa terhina apabila kita hodoh dimata Pencipta. Allah tidak kata yang hodoh itu bukan bidadari syurga, bukan bidadari dunia. Bidadari syurga juga tidak cemburu pada manusia yang hanya cantik pada rupa. Seindah-indah perhiasan itu adalah wanita solehah. Jadi wanita solehah itu cantik disisi Allah. Mahu cantik di mata manusia atau cantik di mata Pencipta?
> Tak hebat di jalan dakwah satu ujian. Bila dah hebat pun satu ujian.
- Berjuang di jalan DnT ni memang tak senang tau. Macam-macam kita cuba tapi tak dapat sambutan. Kita sedih, down, tak semangat dah, rasa nak stop. "Aku malas dah la ajak-ajak orang ni, bukan nya nak ikut pun" Putus asa la pulak. Dah hebat nanti lain plak ceritanya. Bagi talk sampai satu dewan full, ada blog, ribuan followers. Ni pun satu ujian yang berat. Jangan sampai kita rasa kita hebat bila ramai orang ikut kita. Allah lah yang memberi hidayah dan membuka hati mereka. Bukan kita. Yang takde orang sudi ikut pun, Allah pandang usaha kamu. Jika kamu ikhlas, orang kutuk pun kamu sudi buat. Kutuk, caci maki, tu sume tak terkesan pun kat hati. Buat sesuatu kena ikhlas. Bukan untuk menunjuk-nunjuk tau. Bukan sekadar nak hebat kat dunia je, yang penting kat sana nanti.
> Ada family kurang bahagia satu ujian. Family bahagia terlampau juga satu ujian.
- Siapa yang tak mahu keluarga yang bahagiakan? Tapi apabila Allah uji dengan masalah kekeluargaan, sejauh mana kita mampu bersabar tanpa membandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang lain? Apabila bahagia pulak, adakah kita sentiasa bersyukur dan ingat pada Allah atau kita hanya bahagia dari sudut keduniaan sahaja? Jangan compare-compare, tu yang rasa hidup kita ni tak seronok. Bersyukur seadanya. Berdoa agar Allah beri kefahaman tentang agamaNya kepada kita dan ahli-ahli keluarga kita. Kerana keluarga yang bahagia itu adalah keluarga yang Allah beri kefahaman tentang agamaNya. Kalau hati keras, mana nak rasa bahagia. Kan kan?
***********************************
Rasanya cukup ni je contoh yang nak bagi. Yang lain, fikir-fikir sendiri dan kalau sudi share, bole la share. ;)Perkara ni dianggap ujian sebab kita manusia. Kita akan sentiasa di uji. Bukankah ujian itu tanda Allah sayang? Kalau kita kata hanya musibah itu ujian, habis yang tak tertimpa musibah Allah tak sayang ke? Yang gagal je kononnya di uji. Yang lulus tu bukan ujian, Allah tak sayang ke? Allah kan Maha Adil, Maha Pengasih, Maha Penyayang. Kasih sayang Allah tak bertepi. Cuma kita perlu bijak dalam merebut kasih sayang dan keredhaan Allah.
"Allah tidak memberati seseorang melainkan dengan kemampuannya. mereka mendapat pahala kebaikan yang dilakukannya, dan mereka juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya. ..." (Al-Baqarah :286)
"Dan kami menguji kamu dengan KESUSAHAN dan KESENANGAN sebagai dugaan. Dan kepada Kamilah kamu semua dikembalikan." (Al-Anbiyaa : 35)
Di dalam ujian itu ada nikmat, dan di dalam nikmat itu ada ujian. Bersangka baiklah kepada Allah kerana Allah itu berada di dalam sangkaan kita.
Rasulullah bersabda, 'Allah berfirman "Aku berada di dalam sangkaan hambaKu kepada diriKu. Aku menyertainya ketika dia menyebutKu. Kalau dia menyebutKu kepada dirinya, maka Aku menyebut dirinya kepada diriKu, kalau dia menyebutKu dihadapan orang ramai, akan Ku sebut dia dihadapan mereka yang lebih baik daripadanya." (HR Bukhari dan Muslim)
Didik hati supaya sentiasa bersyukur dan redha dengan setiap kejadian yang telah ditetapkan. Jadi orang yang bahagia dengan sentiasa mengingatiNya. InsyaAllah.
Im never alone. ;)
Saturday, 28 April 2012
Mengejar Mardhotillah #2 : Hati Yang Terluka
![]() |
| saya yang kuchiwa. |
Macam ni la agak-agaknya rupa saya kan? Bila mengajak ditolak. Bila menyampaikan ada yang melarikan diri. Saya pun mahu lari tahu? Tapi saya pakai kasut dengan pemberat besi, sebab tu saya masih tetap di jalan yang sama. Dan insyaAllah, kasut itu tidak akan dibuka, dan saya tidak akan menapak kebelakang. Cuma ingin saya tambahkan pemberatnya agar saya betul-betul tidak akan lari dari perjuangan ini. *wink* Mengajak ke arah kebaikan bukan benda mudah. Tak semudah belajar ABC, tak sesenang kira 1+1 = 2 tapi lagi susah dari Physics, Bio, Chem, dan Add Math. Saya tak start medic lagi *insyaAllah in few months saya rasa la susah study medic tu* so saya tak bole la cakap lagi susah dari blajar medic. Maybe susah sikit dari Scholastic Test. Hmm.
Mengajak ke arah kebaikan, umpama mahu mengajar cara-cara membedah pesakit kepada seorang doktor pelatih padahal kamu adalah seorang driver. =OOO Macam mana tu? Agak-agak, ada tak yang percaya? Yela, dulu kamu pakar bedah, tapi tukar profession jadi driver sebab stress kerja dalam dewan bedah. Tapi orang tak tau dulu kamu siapa, orang pandang kamu yang sekarang. Macam tu jugak dalam perjalanan mengajak ke arah kebenaran. Kita juga pernah jahil, jadi bila kita dah terima cahaya *Alhamdulillah* kita cuba mengajak ke arah kebaikan. Tapi sejauh mana kata-kata kita dipercayai? Sehebat mana penolakkan yang harus kita hadapi? Hmm. *hmm lagi. heh.*
Seriously, tak semudah yang saya sangka. (-.-)' Kadang-kadang hati saya terkecil sedikit *kecik hati* bila ada yang menolak kebaikan yang cuba disampaikan. Betul, mungkin pada ketika itu saya terlupa hidayah milik Allah kerana saya mahu mereka-mereka bersama di jalan dakwah dan tarbiyah yang awesome ni. *siryes tak tipu! memang sangat-sangat awesome. (sambil buat muka comel mata bersinar-sinar)* Saya hanya manusia biasa. Yang menerima hidayah kerana Allah yang memberikan cahaya tersebut. Bukan kerana saya hebat. Bukan. Bukan sebab saya baik. Tidak sama sekali. Tetapi saya cuba menjadi baik, saya berusaha menjadi hebat disisiNya. InsyaAllah. Tapi saya sedih bila orang-orang yang saya sayang, seakan-akan menolak kebaikan yang cuba disampaikan. Kita semua dilahirkan dengan fitrah. Fitrah kita inginkan kebaikan. Sila jangan seksa dalaman anda dengan menolak kebenaran dan kebaikan. Saya tak tipu. Mak saya cakap jangan tipu. Tolong la percaya. Pleaseeee~~~
Saya ni banyak membebelkan? Agaknya sebab tu orang lari. Tak pun orang tak faham bila saya bercakap. Ke sebab saya ni membosankan? Cakap panjang lebar tapi point satu je. Yes, that's my weakness. Bercakap berjela-jela tapi isinya seciput. Sebab itu saya lebih gemar meluahkan dengan menulis. Ini pun saya tak mahir sebenarnya. Tapi saya expert dalam mendiamkan diri. *yeahhhh!* Tapi, sampai bila saya harus berdiam diri? Saya tak mahu putus asa. Sebab saya nampak, jalan ini masih sangat panjang. Mungkin jika saya berhenti dan terus mendiamkan diri, tidak memberi kesan pada perjalanan dakwah dan tarbiyah. Tapi bayangkan, setiap orang punya pemikiran seperti ini, maka jalan ini akan sunyi sepi. Dan bilakah kebangkitan Islam itu dapat dikecapi? Apabila Allah musnahkan kita kerana hanya menjadi beban kepada dunia? Ini mungkin terjadi, kerana Allah pemilik segalanya.Dia boleh buat apa saja. Jangan cakap itu tak mungkin ye.
Setiap kali hati saya terluka, saya baca ayat cintaNya berulang ulang ulang kali *memang ulang banyak kali* agar luka tersebut tidak meninggalkan parut mahupun menjadi kecacatan pada hati saya yang comel ni. =D
"Dan berjihadlah kamu dijalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama ..." (Al-Hajj : 78)
"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" (Al-Asr : 1-3)
"Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan amalnya baik dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia dan air muka meraka pula (berseri-seri) tidak diliputi sebarang kesedihan dan kehinaan. Mereka ialah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya." (Yunus : 26)
Inilah antara ayat-ayatNya yang benar-benar membuatkan saya masih bertahan dan cuba terus bangkit. InsyaAllah. Semoga turut terkesan di hati kalian. (^_^). Saya tidak mahu masuk syurga sorang-sorang, tapi saya lagi tak mahu ke neraka beramai-ramai *Nauzubillahi min dzalik*. Yang dikejar bukanlah syurga, tapi keredhaanNya. Lantas dengan keredhaan itulah kita bakal ke syurga dan kekal di dalamnya untuk selamanya. InsyaAllah. Apa kamu tidak mahu ke syurga? *sila tanya diri anda sendiri*
Friday, 27 April 2012
Ikhwan Yang Dirindui KekasihNya.
Pada suatu hari, Rasulullah SAW berkata kepada Saidina Abu Bakar serta para sahabat yang lain.
"Wahai Abu Bakar, sesungguhnya aku amat rindu untuk bertemu ikhwanku (saudara-saudaraku)"Lalu berkata para sahabat "Bukankah kami ini teman-temanmu?"
Jawab baginda "Bukan.Kalian sahabat-sahabatku"
Para sahabat menjadi keliru dan hairan. Siapakah yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW. Setahu mereka, yang paling rapat dengan Rasulullah adalah para sahabat sendiri. Melihat kebingungan Abu Bakar dan para sahabat, Rasulullah segera menjelaskan.
"Ikhwanku adalah mereka yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul dan mereka mencintaiku lebih dari kecintaan mereka terhadap anak dan orang tua mereka."
Para sahabat masih tidak berpuas hati lalu mereka berkata lagi, "Ya Rasulullah, bukankah kami ini ikhwan (saudara) engkau?"
Rasulullah sekali lagi menjelaskan, "Bukan. Kalian adalah sahabat-sahabatku. Wahai Abu Bakar, tidakkah engkau turut merindui ikhwanku itu? Kerana mereka turut mencintai engkau lantaran engkau adalah sahabatku"
Persoalan ikhwan terut menjadi teka-teki kepada para sahabat, sehinggalah baginda menjelaskan bahawa ikhwan merupakan umatnya sesudah baginda wafat.Walaupun mereka tidak pernah berjumpa atau bersua muka dengan Rasulullah, mereka tetap beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka membaca Al-Quran dan membaca Hadisnya. Mereka cinta akan Rasulullah sebagai utusan terakhir dan juga para sahabat yang berjuang menegakkan Islam.
*****************************************
Lalu, bukankah kita yang hidup setelah wafatnya baginda? Bukankah kita yang mengaku beriman kepada Allah dan Rasul-Nya? Bukankah kita juga yang membaca ayat-ayat cinta Allah serta cuba menghidupkan setiap sunnah baginda? Alhamdulillah. Syukur kerana kita lahir dengan iman dan Islam. Namun, persoalannya, LAYAKKAH KITA, merasakan diri kita ini seorang ikhwan? LAYAKKAH KITA menjadi umat yang dirindui baginda? LAYAKKAH KITA? Saya ingatkan, janganlah dinilai insan lain. Cuba nilai diri kita sendiri. Benarkah kita layak untuk dirindui insan sesempurna Rasulullah SAW? Apa sumbangan kita? Apa perjuangan kita? Apa matlamat kita?Lagi persoalan, adakah benar kita cinta pada Rasulullah melebihi kecintaan kita terhadap sesuatu yang lain? Melafazkan cinta dengan kata-kata memang mudah. Tapi, hati kita? Siapa yang menetap didalamnya? Siapa yang kita sering dahulukan? Boyfriend? Girlfriend? Jejaka pujaan? Gadis pilihan? Suami? Isteri? Mak? Ayah? Adik-beradik? Teman-teman? Nafsu diri? Dan siapa mereka yang kita rindui?
Di mana Rasulullah di hati kita? Di mana duduknya para sahabat dalam hati kita? Di mana kedudukan mereka dalam diri kita?
"Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku." ucap Rasulullah sekali. "Dan berbahagialah 70 kali ganda mereka yang beriman denganku meskipun tidak pernah berjumpa denganku." Tutur baginda 7 kali.
Rasulullah kasih dan rindu pada kita umatnya. Tapi mengapa tidak kita?
Ya Allah, bantulah aku dalam memperbaiki diriku sehingga aku benar-benar layak menjadi hamba yang dirindui kekasihMu. Aameen.
Jangan biar kalimat "Ya Rasulullah, aku cinta padamu" hanya sekadar kata-kata.
Thursday, 19 April 2012
Mengejar Mardhotillah #1
Malam ni malam Jumaat. *dulu saya cakap malam ni malam hari Khamis. Kalau orang sebut malam Jumaat saya marah sebab saya konfius dibuatnya. Alhamdulillah sekarang dah ok, tapi untuk malam Jumaat jela. hee*
Dulu orang tua-tua selalu pesan baca Yasin setiap malam Jumaat. Malam-malam lain tak payah baca ke? Bila tanya kat orang tua-tua, *dulu la* kenapa kena baca Yasin malam Jumaat? Orang tua cakap sebab roh nenek moyang balik rumah, baca Yasin sebab nak sedekah kat roh-roh tu. Bagi terang. *FACEPALM!* Aiyoo. Saya tertipu. Dulu main baca jela. Percaya cakap orang tua-tua. Tak baca nanti kesian roh-roh tu gelap. Eh.
Alhamdulillah. Setiap yang mencari kebenaran tu pasti Allah temukan dengan kebenaran. Saya dah tak tertipu macam dulu. Syukur sangat-sangat. Baca Yasin tu boleh dapat pahala. Sebab Yasin salah satu surah dalam Al-Quran. Baca Quran, satu huruf dapat satu pahala darab sepuluh. :OOO FUIYYOOO! Subhanallah. Mashaallah. Banyaknya pahala. Tak percaya?
Daripada Ibnu Mas'ud r.a telah berkata Rasulullah SAW telah bersabda ; "Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Kitabullah (Al-Quran) maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan bahawa Alif Lam Mim itu satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf"
Baca Yasin malam Jumaat tak salah. Hari-hari baca pun takde orang cakap salah jugak. Yang penting niat. Lillahi Taala. Innamal a'malu binniyat (tiap-tiap amal harus disertai dengan niat). Tapi disini saya bukan nak ajak baca Yasin malam-malam atau tiap malam Jumaat. Bukan. Saya nak ajak baca Surah Al-Kahfi. :D
Baca Surah Al-Kahfi setiap Jumaat adalah sunat. Buat perkara sunat, dapat pahala. Baca surah dari Al-Quran dapat pahala. Berganda-ganda pahala. Seronokkan? Bukan setakat pahala, baca Al-Kahfi ni bole mengelakkan dari fitnah Dajjal. InsyaAllah.
"Sesiapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada malam atau siang Jumaat, maka diampunkan dosanya hingga Jumaat akan datang; dan tujuh puluh ribu malaikat memohonkan rahmat kepada Allah hingga waktu Subuh, dan dijauhkan Allah dari terkena wabak penyakit demam panas atau taun; penyakit sopak dan dijauhkan dari fitnah Dajjal." - Hadis Rasulullah SAW.
"Sesiapa yang menghafaz sepuluh ayat permulaan surah Al-Kahfi maka terhindar daripada Dajjal" (HR Muslim, Abu Daud, An-Nasai, At-Tarmizi daripada Qatadah)
"Sesiapa yang membaca sepulu ayat akhir surah Al-Kahfi, maka terhindar ia daripada fitnah Dajjal" (HR Muslim dan An-Nasai)
"Sesiapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada malam Jumaat maka terpancarlah cahaya di antaranya dan Baitullah." -Hadis Rasulullah diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dari Abi Said Al-Khudri.
Al-Kahfi tu panjang la, mana sempat, I busy. Tett. Itu bukan alasan, Jika kamu dapat online, masih mampu makan, ada masa menonton TV, kamu belum cukup busy untuk membaca surah Al-Kahfi. Ala, bukan hari-hari pun. Jumaat je. Start malam Jumaat, tak habis sambung esoknya and try habiskan before Asar. Tak sempat habis cene? Tak sempat tu lain cerita. Allah tengok usaha kita. Hasilnya, serahkan pada Allah. InsyaAllah, jika kita sungguh-sungguh, Allah pasti permudahkan. Bak kata Maher Zain, InsyaAllah ada jalannya. ;)
So, tunggu apa lagi? Jom baca Al-Kahfi setiap Jumaat. Mula pelan-pelan yang penting istiqamah~ Yok bersama mengejar mardhotillah! InsyaAllah.
Subscribe to:
Posts (Atom)

