Showing posts with label Life as i see it.. Show all posts
Showing posts with label Life as i see it.. Show all posts

Wednesday, 18 July 2012

Alaa, Nak Macam Dia Jugak! =(

"Eee, tengok tu, bestnya kalau bole bli Porsche jugak"


"Kalau la aku pandai/cantik/hensem/kaya/hebat macam dia"


"Malu la orang tengok aku cam gini."


"Ish! KENAPA HUJAN?????"


"Panas giler harini!"


"Tak sedap la makanan ni. Tak nak datang dah kedai ni"


"Segan la nak kawan ngan diorang, aku tak kaya macam tu"

Dan macam-macam lagi yang kita pernah cakap or dengar orang lain cakap. Kenapa agak-agaknya jadi macam ni?

Sebenarnya, ramai hamba Allah yang tak bersyukur. Sedar, tanpa sedar, sengaja, tak sengaja. Agak-agak kita pernah buat tak?

Bercakap tentang pernah buat tak, teringat awal-awal dulu masa baru pindah Perak.

"Ayah, takde rumah lagi besar ke? Rumah ni lagi kecik dari dapur kita kat Sarawak"

Masa tu ayah sewa rumah yang sangat kecik, *sejujurnya itu yang saya rasa masa tu* bilik kecik, bilik air kecik, dapur kecik, kalau situ tempat makan, situ la tempat nonton TV, situ la tempat guling-guling ngan family. Ayah cakap apa?

"Apa yang kurang rumah ni? Atap ada, dinding ada, pintu tingkap semua ada. Ok la"

Dush! Tersentap. Bila difikirkan, betul jugak. Sepatutnya tiada kata-kata mengatakan rumah tu kecik terjadi. Tapi apa saya buat? Hmm.

Tapi bila perabot semua sampai dari Sarawak, kena jugak pindah rumah yang lebih besar sebab bila masuk semua perabot, memang takde space nak bergerak, makan pun dalam bilik tidur. Hehe. Tula keadaan mula-mula dulu. Alhamdulillah sekarang dah ada ruang nak lari-lari setempat. ;D

Cerita saya sampai di situ. Tak menarik pun. Saja nak cerita. Sebab nak tunjukkan saya ni tak perfect. Masih ada kekurangan. In fact, masih terlalu banyak kekurangan. :'(

Kali ni nak kongsi cerita yang pernah saya dengar suatu masa dulu *chewah*. Mak yang cerita kat saya, mak dengar dalam TV. Jom jom, saya nak bagi kamu berfikir sikit.

Bila kita naik Kancil, kita tengok orang yang naik Mercedes, lepas tu cakap "Ee, bestnya dia ada Mercedes. Bila la aku bole beli kereta macam tu"


Kenapa tak tengok orang yang naik motosikal je? Dan bersyukur sebab kita ada kereta Kancil. Tak payah la berhujan-hujan kan?


Yang bawak motosikal, tengok yang dalam kereta. "Ish, aku naik moto je, orang tu ada kereta."


Kenapa banding dengan yang berkereta. Cuba kamu banding dengan orang yang kayuh basikal. Lagi kesian. Penat kayuh. Kamu moto jalan sendiri.


Yang mengayuh basikal tengok orang bawak moto. "Kalau la aku ada moto. Tak payah penat-penat kayuh basikal"


Kayuh basikal ok apa. Bole exercise. =P Kenapa compare dengan yang ada moto? Cuba kamu tengok orang yang nak beli basikal pun tak mampu. Bejalan je. Guna kudrat sendiri. Lagi penat.


Yang tak mampu beli kereta, moto, basikal, terpaksa berjalan kaki. "Apa la aku ni miskin sangat. Nak beli basikal pun tak mampu"


 Tak payah bandingkan dengan orag yang mampu, cuba tengok orang yang takde kaki, lumpuh ke. Tak mampu nak berjalan dengan kaki sendiri. Kamu masih mampu berlari.


Yang takde kaki atau yang tak mampu berjalan tengok orang yang bole berjalan, "Kan best kalau aku ada kaki"


Cuba tengok orang yang dah mati, dah tak boleh buat apa-apa. Takde kaki pun masih bole tengok dunia. Bole buat macam-macam. Kalau dah mati?


Ok, this is one of my favourite stories. Kalau ada rasa nak merungut sikit, saya fikir balik tentang cerita tu.

Sekarang, apa yang kamu dapat dari cerita tu? Apa ibrah yang bole kamu ambil?

Tak tau? *facepalm* Sila fikir sendiri ye. =D

Sebagai manusia, kita selalu bandingkan diri kita dengan yang lebih hebat, lebih baik. Sampai kadang-kadang ada rasa rendah diri, malu, sedih, dan sebagainya. Memang tak salah kalau kita nak jadi lebih bersemangat dengan membandingkan yang lebih baik, tapi kalau itu menjadikan kita tidak bersyukur bagaimana?

Orang yang bersyukur tak kan pernah merungut atau malu dengan keadaan dirinya. Dalam apa jua keadaan, dia sentiasa bersyukur. Naik kereta cantik bersyukur, kereta buruk bersyukur, ada makanan sedap bersyukur, takde makanan pun bersyukur, apa sekali pun keadaan, dia pasti bersyukur.

Kita bagaimana? Adakah sentiasa bersyukur atau masih mengeluarkan kata-kata yang menggambarkan betapa tidak bersyukurnya kita, sedar atau tanpa sedar?

Rasulullah cakap apa kat kita?

Abdullah bin Abbas dan Anas bin Malik berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda ' Andainya seorang anak adam (manusia) mempunyai satu lembah emas, pasti dia ingin mempunyai dua lembah. Tiada yang dapat menutup mulutnya (menghentikan kerakusannya di dunia) melainkan tanah (maut). dan Allah berkenan memberikan taubat kepada sesiapa yang bertaubat.' (HR Bukhari & Muslim)

Terasa? Manusia tak pernah rasa cukup. Betulkan? Kalau tak betul, Alhamdulillah. Saya pun tabik spring kat kamu. Kagum. Tapi kalau masih ada rasa tak cukup tu, doa-doa agar Allah keluarkan perasaan tu dari dada kita. InsyaAllah.

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan, serta hati (akal fikiran), AGAR KAMU BERSYUKUR. " (An-Nahl :78)

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan kepada kamu) nescaya kamu tidak dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (An- Nahl : 18)

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan" (Ar-Rahmaan) *berulang berkali-kali*

"Dan ingatlah ketika Tuhanmu memberitahu, Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya akan Aku tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azabKu amatlah keras" (Ibrahim :7)

Kita selalu tak bersyukur, sebab tu Allah tak tambah nikmat. Makin kita merungut kan? Cuba kalau kita sentiasa bersyukur, Allah dah janji terang-terang "Aku tambahi nikmatKu kepada kamu". Kamu ingat Allah main-main?

Salah guna nikmat juga tanda-tanda kita tidak bersyukur. Hati-hati ya.

Cukup setakat ni. InsyaAllah. Mari kita sama-sama jadi orang yang bersyukur dalam apa jua keadaan sesungguhnya janji Allah itu benar.

P/S : Dah nak masuk Ramadhan ni, jangan rambang mata bila pergi bazar nanti. Tak pasal-pasal membazir. Kita buang makanan, lupa ada saudara kita yang tak sahur, tak berbuka sebab takde makanan langsung.

P/SS : Hati-hati bila berkata-kata, takut-takut nanti jadi tidak bersyukur lebih takut jika kufur tanpa kita sedari. Nauzubillah.


P/SSS : Cerita ni pernah di postkan di blog lama, sapa-sapa yang pernah baca, ni sekadar untuk mengrefresh kembali kalau kamu terlupa. =P
Alaaaaaa, nak yang dia punya jugak!!!! *penat bebel, tak terkesan kat dia ni, kamu bagaimana?*






Sunday, 15 July 2012

Hey Kamu! Kamu yang Menjejakkan Kaki ke Surau.

KringKringgg!!

"HELLO! Aku kat surau ni!" *cakap macam nak bagitau semua orang*

"Apa?! kau nak bom J****? Takpe-takpe, bom je"

Ok, yang second tu tipu.

Ye cik kak, saya tau awak kat surau. In fact, kita semua sedang berada di dalam bilik kecil yang diberi nama  SURAU WANITA. Harap maklum.

Bukan sekali, bukan dua kali tapi berkali-kali dah pergi ke surau kat shopping mall, dan keadaannya tetap sama. Bising, hingar bingar, riuh rendah, hiruk pikuk, betapa nak gambarkan yang surau dah tak macam surau. Especially during weekends.

Kita selalu nampak sign "Dilarang makan/minum di dalam surau" atau "Dilarang meninggalkan beg di dalam surau" atau "Sila matikan/senyapkan telefon bimbit anda" atau kat certain masjid/surau ada sign "Dilarang tidur".

Saya menggunakan hak kebebasan bersuara dengan ini mencadangkan sign "Dilarang bercakap dengan volume maximum/separa maximum di dalam surau. Denda RM5000 akan dikenakan".  RM5000? Melampau. *orang Malaysia, selagi saman tu kecik je, tak bagi efek pun kat dia.Ini hakikat.* Fine. Apa yang melampau? Kalau kita parking merata, kereta kena kompaun, kalau drive over limit, kena saman, kalau tak letak kupon, dapat ticket (saman), kenapa kalau mengganggu kekhusyukan saudara yang tengah dating tak bole denda? Tak tahu ke solat tu masa kita nak berdialog dengan Yang Maha Mendengar?

Apa kamu ingat saya nak sangat tahu kamu tengah cakap dengan siapa dalam fon tu? Kamu ingat geng kamu tu menarik sangat sampai semua orang nak dengar perbualan kamu dalam surau ni? Kamu ingat hidup kamu sorang je menarik sampai kamu bercakap bagai nak buat pengumuman satu emporium? Kamu ingat surau tu tempat kamu story-story lepas tu gelak sakan macam nak runtuh surau tu dek gegaran suara? Kamu lupa apa tujuan utama kamu ke surau? Sekadar nak lepas penat sebab kerusi kat luar surau tu penuh? Macam tu ke?

Saya sangat tak suka dengan cik kak cik kak yang bersembang sakan dalam surau or masjid ni. Tak puas-puas ke bersembang kat luar tu? Masa kamu shopping kamu tak berbual ke dengan kawan kamu? Kamu tak belajar erti hormat menghormati ke? Kalau kamu nak orang hormat kamu semasa kamu solat, jadi kamu harus hormat orang semasa orang solat. Khusyuk tu tak mudah bagi manusia zaman kita. Tolong la jangan menambahkan lagi kurangnya khusyuk bagi orang lain. Mungkin bagi kamu sesi berdialog dengan Allah tu tak penting, tapi tidak bagi orang lain. Itulah satu-satunya masa dia nak luah setiap satu rahsia yang dia sembunyikan dari dunia. Dunia yang sentiasa menipu dan meletihkan dia. Kenapa kamu sewenang-wenang nak buat kecoh masa tu jugak?

Bagi yang suka buat bising dalam surau, saya tak kata yang banyak cakap tu salah. Saya ni pun bayak bercakap, tapi saya tahu bila dan dimana, InsyaAllah. Yang gelak terbahak-bahak tu, saya tak cakap pun salah, tapi salah bila HAHAHA! tu dalam surau. Saya pun ada ketika gelak HAHAHA! macam kamu, tapi bukan dalam surau. Bagi yang suka bercerita tak habis-habis tu, kamu tahu kan kamu suka bercerita, apa kata kamu bercerita kat Allah pulak macam tu. Tak henti-henti, bole? *komfem la tak bole, nanti mesti bagi alasan macam-macam.heh*

Bercakap tak salah, bergurau senda tak salah, nak bersembang tak salah. Yang salahnya kamu bercakap, bergurau tak betul tempat.

Sampai sekarang saya masih pelik, kenapa isu buat KECOH dalam surau ni masih bukan isu sensitif, masih lagi dipandang remeh. Kenapa. Kenapa Kenapa.

Saya pun tak tau nak bebel apa dah. Cukup-cukup la tu.

**Hari ni pergi surau Jusco, dan memang ramai sebab hujung minggu. Masuk sama-sama dengan satu kumpulan budak-budak pompuan ni. Saya bukan nak kutuk, tapi sangat bising. Bersembang, gelak. Alahai, padahal kamu-kamu tu berpakaian Muslimah. Kamu nak tunjuk yang akhlak seorang muslimah macam tu ke? Kumpulan yang membawa imej Islam perangai macam tu ke? Kalau saya bukan orang yang mengikuti DnT, kamu secara tidak langsung boleh menolak saya lebih jauh. Sebab kamu mungkin mengaku faham, tapi kamu pandang remeh tentang solat. Kamu senyap semasa kamu solat, dan kamu bising semasa orang lain solat, akhlak apakah yang kamu cuba pamerkan?

P/s : Sapa-sapa yang nak jawab kol dalam surau tu, tolong la perlahankan sikit suara. Kalau kamu tengah solat, tiba-tiba ada orang cakap kuat-kuat kat belakang kamu, kamu rasa apa? Untuk pengetahuan, TAK SEMUA ORANG PEKAK! *ini bukan penghinaan*

P/ss: Ini mungkin bukan isu penting bagi kamu, tapi amat penting bagi saya. Sila hormati orang lain.


P/sss: Kamu tak malu ke datang rumah orang, lepas tu bising-bising? Masa tuan rumah tengah bercanda kasih dengan tetamu yang datang melepas rindu pulak tu.


P/ssss : Ini khas untuk kaum hawa, kerana saya tak pernah menjenguk Surau Lelaki, so tak tau keadaannya sama atau sebaliknya.


P/sssss : *banyak la pulak kan* Maaf kalau bahasa agak kasar. Tapi ini bukan main-main. Harap maklum.

Mungkin bagi kamu khusyuk itu mudah. Tapi hormatlah orang yang sedang berusaha sehabis daya untuk benar-benar khusyuk ketika menghadap Penciptanya.

Saturday, 14 July 2012

Are You Readyyyyy?

Ni apa ke hal pulak tiba-tiba Are You Readyyyy *baca ala-ala rock star* ? Ehem! Saya nak tanya, dah sedia ke nak bertemu Ramadhan? *soalan untuk diri sendiri*

Oh, Ramadhan. Tak lama lagi raya. *yeayyeay raya raya* Dush!

As we all know, Ramadhan is the ninth month of the lunar Islamic calendar, which lasts for 29 or 30 days according to the visual sightings of the crescent moon  blablabla. *xtau nak cakap apa dah*

Tu je ke yang kita tau pasal Ramadhan? Lepas Ramadhan Syawal. Seronok Ramadhan tiba sebab lepas tu Syawal. Ke?

Kita bole lihat sekarang, semua orang sibuk share pasal Ramadhan. Ahlan wa sahlan ya Ramadhan, Ramadhan countdown, Ramadhan yang dirindui dan macam-macam lagi. Post tu saja-saja post ke sebab orang lain post nak post jugak ke sebab memang betul-betul datang dari hati? Saya bukan nak kutuk ke apa, cuma saya nak kita semua *yang sedang baca ni* renung balik diri kita. Betul ke kita meraikan Ramadhan tu? Betul-betul ke kita rindu Ramadhan. Rindu kat Ramadhan lebih ke rindu girlfriend/boyfriend/suami/isteri/mak/ayah/kawan lebih? Jangan tunding-tunding jari kat orang, jangan nilai-nilai orang lain. Sila buat penilaian untuk diri sendiri. Hati kita hanya Allah dan kita sendiri yang tahu hakikatnya.

Berbicara tentang Ramadhan, pelbagai persiapan dilakukan. Alhamdulillah. Tapi persoalan saya, kenapa bila Ramadhan tiba baru nak sibuk habiskan Quran? Sibuk plan cene nak khatam Quran dalam bulan Ramadhan? Bulan Muharam, Safar sume tu tak nak khatam Quran? Kenapa bila Ramadhan je baru nak jejak kaki ke masjid ke surau? Kenapa bila Ramadhan baru nak bangun malam, tahajjud segala? *tu pun kalau buat* Kenapa bila nak sedekah kena tunggu Ramadhan? Kenapa bila nak buat benda baik je, kena tunggu Ramadhan. Belum cakap pasal Syawal lagi. Satu fenomena pelik yang berlaku dalam masyarakat melayu, bila raya baru nak mintak maaf, asal mintak maaf tau dah lah tu hari raya. Macam tu ke sepatutnya? Tak kira lagi yang bergaduh sebab nak tapak beniaga masa bulan puasa. Ada yang berniaga sampai solat pun ntah ke mana. *oooppppss*. Tapi itu la hakikatnya. Pahit dan harus ditelan.

Saya nak tegaskan di sini, kita Hamba Tuhan bukan hamba bulan. Jadi kenapa kalau nak buat yang Allah suka, yang Rasulullah ajar kena tunggu bulan-bulan tertentu? Kenapa? Why? Kyon? Apesallll? *sedang tembak diri sendiri*

Ok, cukup dengan persoalan-persoalan saya. Mesti korang dah rasa lain macam kan? Sepatutnya cakap pasal Ramadhan kena la memotivate orang, bukan kerja demotivating macam yang saya buat kat atas. Bukan apa, cuma nak bukak sikit minda tu.

Sebenarnya, saya pun sangat la happy menunggu Ramadhan ni. Ya Allah, harap-harap di panjangkan usia dapat bertemu Ramadhan. Bagus kalau kita buat persiapan menjelang Ramadhan, meraikan bulan yang penuh dengan keberkatan. Bukan sebab suka ada bazar Ramadhan ek. Tu nafsu semua, nafsu! =P

Kedatangan Ramadhan sememangnya amat dinantikan, dirindui dan ditangisi apabila ia berlalu. Kenapa?

Kerana Ramadhan bulan penuh keberkatan.

Rasulullah bersabda; ketika datangnya Ramadhan. Sungguh telah datang bulan yang penuh berkat, diwajibkan atas kamu berpuasa, dalam bulan ini, pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup dan syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini ada satu malam yang nilainya meyamai seribu bulan, maka barang siapa yang diharamkan kebaikannya (tidak beramal baik di dalamnya) sungguh telah diharamkan (tidak mendapat kebaikan di bulan lain yang menyerupai kebaikan bulan ini). (HR Ahmad, Nasaie, Baihaqy)

Pabila tibanya Ramadhan syurga mengucapkan selamat datang.

Di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut ar-Rayyan. Akan masuk padanya pada Hari Kiamat orang-orang yang berpuasa dan tidak ada seorang lain pun akan memasukinya. (HR Bukhari)

Neraka melabuhkan tirainya.

Apabila tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan diikat syaitan-syaintan (HR Bukhari & Muslim)

Pahala kita dilipatgandakan.

Pahala anak adam digandakan 700 kali ganda. Allah berfirman, '...kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu milikKu,dan Aku memberikan ganjarannya kerana dia meninggalkan shahwat dan makan minum keranaKu' (HR Muslim)

Dosa lalu di ampunkan

Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan di ampunkan dosa-dosa yang lalu. (HR an-Nasaie)


Diriwayatkan dari Abu Hurairah, Sesungguhnya Rasulullah bersabda 'Solat 5 waktu, solat Jumaat sehingga Jumaat berikutnya, puasa Ramadhan sehingga Ramadhan berikutnya adalah penutup dosa-dosa (kecil) selagi mana dosa-dosa (besar) tidak dilakukan. (HR Muslim)

Memperoleh dua kegembiraan

...dan bagi orang yang berpuasa baginya dua kegembiraan. iaitu apabila berbuka dia gembira dengan berbukanya dan dia gembira apabila bertemu Tuhannya. (HR Bukhari & Muslim)

Doa-doa diperkenankan

Tiga doa yang amat mustajab, doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang bermusafir. (HR Bukhari, Ahmad & Tarmizi).


Oh seronoknya Ramadhan. =DDDD *cair* Bagi yang telah buat persiapan, sila KAW kan persiapan anda. Bagi yang belum buat apa-apa, sila buat persediaan. Macam-macam Allah nak bagi tu, tak nak ke? Rugilaaaaa.


Apapun, just a short reminder to end this longggggg post, kita hamba Allah, bukan hamba bulan. Anda bijak, anda haruslah faham. ;)


Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. =D *wish siap-siap, nanti malam puasa tu nak pegi terawih, takde masa nak wish bagai*


Sape nak belanja saya buffet bukak puasa bole tinggalkan komen, nanti saya PM no henfon. =P


P/s : Harap-harap istiqamah la ye pada bulan-bulan lain dengan setiap amalan yang kita tungkus lumus buat time Ramadhan. Sebab kita ni hamba Allah, bukan hamba Ramadhan.

Friday, 13 July 2012

Kasih yang Terabai.

Sape sayang ayah dia angkat tangannn!!! *sayaaaaa* Kan cakap angkat tangan je, tak suruh jawab pun. =P
Nape tiba-tiba tanya sapa sayang ayah dia pulak ni? Ada sebabnya.

Sebenarnya, tanpa sedar, ayah selalu diabaikan. Ye tak? *Takkkkkk* Tipu! Saya berani kata yang kamu tipu. Memang betul, kamu sayang ayah kamu, saya tak nafikan, tapi betul ke ayah kamu tak terabai?
Lupakan dulu tentang ibu, sebab ibu memang sering kali mendapat perhatian lebih. Tanpa kita sedar. Tak percaya?

Cuba kamu ambik masa dan perhatikan sekeliling setiap kali kamu keluar ke mana sekali pun. Ke kalau pergi jalan-jalan tu sekadar jalan-jalan? Shopping sekadar shopping? Tak pernah nak mengambil ibrah dari setiap yang dilihat. Ingat, tarbiyyah itu ada di mana-mana. Cuma terpulang kepada kita untuk melihat dengan mata kasar atau menilai setiap yang dilihat dengan mata hati, kaca mata dakwah, pandangan iman. Nilai diri kita, apa kaca mata kita?

Cukup bebelan di situ. *penat*

Kalau kita lihat, selalunya di pasaraya, ayahkan yang dukung anak-anak kecik? Ibu pulak sibuk dengan barang shopping. Di klinik-klinik dan hospital pulak, selalu kelihatan ibu-ibu tua datang berteman, ayah-ayah pula seorang diri. Apabila telefon, cari ibu. Jarang sekali nak sembang dengan ayah. Bila mengadu, mengadu pada ibu. Bila sedih, pergi kat ibu, bila bercerita, cerita pada ibu. Bila nak duit, mintak dari ibu, ibu mintak dari ayah. Bila nak kahwin, tanya ibu, ibu tanya kat ayah. Bila ada apa-apa, semua nak ibu ibu ibu. Di mana ayah di hati kita?

Apabila di soal begitu, ramai yang memberi alasan, ibu lebih senang di ajak berbincang, ibu lebih memerlukan  teman ayah bole jalan sorang-sorang, ibu lagi senang nak bermanja. Tapi pernah ke kita cuba selami apa yang ada di dasar hati seorang ayah? Pernah ke kita tahu betapa ayah juga mahu perhatian seperti ibu? Mungkin ayah tak pernah suarakan, tapi kenapa kita tak pernah cuba faham?

Siapa pernah dengar iklan KARISMA (Kebajikan Rakyat 1 Malaysia)? Yang dia cakap ayah dia takde karisma tu. Saya teramat tak setuju dengan iklan tersebut. Maafkan saya, tapi SAYA TETAP TAK SETUJU! titik. Kenapa? Mungkin iklan tersebut sekadar nak cakap tentang bantuan tu and janji ditepati. Tapi tak bole buat iklan yang lebih baik ke? Mungkin kamu tak terfikir, dan saya terfikir. Sebab saya ni suka mengkritik kot. Apa yang saya tak setuju? Ok, saya nak ajukan beberapa soalan.

1. Patut ke seorang anak tu cakap ayah dia takde karisma? *ni cam saje nak cari gaduh. haha*


2. Kenapa anak dia tak buatkan cermin mata untuk ayah dia?


3. Kenapa nak suruh ayah pergi mintak duit bantuan untuk buat cermin mata?


4. Kalau ayah dia tak layak dapat duit tu, takkan ada cermin mata la eh?


5. Kalau dia kecik-kecik dulu rabun, dan ayah dia suruh tunggu duit bantuan baru buat cermin mata, rasanya bole lulus periksa ke? Ntah2 huruf pun tak kenal sampai sekarang.


6. Da tu bole pulak cakap kat ayah suruh ajar anak-anak membaca. Janji konon. Da tau ayah janji, bagi la duit untuk ayah buat cermin mata.


7. Dah la suruh ayah mintak duit bantuan untuk cermin mata, suruh ayah ajar cucu-cucu membaca pulak tu. Dari kecik sampai besar keja ayah nak ajar orang lain ke?


8. Tak cukup ke pengorbanan ayah sejak kita kecil sampai nak kena suruh ayah guna duit bantuan untuk keperluan yang memang ayah perlukan?

Mungkin soalan dan pemikiran saya irrelevant. Mungkin mesej yang sampai kat saya berdasarkan iklan tersebut berbeza. Tapi, hanya sebab kerajaan bagi bantuan, tak bermaksud kita tak bole nak bagi duit kat ayah. Kalau kita kecik-kecik sampai besar nak menyusahkan ayah, anak apa kita ni? Kalau dulu ayah sanggup sekat keinginan sendiri demi keperluan kita, kenapa tidak kita? Berapa ratus je la cermin mata tu. HAISH. *Iklan pun bole jadi isu*

Bukan setakat iklan ni, tapi berapa ramai yang bila dah dewasa ni still jalan-jalan ngan mak ayah? Still lepak-lepak sembang gelak-gelak ngan mak ayah? Cium ayah hari-hari. Telefon ayah bukan setakat telefon ibu je (yela, sekarang zaman moden, mak ayah dua-dua ada telefon).

Kalau yang sibuk berdakwah, sibuk ke sana ke mari boleh, tapi tak kan nak luang masa untuk mak ayah sekejap tak mampu? Kalau mampu duduk berbulatan gembira dengan akhawat atau ikhwan, kenapa tidak di ambil masa untuk ayah sebentar? Jangan guna alasan 'sekarang dah takde masa nak rileks'. Sepak karang. Redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa kita, kalau kita sibuk dengan dakwah sampai nak luangkan masa dengan mak ayah *especially ayah* pun takde, tak guna jugak.

Apa kata, mulai dari harini, kita buat perubahan kecil dengan kasih sayang yang besar dalam hati kita. Kalau yang tak pernah cium ayah tu, cuba cium, tengok muka ayah lepas tu, komfem berseri-seri. Before ayah pergi kerja/kita pergi kerja, salam ayah, cium pipi dia, kalau jenis yang suka mengada macam saya, bole la buat muka comel kat ayah. Petang-petang before ayah balik buat minum petang ke, kalau malas pergi la beli. Bukan susah sangat pun. Kalau jauh, cuba kol ayah, sembang ngan ayah jangan sembang ngan mak je. Kalau ayah nak pergi klinik, teman la dia. Lagi-lagi ayah yang dah tua. Kesian dia. Dulu kamu kecik-kecik pergi klinik, ayah sanggup ambik cuti teman kamu. Kamu tak mampu buat camtu ke? Sama jugak kerja. Tak gitu? Dan cuba la fikir sendiri apa yang bole diubah bagi ayah kamu rasa yang kamu betul-betul sayang kat ayah. Love is meant to be felt, need to be proven, have to be shown, tak cukup sekadar cakap 'saya sayang ayah. i love you daddy' or whatsoever. Bagi duit tiap-tiap bulan tu tak cukup tau, tu pun kalau ingat nak bagi. =.=''

Maaflah, banyak membebel pulak kali ni. Bebelan yang macam tak tentu arah pun ada. Maafkan saya. Mungkin penulisan ni tak berkesan, tak bermanfaat, tak de apa-apa, sekadar bebelan, tapi saya nak cakap lagi skali, AYAH, KASIH YANG SELALU TERABAI TANPA SEDAR. *sekarang dah sedar, jangan la abaikan lagi*

P/S: Kalau tak nak anak-anak abaikan kamu, jangan abaikan orang tua kamu, walau seremeh-remeh perlakuan. Nanti Allah bayar CASH!


P/SS: Ayah mungkin tak reti nak tunjuk kasih sayang macam ibu, tapi itu bukan bermaksud kamu pun kena tak reti tunjuk kasih sayang kat ayah.


P/SSS : Kali ni takde hadis atau ayat Quran.. Maaf.




Wednesday, 11 July 2012

Saya Melihat dan Saya Bertanya

"Em, kenapa dia pakai seluar tu pergi jalan-jalan? Saya pakai untuk tidur je"


"Kenapa kasar sangat bahasa yang dia pakai? Kalau cakap elok-elok kan lagi baik"


"Macam mana la anak-anak bole biar mak ayah yang dah tua tu tak terurus macam tu?"


"Alamak. Kenapa cium dia tu? Dia bukan suami kamu. >___<" *takboleblahbtol*


"Bole eh pakai baju tu pegi pasar?"


"Kenapa seksi-seksi ni, tak segan ke eh?"


"Kenapa pakai tudung tapi baju lengan pendek?"


"Kenapa sekejap pakai tudung kejap dah tak pakai lagi?"


"Macam mana dia bole peluk orang suka hati macam tu?"


"Kenapa tak risau dengan solat yang asyik tertinggal eh?"


"Kenapa suka sangat tengok rancangan yang tak bermanfaat tu?"


"Kenapa nak sangat bazirkan beratus-ratus pergi concert plek gitu?"


"Bole eh contact-contact camtu je? Tak bercinta pun"


"Nape orang tu bole je buat camtu ngn tunang dia? Dia pun pakai tudung besar?"


"Kenapa tak nak pergi usrah?"


"Kenapa tak nak baca Quran hari-hari?"


"Kenapa mencipta alasan bila diajak ke arah kebaikan?"


"Kenapa sibuk kejar cinta manusia sedangkan cinta Allah memang dah lama menunggu kita menyambutnya?"


"Kenapa susah sangat nak faham yang jalan dakwah dan tarbiyyah ni sangat AWESOME?!!!?" *tone bengang*

*****************************************

Sebenarnya banyak lagi persoalan yang kadang-kala bermain-main dalam fikiran. Dan hampir di setiap kadang-kadang tu saya lemas dalam mencari jawapan. Terlalu banyak bisikan yang datang, membenarkan sesuatu yang salah, dan menyalahkan sesuatu yang benar. Kenapa? Kerana kebenaran itu selalunya lebih pahit dari apa yang kita sangkakan.

Akhirnya saya temui satu jawapan yang merungkai segala persoalan "Kerana mereka belum faham". Dan dari jawapan ini timbulnya satu persoalan, "Sampai bila harus aku biarkan mereka tidak faham?"

Mereka belum faham membuktikan bahawa jalan ini masih teramatlah panjang. Penghujungnya masih belum kelihatan. Cuma cahaya yang mengiringi, menyuluh setiap kegelapan yang bakal ditempuhi. Mengharap dengan bekalan cahaya ini, mampu memberi sedikit cahaya untuk menyuluh jalan mereka-mereka yang masih belum faham. Mereka belum faham, salah mereka atau salah kita yang telah faham tapi tidak mengambil tindakan? Sengaja membutakan mata dan memekakkan telinga dengan harapan tidak akan disoal pada hari pembalasan. Mana mungkin.

Sedangkan yang mengaku faham dan mengaku mengikut tarbiyyah masih tidak mampu melepaskan diri dari melakukan kesilapan. Sedangkan yang hebat pun ada kecundang di tengah jalan. *mengenang diri yang masih bertatih dan kerap kali kecundang* sigh.

Jalan ini benar-benar masih panjang juga bagai lautan yang tak bertepian.

Wahai orang yang berselimut!
Bangunlah, lalu berilah PERINGATAN!
dan agungkanlah Tuhanmu,
dan bersihkanlah pakaianmu,
dan tinggalkanlah segala perbuatan yang keji
dan janganlah engkau memberi dengan maksud memperoleh balasan yang banyak
dan kerana Tuhanmu, bersabarlah.

(Al-Muddassir : 1-7)

Jika kamu masih mampu melihat mentari hari ini, itu tandanya Dia masih memberikan kamu peluang untuk memperbaik tiap kekurangan semalam. ;)

Monday, 9 July 2012

Life As I See It #5 ; Sesuatu Yang Sering Dilupakan


Ehem! *nak jugak letak gamba ni besar-besar.* Kali ni sekadar nak buat pesanan ringkas buat diri sendiri dan pembaca-pembaca budiman. Maafkan saya andai ada yang terasa kerana tujuan menulis memang nak bagi diri sendiri and orang sekeliling terasa. Huu~

Zaman sekarang memang HOT isu kahwin muda atau kahwin tak kira muda ke tua, kahwin sentiasa akan jadi isu. Isu yang sedikit sebanyak mempengaruhi saya. Tetttt.

Pesanan ini bukan sempena Ramadhan yang dah dekat, tapi sekadar peringatan buat diri yang sering terlupa. Post sempena Ramadhan akan menyusul kemudian, InsyaAllah.  ;D

"Sebelum sibuk nak bercinta dengan makhluk, ajukan soalan buat diri sendiri, di manakah status cinta kita buat Pencipta? 


1. HANGAT
2. Suam
3. Sejuk
4. Beku


Kenapa sibuk mahu membahagikan cinta sedangkan belum puas bercinta dengan yang Selayaknya?"

Terasa? Tak? Takpe, mungkin saya je yang terasa kot bila kena tadi. Tu yang tiba-tiba tulis ni. Hee.

Tidak mungkin ada dua cinta dalam satu hati. . . .

Dan hati saya, masih belum sedia untuk yang kedua, kerana yang Utama masih punya kekosongan yang belum mampu saya isi. Astaghfirullah.

P/s : Kepada kawan-kawan, mungkin kadang-kadang saya mencetus PROPAganda mahu berkahwin awal, tapi hakikatnya, hati saya benar-benar belum bersedia. Maaf, memang suka buat kecoh tak tentu pasal. =.='' Itu sekadar gurauan dari saya yang bosan di rumah.


P/s : Bak kata Irma Hasmi "Bukan saya yang pilih (jodoh), ni Allah bagi". Buat kita-kita yang Allah belum bagi, jangan sibuk-sibuk sangat cari. Apa yang patut didahulukan, dahulukan. Sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik. ;)

Saturday, 2 June 2012

Life as I See It #4 ; Tadabbur Alam.

Tadabbur tu apa ek? Selalunya term tadabbur ni popular dalam kalangan budak-budak usrah. Tak gitu? Setiap kali usrah mesti TS (Tadabbur surah) kan? Tapi betul ke tahu apa maksud tadabbur tu? Tadabbur bermaksud ??? Ce teka ce teka. *hihihi* Yang tu tadabbur surah, post saya plak cakap tadabbur alam, apa ni?

Kalau tak bagitau tadabbur tu apa, susah plak nak cakap tadabbur alam ni apa. =.='' Tapi takpe, tadabbur alam is berjalan dan bermusafir untuk melihat kebesaran Allah yang diciptakan untuk mereka yang berfikir. Siapa mereka yang berfikir? Kitaaaaaaaa~ (baca dengan nada budak sekolah jawab soalan cikgu dalam kelas.) So, sila cari sendiri maksud tadabbur itself. It's your homework. Nak dapat pahala lebih, kena la usaha lebih kan?

Siapa kita? Kita adalah manusia. Eh, ada orang utan ke baca blog saya? Waaaaa~

"(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata) ; 'Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menjadikan semua ini sia-sia!' " (Al-Imran : 191)

Tidaklah semua yang Allah ciptakan ini sia-sia, melainkan untuk kita hambaNya berfikir.

Rasulullah bersabda, "Berfikir sesaat itu lebih baik dari beribadat setahun" (Ibnu Hibban)

Tapi tak bermaksud bila kita dah berfikir sesaat tu, tak payah beribadat dah sepanjang tahun, kan berfikir tu lebih baik. Bukan begitu. Kamu semua kan bijak, mesti la faham apa maksud sabda Rasulullah. *tolongla faham*

Setiap yang diciptakan, setiap perkara yang berlaku, pasti mengingatkan kita pada Allah. Ke tak? Janganlah begitu, mereka yang berfikir juga mereka yang selalu berzikir. Kalau apa yang kita lihat, atau apa yang kita lalui masih tidak meningatkan kita pada Pencipta kita, something is wrong with our iman. Fix it, please.

Kenapa tiba-tiba cerita pasal tadabbur alam ni? Sebabbbbbb, saya baru balik dari perjalanan yang agak memenatkan, tapi seronok! Alhamdulillah. Dari Ipoh ke Cameron. Dari Cameron ke Jengka. Dari Jengka ke Kuantan. Dari Kuantan balik semula ke Ipoh. *fuh penat giler (sambil lap hingus)* Walaupun sampai-sampai je kat Kuantan terus demam sampai sekarang (sebab tu hingus leleh-leleh), tapi saya dapat banyak pengajaran dari perjalanan kali ni. Alhamdulillah. =D

Jom saya share sikit apa yang saya nampak sepanjang perjalanan. *wink*



Ni kat Cameron Highlands. Banyak lagi view yang menarik tapi saya tak berapa pandai nak tangkap gambar so jadi tak berapa nak cantik.


Kat Jengka saya tak sempat nak tangkap gambar banyak-banyak. Kucing comel ni je la yang ada. Makhluk Allah yang adorable kan? Rasulullah pun sayang kucing, kenapa tidak kita? =D



Ni gambar otw ke Kuantan. Air tu kat Gambang Waterpark. Singgah sebentar je. And, terima kasih kepada air tu, saya berjaya cuba 2 teknik tangkap gambar air. Alhamdulillah. Nampak tak bezanya? =P




Ni di Kuantan.


Ni pakcik Syuib bin Alif. Pakcik ni jaga tandas awam kat sebelah hotel Mega View. Sempat la sembang sikit-sikit ngan pakcik ni. Mekasih sebab sudi layan saya pakcik. =) Tu pokok Pakis Hutan. Pakcik Syuib yang cakap.


Bunga ni cantik. Dan mampu tumbuh sepasu dengan pokok yang sangat besar. Subhanallah. MasyaAllah. Hebat kan? Kecik, cantik, hebat.


Ni seorang pakcik tua yang jalan tanpa selipar. Tapi bila senyum, pakcik ni nampak sangat bahagia. Kalau tengok muka sahaja, macam takde masalah, tak sedih sikit pun. Padahal jalan raya tu sangat panas dan dia hanya kutip tin. Kalau pakcik ni mampu bersyukur dan wajahnya nampak riak bahagia, kenapa tidak kita yang ada hampir segalanya? *Tepuk dada tanya iman*


Ni kat tol Ipoh. Selamat sampai. Alhamdulillah.

************************************

Dah tengok gambar? Apa yang awak dapat dari gambar-gambar tersebut? Hanya sekadar melihat sebab saya post disitu? Ishishish, no good la you. Sekali lagi diingatkan, semua yang Allah jadikan ni bukanlah sia-sia. Tapi untuk kita berfikir. Dari awan, langit, air, pokok, haiwan, manusia. Semuanya untuk kita kaitkan dengan kebesarannya. Allah dah sedia macam-macam. Terpulang kepada kita untuk guna macam mana. Sama ada untuk dilihat dan dilupakan begitu sahaja. Atau untuk mengambil ibrah dan menggunakan akal untuk memikirkan kekuasaan Allah.

Jelas terbukti betapa halusnya bahasa Allah untuk menyedarkan manusia agar menikmati kejadian alam ciptaanNya. Orang-orang Muslim adalah mereka yang sentiasa bertasbih memuji Allah, dan seharusnya kita menjadi ahli fikir dan menggunakan teknologi untuk tidak mensia-siakan ciptaan Allah. *That's what i'm trying to do. Semoga Allah redha.* Ambillah segala yang ada di dunia ni untuk akhirat. Buat bekalan bertemu Ilahi agar tak sia-sia kita dilahirkan sebagai manusia.

Walau apa sekalipun yang kita lakukan, cuba niatkan untuk Allah. Berjalan di bumi Allah adalah sesuatu yang amat dituntut dalam Islam sesuai dengan pengulangan firman Allah yang bermaksud;

"Katakanlah (wahai Muhammad)! Berjalanlah kamu diatas muka bumi dan lihatlah (kajilah/selidiklah/analisalah) ..."

Rasailah kenikmatan pada setiap kejadian Allah pada setiap saat walau di mana kita berada dan walaubagaimana sekalipun ia terjadi. InsyaAllah.

FactboutMe 1:  Saya banyak tangkap gambar awan sebab saya rasa awan sangat cantik. Tak perlu tunggu awan tu ada word Allah or Muhammad baru nak kagum ye. Setiap saat dan ketika awan di langit tu sangat mengagumkan. Indahnya ciptaan Allah. 

FactboutMe 2: Suka jugak benda-benda hijau dan bunga yang warna warni. Kalau dulu kat KTT, sangat suka berdiri di koridor sebab nak tengok hutan kat belakang. Orang boleh cakap takde apa pun nak ditengok hutan tu, tapi bagi saya hutan, gunung, bukit, pokok, semua tu ciptaan Allah yang indah dan menenangkan hati. Alhamdulillah. Bila orang tebang hutan tu, saya betul-betul sedih. :(

P/S : Bila nak pergi bermusafir tu, jangan asyik fikir holiday je ye pembaca budiman. Tadabbur alam sangat seronok. Bermusafir dan berfikir. ;)

Sunday, 6 May 2012

Sedar Tak Yang ...

"Takpe, gagal tu kan ujian dari Allah. Tanda dia sayang"
"Sabar eh, ada hikmah disebalik musibah ni"
"Rilek la bro, Allah sayang kau, sebab tu dia bagi ujian ni"

Ini antara dialog yang sering kita dengar. Yang lulus periksa bagitau kat yang gagal tu ujian dari Allah. Yang tak tertimpa bencana suruh yang ditimpa bencana tu fikirkan hikmah disebalik kejadian. Bukan maksud saya nak kata tak baik cakap macam tu, tak. Baik. Tapi sedar tak kita yang ....

> Gagal dalam peperiksaan itu satu ujian. Lulus itu jugak satu ujian.
- Bila gagal, orang nampak itu satu ujian dari Allah. Tapi kenapa bila lulus, kita tak ingatkan diri kita bahawa itu jugak satu ujian. Menguji sejauh mana kita mampu bersyukur tanpa ada perasaan-perasaan kurang enak (sombong, riak, takbur, ujub) di dalam hati. Bila gagal kita cakap "Ni mesti sebab aku kurang usaha" Bila lulus plak cakap "Aku memang patut dapat ni, aku usaha tunggang tebalik kot" Eh, kejap. Bukan hasil tu Allah yang bagi ke? Kenapa bole lupa diri?

> Ditimpa musibah itu ujian. Diberikan kesejahteraan berterusan juga satu bentuk ujian.
- Apabila mendapat musibah, kita lebih senang mengingati Allah, tapi ketika senang, berapa kali kita mengucapkan syukur?

> Miskin itu ujian. Kaya itu ujian yang lebih berat.
- Yang miskin kadangkala merungut miskin. Salahkan Allah kerana membiarkan mereka terus miskin. Yang kaya kadangkala sombong. Lupa itu sekadar pinjaman. Bukankah kedua-duanya ujian yang berat? Tapi pastinya kaya lebih berat kerana yang miskin akan ke syurga lebih dahulu dari yang kaya. Sedangkan Abdul Rahman Auf takut apabila diberitakan bahawa dia akan masuk syurga dengan mengengsot lalu di infaknya 700 ekor unta beserta muatannya dengan harapan dia boleh masuk syurga berlari. Kenapa kita pula menganggap harta itu nikmat semata?

> Rupa paras yang tak berapa cantik ujian. Rupa yang menawan juga ujian.
- Bila hodoh merasa rendah diri. Bila cantik rasa bangga pulak. Bukankah kedua-duanya cara Allah menguji kita? Hodoh di dunia, tidak perlu rasa terhina. Yang perlu rasa terhina apabila kita hodoh dimata Pencipta. Allah tidak kata yang hodoh itu bukan bidadari syurga, bukan bidadari dunia. Bidadari syurga juga tidak cemburu pada manusia yang hanya cantik pada rupa. Seindah-indah perhiasan itu adalah wanita solehah. Jadi wanita solehah itu cantik disisi Allah. Mahu cantik di mata manusia atau cantik di mata Pencipta?

> Tak hebat di jalan dakwah satu ujian. Bila dah hebat pun satu ujian.
- Berjuang di jalan DnT ni memang tak senang tau. Macam-macam kita cuba tapi tak dapat sambutan. Kita sedih, down, tak semangat dah, rasa nak stop. "Aku malas dah la ajak-ajak orang ni, bukan nya nak ikut pun" Putus asa la pulak. Dah hebat nanti lain plak ceritanya. Bagi talk sampai satu dewan full, ada blog, ribuan followers. Ni pun satu ujian yang berat. Jangan sampai kita rasa kita hebat bila ramai orang ikut kita. Allah lah yang memberi hidayah dan membuka hati mereka. Bukan kita. Yang takde orang sudi ikut pun, Allah pandang usaha kamu. Jika kamu ikhlas, orang kutuk pun kamu sudi buat. Kutuk, caci maki, tu sume tak terkesan pun kat hati. Buat sesuatu kena ikhlas. Bukan untuk menunjuk-nunjuk tau. Bukan sekadar nak hebat kat dunia je, yang penting kat sana nanti.

> Ada family kurang bahagia satu ujian. Family bahagia terlampau juga satu ujian.
- Siapa yang tak mahu keluarga yang bahagiakan? Tapi apabila Allah uji dengan masalah kekeluargaan, sejauh mana kita mampu bersabar tanpa membandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang lain? Apabila bahagia pulak, adakah kita sentiasa bersyukur dan ingat pada Allah atau kita hanya bahagia dari sudut keduniaan sahaja? Jangan compare-compare, tu yang rasa hidup kita ni tak seronok. Bersyukur seadanya. Berdoa agar Allah beri kefahaman tentang agamaNya kepada kita dan ahli-ahli keluarga kita. Kerana keluarga yang bahagia itu adalah keluarga yang Allah beri kefahaman tentang agamaNya. Kalau hati keras, mana nak rasa bahagia. Kan kan?

***********************************
Rasanya cukup ni je contoh yang nak bagi. Yang lain, fikir-fikir sendiri dan kalau sudi share, bole la share. ;)
Perkara ni dianggap ujian sebab kita manusia. Kita akan sentiasa di uji. Bukankah ujian itu tanda Allah sayang? Kalau kita kata hanya musibah itu ujian, habis yang tak tertimpa musibah Allah tak sayang ke? Yang gagal je kononnya di uji. Yang lulus tu bukan ujian, Allah tak sayang ke? Allah kan Maha Adil, Maha Pengasih, Maha Penyayang. Kasih sayang Allah tak bertepi. Cuma kita perlu bijak dalam merebut kasih sayang dan keredhaan Allah.

"Allah tidak memberati seseorang melainkan dengan kemampuannya. mereka mendapat pahala kebaikan yang dilakukannya, dan mereka juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya. ..." (Al-Baqarah :286)

"Dan kami menguji kamu dengan KESUSAHAN dan KESENANGAN sebagai dugaan. Dan kepada Kamilah kamu semua dikembalikan." (Al-Anbiyaa : 35)

Di dalam ujian itu ada nikmat, dan di dalam nikmat itu ada ujian. Bersangka baiklah kepada Allah kerana Allah itu berada di dalam sangkaan kita.

Rasulullah bersabda, 'Allah berfirman "Aku berada di dalam sangkaan hambaKu kepada diriKu. Aku menyertainya ketika dia menyebutKu. Kalau dia menyebutKu kepada dirinya, maka Aku menyebut dirinya kepada diriKu, kalau dia menyebutKu dihadapan orang ramai, akan Ku sebut dia dihadapan mereka yang lebih baik daripadanya." (HR Bukhari dan Muslim)

Didik hati supaya sentiasa bersyukur dan redha dengan setiap kejadian yang telah ditetapkan. Jadi orang yang bahagia dengan sentiasa mengingatiNya. InsyaAllah.

Im never alone. ;)


Tuesday, 1 May 2012

Bicara Hari Cuti; Apa Plan Kamu?

May datang lagi. =D Sudahkah kamu mengucapkan syukur? Alhamdulillah. Allah masih panjangkan usia kita. 1 May 2011 hingga 1 May 2012, setahun tu. Rasa sekejap je kan? Saya pun rasa sekejap sangat. Tahun lepas masa ni saya kat KTT. Buat A-level which i didn't pass the cut off points. For that reason, saya ada masa yang sangat panjang di rumah sebelum fly ke Indonesia. Weeee~ *muka bahagia* Tak lepas cut off points is not the end of the world tau. It's a beginning of a brand new journey I supposed. Betul, kalau dulu otak saya fikir saya bakal ke India je. Saya buat mental preparation yang mantap. *cheyy* Saya bagitau diri saya, saya bakal ke India, India, India. India je memanjang.

Tak salah merancang, kerana rancangan manusia itulah usaha. Tapi perancangan Allah adalah takdir dan sesungguhnya Allah lah sebaik-baik perancang. Tanpa disangka-sangka, bukan takdir saya ke India. *penat je kan prepare otak. India la sangat* InsyaAllah saya bakal ke Indonesia. Which i feel very happy about it. Tak tipu, seriously saya happy yang teramat. Sebab kat Indonesia boleh shopping. *Haha.* Tak, tipu je. Saya happy dan rasa bahagia sebab saya belajar banyak perkara dari kegagalan saya. Hidup tak selalunya diuji dengan kejayaan. Kalau berjaya memanjang, kita hanya akan kenal erti syukur, tapi bukan redha. Dari kegagalan saya belajar erti redha pada setiap ketetapan yang Allah tentukan. Dan, tarbiyah di Indonesia khabarnya sangat hebat *sila cemburu dengan saya*.

Pengalaman saya tak menarik, saya bukan student hebat pun. So tak nak cerita lebih-lebih. *sengih cam kerang busuk* Tapi, sekali lagi saya nak ulang. Rancangan manusia adalah usaha dan perancangan Allah adalah takdir. So, apa yang dah korang plan untuk hari ni? Hari ni kan cuti. Mesti dari minggu lepas lagi dah plan macam-macam.


Antara yang berkemungkinan masuk dalam perancangan;

1. Bangun lewat. Kalau bole tak nak bangun sampai esok sebab pagi tadi tengok bola. Ek?
2. Dating ngan boyfriend/girlfriend
3. Lepak ngan kawan-kawan
4. Pergi tengok movie.
5. Balik kampung jumpa mak ayah
6. Pergi jalan-jalan ngan family
7. Menonton tv sampai tv tu pun rasa nak tutup diri sendiri, bosan tengok kamu. ye tak?
8. Online sepanjang hari.
9. Cuba resepi baru *saya paling suka aktiviti ni*
10. Shopping. *nak ikut!!!*

Ok, tak nak senarai banyak sangat. Sebab saya tak tahu plan orang. Lagipun, saya tak tahu harini cuti. Maklumla dah lama cuti kat rumah, cuti tak cuti, sama je. Bila ayah tak pergi kerja baru tau ni 1 May. =O

Kalau hanya itu plan kita, sila malu pada diri sendiri. Sila malu pada Allah. Allah tidak cipta kita manusia untuk bersuka ria. Bukan untuk bercuti. Ni cuti kerajaan bagi. Jadi hamba Allah tak pernah ada cuti tau? Sampai kamu tinggalkan dunia ni. Masa tu bolehlah cuti puas-puas.

Saya tak berniat nak menjatuhkan sapa-sapa or mengatakan rancangan mana-mana pihak tak bermanfaat. Tapi saya rasa, balik kampung jumpa mak ayah tu sangat sikit bilangan pelakunya. Yang lain tu wallahu'alam. Tapi nak kata jugak, GERENTI BANYAK YANG KELUAR DATING!!! *stress+emosi* 

Cuba tanya diri kita, kenapa rancangan kita sedakar duniawi? Ke mana kita campakkan akhirat? Kenapa harus akhirat di kemudiankan? Hanya kerana akhirat itu datangnya selepas kematian?

Ambillah dunia untuk akhirat bukannya bazirkan akhirat demi dunia. Kita harus bijak memilih. Kita juga perlu pandai merancang. Bukankah merancang itu usaha? Dan bukankah Allah melihat pada usaha kita. Jika usaha kita hanya untuk dunia, apa yang mampu kita persembahkan pada Pencipta kita kelak? *iskiskisk sambil lap hingus*

Apa kata kita ubah sikit plan kita jadi lebih kurang cam gini ;

1. Qiamullail. Daripada bangun tengok bola, baik bangun dating dengan Allah. Takde alasan 'takleh qiam, nnti pergi kerja mengantuk' sebab harini cuti.


2. 'Dating' atau 'lepak' dengan mad'u/naqibah/akhwat/ikhwan/murabbi


3. Pergi rumah-rumah kebajikan. Lawat mereka-mereka yang kurang bernasib baik. Bukankan syukur pada yang lebih rendah itu dengan bermurah hati pada mereka?


4. Balik jumpa mak ayah ni buat la kalau sempat dan mampu. Sian diaorang, lagi2 yang dah tua. Rindu kat anak and cucu. Korang je tak rindu mak ayah. Tak gitu. Rindu buah hati je kerjanya.


5. Rehlah bersama keluarga. =D *sama la kiranya ngan jalan jalan tu. saja je* Tapi ingat, tempatnya kena pilih baik-baik ye kawan-kawan.


6. Tengok tv, tengok rancangan islamic. Tak pun, bagi yang rajin download ceramah-ceramah kat youtube, tengok la harini. Selalu busy kan, tak sempat tengok. Hari ni tengok 10 terus. *menonton tv boleh, tapi jangan biar hati seronok pada perkara yang sia-sia. bahaya untuk iman*


7. Online boleh, shopping pun boleh tapi niat kena betulkan. Fikir balik, kalau tak mampu fikirkan niat nak online or shopping tu kerana Allah, sila batalkan rancangan anda dan fikir perkara lain yang insyaAllah diredhai.

Cukuplah ni. Tapi ingat, saya tak paksa buat sume ni tau. Saya cuma bagi cadangan. Untuk memperbaiki dan mengingati diri sendiri dan kamu-kamu yang saya sayang. =D

Kalau kamu rasa tak seronok hidup berlandaskan Islam, Islam ni menyekat setiap apa yang kamu nak buat, kamu rasa terasing bila ikut semua peraturan Islam, sila ingat bahawa Islam itu datang dari sesuatu yang asing dan akan kembali asing seperti permulaannya. Jadikan diri kita ni dalam golongan ghuraba' (asing) agar kita orang yang beruntung. Indah dunia ni sementara, so bila rasa macam berat hati nak tinggalkan keseronokan dunia, pujuk hati kita dengan mengatakan, "Takpe-takpe. Tak boleh buat sekarang sebab Allah tak redha. Syurga ada, kena kejar redha Allah kalau nak dapat syurga" *well, it works on me.hmm*

Syaitan akan sentiasa berusaha menggoda kita untuk lupakan Allah dalam setiap perancangan kita. Jadi jangan biarkan syaitan menang. Kerana tempatnya di neraka. Kita tak mau kan, jadi teman seangkatan syaitan?

Mungkin hari ni dah hampir tiba ke penghujungnya. So, yang dah terlepas tu jadikan pengajaran. Dan ini sekadar peringatan di dalam perkongsian. Sila cari redha Allah dalam setiap perancangan kita. Sedangkan niat yang baik itu sendiri sudah dikira sebagai satu kebajikan apatah lagi jika disertai dengan kelakuan. Jadi, lepas ni, rancang cuti anda sebaik-baiknya ok? *wink*



AMARAN 

 Dunia bukan untuk bercuti-cuti. Dunia bukan untuk berehat. Dunia bukan tempat bersenang lenang. Kalau dunia tempat bersenang lenang, baik panggil syurga ye tak?

Monday, 16 April 2012

Belum Layak.

"Siapa Murabbi awak?"
Soalan yang mengelirukan saya pada mulanya. Kemudian soalan itu ditukar kepada "Siapa Naqibah awak?"
Oh, itu maksud uhkti. Ceteknya pengetahuan saya. Hmm. Kemudian satu persatu nama disebut dengan bangganya. Saya bersyukur kerana ditemukan dengan insan-insan seperti mereka. Melalui mereka Allah sampaikan ilmu-ilmu bermanfaat buat diri ini. Terima kasih Ya Allah.

Mereka diberi amanah untuk membawa adik-adik. Begitu juga saya. Diberi amanah untuk menjadi Naqibah untuk adik-adik di KTT. Tapi, saya sedar, saya bukanlah seorang naqibah yang baik. Naqibah atau Murabbiah, gelaran masing-masing untuk pemegang satu kumpulan usrah/halaqoh. Tetapi jika dilihat dengan lebih mendalam, layakkah diri digelar Murabbiah? Sedangkan saya bukan pendidik. Saya langsung tidak mampu mendidik. Adik-adik yang diamanahkan pada saya pun umpama anak-anak terbiar tanpa seorang ibu. Contoh yang baik untuk menjadi ikutan? Itu bukan saya. *Malu sendiri* Jadi saya sememangnya belum layak digelar seorang Murabbiah.

Naqibah, seorang pemimpin. Mungkin saya mampu sebagai seorang pemimpin. Tapi sejauh mana kepimpinan saya berjaya membawa mereka yang dipimpin ke jalanNya? Saya sedar, hidayah itu milik Allah. Tetapi kita perlu berusaha, hidayah tidak datang sendiri. Sehebat mana usaha saya? Malunya pada Allah, peluang diberikan seolah-olah disia-siakan begitu sahaja. Halaqoh yang dibentuk hanya pada nama. Tidak menyentuh hati, tidak mendidik hati anggotanya menjadi manusia yang taat pada Allah, beriltizam dengan akhlak Al-Quran mahupun berqudwahkan utusan Allah dalam kehidupan seharian. Saya gagal sebagai seorang ketua. Maafkan hambaMu Ya Allah.

"Sekiranya seseorang itu mendapat hidayah keranamu, itu lebih baik dari dunia dan segala isinya"

Kadangkala saya merasa letih. Letih dengan diri sendiri yang hanya tahu mengeluh sedangkan usaha tidak sehebat mana. Hanya mampu membenci sesuatu yang tidak disukai, namun tidak berusaha mengubahnya dengan berhikmah. Apa yang mampu saya lakukan dengan hanya berdiam? Berdoa dan berdoa dan menunggu? Lalu kelak, apa yang mampu dibicarakan anggota-anggota saya? Bisu dihari pengadilan kerana memang tidak melakukan apa-apa. Atau mungkin kelak tangan ini menjadi pendakwa kerana hanya menulis perkara-perkara yang tidak bermanfaat, menaip sesuatu yang tidak menambahkan iman. Mampukah saya berdepan segala dakwaan itu kelak? Ya Allah, saya hanya hambaMu yang lemah. Tolong diri ini Ya Rabb.

"dan siapakah lagi yang lebih aniaya dari orang yang mengada-ngadakan perkara-perkara yang dusta terhadap Allah,atau yang mendustakan ayat-ayat keteranganNya? Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak akan berjaya." (6:21)

Zalim, tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Saya mengaku faham, mungkin anda juga mengaku faham.  Tetapi sekadar faham cukupkah untuk meletakkan diri diluar kelompok orang yang zalim? Diluar kelompok orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keteranganNya? Mengaku faham, tapi masih melakukan perkara-perkara yang tidak diredhaiNya. Bukankah itu turut mendustai ayat-ayat Allah? Terlalu banyak kesilapan, walau sekecil-kecil kelakuan usahlah dipandang remeh. Apa yang terdetik dihati itu sudah memadai untuk menggugat aqidah kita, apatah lagi perbuatan.

Saya Naqibah yang gagal. Sememangnya belum layak digelar seorang Murabbiah. Namun, saya tidak kenal erti putus asa, dengan izinNya. Memperbaiki diri itu satu kemestiaan, selagi hayat dikandung badan. Mengharap kembali kelak sebagai hamba yang tergolong dalam golongan kanan. InsyaAllah. Belum layak tidak bermaksud tidak layak selamanya. Hidup kerana Allah, mati kerana Allah. Berubah juga kerana Mu Ya Allah.


Wednesday, 11 April 2012

Life as I See It #3

Mungkin ada yang bertanya, "kenapa 3? yang 1 dan 2 mana?". Yang pertama dan kedua bagi Life as I See It ni dah di postkan di blog lama. Atas sebab-sebab tertentu blog tersebut telah pun dijadikan blog sulit dan persendirian. ;)

Rezeki itu milik Allah.

Hari ni balik dari KL. Bawak beg berat memang menyakitkan. Tapi apalah jika dibandingkan dengan kepayahan yang orang lain lalui setiap hari. Baru beban beg dah tak berapa nak mampu digalas, apatah lagi dosa-dosa yang melangit tinggi. Ya Allah. Tak semua orang hidup senang kan? Bersyukur sebab masih mampu membawa beg, jangan mengeluh walaupun berat, sebab ada lagi insan-insan yang hanya mampu membimbit beg plastik di tangan. Mereka hanya mampu melihat dan menyimpan hasrat untuk memiliki beg-beg seperti kita. Mereka juga manusia, mana mungkin tidak terdetik di hati untuk hidup mewah, senang lenang dan bukannya berjalan mengharung terik mentari dengan baju yang entah ada ganti entah tidak.

Seperti selalu, pakcik-pakcik teksi akan menunggu di pintu masuk stesen. Tanpa jemu melaungkan "Teksi2" ataupun "Teksi dik?". Saya hanya membalas dengan senyuman apabila ada pakcik yang bertanya. Dalam hati terdetik rasa kasihan melihat pakcik-pakcik yang telah berusia, tapi masih gigih mencari rezeki halal dengan memandu teksi. Berapa je diaorang dapat sehari kan?

Timbul juga persoalan ni hati "Kenapa bukan anak muda yang berada di tempat mereka?" Bersusah payah mencari rezeki halal, sabar seharian menunggu penumpang yang memerlukan khidmat pemandu. Mungkin kerana anak-anak muda sibuk mencari rezeki di tempat lain. Yela, sekarang orang ramai jadi cikgu, doktor, jurutera. Tak kan nak jadi drebar teksi. Hmm. Bukan bermaksud menghina pemandu-pemandu teksi. Sesungguhnya rezeki itu milik Allah, dan Dia menjadikan asbab-asbab untuk mendatangkan rezeki tersebut kepada kita. Begitu juga memandu teksi. Jadi kenapa anak muda yang menganggur tidak ada usaha untuk mencari rezeki? Apa kamu kira rezeki itu datangnya melayang? Hampirnya bergolek? Apa salahnya jika kalian menjadi pemandu teksi jika tahu diri tidak mampu menceburi profession lain? Yang penting rezekinya halal.

Allah berfirman di dalam surah Hud ayat 6 "...dan tiada satu pun makhluk yang bergerak di bumi melainkan dijamin Allah rezekinya."

Oh, kalau begitu, tak payah bekerja pun tak apa. Rezeki kita dah dijamin. Pasti ada. Tak payah la susah-susah. Hmm, mungkin ada yang berfikiran sedemikian. tetapi ayat-ayat Allah bukan satu. 

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka" (13:11)

Lihat. Allah tidak membiarkan kita malas. Allah tidak akan mengubah nasib kita, sekiranya kita sendiri tidak berusaha. Kalau bukan kita yang menyuapkan nasi ke mulut, boleh nasi berjalan berkumpulan dan masuk ke mulut kita dengan sendirinya? Padahal Allah lah yang memberikan kita nasi tersebut. Tapi memasukkan ke mulut siapa? Kita, usaha kita, dengan keizinanNya.

Ada segelintir anak muda yang hanya tahu berseronok. Mungkin ibu bapanya mampu, berada. Mereka tidak perlu gusar. Harta sentiasa ada. Kesenangan hidup terjamin. Tapi lupakah kita, harta benda itu bukan milik ibu ayah kita, rezeki yang disediakan hasil usaha mereka, adanya dengan izin Allah. Lalu Allah berikan satu lagi peringatan buat kita dalam surah Al-Mulk ayat 21.

"Siapakah yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya"

Jika Allah menahan rezekiNya, mampu lagi ke ibu bapa kita memberikan rezeki tersebut kepada kita? Sedangkan rezeki mereka datangnya juga dari Allah.

Apapun, sedikit sebanyak coretan ini hanyalah sekadar peringatan buat diri sendiri dan sesiapa sahaja agar terus berusaha dan berdoa agar dimurahkan rezeki yang halal dan banyak oleh Allah S.W.T. InsyaAllah.

Cerita saya bukan untuk menyatakan bahawa bekerja sebagai pemandu teksi itu sumber rezeki satu-satunya. Cuma Allah menjadikan mereka asbab untuk saya berfikir dan berkongsi. Baik buruk itu datangnya dari Allah, cuma dizahirkan oleh saya sebagai hambaNya. InsyaAllah. Wallahualam.