Saturday 16 August 2014

Married Life is Super Daebak!!

Okay, abaikan title post. InsyaAllah nak kembali menulis walaupun penulisan patik tidaklah sehebat mana. Hoho. Dari seorang single ni dah bertukar status jadi double. ALHAMDULILLAH. *golek-golek excited*

Kali ni nak share jugak sikit apa yang DAEBAK sangat pasal married life ni. Tapi sumpah, wallah, memang awesome. =D Hee.

Kalau dulu masa bertunang ada yang pernah bertanya, 'islamik ke kisah cinta awak?'
Jawapan saya, 'tidak, sungguh tidak!'

Yes. Kalau dulu memang tidak tapi kalau sekarang insyaAllah islamik la jugak. Yang bestnya, kami ni rasa baru nak start bercinta. Kenapa? Meh nak cerita sikit. Sikit je la tapi sebab kalau banyak-banyak nanti ada jugak yang muntah hijau kan. Hah!

Perihal 'I LOVE YOU'

Maybe untuk certain orang i love you tu senang je nak ucap. Macam air, mengalir-ngalir. But not for me. Punya la susah nak cakap i love you tu macam ada gam kat mulut kat jari kat mana-mana la. Tapi dalam diari kecil buat zauj (buku kuning kecik yang dok hari-hari luah perasaan kat bakal suami masa tu. Skarang dah jadi suami pun tulis lagi sebab ada benda sengan nak bagitau. Ha gedik ko Mi)
1st day bergelar isteri, Abiyyu keluarkan statement 'Cakap lepas kawen nak cakap i love you, tak pun' *sambil buat muka comel dia*
Masa tu ya Allah, segan beno. Allah je tau rasa cemana darah tu memecut naik dari tapak kaki straight g kat otak. Hoh! Dahsyat kan.
Im the one who get really excited whenever i say 'i love you' because i really mean it i guess. Even masa Abiyyu kol pun, lepas cakap i love you rasa cam nak lompat-lompat excited. Alhamdulillah, penantian nak cakap i love you yang berpahala tu berbaloi baloi..

Perihal panggilan manja.

Hmm. Ni lagi satu benda yang btol-btol buat rasa cam baru nak start becinta balik. Kalau dulu saya awak or kte awak. Skarang ni dah dapat pahala kalau panggil manja-manja nak jugak la try. Tapi ya rabbi, tekial-kial jugak la. Sebab tak biasa. Tesasul sasul siap. Kalau dulu tengok couple couple lain panggil 'sayang' 'honey' 'darling' rasa cam best je. Senang giler diaorg panggil camtu. Sekarang ni pun rasa excited bila nak panggil sayang sebab malu. Haha. Im so noob. I know. Nak bahasakan diri macam yang Abiyyu panggil pun segan. Rasa cam nak hantuk kepala kat sinki dapur kadang-kadang sebab excited.
Abah pun pernah perli 'kirim salam kat 'awak' Ummi tu eh'. Orang tua pesan, lepas kawen kena ada panggilan manja. Baru kelassss gituu.
Tapi itulah, satu lagi nikmat yang boleh rasa bila bersabar. Dulu nak panggil sayang jugak tapi lidah tekelu bibir membisu. Haha. So simpan sampai dah kawen. ALHAMDULILLAH.

Mesti ada yang muntah kuning dah bila baca post ni kan? Teruskan lagi untuk menghijaukan muntah anda. Mekasih.

Perihal naik motor sama-sama.

Kereta? Apa kelas naik kereta. Dah kawen naik motor la baru romantik. Hahaha. *gila* okay, sejujurnya bukan saja-saja nak naik motor. Tapi kat Bali ni memang motor je mampu nak beli. Kereta tu huuu. Faham-faham jela. Kami ni student lagi. Kalau dulu, naik motor asing-asing. Padahal nak pergi tempat sama. Konon nya naik motor sama haram. Padahal dating pun haram jugak. Hah. May Allah forgive us and show His mercy on us. There are things that we regret much we couldnt say. But all praises to Allah Who save us with this beautiful marriage.
Okay berbalik pada cerita sekarang, bila naik motor sama-sama tu kadang-kadang segan jugak nak peluk Abiyyi. Abiyyu cakap 'haa, peluk la.' Heeee. Segan!
Semalam tanya la Abiyyu 'Sayang, kenapa rasa segan eh nk peluk? Orang tak kawen lagi pun rilek je peluk masa naik motor'
Abiyyu pun cakap 'Sebab kita tak biasa kot peluk-peluk ni. Dulu mana kita buat macam ni'

Okay now i feel like im writting something that shouldnt be writen. Tapi nak cerita jugak. Huehuehue.

Skali lagi, segala puji bagi Allah, atas nikmat-nikmat yang Dia bagi. I never thought i would be this happy. Dan semoga kebahagiaan ni kekal sampai syurga. INSYAALLAH.

Banyak lagi perihal yang kalau boleh nak cerita tapi malas pulak. Biarlah rasa seronok tu saya je yang rasa. Hihi.

Fyi, (chewah) Abiyyu i ni romantik and very helpful tau. Jangan jelous ye nyahh!

Ni nak nasihat sikit kat adik-adik, kakak-kakak or kawan-kawan yang belum pernah bercinta sebelum nikah, please maintain your status as single laydehh. Sebab bercinta selepas nikah itu insyaAllah lebih manis dan membahagiakan. Dan bagi yang dah berpasangan, tolonglah jangan nak mesra sangat manja terlebih bertepuk tampar duduk di riba sebagainya. Simpan la sikit kemanisan bercinta untuk bila dah berpahala semua tu.
Suatu hari Abiyyu pernah cakap 'awak manja eh skarang. Saya suka. Dulu tak macam ni'. Okay sumpah dulu saya sangatlah tak manja malah selalu dapat remark 'kenapa awak tinggikan suara?'. Tinggikan suara bukan sebab memang nak tinggikan suara tapi sebab ada dilema, nak cakap lembut-lembut boleh tapi rasa nak manja tu ya Allah menggila dalam diri so jadi stress and terlepas jadi tinggi suara. Suara macam nak runtuhkan langit. Tapi skarang, Alhamdulillah tak tinggikan suara dah sebab tak payah gaduh ngan diri sendiri untuk tahan manja and tak rasa berdosa dah kalau nak jumpa sambil tersenyum mesra. *peace no war*

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam.

"Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah diciptakanNya untukmu  pasangan dari jenismu sendiri agar kamu mendapat ketenangan hati dan dijadikanNya kasih sayang diantara kamu. Sesungguhnya yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaranNya) bagi mereka yang berfikir" ( Ar-Rum : 21)

P/s : Sementara tunggu giliran nak immunotherapy, sempat habis satu post.

P/ss : Yang muntah hijau. Maafkan patik. Next time insyaAllah ada lagi post muntah hijau. Ngeeee.

P/sss : Kenapa Abiyyu? Bukan suami kamu Abdullah ke? Sukati la nak panggil apa, suami gue. Boo.

P/sssssssss : bencila tulis pakai fon tak cool langsung tak reti nak edit font.Oh im so pissed off suddenly. Sekian