Monday 30 April 2012

Sila Lihat ke Kiri dan Kanan Anda

Hari ni takde benda bermanfaat sangat pun nak share. Yang 10 sifat mazmumah tu, InsyaAllah secepat mungkin. Hari ni kurang sihat, otak tak gerak sangat. *coughcough* Hehe. Gurau je. =P Alhamdulillah. Saya masih normal. Sihat seperti selalu. Tapi kalau sakit pun kena bersyukur ye kamu-kamu sekalian. Sakit, bersyukur? Kenapa plak? Sebab sakit itu adalah nikmat. A blessing in disguise. Chewah. *hihi*

Jangan berburuk sangka pada Allah bila sakit. *tiba-tiba cerita pasal sakit plak. xpela eh. ilmu ni.* Sakit itu kafarah dosa. Kita sebagai manusia memang akan sentiasa ada kesalahan. Tak kira la sekecik or sebesar mana, Allah tetap akan ampunkan kalau kita bertaubat. Dan kalau Allah bagi sakit tu, macam bonus la. Tapi tak bole merungut tau. Nanti tak dapat bonus tu. No no no, rugi rugi rugi *sila baca dengan nada Farah Fauzana sambil buat aksi nobody2 korea tu*

Allah berfirman, "Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tanganmu sendiri (dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dari dosa-dosamu itu" (As-Syura : 30)

Tengok, Allah itu Maha Adil lagi Maha Penyayang kan? Dah la kita ni buat salah tak henti-henti. Allah tolong lagi kita dengan bagi kita nikmat sakit untuk hapuskan sebahagian besar dosa kita. Tak nak ke? Mesti la nak kan? Jumpa Allah nanti kena la bawak pahala dengan usaha yang diredhai Allah. *dosa memang sah-sah la Allah tak redha* So, kalau ditakdirkan kita ni sakit, bersyukur. Ucapkan Alhamdulillah. Dan boleh amalkan doa ni. *dapat dari satu majlis ilmu tapi tak ingat yang mana. hehe*

"Alhamdulillah. Ya Allah hapuskanlah dosa-dosaku bersama kesakitan ini dan seandainya sakit ini membawa kepada kematianku, matikanlah aku dalam keadaan mati syahid. Sekiranya Kau sembuhkan aku, jadikanlah aku lebih baik disisiMu."

Rasulullah pun kata, "Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya sebagaimana gugurnya daun-daun" (HR Bukhari & Muslim)

So, ingat, bila sakit jangan merungut. Jangan kata "aduh nape boleh sakit ni". Jangan. Sesungguhnya sakit itu kafarah dosa. Itu satu nikmat. Jangan cakap sakit ni ujian dan cinta tu nikmat plak. Cinta sebelum masanya dan bukan pada yang sepatutnya itulah ujian. Ujian yang sangat berat. Moga tidak tewas dengan ujian ni ye. InsyaAllah.

Baik, balik kepada apa yang saya nak cerita sikit kat sini. Sila lihat ke kiri dan kanan anda. Tak kira la kat mana pun kita berada, perhati keliling kita betul-betul. Dah? Ok, sekarang saya nak tanya, Berapa banyak perkara disekeliling kamu menzahirkan Islam yang sebenar? Yang mampu mendekatkan lagi kamu dan jugak orang lain yang melihat kamu kepada Ilahi, yang akan sentiasa meningkatkan iman diri dan insan sekeliling.

Kalau semuanya mampu, Alhamdulillah. Pasti kamu orang yang paling bertuah. Boleh menjaga diri dan hati. *saya cemburu* Tapi kalau tak, hmm. Kena la ubah sikit-sikit. Yela, mana tau kamu minat korea, poster tampal sini sana, beg duit korea, bed sheet pun muka artis-artis korea. Yang minat kereta-kereta lumba, tampal gamba formula one siap ngan awek-awek hot tu lagi *ffuiiiyoo!* Ni saya cakap contoh je eh. Tak kira la apa pun, just nak bagi kamu dan diri saya sendiri berfikir. Berapa percent from our daily life is devoted for Islam, for Allah. And adakah sekadar di laman sesawang kita berdakwah tapi padahal kehidupan hari-hari kita tak menggambarkan Islam pun. *ishishish.* Ini belum lagi suruh tengok orang-orang sekeliling dan persekitaran. Masih ramai yang tergapai-gapai. Hidup bukan sekadar di internet ok. Kamu berpijak dibumi yang nyata, maksudnya kamu ada kehidupan di luar alam maya. Yang dimana tanggungjawab kita lebih besar. Sangat-sangat besar.

"Demi masa! Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" (Al-Asr : 1-3)

Ingat ayat ni? Saya nak highlight kat sini yang Allah cakap DAN tak pun SERTA. maksudnya Semua kena ada. Kita belajar Bahasa Melayu kan masa sekolah. Mesti lah tau DAN tu maksud apa. ;) Tak mampu berpesan-pesan dengan kata-kata, mulakan dengan tingkah laku dan peribadi diri. InsyaAllah, kata-kata tu akan datang kemudian. Jadi, marilah kita ubah sikit demi sedikit diri kita dan apa yang menyelubungi hidup seharian kita kepada sesuatu yang menggambarkan keindahan Islam. Nak menarik orang bukan mudah tau. Setakat kat facebook, twitter, blog, komfem and sah-sah orang yang sama je tengok. And orang-orang tu memang dah tertarik kepada pemahaman sebenar Islam. Sekarang, tugas kita adalah untuk menambah target-target yang perlu diserang mindanya, perlu disentuh hatinya, perlu diselamatkan jiwanya. InsyaAllah, niat yang baik kerana Allah, pasti dipermudahkan.

P/S : saya bukan ahli politik yang menyeru-menyeru untuk PRU-13. Saya menyeru untuk hari pengadilan yang lebih hebat kelak.

saya tau gamba ni takde kena mengena. tapi nak letak jugak. lalala~


Muhasabah Diri #3

Alhamdulillah. Ni dah siri ke tiga. *saya rasa cam penerbit drama. =P* Apapun, kali ni nak cerita pasal sifat-sifat mahmudah. Soalan saya, apakah itu sifat-sifat mahmudah? *sape dapat jawab tanpa tengok list saya saya bagi aiskrim*


sifat mahmudah adalah akhlak/kelakuan/tindakan yang terpuji dan cantik pada pandangan mata dan hati manusia secara fitrah dan estetika. Sifat-sifat ini akan memberi kesan positif (mahmudah) kepada pelaku dan persekitarannya.

Rasulullah bersabda "Sebaik-baik manusia adalah yang paling baik akhlaknya".

So, mari kita tengok 10 sifat-sifat mahmudah. Harap-harap adala kat diri kita ek. *wink* InsyaAllah.

1. Taubat - memohon keampunan dari Allah s.w.t dengan penuh keikhlasan dan menyesal terhadap kesalahan yang telah dilakukan.

"Sesungguhnya Allah menerima taubat seseorang hambaNya selagi nyawa belum sampai ke kerongkong." (HR Tarmizi)

"Hai orang-orang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya (taubat nasuha). Mudah-mudahan Allah menghapuskan kesalahan kamu." (At-Tahrim : 8)

2. Takut kepada Allah yakni Taqwa. - Saidina Ali pernah berwasiat tentang taqwa "Taqwa ialah (1) Takut kepada Allah dalam setiap perkara. (2) sentiasa redha dengan pemberian Allah walaupun sedikit. (3) sentiasa melaksanakan sistem Islam sebagaimana yang telah diturunkan Allah di dalam Al-Quran. (4) dan sentiasa bersedia dengan bekalan terbaik bagi menghadapi kehidupan akhirat yang kekal abadi"

3. Mahabbah (Kasih Sayang) - Rasulullah bersabda "Tidak sempurna iman seseorang kamu selagi aku lebih disayangi daripada kamu menyayangi kedua ibu bapamu dan manusia seluruhnya"

"Tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri"

4. Zuhud - Mengambil dunia sekadar perlu/ mengambil dunia untuk akhirat. Zuhud bukan beerti kita meninggalkan terus dunia. Tetapi kita perlu mendidik diri dan pemikiran agar tidak tertipu dengan kesenangan dunia dalam tujuan mengabdikan diri kepada Yang Maha Esa. InsyaAllah. Ayuh jadi zuhud! =D

"Supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula gembira dengan apa yang diberikan kepada kamu" (Al-Hadid : 23) 

5. Sabar - "Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui siapa yang berjihad dan siapa yang bersabar di antara kamu" (Muhammad : 31)

"Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar" (Al-Imran : 146)

"Dan bersabarlah kamu, sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar" (Al-Anfal : 46)

Rasulullah bersabda :-

"Iman terbagi kepada dua, separuh di dalam sabar dan separuh di dalam syukur" (HR Baihaqi)

"Kesabaran merupakan dhyia (cahaya yang amat terang)" (HR Muslim)

"Susungguhnya orang yang paling sabar antara kamu adalah orang yang memaafkan orang lain padahal dia berkuasa membalasnya" (HR Baihaqi)

6. Syukur - Berterima kasih

Tiga kedudukan syukur ; (1)Syukur kepada Yang Diatas dengan mentaatiNya. (2) Syukur dengan yang setaraf dengan memberi balasan kepadanya (3)Syukur kepada yang lebih rendah kedudukanya dengan bermurah hati kepadanya.

"Dan (ingatlah juga) tatkala Tuhanmu memaklumkan; 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu) sesungguhnya azabKu amat pedih" (Ibrahim : 7)

7. Ikhlas dan benar - melaksanakan sesuatu semata-mata mengharapkan keredhaan Allah dan bukanlah kebesaran dari manusia, mahupun penghormatan. Dan bukan pula untuk memperoleh kenikmatan dunia atau menolak sesuatu bencana keduniaan.

Dua tingkat ikhlas ; (1) Beribadah kerana takutkan azab Allah (2) Beribadah kerana merasakan kebesaran Allah, kehebatanNya tanpa ada niat lain di dalam hati.

"Katakanlah 'Sesungguhnya aku diperintahkan untuk mengabdikan diri dengan ikhlas ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama." (Az-Zumar : 11)

"Sesungguhnya Allah swt tidak akan menerima amalan kecuali dibuat dalam keadaan ikhlas, berkeinginan kepada wajahNya" (HR Bukhari)

"Sesungguhnya ikhlas itu ibarat semut hitam di atas batu hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat ... Sesungguhnya ikhlas itu sendiri adalah rahsia Allah" *maaf, saya tak tau ni ayat quran/hadis/kata hikmah. Kalau ada yang tau, sila2 la comment. Jazakillah/Jazakallah khayr in advance. =)*

8. Tawakal - Dari sudut bahasa tawakal ni maksudnya mewakilkan sesuatu urusan ke atas pihak lain. Word asal tawakal is 'wakalah'. Manakala, dari sudut syarak, tawakal beerti kepercayaan hati kepada satu-satunya wakil iaitu Allah SWT. 

Ibn Taiyimah pernah berkata "Hubungan antara kita dengan Allah umpama seekor burung dimana sebelah sayapnya takut (taqwa) dan sebelah lagi pula harap (tawakal)"

"...Barang siapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allahtelah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (At-Thalaq :2-3)

9. Redha dengan Qada' dan Qadar - Redha ialah menerima dengan rasa senang, saya ulang, menerima dengan rasa senang pemberian Allah sama ada dari segi hukum ataupun Qada' mahupun sesuatu ketetapan daripada Allah SWT. Qada' dan qadar pula merupakan sesuatu ketetapan yang telah ditentukan oleh Allah sejak azali dengan ilmuNya Yang Amat Tinggi, disusuli kejadian seperti mana yang telah ditetapkan. *faham ke? kalau tak faham sila tanya ye. InsyaAllah saya tolong jelaskan*

"Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan RasulNya berikan kepada mereka sambil berkata 'Cukuplah Allah bagi kami, Allah dan RasulNya akan memberikan kami kurniaNya. Sesungguhnya kami orang-orang yang berharap kepada Allah" (At-Taubah : 59)

10. Mengingati mati - Mati adalah satu kepastian. Saya akan mati, orang-orang yang saya sayang juga akan pergi. Begitu juga awak semua. MATI ITU PASTI! *muka garang ni. takut tak?* Apa yang kita patut takuti bukanlah mati itu sendiri tetapi di mana kesudahan kita setelah mati itu terjadi. It's not the death itsefl that i'm scared of, it's what's gonna happen next. Anda mengerti? 

Sabda Rasulullah "Sepintar-pintar manusia adalah yang sentiasa mengingati mati, dan bersiap sedia untuk menghadapinya. Mereka itulah orang-orang bijaksana"

********************************
Alhamdulillah. Lengkap sepuluh. Dengan sedikit dalil dan hadis. Tidak ketinggalan bebelan manja saya. (^_^).  Semoga bermanfaat. InsyaAllah akan kembali dengan siri keempat, bincang pasal sifat-sifat mazmumah plak. (*o*)

dah lewat, saya kena tidur. 

p/s : harap tak pening dengan warna-warni penulisan saya. saya suka warna warni, so please bear with it. hee~ syukran.

Saturday 28 April 2012

Mengejar Mardhotillah #2 : Hati Yang Terluka


saya yang kuchiwa.


Macam ni la agak-agaknya rupa saya kan? Bila mengajak ditolak. Bila menyampaikan ada yang melarikan diri. Saya pun mahu lari tahu? Tapi saya pakai kasut dengan pemberat besi, sebab tu saya masih tetap di jalan yang sama. Dan insyaAllah, kasut itu tidak akan dibuka, dan saya tidak akan menapak kebelakang. Cuma ingin saya tambahkan pemberatnya agar saya betul-betul tidak akan lari dari perjuangan ini. *wink* Mengajak ke arah kebaikan bukan benda mudah. Tak semudah belajar ABC, tak sesenang kira 1+1 = 2 tapi lagi susah dari Physics, Bio, Chem, dan Add Math. Saya tak start medic lagi *insyaAllah in few months saya rasa la susah study medic tu* so saya tak bole la cakap lagi susah dari blajar medic. Maybe susah sikit dari Scholastic Test. Hmm.

Mengajak ke arah kebaikan, umpama mahu mengajar cara-cara membedah pesakit kepada seorang doktor pelatih padahal kamu adalah seorang driver. =OOO Macam mana tu? Agak-agak, ada tak yang percaya? Yela, dulu kamu pakar bedah, tapi tukar profession jadi driver sebab stress kerja dalam dewan bedah. Tapi orang tak tau dulu kamu siapa, orang pandang kamu yang sekarang. Macam tu jugak dalam perjalanan mengajak ke arah kebenaran. Kita juga pernah jahil, jadi bila kita dah terima cahaya *Alhamdulillah* kita cuba mengajak ke arah kebaikan. Tapi sejauh mana kata-kata kita dipercayai? Sehebat mana penolakkan yang harus kita hadapi? Hmm. *hmm lagi. heh.*  

Seriously, tak semudah yang saya sangka. (-.-)' Kadang-kadang hati saya terkecil sedikit *kecik hati* bila ada yang menolak kebaikan yang cuba disampaikan. Betul, mungkin pada ketika itu saya terlupa hidayah milik Allah kerana saya mahu mereka-mereka bersama di jalan dakwah dan tarbiyah yang awesome ni. *siryes tak tipu! memang sangat-sangat awesome. (sambil buat muka comel mata bersinar-sinar)* Saya hanya manusia biasa. Yang menerima hidayah kerana Allah yang memberikan cahaya tersebut. Bukan kerana saya hebat. Bukan. Bukan sebab saya baik. Tidak sama sekali. Tetapi saya cuba menjadi baik, saya berusaha menjadi hebat disisiNya. InsyaAllah. Tapi saya sedih bila orang-orang yang saya sayang, seakan-akan menolak kebaikan yang cuba disampaikan. Kita semua dilahirkan dengan fitrah. Fitrah kita inginkan kebaikan. Sila jangan seksa dalaman anda dengan menolak kebenaran dan kebaikan. Saya tak tipu. Mak saya cakap jangan tipu. Tolong la percaya. Pleaseeee~~~

Saya ni banyak membebelkan? Agaknya sebab tu orang lari. Tak pun orang tak faham bila saya bercakap. Ke sebab saya ni membosankan? Cakap panjang lebar tapi point satu je. Yes, that's my weakness. Bercakap berjela-jela tapi isinya seciput. Sebab itu saya lebih gemar meluahkan dengan menulis. Ini pun saya tak mahir sebenarnya. Tapi saya expert dalam mendiamkan diri. *yeahhhh!* Tapi, sampai bila saya harus berdiam diri? Saya tak mahu putus asa. Sebab saya nampak, jalan ini masih sangat panjang. Mungkin jika saya berhenti dan terus mendiamkan diri, tidak memberi kesan pada perjalanan dakwah dan tarbiyah. Tapi bayangkan, setiap orang punya pemikiran seperti ini, maka jalan ini akan sunyi sepi. Dan bilakah kebangkitan Islam itu dapat dikecapi? Apabila Allah musnahkan kita kerana hanya menjadi beban kepada dunia? Ini mungkin terjadi, kerana Allah pemilik segalanya.Dia boleh buat apa saja. Jangan cakap itu tak mungkin ye.

 Setiap kali hati saya terluka, saya baca ayat cintaNya berulang ulang ulang kali *memang ulang banyak kali* agar luka tersebut tidak meninggalkan parut mahupun menjadi kecacatan pada hati saya yang comel ni. =D

"Dan berjihadlah kamu dijalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama ..." (Al-Hajj : 78)

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" (Al-Asr : 1-3)

"Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan amalnya baik dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia dan air muka meraka pula (berseri-seri) tidak diliputi sebarang kesedihan dan kehinaan. Mereka ialah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya." (Yunus : 26)

Inilah antara ayat-ayatNya yang benar-benar membuatkan saya masih bertahan dan cuba terus bangkit. InsyaAllah. Semoga turut terkesan di hati kalian. (^_^). Saya tidak mahu masuk syurga sorang-sorang, tapi saya lagi tak mahu ke neraka beramai-ramai *Nauzubillahi min dzalik*. Yang dikejar bukanlah syurga, tapi keredhaanNya. Lantas dengan keredhaan itulah kita bakal ke syurga dan kekal di dalamnya untuk selamanya. InsyaAllah. Apa kamu tidak mahu ke syurga? *sila tanya diri anda sendiri*



Friday 27 April 2012

Ikhwan Yang Dirindui KekasihNya.


Pada suatu hari, Rasulullah SAW berkata kepada Saidina Abu Bakar serta para sahabat yang lain.
"Wahai Abu Bakar, sesungguhnya aku amat rindu untuk bertemu ikhwanku (saudara-saudaraku)"
Lalu berkata para sahabat "Bukankah kami ini teman-temanmu?" 
Jawab baginda "Bukan.Kalian sahabat-sahabatku"

Para sahabat menjadi keliru dan hairan. Siapakah yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW. Setahu mereka, yang paling rapat dengan Rasulullah adalah para sahabat sendiri. Melihat kebingungan Abu Bakar dan para sahabat, Rasulullah segera menjelaskan.
"Ikhwanku adalah mereka yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul dan mereka mencintaiku lebih dari kecintaan mereka terhadap anak dan orang tua mereka."
Para sahabat masih tidak berpuas hati lalu mereka berkata lagi, "Ya Rasulullah, bukankah kami ini ikhwan (saudara) engkau?" 
Rasulullah sekali lagi menjelaskan, "Bukan. Kalian adalah sahabat-sahabatku. Wahai Abu Bakar, tidakkah engkau turut merindui ikhwanku itu? Kerana mereka turut mencintai engkau lantaran engkau adalah sahabatku" 

Persoalan ikhwan terut menjadi teka-teki kepada para sahabat, sehinggalah baginda menjelaskan bahawa ikhwan merupakan umatnya sesudah baginda wafat.Walaupun mereka tidak pernah berjumpa atau bersua muka dengan Rasulullah, mereka tetap beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka membaca Al-Quran dan membaca Hadisnya. Mereka cinta akan Rasulullah sebagai utusan terakhir dan juga para sahabat yang berjuang menegakkan Islam.

 *****************************************
Lalu, bukankah kita yang hidup setelah wafatnya baginda? Bukankah kita yang mengaku beriman kepada Allah dan Rasul-Nya? Bukankah kita juga yang membaca ayat-ayat cinta Allah serta cuba menghidupkan setiap sunnah baginda? Alhamdulillah. Syukur kerana kita lahir dengan iman dan Islam. Namun, persoalannya, LAYAKKAH KITA, merasakan diri kita ini seorang ikhwan? LAYAKKAH KITA menjadi umat yang dirindui baginda? LAYAKKAH KITA? Saya ingatkan, janganlah dinilai insan lain. Cuba nilai diri kita sendiri. Benarkah kita layak untuk dirindui insan sesempurna Rasulullah SAW?  Apa sumbangan kita? Apa perjuangan kita? Apa matlamat kita?

Lagi persoalan, adakah benar kita cinta pada Rasulullah melebihi kecintaan kita terhadap sesuatu yang lain? Melafazkan cinta dengan kata-kata memang mudah. Tapi, hati kita? Siapa yang menetap didalamnya? Siapa yang kita sering dahulukan? Boyfriend? Girlfriend? Jejaka pujaan? Gadis pilihan? Suami? Isteri? Mak? Ayah? Adik-beradik? Teman-teman? Nafsu diri? Dan siapa mereka yang kita rindui?

Di mana Rasulullah di hati kita? Di mana duduknya para sahabat dalam hati kita? Di mana kedudukan mereka dalam diri kita?

"Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku." ucap Rasulullah sekali.  "Dan berbahagialah 70 kali ganda mereka yang beriman denganku meskipun tidak pernah berjumpa denganku." Tutur baginda 7 kali.

Rasulullah kasih dan rindu pada kita umatnya. Tapi mengapa tidak kita?

Ya Allah, bantulah aku dalam memperbaiki diriku sehingga aku benar-benar layak menjadi hamba yang dirindui kekasihMu. Aameen.




Jangan biar kalimat "Ya Rasulullah, aku cinta padamu" hanya sekadar kata-kata.

Thursday 26 April 2012

A Beautiful Day

Alhamdulillah. Another morning for me.
Subhanallah, watched the sun rising and it was beautiful~~ *senyum lebar-lebar*

Every single day He woke me up. There must be a really good reason why i'm not dead. Im alive, im alive. *jerit ala-ala tarzan* Ahah.
I pray i'll be a better Muslim day by day. And the day i leave this world is the best day of  this tiring journey. A day which separates me from all this lies, a day which separates me from everything that keeps me away from my Creator.


Ayuh bangkit dan bersama menyeru ke arah kebaikan serta meninggalkan kemungkaran!

Posting a random post. Just because i feel like it. Lalalala~ Have a great day everyone! May Allah shower His blessings upon us.

Tuesday 24 April 2012

Muhasabah Diri #2 ; 10 Muwasafat Tarbiyyah

10 Muwasafat Tarbiyah. 


Muwasafat tarbiyyah? Apa tu? 
Muwasafat tarbiyyah adalah kriteria yang perlu ditanam dalam diri setiap individu untuk menjana keperibadian muslim yang syumul. Syumul tu apa pulak? Syumul tu maksudnya menyeluruh. Kesimpulannya, nak jadi Muslim secara menyeluruh kena ada 10 kriteria ni. Eeleh, 10 je? Senang tu. Senang? Jom tengok.

1. Salimul Aqidah - Aqidah yang sejahtera.

2. Sahihul Ibadah - Ibadah yang sahih

3. Matinul Khuluq - Akhlak yang mantap

4. Qawiyyal Jism - Jasmani yang kuat

5. Mutsaqaffal Fikr - Berpengetahuan

6. Qadiran Ala Kasbi - Berdikari

7. Mujahadah ala Nasf - Berjuang melawan nafsu

8. Haarithun ala Waqtihi - Menjaga waktu.

9. Munazzamun fi Syu'unihi - Teratur dalam urusan.

10. Nafi'un li Ghairihi - Bermanfaat kepada orang lain.

Ok. Dah cukup sepuluh kat sini. Soalan saya, cukup tak 10 ada kat diri kamu? *soalan buat diri sendiri*
10 nampak cam, eleh 10 jew, kacang je tu, apa jela 10, sikit sangat, stakat 10, komfem aku ada sume.  Tak semudah tu untuk ada kesemua kriteria ni. Apapun, sama-sama usaha untuk ada sebanyak mungkin kriteria ni. Tak mampu semua takpe, yang penting usaha nak dapat semua ni ada. Ok? *wink*

"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah, dibalingkan dengan batu tetapi memberi buah sebagai balasan" - Hasan Al Banna

Hidup ni, biar bagi manfaat kat orang lain. Kalau tak, sia-sia~ 

Saturday 21 April 2012

Muhasabah Diri #1

Rasa-rasanya, kita ni sombong tak? Jom tengok ciri-ciri orang sombong.


  1. Cepat melahirkan sifat marah. - Kamu cepat marah tak? Haa~
  2. Suka memotong percakapan orang - Pernah buat tak? Hmm~
  3. Suka bermujadalah (bertegang leher) - Slalunya perempuan la. Suka carik gaduh. Yeke? Lelaki pun sama jugak.
  4. Nampak di mukanya tanda tidak senang jika sesorang lebih darinya dalam satu majlis. - Kita macam ni tak?
  5. Bercakap meninggikan suara. - Slalu buatkan?
  6. Pantang ditegur. - Baik sangat ke kamu tu? ISH3. *geleng laju2*
  7. Tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan. - Jangan biar hati kita sampai ke tahap ni.



Dalam sehari, berapa lama masa yang kita bazirkan tanpa manfaat buat diri dan orang lain? Sendiri kira ye. Jadi apa salahnya kita ambik beberapa minit untuk muhasabah diri. Merenung balik di mana kekurangan yang perlu diperbaik dan bagaimana cara untuk lebih dekat dengaNya sekali gus menjadi hamba yang HEBAT *oh yeaahhh!* di sisiNya. Allah dekat dengan kita, jangan kita pulak yang jauhkan diri. RUGI!

"Sesungguhnya Allah tidak melihat gambaran lahir amalan atau rupa kamu tetapi Allah melihat hati kamu" - Rasulullah saw.

Allah melihat hati. Kadang-kadang kita boleh je nak action depan orang. Tapi dengan Allah nak action lagu mana? *=O*  Fikir balik, kita ni ikhlas tak. Jangan pergi nilai orang lain pulak. Tiba-tiba orang buat baik kita pergi cakap "eleh, baik action la tu." Jangan. Saya tak ajar buat cam gitu eh.

Sabda Rasulullah SAW;
 "Iman itu bukanlah angan-angan, bukan pula ucapan, tetapi sesuatu yang menetap di dalam dada dan dibuktikan dengan perbuatan"


"Tidak akan masuk syurga jika dalam hati seseorang, walaupun sedikit, memiliki rasa sombong" (HR Muslim)

Kesimpulannya, jangan biar hati kita dihinggapi penyakit sombong tanpa kita sedar. And kalau dah sedar, cepat-cepat mintak ampun dari Allah. Allah kan Maha Pengampun. Check balik diri kita, ada tak ciri-ciri orang sombong. Kalau takde, Alhamdulillah. Kalau ada, cepat-cepat berubah sebelum terlambat. InsyaAllah. Sesungguhnya Allah tahu apa yang ada di dalam hati kita.

Thursday 19 April 2012

Mengejar Mardhotillah #1

Malam ni malam Jumaat. *dulu saya cakap malam ni malam hari Khamis. Kalau orang sebut malam Jumaat saya marah sebab saya konfius dibuatnya. Alhamdulillah sekarang dah ok, tapi untuk malam Jumaat jela. hee*

Dulu orang tua-tua selalu pesan baca Yasin setiap malam Jumaat. Malam-malam lain tak payah baca ke? Bila tanya kat orang tua-tua, *dulu la* kenapa kena baca Yasin malam Jumaat? Orang tua cakap sebab roh nenek moyang balik rumah, baca Yasin sebab nak sedekah kat roh-roh tu. Bagi terang. *FACEPALM!* Aiyoo. Saya tertipu. Dulu main baca jela. Percaya cakap orang tua-tua. Tak baca nanti kesian roh-roh tu gelap. Eh.

Alhamdulillah. Setiap yang mencari kebenaran tu pasti Allah temukan dengan kebenaran. Saya dah tak tertipu macam dulu. Syukur sangat-sangat. Baca Yasin tu boleh dapat pahala. Sebab Yasin salah satu surah dalam Al-Quran. Baca Quran, satu huruf dapat satu pahala darab sepuluh. :OOO FUIYYOOO! Subhanallah. Mashaallah. Banyaknya pahala. Tak percaya? 

Daripada Ibnu Mas'ud r.a telah berkata Rasulullah SAW telah bersabda ; "Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Kitabullah (Al-Quran) maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan bahawa Alif Lam Mim itu satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf"

Baca Yasin malam Jumaat tak salah. Hari-hari baca pun takde orang cakap salah jugak. Yang penting niat. Lillahi Taala. Innamal a'malu binniyat (tiap-tiap amal harus disertai dengan niat). Tapi disini saya bukan nak ajak baca Yasin malam-malam atau tiap malam Jumaat. Bukan. Saya nak ajak baca Surah Al-Kahfi. :D

Baca Surah Al-Kahfi setiap Jumaat adalah sunat. Buat perkara sunat, dapat pahala. Baca surah dari Al-Quran dapat pahala. Berganda-ganda pahala. Seronokkan? Bukan setakat pahala, baca Al-Kahfi ni bole mengelakkan dari fitnah Dajjal. InsyaAllah.

"Sesiapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada malam atau siang Jumaat, maka diampunkan dosanya hingga Jumaat akan datang; dan tujuh puluh ribu malaikat memohonkan rahmat kepada Allah hingga waktu Subuh, dan dijauhkan Allah dari terkena wabak penyakit demam panas atau taun; penyakit sopak dan dijauhkan dari fitnah Dajjal." - Hadis Rasulullah SAW.

"Sesiapa yang menghafaz sepuluh ayat permulaan surah Al-Kahfi maka terhindar daripada Dajjal" (HR Muslim, Abu Daud, An-Nasai, At-Tarmizi daripada Qatadah)

"Sesiapa yang membaca sepulu ayat akhir surah Al-Kahfi, maka terhindar ia daripada fitnah Dajjal" (HR Muslim dan An-Nasai)

"Sesiapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada malam Jumaat maka terpancarlah cahaya di antaranya dan Baitullah." -Hadis Rasulullah diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dari Abi Said Al-Khudri.

Al-Kahfi tu panjang la, mana sempat, I busy. Tett. Itu bukan alasan, Jika kamu dapat online, masih mampu makan, ada masa menonton TV, kamu belum cukup busy untuk membaca surah Al-Kahfi. Ala, bukan hari-hari pun. Jumaat je. Start malam Jumaat, tak habis sambung esoknya and try habiskan before Asar. Tak sempat habis cene? Tak sempat tu lain cerita. Allah tengok usaha kita. Hasilnya, serahkan pada Allah. InsyaAllah, jika kita sungguh-sungguh, Allah pasti permudahkan. Bak kata Maher Zain, InsyaAllah ada jalannya. ;)

So, tunggu apa lagi? Jom baca Al-Kahfi setiap Jumaat. Mula pelan-pelan yang penting istiqamah~  Yok bersama mengejar mardhotillah! InsyaAllah.

Monday 16 April 2012

Belum Layak.

"Siapa Murabbi awak?"
Soalan yang mengelirukan saya pada mulanya. Kemudian soalan itu ditukar kepada "Siapa Naqibah awak?"
Oh, itu maksud uhkti. Ceteknya pengetahuan saya. Hmm. Kemudian satu persatu nama disebut dengan bangganya. Saya bersyukur kerana ditemukan dengan insan-insan seperti mereka. Melalui mereka Allah sampaikan ilmu-ilmu bermanfaat buat diri ini. Terima kasih Ya Allah.

Mereka diberi amanah untuk membawa adik-adik. Begitu juga saya. Diberi amanah untuk menjadi Naqibah untuk adik-adik di KTT. Tapi, saya sedar, saya bukanlah seorang naqibah yang baik. Naqibah atau Murabbiah, gelaran masing-masing untuk pemegang satu kumpulan usrah/halaqoh. Tetapi jika dilihat dengan lebih mendalam, layakkah diri digelar Murabbiah? Sedangkan saya bukan pendidik. Saya langsung tidak mampu mendidik. Adik-adik yang diamanahkan pada saya pun umpama anak-anak terbiar tanpa seorang ibu. Contoh yang baik untuk menjadi ikutan? Itu bukan saya. *Malu sendiri* Jadi saya sememangnya belum layak digelar seorang Murabbiah.

Naqibah, seorang pemimpin. Mungkin saya mampu sebagai seorang pemimpin. Tapi sejauh mana kepimpinan saya berjaya membawa mereka yang dipimpin ke jalanNya? Saya sedar, hidayah itu milik Allah. Tetapi kita perlu berusaha, hidayah tidak datang sendiri. Sehebat mana usaha saya? Malunya pada Allah, peluang diberikan seolah-olah disia-siakan begitu sahaja. Halaqoh yang dibentuk hanya pada nama. Tidak menyentuh hati, tidak mendidik hati anggotanya menjadi manusia yang taat pada Allah, beriltizam dengan akhlak Al-Quran mahupun berqudwahkan utusan Allah dalam kehidupan seharian. Saya gagal sebagai seorang ketua. Maafkan hambaMu Ya Allah.

"Sekiranya seseorang itu mendapat hidayah keranamu, itu lebih baik dari dunia dan segala isinya"

Kadangkala saya merasa letih. Letih dengan diri sendiri yang hanya tahu mengeluh sedangkan usaha tidak sehebat mana. Hanya mampu membenci sesuatu yang tidak disukai, namun tidak berusaha mengubahnya dengan berhikmah. Apa yang mampu saya lakukan dengan hanya berdiam? Berdoa dan berdoa dan menunggu? Lalu kelak, apa yang mampu dibicarakan anggota-anggota saya? Bisu dihari pengadilan kerana memang tidak melakukan apa-apa. Atau mungkin kelak tangan ini menjadi pendakwa kerana hanya menulis perkara-perkara yang tidak bermanfaat, menaip sesuatu yang tidak menambahkan iman. Mampukah saya berdepan segala dakwaan itu kelak? Ya Allah, saya hanya hambaMu yang lemah. Tolong diri ini Ya Rabb.

"dan siapakah lagi yang lebih aniaya dari orang yang mengada-ngadakan perkara-perkara yang dusta terhadap Allah,atau yang mendustakan ayat-ayat keteranganNya? Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak akan berjaya." (6:21)

Zalim, tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Saya mengaku faham, mungkin anda juga mengaku faham.  Tetapi sekadar faham cukupkah untuk meletakkan diri diluar kelompok orang yang zalim? Diluar kelompok orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keteranganNya? Mengaku faham, tapi masih melakukan perkara-perkara yang tidak diredhaiNya. Bukankah itu turut mendustai ayat-ayat Allah? Terlalu banyak kesilapan, walau sekecil-kecil kelakuan usahlah dipandang remeh. Apa yang terdetik dihati itu sudah memadai untuk menggugat aqidah kita, apatah lagi perbuatan.

Saya Naqibah yang gagal. Sememangnya belum layak digelar seorang Murabbiah. Namun, saya tidak kenal erti putus asa, dengan izinNya. Memperbaiki diri itu satu kemestiaan, selagi hayat dikandung badan. Mengharap kembali kelak sebagai hamba yang tergolong dalam golongan kanan. InsyaAllah. Belum layak tidak bermaksud tidak layak selamanya. Hidup kerana Allah, mati kerana Allah. Berubah juga kerana Mu Ya Allah.


Wednesday 11 April 2012

Life as I See It #3

Mungkin ada yang bertanya, "kenapa 3? yang 1 dan 2 mana?". Yang pertama dan kedua bagi Life as I See It ni dah di postkan di blog lama. Atas sebab-sebab tertentu blog tersebut telah pun dijadikan blog sulit dan persendirian. ;)

Rezeki itu milik Allah.

Hari ni balik dari KL. Bawak beg berat memang menyakitkan. Tapi apalah jika dibandingkan dengan kepayahan yang orang lain lalui setiap hari. Baru beban beg dah tak berapa nak mampu digalas, apatah lagi dosa-dosa yang melangit tinggi. Ya Allah. Tak semua orang hidup senang kan? Bersyukur sebab masih mampu membawa beg, jangan mengeluh walaupun berat, sebab ada lagi insan-insan yang hanya mampu membimbit beg plastik di tangan. Mereka hanya mampu melihat dan menyimpan hasrat untuk memiliki beg-beg seperti kita. Mereka juga manusia, mana mungkin tidak terdetik di hati untuk hidup mewah, senang lenang dan bukannya berjalan mengharung terik mentari dengan baju yang entah ada ganti entah tidak.

Seperti selalu, pakcik-pakcik teksi akan menunggu di pintu masuk stesen. Tanpa jemu melaungkan "Teksi2" ataupun "Teksi dik?". Saya hanya membalas dengan senyuman apabila ada pakcik yang bertanya. Dalam hati terdetik rasa kasihan melihat pakcik-pakcik yang telah berusia, tapi masih gigih mencari rezeki halal dengan memandu teksi. Berapa je diaorang dapat sehari kan?

Timbul juga persoalan ni hati "Kenapa bukan anak muda yang berada di tempat mereka?" Bersusah payah mencari rezeki halal, sabar seharian menunggu penumpang yang memerlukan khidmat pemandu. Mungkin kerana anak-anak muda sibuk mencari rezeki di tempat lain. Yela, sekarang orang ramai jadi cikgu, doktor, jurutera. Tak kan nak jadi drebar teksi. Hmm. Bukan bermaksud menghina pemandu-pemandu teksi. Sesungguhnya rezeki itu milik Allah, dan Dia menjadikan asbab-asbab untuk mendatangkan rezeki tersebut kepada kita. Begitu juga memandu teksi. Jadi kenapa anak muda yang menganggur tidak ada usaha untuk mencari rezeki? Apa kamu kira rezeki itu datangnya melayang? Hampirnya bergolek? Apa salahnya jika kalian menjadi pemandu teksi jika tahu diri tidak mampu menceburi profession lain? Yang penting rezekinya halal.

Allah berfirman di dalam surah Hud ayat 6 "...dan tiada satu pun makhluk yang bergerak di bumi melainkan dijamin Allah rezekinya."

Oh, kalau begitu, tak payah bekerja pun tak apa. Rezeki kita dah dijamin. Pasti ada. Tak payah la susah-susah. Hmm, mungkin ada yang berfikiran sedemikian. tetapi ayat-ayat Allah bukan satu. 

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka" (13:11)

Lihat. Allah tidak membiarkan kita malas. Allah tidak akan mengubah nasib kita, sekiranya kita sendiri tidak berusaha. Kalau bukan kita yang menyuapkan nasi ke mulut, boleh nasi berjalan berkumpulan dan masuk ke mulut kita dengan sendirinya? Padahal Allah lah yang memberikan kita nasi tersebut. Tapi memasukkan ke mulut siapa? Kita, usaha kita, dengan keizinanNya.

Ada segelintir anak muda yang hanya tahu berseronok. Mungkin ibu bapanya mampu, berada. Mereka tidak perlu gusar. Harta sentiasa ada. Kesenangan hidup terjamin. Tapi lupakah kita, harta benda itu bukan milik ibu ayah kita, rezeki yang disediakan hasil usaha mereka, adanya dengan izin Allah. Lalu Allah berikan satu lagi peringatan buat kita dalam surah Al-Mulk ayat 21.

"Siapakah yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya"

Jika Allah menahan rezekiNya, mampu lagi ke ibu bapa kita memberikan rezeki tersebut kepada kita? Sedangkan rezeki mereka datangnya juga dari Allah.

Apapun, sedikit sebanyak coretan ini hanyalah sekadar peringatan buat diri sendiri dan sesiapa sahaja agar terus berusaha dan berdoa agar dimurahkan rezeki yang halal dan banyak oleh Allah S.W.T. InsyaAllah.

Cerita saya bukan untuk menyatakan bahawa bekerja sebagai pemandu teksi itu sumber rezeki satu-satunya. Cuma Allah menjadikan mereka asbab untuk saya berfikir dan berkongsi. Baik buruk itu datangnya dari Allah, cuma dizahirkan oleh saya sebagai hambaNya. InsyaAllah. Wallahualam.

Tuesday 10 April 2012

Moga Tidak Futur

Perjalanan dalam mencari keredhaanNya bukanlah semudah yang disangka. Melangkah dari dunia kejahilan ke dunia penuh kebenaran merupakan satu langkah yang amat besar. Perubahan itu sendiri amat mudah untuk dilakukan. Cuma untuk mengekalkannya agak terasa beban yang dipikul. Namun itulah pilihan yang mesti dibuat, dan dipertahankan. Jalan dakwah dan tarbiyyah bukan untuk sehari dua, bukan untuk tayangan semata-mata. Sekali kita memilih untuk melangkah ke universiti dakwah dan tarbiyyah, tutuplah pintu tersebut agar kita tidak lagi melangkah keluar. Hidayah Allah mungkin akan datang banyak kali, tapi pastikah kita yang terpilih untuk diberi peringatan beribu kali? Mungkin kita hanya diberikan satu peluang, seandainya hidayah itu dilepaskan...Lalu bagaimana?

"Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-olah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan keatas orang yang tidak beriman" (6:125)

Bersyukurlah sekiranya kita antara yang terpilih untuk mendapat hidayahnya. Jangan sia-siakan. Kerana masih ramai yang tergapai-gapai rohnya menunggu hadir cahaya ke dalam hati. Saya mungkin tidak petah berkata-kata, mungkin bukan seorang yang mampu menarik ribuan pembaca. Tetapi saya cuma ingin menyampaikan ilham yang diberikan Allah S.W.T moga bermanfaat buat semua dan menjadi saksi disana kelak, bahawa saya berusaha meneruskan perjuangan dakwah kekasih agung, Rasulullah S.A.W. InsyaAllah.

Harapan, semoga tidak futur. A new start, Lillahi Ta'ala. ;)